Thursday, 31 December 2015

Sayonara 2015

Sayonara 2015...Selamat Tinggal Tahun 2015...Good Bye 2015...

Ya..tak kurang lagi 24 jam kita bakal meninggalkan tahun 2015. Esok kite akan bertemu tahun baru 2016. So, ape kenangan dan pencapaian yang kita telah lakukan? 
Diharapkan dengan kehadiran tahun baru ini akan lebih menceriakan kehidupan kita. Tapi tidak dilupa juga kenangan-kenangan yang kita kecapi di tahun 2015 ya.

Welcome 2016..Hello 2016..Selamat Datang 2016......

Adakah Usus Anda Sihat?

Mari kita jalankan satu kaji selidik berkaitan dengan kondisi usus kita. Adakah usus kita betul-betul dalam keadaan yang sihat?

Ayuh!!!!

Silaka tandakan (tick) yang berkenaan

Corak Pemakanan

(      ) Sentiasa tidak makan sarapan
(      ) Mengejar masa waktu pagi
(      ) Makan tidak menentu
(      ) Kurang pengambilan sayur-sayuran
(      ) Makan daging secara berlebihan
(      ) Kekerapan makan di luar melebih 4 kali seminggu
(      ) Tidak suka minum susu atau produk yang berasaskan susu

Keadaan Pembuangan Air Besar

(      ) Susah membuang air besar disebabkan oleh najis yang keras
(      ) Pembuangan najis tidak lancar sesama membuang air besar
(      ) Najis berketul-ketul seperti najis kambing
(      ) Najis terlalu cair
(      ) Warna najis sangat gelap
(      ) Najis tenggelam ke bawah mangkuk tandas
(      ) Najis berbau busuk

Corak Kehidupan

(      ) Kerap merokok dan minum arak
(      ) Muka pucat dan nampak lebih tua
(      ) Kulit kering dan berjerawat
(      ) Kerap mengalami tekanan perasaan
(      ) Senaman tidak mencukupi
(      ) Susah tidur; tidur tidak mencukupi
(      ) Masa ke tandas adalah tidak tetap
(      ) Kentut yang berbau busuk


Keputusan Kesihatan Usus Kita. Keputusan berdasarkan jumlah yang kita tick.

1) 4 ke bawah - Usus anda adalah SIHAT
   
 Cadangan: Teruskan cara pemakanan yang kaya demgan serat dan memelihara usus yang sihat

2) 5 - 9 - Usus anda TIDAK SIHAT
   
 Cadangan: Cara pemakanan dan gaya hidup perlu dibetulkan. Amalkan pengambilan kuman yang baik      (probiotik) untuk mengelakkan kuman yang tidak baik tinggal dalam usus kita 

3) 10 - 14 - Usus anda dalam KEADAAN TERUK
   
 Cadangan: Usus anda kini dipenuhi dengan bakteria tidak baik dan toksin. Pengambilan suplemen kesihatan yang mengandungi enzim-enzim pencernaan, probiotik dan serat adalah digalakkan

4) 15 ke atas - Usus ada dalam KEADAAN SANGAT TERUK

 Cadangan: Sila jumpa pakar untuk mendapatkan nasihat. Amalkan cara hidup dan pemakanan yang sihat. Pengambilan suplemen kesihatan yang mengandungi enzim-enzim pencernaan, probiotik dan serat harus diamalkan untuk memperbaiki keadaan usus.


So, yang mana satu keadaan usus korang sekarang? Lebih baik mencegah sebelum merawat. Aku dah cukup serik dah. Hehehehe....

Thursday, 24 December 2015

Salam Maulidur Rasul 1437H

Assalamualaikum dan Salam Maulidur Rasul....

Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Alhamdulillah, sekali lagi kita semua sama-sama dapat merayakan hari kelahiran insan yang kita sanjungi dan sayangi ini.

Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad waalaalihi Saidina Muhammad.....

Salam Maulidur Rasul 1437H/2015
12 RabiulAwal 1437H
24 Disember 2015

Tragedi Pasar Malam Batu 3

Assalamualaikum dan selamat pagi....

Pukul berapa sekarang ni? Apa???

Pukul 2 pagi dah tau...

Tapi aku masih di luar lagi. Masih tak tidur lagi. Sebenarnya, la ni ade kat SS19. Teman Norma p basuh baju lepas hantar Amy jumpe kawan die tadi. Amy nak pergi Penang. Ada xtvt dengan kengkawannya. Bestnye. Cuti lame kot. Oohhh...aku tak balik kampung cuti ni. Bercuti kat Subang jer. Hahahahaha....lagipun esok Farah nak datang dari Penang. Aiikk...orang KL p Penang, orang Penang p KL plak.

