Skip to main content

Gunung Belumut, Kluang, Johor - 03/12/2016

Aku suka hiking. Walaupun kadang-kadang aku ragu-ragu dengan stamina dan ketahanan mental aku sendiri. Boleh ke tidak aku sampai ke puncak ni? Tidakkah aku akan menyusahkan rakan-rakan yang lain untuk tunggu aku? Buatnya aku tetiba pengsan pulak macam maner?

Semua soalan-soalan tersebut sentiasa sangat bermain di kepala aku ni. Terkadang aku yakin dengan kemampuan diri ini. Tapi pada masa yang sama juga aku tetiba rasa kurang keyakinan pulak nak meneruskan pendakian itu.

Tapi disebabkan perasaan untuk sampai ke puncak dan melihat suasana dan view puncak setiap gunung yang aku daki tu, aku tekadkan jugak hati ni, kuatkan jugak langkah kaki untuk terus melangkah ke hadapan. Perasaan bila kaki dah dijejakkan dipuncak serta disajikan pulak dengan pemandangan hijau hutan di sekeliling lebih memukau mata saat itu.

Ternyata, perasaan itulah yang aku alami bila mana kaki ini berjaya jugak sampai di puncak Gunung Belumut. Dapat aku rasakan trip hiking kali ini benar-benar telah merencatkan mental dan fizikal aku sendiri. Hampir-hampir saja aku mengibarkan bendera putih tanda aku mengalah kerna tidak larat lagi untuk meneruskan pendakian.

Aku percaya, perasaan ini pastinya akan dirasakan oleh mereka yang baru berjinak-jinak dalam aktiviti outdoor mendaki ini. Tidak terkecualilah aku. Walaupun boleh dikatakan rajin mendaki, tapi jarak masa antara waktu pendakian aku dengan pendakian yang lain agak jauh. Kadang-kadang lepas setahun baru aku naik gunung, Beberapa bulan kemudian barulah naik gunung yang lain pulak. So, boleh dikatakan stamina aku tak fit. Tu pasal lah bila aku naik Belumut dengan training yang tak seberapa menyebakan aku hampir-hampir menemui kegagalan.

Baiklah, marilah aku mulakan cerita tentang pendakian aku ke Gunung Belumut.

Penyertaan aku kali ini di atas ajakan Uji. Kira rakan atas rakan lah. Rakan seuniversiti Uji ajak Uji then Uji pulak ajak aku. Pulak tu Belumut ni terletak di Kluang, Johor dah alang-alang tu meh le balik kampung. Aku memang setuju sangat bila dipelawa oleh Uji tempoh hari. Lagipun, inilah kali pertama aku hiking gunung area Johor. Nama aje anak jati Johor, suka panjat gunung tapi gunung-gunung yang ada kat Johor ni tak pernahlah nak jejak. Ledang pun belum lagi tau. Hishhhh....Hahaha...

So, bila diberi peluang untuk mendaki gunung kedua tertinggi di negeri Johor ini, aku memang tak mahu lepaskan peluang itu. Sambil-sambil tu aku boleh balik kampung jumpa mak dan ayah. Muahahahaha...

Aku dan Uji diinvite masuk dalam group Whatsup trip Belumut. Nama group ialah : Belumut & Arong 3-4/12/2016. Actually lepas naik Belumut depa semua nak naik Arong pulak. Arong pulak terletak di area Mersing. Kitorang bertiga tak naik oleh sebab kesuntukkan masa. Lagipun aku dan Uji hari Ahad tu dah nak kena balik Subang dah. BTW, group ini ditubuhkan bagi memberikan sebarang informasi mengenai trip kali ini. Kat mane nak jumpa. Pukul berapa nak kena ada kat meeting point. Pendek kata, kalau nak tanya apa-apa mengenai trip Belumut boleh lah ajukan terus soalan disitu. Pasti ramai yang akan menjawabnya. By the way, aku hanya jadi silent reader sajalah...Hahaha...Dorang memang super active. Kalau di off kan data tu, beratus mesej masuk lepas korang on data. Jadi hang phone aku. Tak menang tangan nak skrol conversation depa tu. Huhuhu...

