Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2016

29 Februari 2016

Hari ini tanggal 29hb Februari 2016...Tahun lompat (leap year). Tarikh yang kite hanya boleh jumpa dalam 4 tahun sekali. So, the next leap year is tahun 2020. Betol x? Mesti menjadi satu kenangan yang best dan diingati pada sape yang menyambut hari kelahirannya pada hari ini. 4 tahun sekali jer sambut birthday. Kenapa? Why? Dalam kalendar ada tahun lompat...nak kene Google ni. Nak jugaklah tahu sejarah tahun lompat ni. So, marilah kite tanya uncle Google....

Review: Zootopia (25 Feb 2016)

Hahahaha...akhirnya hajat nak tengok movie kartun Zootopia terlaksana jua. Ni semua penangan lepas tengok trailer die masa aku dan Aisyah p tengok Pride and Prejudice and Zombies ri tu. Klik Sini . Kitorang tertawan dengan kelembapan Sloth bercakap. Hahahaha..Bapak lah lambat. Zootopia secara rasminya ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia pada 25 Februari 2016. Sama tarikh dengan keluarnya filem seram arahan Syamsul Yusof yang bertajuk Munafik. Tapi, kitorang plan dulu nak tengok Zootopia. Sebab dah tak sabar nak tengok kecomelan watak-watak haiwan dalam tu. Cantik giler siott view dalam movie ni. Karektor-karektor dalam citer ni pun comel-comel belaka. Rasa nak dipeluk-peluk jer. Kita layan sikit trailer movie Zootopia ni... PLOT:  In a world populated by various anthropomorphic animal species, Judy Hopps ( Ginnifer Goodwin ) is an idealistic rabbit from Bunnyburrow who fulfills her dream of joining the police force of the mammal metropolis of Zootopia....

Entri tak berapa nak betol...

Tak ku sangka rupa-rupanya si dia sudah berpunya...Tak kusangka juga dalam diam-diam si dia bakal mendirikan rumah tangga.... Ohhh...apakah yang dirasakan oleh hati ini sebenarnya...?? Padanlah, pelawaan yang dihulur tidak di sapa..huhuhu..hati dan jiwanya bakal diikat rupanya....hehehehe.... Tak mengapalah...apa yang di harapkan lagi. Kasih yang dipinta takkan dimiliki. Hati ini hanya mendoakan yang terbaik untuk si dia saja nanti. Moga cinta yang dibina...masjid yang bakal dibina kekal abadi.. Buat hati ini...mungkin ada insan yang menanti di mana-mana.....menunggu masa untuk mencuri dan memilikinya... Kuii..kuii..kuii... Petang yang beremosi..

Happy Anniversary 3rd Year

Hari ini tanggal 24 Februari 2016. Bulan Februari tahun ni ada 29 hari so, bulan Februari tahun ini adalah tahun lompat. Sedia maklum, kita akan jumpa 29 Feburari ni dalam masa 4 tahun sekali jer. So, agak-agak siapa yang lahir pada tarikh ni umur berapa lah gamaknya depa ye.  Actually , entri ni ditulis bukanlah nak bercerita pasal tahun lompat ni. Tapi, aku nak bercerita pasal genaplah hampir tiga tahun aku bertugas di Revongen ni. Huhuhu. Start dari tahun 2013 lagi, tanggal 23 Februari aku mencari rezeki di sini. Pejam celik pejam celik, tiga tahun sudeyyy. Cehh, dah boleh masuk kategori senior ni. Dah boleh apply loan dengan Mr Law. Hahahahaha..Silap-silap dah boleh take over Ms Yau. Opppsss...tak mahu lah lagi. Masih banyak lagi yang aku belum pelajari lagi dengan Ms Yau.  So, tak der cita-cita ke nak beralih angin???? Niat di hati tu memang lah ada. Taknaklah selamanya di Revongen ni. Kalau ader rezeki aku kat tempat lain, memanglah aku akan pergi. Try to...