Actually, aku tak nak bercerita pasal ni. Tapi aku nak bercerita pasal satu kisah yang baru jer berlaku malam tadi. First time kot aku handle orang yang tetibe jatuh pengsan. Selama ni tengok je orang jatuh pengsan. Tapi kali ni orang pengsan kat sebelah aku. Kepala jatuh terkulai layu. Terkejut beruk mak aku...ceh!! Dah macam pantun da...

Kisahnye bermula begini. Dalam pukul 5.30 petang tadi aku ajak Aisyah pergi pasar malam Batu 3. Aisyah kate okay jer. Actually, Aisyah tak berapa sihat. Senggugut. Kalaulah aku tahu Aisyah tak sihat memang aku tak ajak die pergi pasar petang tu. Tapi sebab nampak die okay2 je tu yang aku ajak die.

Kitorang berdua jalan-jalan area pasar sampai ke hujung. Tempat jual-jual ayam, daging, ikan dan pelbagai lagi barangan basah yang lain. Kat situ Aisyah mengadu perut die sakit sangat. Dia rasa nak pitam. Nak duduk sekejap. Aku dah gelisah.

"Kenapa dengan Ecah ni?"

Die cakap die nak pitam nampak orang tengah potong ayam dan siang ikan. Pitam nampak darah. Aku tak tahu lah plak si Aisyah ni alergik masuk pasar2 basah ni. Tak leh nengok darah. Aduhai....so, kitorang berdua duduk kat divider berhadapan dengan gerai-gerai ayam dan daging tu. Nak bagi Aisyah rest sekejap. Aisyah mintak nak letak kepala die atas bahu aku. Aku on jer. Die cakap die dah tak larat. Tup..tup..tup...kepala die jatuh terkulai layu kat sebelah aku.

Ya Allah...Aisyah.....

Aisyah pengsan...aku tak tahu nak buat apa. Aku tepuk2 pipi die mintak die bangun. Tapi tak ader respon ape2 dari Aisyah. Aku tak tahu nak buat ape. Nak dijadikan cerita ni lagi menarik dan gempak aku tak bawak handphone. Aku assume Aisyah bawaklah handphone. Ghupe-ghupenye idak... Ya ampun...kitorang berdua sangat cuai. Aku dah gabra. Aisyah x sedar-sedar lagi. Aku dah cuak giler. Aku perasan semua orang kat situ dah duk tengok-tengok aku.

Alih-alih aku tegur sorang abang ni. Kebetulan die duduk kat sebelah kitorang duduk tu.

"Abang...boleh tolong saya tak? Kawan saya pengsan. Boleh tak hantarkan kitorang balik USJ12?"

 Itulah ayat yang keluar dari mulut ni. Aku memang dah rase nk cepat-cepat balik rumah je.

"Masalahnya saya bawak motor. Macam mane ye nak tolong." 

Itu pulak jawapan dari abang tu. Kesian abang tu. Nampak gelabah jugak sebab tak tahu mcm mane nak tolong kitorang.

Aku pendekkan ceritalah yer. Akhirnya, ader seorang kakak ni sudi menolong hantar Aisyah ke klinik berdekatan. Punyer semangat badan Aisyah ni biler die dipapah oleh lebih kurang  lima orang kaum wanuta untuk dibawak masuk ke dalam kereta. Takkanlah nak mintak tolong orang lelaki plakkan. Tapi keadaan memaksa untuk perlukan kudrat lelaki time nak bawak Aisyah masuk bilik rawatan. Mane lah aku larat nk angkat Aisyah berdua dengan kakak Zizah tu. Nurse klinik tu plak nampak macam pregnant. Takperlah keadaan dah darurat.

Doktor kata Aisyah tak ada apa-apa. Semuanya okay. Mungkin die terlalu penat atau pun effect senggugut tu membuatkan die kehilangan banyak tenaga ditambah pulak dengan perut yang kosong. Rupenye minah ni tak makan nasi pun dari pagi lagi. Just makan roti dan maggi je. Aduhai Aisyah.....

Balik tu aku call Alin mintak balik cepat ke rumah. Kelam kabut lah Alin balik. Mujurlah tempat kerja Alin paling dekat dengan rumah kitorang. Kalau nak tunggu Norma memang lambat la jawabnya. Kesian Alin tergesa-gesa balik.