Oh ya..By the way, trip Belumut Daypack kali ini diorganizekan oleh sebuah group yang sememangnya fokus dalam aktiviti-aktiviti pendakian ini. Boleh dikatakan hampir setiap minggu dorang akan bawak orang panjat gunung. Kiranya dorang ni guider lah.

Trip kali ini memang seronok. Dapat kenal ramai kawan-kawan baru dari pelbagai negeri. Ada yang memang datang dari Johor. Ada juga yang datang dari KL dan dari Melaka. Gigih sungguhlah mereka-mereka ini kan. Aku dan Uji jugak tak terkecuali. Gigihnya kami lepas balik kerja terus naik LRT gerak ke TBS. Bas ke Pontian pukul 8.30 malam. Ini juga kali pertama Uji datang rumah aku. Kebetulanlah pulak, Vajidah memang tinggal di kampung yang bersebelahan dengan kampung aku. Molek sangat lah tu kan. Dalam bas macam biasalah, pastikan diri kitorang berdua dapatkan rehat yang secukupnya. Esok pagi-pagi dah nak kene bangun awal kan. Uji sudah lena diulit mimpi nan indah. Aku je ha yang duk terkebil-kebil pandang kiri dan kanan. Seperti biasanya, bila aku naik bas aku memang sukar nak lelapkan mata. Dan disebabkan itulah jugak, pagi tu mental aku agak koyak sedikit. Sebabnya, aku tak cukup tidur. Dalam bas aku hanya tidur-tidur ayam jer sampailah ke depan kampung. Sampai-sampai rumah jer, aku duk bersembang-sembang lagi dengan mak dan ayah sehinggalah mak aku tegur pergilah masuk tidur. Esokkan aku nak kena bangun awal. Kang tak terjaga pulak.

Oh Ya...trip kali ini kami dikehendakki untuk berkumpul di Masjid Jamek Kampung Ulu Dengar, Kahang pada pukul 7 pagi. Sudah...kata mula-mula jumpa pukul 8 pagi. Perjalanan dari Rengit ke Kluang ambil masa lebih kurang satu jam setengah. So, kitorang memang decide keluar awal. Solat Subuh pun di tengah perjalanan. Alhamdulillah, sampai jugak kami ke destinasi walaupun ada sedikit terlajak ke depan. Hahaha...Time kitorang sampai tak ramai yang ada lagi. Maybe dorang semua pergi sarapan dulu kot. Sempatlah jugak kitorang berkenalan dengan Kak Sanah. Ohh..ini rupanye kak Sanah. Selalu duk tengok berbual dalam Whatsup. Hari ni dapat tengok in-person.

Lepas semuanya siap sarapan ada sedikit taklimat diberikan oleh ketua ekspedisi, Abang Amad mengenai laluan trek Belumut. Diperkenalkan jugak kami semua kepada Encik Zam yang akan bertindak sebagai sweeper. Lepas tu kitorang lakukan sedikit regangan yang diketuai jugak oleh abang Amad. Group pendakian kali ini disertai seramai lebih kurang 30 orang. Ramai tu.. Lori sudah bersedia menunggu untuk menghantar kami ke pintu hadapan Hutan Lipur Gunung Belumut. Wahhh..seronoknya dapat naik lori ramai-ramai. Dah ada rase macam pendatang tanpa izin pulak. Seronok giler..Suasana meriah dengan hilai tawa kami semua bila mana ada rakan-rakan yang lain duk la hai bersilat menghalang daun-daun kelapa sawit yang menghalang pandangan kami. Hahaha....


Mahu diantarin kemana orang-orang ini ya....??



Pendakian bermula pada pukul 8.30 pagi. Ternyata mereka-mereka yang mendaki kali ini bukan calang-calang. Memang budak kaki gunung ni. Bukan main laju lagi kome-kome yer. Tinggalkan aku kat belakang ni ha. Hahaha...Aku memang dah tergolong dalam geng-geng sweeper. Mujurlah jugak ada Encik Zam yang sudi jaga kitorang disepanjang pendakian ini. Sabar juga melayan kerenah sewel kitorang ni ha. Hahaha...