Review : Pride and Prejudice and Zombies (19 Feb 2016)

Hari Jumaat yang lalu, aku ajaklah Aisyah p tengok wayang kat One City, Subang. Lame dah tak tengok wayang. Lagipun, memang dah lame sebenarnya plan nak belanja Aisyah tengok wayang sempena birthday die tahun lepas. (Birthday present tahun lepas) Sokmo tunda jer. Kalau aku free , si Aiyah pulak yang tak free . Akhirnya, tarikh 19.02.2016 menjadi tarikh yang menjadi kenyataan hajat aku untuk belanja birthday girl kite ni nengok wayang. Hehehehehe... Sekali lagi, soalan yang susah nak dijawab selain dari soalan nak makan kat mane ialah kite nak nengok cite aper ni Aisyah??? Sehari before nak pergi tu, aku google lah movie aper yang menarik yang bakal keluar tak lama lagi. Then, aku google movie Pride and Prejudice and Zombies . Tengok trailer agak menarik ceritanya. Berlatar belakangkan masa dan tempat masa zaman era lama British dulu. Aku paling suke tengok kostum yang actor and actress tu pakai. Hehehe... Meh, kite layan sekejap trailer movie ni... Plot stor...

Happy Birthday Kak Naz & Ika...

Happy Birthday Kak Naz dan Ika....................... Alhamdulillah, jamuan potluck kecil-kecilan selamat berakhir dengan perut masing-masing kekenyangan. Erkk...Hehehe..Bunyi sendawa tu. Alhamdulillah... Macam-macam makanan ader hari ni. Main dish mestilah kek kan. Kalau tak ade kek, bukan birthday party la namenye tu. 'Devil Food Chocolate Cake' name diberi. Kaya dengan coklat. Padat pulak tu. Memang berbaloi-baloi lah makan. Kek hari ni ditempah khas oleh Miza daripada kawannya. Katenya, kawan Miza tu buat part time jual kek. Sedap keknye. Tapi, perut dah penuh kan. So, tak larat lah kitorang nak menghabiskan. Ader simpan dalam peti tu ha... Devil Food Chocolate Cake DFCC ...tengoklah tu. Topping die jer penuh dengan coklat Kinder Bueno dan Sneakers . Naiklah kalori mak hari ni nak...Hahaha... Selain dari kek ni, menu utama yang membuatkan kitorang kekenyangan ialah Spagheti . Disediakan khas oleh Arina dan Ina. Aku turun pagi tadi nengok Arina...

Ekspedisi Ke Bukit Kutu

Terlebih dahulu aku nak menegaskan yang Bukit Kutu patutnye bukan dipanggil sebagai Bukit Kutu. Sepatutnye ia dipanggil sebagai Gunung Kutu. Sebab ape aku cakap gitu?? Sebab bukit ni lagi tinggi dari gunung-gunung yang aku pernah hiking dulu. Cuba bayangkan Gunung Angsi hanya berketinggian 825 meter (2,702 kaki) jer dari aras laut. Tapi, Bukit Kutu ni ketinggian dia 1053 meter (3,456 kaki) tau. Menyamai taraf ketinggian sebuah gunung tau. Mak aii...bukan sebarang bukit ni. Aku assume bukit ni macamlah Bukit Broga tu. Dah namenye bukit kan. Mestilah aku aspect macam bukit. Hiking santai-santai gtu. Aku tak tahu lah pulak kenapa dorang letak nama bukit ni sebagai Bukit Kutu. Mungkinkah di sini dahulu terdapat banyak kutu-kutu yang melata??? Kalau dalam bahasa Inggeris nya pulak, bukit ini dipanggil sebagai Trecher's Hill sempena nama Sir William Hood Trecher yang menemui tempat ini pada tahun 1893 . Tempat ini tak silap aku dijadikan juga sebagai kawasan peranginan bagi...

Mak Jabit yang kuat membebel.....

Adoiii.....sakitnye kepala aku ni. Berdenyut-denyut rasenye. Balik kerje je dah disajikan dengan pandangan yag menyakitkan hati. Inilah buruknye kalau dalam sebuah rumah sewa tu terlampau banya kepala, tangan dan kaki. Masing-masing ikut kepala sendiri. Sakitnye hati ni... Asyik benda yang same je duk ulang kali remind. Beritahu. Tapi still jugak xde ape2 perubahan. Buat jugak. Semuanya berpunca dari barang-barang dalam fridge lah. Barang yang disuruh buang still lagi ader duk terperap dalam tu. Kalau boleh nak disumbatkan semua barang dlm fridge.. Aper lagi..membebellah aku malam tu dlm wassup group. Norma labelkan aku Mak Jabit sebab aku suka membebel macam Pak Jabit dalam cerita hantu Kak Limah balik rumah tu. Aku bukan sesaje nak membebel tapi bile bende yang same duk ulang kali jadi memang nak kenelah dgn mak ni. Mood aku plak tengah tak okay minggu ni. Memang mendapatlah dorang semua. Norma kate aku ni emo. Die suh aku banyak bersabar. Risau betol die takut budak2 rumah yan...