Moral of the story nya ialah masih ade ramai lagi sebenarnya manusia-manusia yang berhati baik. Sanggup menolong orang yang berada dalam kesusahan. Dan masa ini lah jugak kawan-kawan banyak membantu kita. Dan masa ini lah juga pastikan handphone sentiasa berada disisi di saat kita mengalami kesulitan ataupun kesusahan. Senang nak telefon sesiapa mintak bantuan.

Dan first time jugak aku handle orang pengsan. Aisyah....awat lah pengsan time dengan Yus. Aisyah tahukan Yus ni gembeng. Melalak Yus tau dalam kereta kakak tu. Puas Yus tahan air mata masa kat pasar tu. Huhuhuhu. Lepas ni kalau nak pengsan , pengsan bila ade Norma sebab dengan saiz dan kudrat Norma tu boleh lah jugak die angkat or papah Aisyah. Takpun pengsan bile ada Sue. Sue tu jururawat. So, die tahu lah apa yang boleh dibuat bile berhadapan dengan orang pengsan. Ni pengsan bile dengan Yus. Memang pending dan blurr jer la Yus. Sebak di dada lalu menangis pilu. Chewaahhh..dah macam lirik lagu la plak. Hahahahaha....

Walauapapun , Aisyah dah beransur pulih. Esok die dapat MC. So, gunakan MC tu dengan rehat yang secukup-cukupnya.. Opps...tak lupa jugak. Terima kasih banyak-banyak kerana telah memberikan Yus satu pengalaman yang cukup meninggalkan kesan yang mendalam kepada Yus semalam..huhuhu.....

Kisah Sembelit Ku

Salam semua..

Nak story lah sikit pasai sakit yang aku hadapi last week...sakit sembelit...sakit x leh nak berak...aduhaii...serik dah...tak mahu dah sembelit lagi..siksa ko...

Kisahnye bermula begini..perut aku dah mula rase tak selesa hari khamis tu..sisa kumbahan x mahu keluaq ...punyer la bersusah payah aku nak keluaqkan. Kalah neran orang nk beranak tau...aku risau jer bende lain plak yang keluaq dlm proses aku meneran tu. Hahahahaha....

Hari kemuncaknye bile time sabtu malam tu...sbb dah dua hari aku tak membuang...aku dah risau...perut pun dah mcm keras semacam...stress melanda diri aku..sedih pun ade tau..aku dah x lalu nak buat ape dah..aku duk melingkar je atas katil. Norma risau tengok keadaan aku tu. Die ajak aku p klinik jumpe doktor tp aku kate aku tak nak. Aku tak larat nak jalan kemana-mana dah. Aku langsung dah tak ader mood.

Akhirnya, Norma dan Denna yang keluar p farmasi cari ubat untuk aku. Dah aku x nak pegi klinik kan. (Hari bekerja rajin plak ye p klinik nk mintak mc..time sakit betol2 x nak plak p klinik...motif sangat tauuu) Balik tu Norma bawakkan aku ubat laksatif, fiber, sesikat pisang, sebelah buah betik dan 2 cawan yogurt Anlene. Malam tu aku just telan ubat laksatif dengan fiber. Perghh...galak betol si Norma gelakkan aku time aku bersusah payah nak minum fiber tu. Macam makan bubur hijau. Guling-guling Norma gelakkan aku sampaikan Denna tegur tingkah si Norma ni. Aku dah tak kisah ape dah. Aku lebih kisah macam mane aku nak keluarkan sisa kumbahan dalam perut aku ni. Dua hari kot keras kat dalam tu. Huhuhu....

 Ubat laksatif dan fiber

Selang beberapa minit lepas tu, perut aku mula rasa memulas-mulas. Alamak, Denna dalam bilik air bilik aku. Tahan sat....okay..dah x leh nak tahan sangat dah ni. Akhirnya, aku terus meluru masuk bilik air Sue. Prrrttttttttt.....aku cirit. Tapi masalahnye keluaq lendir hijau jer. Sisa kumbahan yang keras tu x nak keluaq lagi. Aku teran dan terus teran. Punyer la perit aku nak meneran tu. Aku rase luke dah kot salur tu. Huhuhu...aku x leh nk tahan dah. Aku nangis lah dlm bilik air tu. Giler ko...sakit weii....meraung gak lah aku nak keluarkan sisa kumbahan tu. Akhirnya, hampir 15 minit aku bertarung dalam bilik air tu, berjaya jugak aku keluarkan sisa kumbahan tu. Bapaklah bulat besar sisa kumbahan tu. Pedih b****t aku tau. Norma ngan Aisyah risau dengar aku melalak dalam bilik air. Prepare nk bawak aku p klinik jer ni. Aku keluar bilik air dengan mata yang sembab sebab melalak dlm bilik air. Tapi dalam masa yang sama, syukur ku panjatkan kepadaNya kerna meredakan beban dan stress yang aku tanggung dua tiga hari tu. Aku dah serik dah. Aku nak jaga betol2 sistem pencernaan aku. Aku tak mahu usus aku berada dalam keadaan yang tidak elok.

