Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

Bye Bye 2016..Hi 2017....

Hari ini hari terakhir untuk tahun 2016. Esok sudah memasuki tahun 2017 pulak... Happy New Year korang-korang.. Azam tahun lepas nampaknya banyak yang tak tercapai.. Aku listkan beberapa azam yang ingin aku laksanakan pada tahun ini pulak.. 1) Travel Yesszaa...Acheh jadi destinasi pertama travel aku tahun depan iaitu pada bulan Februari. Boleh dikatakan jugak inilah kali pertama aku bakal menjejakkan kaki ke luar negara. Echewahhh... Seterusnya pulak, pada bulan 4 supposely aku join ekspedisi menawan Gunung Kerinchi, Indonesia. Tetapi, hajat tak kesampaian. Huhu..Pada bulan Ogos pulak misi jalan-jalan makan angin Sabah. Tak dilupa jugak, trip bajet Menjejak Penang coming soon. Masjid Raya Baiturrahman Gunung Kerinchi Kundasang, Sabah Jambatan Pulau Pinang 2) Passport  Okayy...tahun depan tahun aku jalan-jalan makan angin. So, tak boleh nak jalan-jalan kalau passport tak ade.. Hahaha...Tinggallah mereput dalam rumah tu nanti. Makan...

Gunung Belumut, Kluang, Johor - 03/12/2016

Aku suka hiking. Walaupun kadang-kadang aku ragu-ragu dengan stamina dan ketahanan mental aku sendiri. Boleh ke tidak aku sampai ke puncak ni? Tidakkah aku akan menyusahkan rakan-rakan yang lain untuk tunggu aku? Buatnya aku tetiba pengsan pulak macam maner? Semua soalan-soalan tersebut sentiasa sangat bermain di kepala aku ni. Terkadang aku yakin dengan kemampuan diri ini. Tapi pada masa yang sama juga aku tetiba rasa kurang keyakinan pulak nak meneruskan pendakian itu. Tapi disebabkan perasaan untuk sampai ke puncak dan melihat suasana dan view puncak setiap gunung yang aku daki tu, aku tekadkan jugak hati ni, kuatkan jugak langkah kaki untuk terus melangkah ke hadapan. Perasaan bila kaki dah dijejakkan dipuncak serta disajikan pulak dengan pemandangan hijau hutan di sekeliling lebih memukau mata saat itu. Ternyata, perasaan itulah yang aku alami bila mana kaki ini berjaya jugak sampai di puncak Gunung Belumut. Dapat aku rasakan trip hiking kali ini benar-benar telah mer...

Salam Maulidur Rasul - Sanah Helwah Ya Rasulullah

Allahumma solli ala sayyidina muhammad Waala ali sayyidina muhammad Salam Maulidur Rasul 1438H 2016. Alhamdulillah, diberikan lagi kesempatan untuk sama-sama meraikan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Syukur Ya Allah... Maulud nabi tahun ini jatuh pada hari Isnin, 12.12.2016. Tema sambutan maulidur rasul tahun ini ialah Ukhuwah Islamiyyah Asas Penyatuan Ummah. Mudah-mudahan, ukhuwah yang sentiasa terjalin dan terbina antara seluruh umat islam, menguatkan lagi perpaduan dan ikatan sesama kita. Saling tolong menolong, bantu membantu. Ikut segala sunnah Rasullullah...Mudah-mudahan kite beroleh syafat darinya di akhirat nanti. Amiinn.... Semoga juga rakan-rakan seagama kite di Syria, Palastin, Acheh dan Islam Ronghiya di Myanmar diberikan perlindungan oleh Allah S.W.T. Diberikan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi ujian yang menimpa mereka. Tidak dilupa jugak pada seluruh umah Islam Malaysia..semoga kite terus diberikan keamanan dan keselesaan untuk hidup di m...

Belumut Prolog...

Hai.... La ni ader dalam bas mayang sari on the way ke kg halamanku, Rengit. Aku tak berseorangan tau. Aku ditemani teman seopis ku jugak. Awat cik CT ni rajin beno nak balik kg wpun bukan minggu bercuti? Hehehe...sebabnye adalah aku dan uji ader xtvt lain yang nak dilakukan pada hari Sabtu. Apa tu?? Kami berdua nak p hiking Gunung Belumut... Wahhh....x sudah-sudah berhiking. Tak penat ker?? Eehhh...mane boleh penat. Tak dapat nak dibayangkan perasaan tu bile berjaya sampai ke puncak dan bakal melihat satu pemandangan yang cukup cantik dan indah. Hilang segala penat lelah pendakian yang berjam-jam tu tau... Masalahnya la ni..esok awal-awal pagi lagi aku dan uji kene bangun awal otw nak ke Kluang. Meet point kitorang nanti di Masjid Jamek Ulu Dengar, Kahang. Dengarnya, ramai yang ade dalam group Belumut ni nanti. Dapat la tambah kenalan baru. Hehehe...Nak lagi best, mane tahu bertemu jodoh di sini. Hikhik...okay abaikan.... Uji pun dah tido dah kat sebelah ni. Aku macam bi...