Memang betullah kata Abang Amad. Jangan main-main dengan trek Belumut. Boleh dikatakan di sepanjang pendakian kita dikehendaki memanjat. Memaut pada akar-akar kayu. Panjat batu-batu. Pendek kata trek dia macam trek Nuang jugaklah. Jarang jumpa kawasan yang landai. Mental aku betul-betul diuji tang part dari CP1 nak ke CP2. Masha Allah...apa kenelah dengan aku ni. Aku malas giler nak teruskan pendakian. Aku dah tak larat sangat dah nak memanjat. Aku rasa nak turun masa tu jugak. Kawalan pernafasan aku pun dalam keadaan tidak memuaskan. Aku jadi stress dan penat. Rasa nak menangis pun iye jugak. Hahaha..


Menunggu giliran untuk naik...


Muka ada manyak senyumlah...





 Amekkaw trek Belumut...Nak naik sangat kannn..

Memang masa tu aku group yang terakhir bersama sweeper. Mujur lah ada Uji dan Vajidah yang banyak bagi support pada aku waktu tu. Encik Zam jugak tengok aku macam dah tak mampu nak teruskan lagi. Tapi disuruhnya aku gerak slow-slow. Akhirnya, berjaya juga aku sampai ke CP2. Alhamdulillah...Tapi baru CP2 okay. Belum sampai puncak lagi. Ada lagi 3 check point ko nak kene redah. Huhuhu...Encik Zam suruh kitorang rehat dalam lebih kurang 10 minit. Masa tiba di CP2 ni, kitorang terjumpa dengan group Yana dan Kak Lieza. Depa pun sedang berehat-rehat sementara nak teruskan lagi pendakian. Alhamdulillah..time ni aku dah rasa okay sikit dah. Aku rasa kembali bersemangat nak sampai ke puncak. Mula-mula tadi Encik Zam kata kalau aku tak larat sangat aku boleh stay kat CP2 ni. Ehh..memang tidak lah aku nak tinggal sorang-sorang kat CP2 tu. Uji dan Vajidah takkanlah nak teman kan aku pulakkan. Kesian depa berdua nanti. Uji datang dari jauh tu semata-mata nak tawan puncak Belumut. 


 My supporters.....


We did it...

So, aku decide untuk teruskan jugak pendakian. Aku dah rasa okay sikit. Kali ni langkahan kaki aku lebih laju. Ini disebabkan trail untuk ke CP yang seterusnya sudah agak berlandai. Takde lah terasa penat sangat. Encik Zam beritahu kitorang yang Abang Amad kata kalau kitorang tak sampai puncak sebelum pukul 2 petang, kitorang kene berpatah balik semula ke CP2, meeting point semua orang sebelum bergerak turun ke kaki gunung. Takkanlah aku nak mensia-siakan perjalanan yang dah jauh aku tempuh ni kan. So, apa-apapun kitorang kene pastikan kitorang sampai jugak ke puncak.

Alhamdulillah, lebih kurang dalam pukul 1.15 petang kitorang sampai jugak akhirnya. Bersyukur sangat-sangat walaupun kitorang lambat lebih kurang satu jam dari group yang asal. Mesti puas dorang duk melepak kat atas tu kan sambil menantikan ketibaan group sweeper ni. Hahaha...

Macam biasa, kitorang telah disediakan seorang satu lunch pack yang berisi nasi lemak sambal udang. Bunyinya memang menyelerakan kan? Iyerlah..masing-masing dah tahap kebuluran tak hingat. So, sampai-sampai puncak tentu sahajalah nak melantak kan. Lapaq habaq hang. Tapi sayang tidak bagi aku, seperti biasa jugaklah aku kalau panjat gunung ni mulalah hilang selera makan tu. Aku tak boleh nak terima makanan yang berat like nasi. Aku tahu aku kene jugak makan untuk kembalikan semula tenaga untuk perjalanan turun nanti. That's why lah aku dah siap-siap standby "Sneakers" jer. So, aku just makan cekelat tu jer. Lepas makan-makan tu, mestila sesi bergambar pulakkan. Tak sah kalau dah sampai puncak tak snap gambar banyak-banyakkan. Hahaha...