Hilangnya Aura Tentoobie

Okay...Abaikan entri aku yang tak berapa nak betol sebelum ni...saje je tengah-tengah malam nak berpuitis sekejap...layan jiwa yang tak berapa nak karat...tulisan tiada kene mengena dengan yang hidup mahupun yang telah tiada....Nukilan itu hanyalah suka-suka sahaja....Kalaupun benar mungkin ianya hanya kebetulan sahaja....Kisah yang dahulu biarlah menjadi memori yang tercipta..Memori yang pasti kan diingati sepanjangnya... okay...sebelum tirai mata melabuhkan kelopaknya, nak bercerita sedikit lah tentang kisahku dan Tentoobie...selagi jarum tak menganjak ke angka 12 memang aku tak tido.. Tentoobie kurasa tidak lagi seperti dulu. Tentoobie kini sangatlah suram..dingin...Tak meriah dan gembira seperti dulu kala.. Aku rindukan suasana Tentoobie yang dahulu... Semangat Tentoobie kini telah tiada. Hilang entah ke mana. Keluhan rasa ini pernah ku coretkan di entri yang lalu. Salah aku ke Tentoobie jadi begini? Salah aku ke? Aku hanya inginkan yang terbaik untuk Tentoobie. Ya, jujur ...

Malam yang tak berapa nak betol....

Gembira melihat kau kan bahagia... Gembira melihat kau bakal menemui jalan yang kau cari-cari selama ini... Ku doakan  kesejahteraan dan kebahagiaanmu dari kejauhan ini... Soal diriku tak usahlah kau khuatirikan lagi... Pandailah aku mengubati hatiku sendiri.. Hati ini pastikan pulih kembali... Hanya masa kan menentukan segalanya... Tidak ku menyimpan dendam... Tidak ku menyimpan amarah... Kerna ku tahu tiada jodoh antara kita.... Sekian...Bye...

Hari Minggu Saya

Hari minggu yang agak membosankan. Masa dihabiskan hanya duduk di rumah sahaja. Kalau minggu lepas, sakan aku berbelanja di Masjid Jamek. Tapi tidak untuk minggu ini. Cadangnya jugak nak ke rumah Angah hari ini. Tapi sayangnya plan hanya tinggal kenangan saje. Mane tidaknya, bangun pun dah pukul berapa. Buka sahaja mata ini, jam sudah ke angka 12 tengah hari. Hehehe. Apalah yang dibuat malamnya itu? Apa lagi kalau bukan berburung hantu di malam hari. Sudahnya mata ini hanya boleh dipejam pada pukul 4 pagi. No wonder la bangun pun terlajak ke tengah hari. Jangan selalu buat begini Hari minggu sahajalah boleh buat. Kalau hari biasa, makna kate esoknye bermata panda lah mata ini. Makanya, plan ke rumah Angah di tunda ke hari lain sahaja nanti. Mungkin minggu depan. Dan mungkin sahaja bulan hadapan. Huhuhu.... Sebenar-benarnya, semalam hari Sabtu plannya nak mendaki Gunung Telapak Buruk. Tapi sayangnya plan tidak menjadi. Rakan-rakan yang lain jadi. Tapi tidak aku dan Amy. Amy ti...

Tazkirah Pagi

Janganlah kamu terlalu menyintai seseorang itu lebih dari segala-galanya, boleh jadi kamu akan membencinya di kemudian hari.... Janganlah juga kamu terlalu membenci seseorang itu, boleh jadi kamu akan mengasihi dan menyintainya dikemudian hari..... Jadinya, sayangilah dan bencilah seseorang itu sekadarnya sahaja kerna Yang Esa itu bila-bila masa sahaja bisa membolak-balikkan hati hambaNya ini.... Wallahualam....

New Revongen Tshirt Corporate

Hehehe.. Hai...Selamat Bekerja!!! Esok semua staff Revongen dikehendaki untuk pakai Revongen T-shirt. Baru jer dapat sehelai Selasa hari tu. Pilihan warna dari bos besar Revongen sendiri iaitu warna biru. Tak tahu plak nak describe biru tu biru ape. Nak kata macam warna biru gelap tak jugak. Nak kata biru navvy pun tak jugak. Tapi boleh lah bila dah pakai. Nampak cantik jugak. Revongen T-shirt ni kene pakai every Friday or kalau kitorang ada apa-apa seminar kene attend ke..ada exhibition ke..so, kene lah sarung kat badan tshirt ni. Apa kata orang tu, barulah nampak kita bawak nama Revongen tu sendiri. Hahaha...Aku duk bahagian purchasing, x ada nya nak keluar ke mana-mana. Duduk jer lah dalam opis tu ha. Hahaha.... Revongen T-shirt ni berlengan pendek. Tak cukup budget nak buat lengan panjang. Hahaha...Asal boleh lah labu..Dari tak ada kan...Esok, dalam tu aku sarung jer la inner hitam, pahtu baru lah sarung t-shirt ni. Giler ko nak berlengan pendek semata-mata. Au...

Bezza in da house......

Assalamualaikum.... Bezza in da house.... Hahaha..... Ayah cik CT beli bezza baru taww....berwarna biru metalik....tengok gambar memang cantik.....suke cik CT taww..... Tak berkesempatan lagi nak face to face dengan bezza kat rumah tu..cik CT kat subang lagi kan....teringin rasenye nak bergaya dengan bezza baru.....hahaha..... Tapi sayang seribu kali sayang cik CT ni penakut bebeno nak bawak kereta tu. Lagilah kereta baru ni. Aduhai...cik CT oiii, bile lah nak hilang penakutnya tu... Ayah cik CT kate nak bagi cik CT pakai bezza tu...cik CT sambung bayar bulan-bulan jer lah....perghhh...berbulu je mata adik-adik cik CT kat rumah tu ha....hahahahaha....tapi entahlah...rasenya tak perlu lagi kot buat masa ni. Abang merah cik CT tu pun dah memadai...tengoklah coming soon nanti.... Belanja sikit gambo bezza baru....oppss...belanja belakang bezza jer lah...hahahaha..

Selamat Malam Sayang

Selamat Malam Sayang.... Selamat malam kuucapkan... Moga kau terus lena... Mimpi yang indah-indah belaka... Selamat Malam Sayang..... Bertemankan bintang-bintang.... Bergemerlapan diangkasa raya.... Bulan menyerlahkan cahayanya... Moga tidurmu nyenyak senyenyaknya.... Selamat Malam Sayang.... Moga ketemu esoknya... Meniti hari-hari seterusnya dengan penuh gembira.... Bertemankan sahabat-sahabat yang setia.... Selamat Malam Sayang....

Hang Out IKEA

Penatnya....mandi pun tak lagi...balik-balik jer terus bukak laptop. Update blog. Cik CT balik dari mana sebenarnya ni???? Hari ni kan hari Sabtu. Hari hujung minggu. Takkanlah nak duduk rumah jer kan. Keluar lah jalan-jalan menikmati pemandangn kota raya beserta menghabiskan duit. Bukan menghabiskan duit sebenarnya. Tapi self reward. Bagi hadiah untuk diri sendiri. Bosanlah duduk rumah ni. Takkanlah asyik tidur jer. Tak berkembang langsung otaknya nanti. Bile keluar, sekurang-kurangnya boleh tengok gelagat-gelagat dan kerenah-kerenah warga kota. Iyer la Cik CT oii..Suka hati awaklah!!!! Okay...aku dan kawan-kawan tadi *Amy dan Uji jalan-jalan IKEA. Amy nak beli gift card as hadiah kawen untuk Izue yang baru sahaja melangsungkan perkahwinannya bulan lepas.  Selamat Pengantin Baru Izue!!!!   Amy dan kawan-kawan UTM dorang collect duit beli gift card untuk Izue dah husband. So, depa gunalah gift card untuk beli apa yang patut kat IKEA tu. Untuk orang-orang yang ...

Cuti Merdeka - Bukit Batu Putih Part 2

Hai..bertemu kembali di entri "Cuti Merdeka - Bukit Batu Putih Part 2" Dalam pukul 2 macam tu kitorang selamat sampai ke tempat parking kereta. Masing-masing muka memamg dah sememeh habis. Memang penat giler lah. Nak makan pun macam tak ada selera. Rasa nak balik Subang cepat-cepat then naik atas katil membuta...Hahahaha... Tapi, aku lapar...aku nak makan..So, kak Haiza drive ke restoran. Malangnya payah nye nak cari restoran yang open. Iyer lah, kan orang tengah cuti merdeka. Mestilah operasi kedai makan pun tutup. Tapi masalahnya, area PD ni tempat orang selalu datang beriadah kot. Rugi lah kalau pengusaha kedai makanan ni tutup. Masyuk ooo..Masa on the way nak ke PD, bukan main ramai lagi konvoi-konvoi bermotor. Untung ooo... Drive dan terus drive, akhirnya kitorang masuk ke area satu restoran ni. Nama restoran tak silap aku ada nama Anjung, tapi anjung ape aku dah lupa dah. Tetiba teringat restoran Anjung Merah kat Subang tu. Masuk je dalam kedai tu memang pe...