Di puncak gunung Belumut ni akan terdapat sebuah bongkah batu yang besar disitu. Kitorang kene panjat sikit untuk mendapatkan keseluruhan view puncak.Ya Allah, tenyata cantik sungguh keindahan di sekelilingnya. Walaupun dikelilingi oleh hutan-hutan yang kehijauan, pemandangan gunung-gunung yang kehijauan jelas memuaskan hati ku sendiri. Dah berapa ratus gambar dah kitorang bergambar kat atas tu. Tak terkiran rasanya kot. Penuhlah la storage masing-masing nanti.

Lepak-lepak kat atas tu lebih kurang dalam sejam lebih. Dalam pukul 2.30 petang, kitorang diarahkan untuk mula bergerak turun. Takut sampai kaki gunung lewat pulak nanti. Perjalanan turun aku sangat cepat. Bukan main laju lagi aku melangkah. Tak sabar betul ni nak sampai bawah. Walaupun kaki tak usah dicakaplah sakit bukan main. Tapi aku tetap gagahkan jugak. Kalau tak digerakkan nanti, alamat tak balik lah aku. Duk lah bertapa atas ni lagi. Hohoho....

Alhamdulillah, kitorang selamat sampai kaki gunung dalam pukul 6 petang. Sementara tunggu yang lain tiba, sempatlah aku berborak kosong dengan kak Sanah. Hebak sungguh akak ni. Budak gunung ni. Uji dan Vajidah pulak masing-masing dah terus menuju ke lori yang siap sedia menunggu kami di hadapan pintu masuk hutan lipur. Bila semua dah turun, kitorang sempat bergambar kenangan di hadapan pintu gerbang Hutan Lipur Gunung Belumut sebagai tanda kenang-kenangan.




Bagi aku sendiri, mendaki Gunung Belumut adalah satu pengalaman mendaki yang menarik serta menyeronokkan. Dapat kenal dengan rakan-rakan mendaki yang baru.Tak dan nak kenal nama dan mana satu empunya nama tu tapi kitorang still keep in touch dalam group Whatsup walaupun aku ni cuma silent reader jer. Hahaha...Enjoy masuk group hiking SAS Adventures ni. In Sha Allah, for the next trip aku dan yang lain akan hiking Gunung Baling dan Pulai pulak pada 14 dan 15 Januari 2017 ini.

Satu pengalaman mendaki yang boleh aku katakan mencabar. Tak dan nak jot down pukul berapa sampai pada setiap CP disebabkan mental aku yang tak berapa nak memuaskan itu. Hehehe...

Nak naik lagi ke next time??

Itu soalan yang sering diajukan kepada diri sendiri. Aku jenis yang kalau dah naik satu gunung tu, aku tak akan repeat naik lagi. Tapi tak tahulah untuk Belumut ni. Mungkin naik dan jugak mungkin tidak. Tapi, kalau dikatakan aku serik ke panjat gunung ni??? Jawapannya ialah.....................

Hehehe...Bak kata Vajidah yang aku petik dari dalam status FB dia...

"Ape benda yang kita dah buat, rasa menyesal datang, pastu ehhh...tak serik lagi rupanya, buat lagi, karang menyesal lagi..siap janji tu, tak nak buat lagi dah...fikir balik apalah aku buat ni, kenapalah aku join...pastu boleh pula tetiba rindu balik nak buat..."

So, itulah HIKING...

Makanya, tak ada lah istilah serik dalam mendaki bagi aku. Mungkin jugak bagi korang diluar sana...Kann??
So, janganlah korang pernah serik untuk mendaki lagi. Hahahaha.....



Naaa..Faiross atas gunung Belumut ni haa....








Antara geng-geng sweeper...Weeeee..







Aterrr..dah macam zombie kampung pisang ghupernye...





Alamak..acaner nak turun ni...??




Gunung Belumut Checked...

Ihsan gambar dari rakan-rakan trip Belumut. Thanks uolllss....

Comments

  1. Tahniah. Nak tumpang tanya? Ada contact number guide Gunung Berlumut tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih..
      Ada...Sopi SAS Adventure 016-789 7290,
      Ahmad Shah SAS Adventure 014-619 6829

      Delete
  2. jauh tak dari masjid ke kaki gunung..??

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Saja cari penyakit? Tak ada beban batu di galas? Sekadar bertanya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...