Lepas dari tragedi tu, memang aku jaga makan aku. Aku beli roti gandum. Aku beli pisang. Aku makan buah. Dan paling pentingnya aku dah banyak minum air. Sampai tak sempat-sempat aku nak masuk toilet nak p kencing. Hahahahaha...semuanya aku pelajari dari tragedi ini dan juga dari pamplet yang Norma dapat dari farmasi. Klik Sini


Lihatlah makanan-makanan yang dibeli oleh Norma time aku sembelit ri tu....So sweeettt Cik Noma kita ni..

Lagi satu, aku mengadulah kat mak aku pasal sakit ni. Nak tahu ape die cakap....Boleh mak kata "ko ni long...lepas satu, satu...hari tu jerawat..ni plak sembelit." Hahahahaha...sabar jer lah...tak membantu langsung anaknya yang sedang dalam kesedihan dan kerungsingan ni tau. Hahahahaha....

Mungkin sebab itu jugak la kot jerawat kat muka aku naik bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan tu. Sisa-sisa toksid berkumpul dalam badan dan menyebabkan kulit wajah terganggu. Pulak tu jarang minum air kan. Memang lerrr.....

Apa-apa pun satu pengalaman dan pengajaran yang tak dapat aku lupakan. Pengalaman yang taknak aku lalui lagi.. Cukuplah sekali. Tak mahu ada dua..tak mahu ada tiga kalinya. Serik kau..ni baru sakit sembelit aku dah melalak satu rumah. Belum lagi sakit nak bersalin tu. Huhuhu...nasib lah sape yang jadi laki aku nanti. Habis aku flying kick die...hahahaha....




Sunday, 20 December 2015

Tips Untuk Sistem Pencernaan Yang Sihat

Kepentingan usus yang sihat: sistem penghadaman dan immunisasi

Usus memainkan peranan penting dalam sistem penghadaman makanan, penyerapan nutrien dan pembuangan bahan buangan. Sekiranya usus tidak sihat, penyerapan nutrien akan terganggu dan seterusnya mudah mendapat penyakit. Lebih kurang 70% sel-sel pertahanan badan berada dalam usus. Oleh itu, sistem penghadaman yang sihat adalah demi mengekalkan sistem imunisasi yang sihat.

Bagaimanakah anda mengetahui usus anda sihat?

Bagi mendapatkan maklumat tersebut, sesorang hanya perlu memerhati corak najis. Seseorang yang menbuang air besar dengan tidak normal akan menyebabkan toksid berkumpul di dalam badan dan hal ini akan menyebabkan keadaan kulit terganggu dan perut menjadi buncit.

Klik Sini untuk ujian usus anda.....

Benarkah menbuang air besar setiap hari bermaksud usus sesorang itu sihat?

Tidak Benar! Jangan anggap dengan membuang air besar setiap hari bermaksu usus seseorang itu sihat.

Tanda-tanda usus tidak sihat:
a) najis terlalu berbau
b) tidak berbentuk
c) warna terlalu gelap
d) tenggelam sampai bawah mangkuk tandas
e) kentut terlalu berbau

3 komponen penting untuk mendapatkan usus yang sihat
a) pencernaan makanan yang baik - Digezyme
b) pertumbuhan kuman yang baik - Probiotik
c) pembuangan najis yang lancar - Fiber

Siapakah yang perlu menumpukan perhatian kepada masalah usus?

Individu yang sentiasa mengalami sembelit; makan secara tidak seimbang dan terlalu berminyak atau masin; dan memerlukan ubat laksatif untuk membantu pembuangan air besar.

BAHAYA! Kanser usus besar merupakan kanser yang kedua tinggi di Malaysia. Penjagaan kesihatan usus seharusnye dimulai dari usia muda. Bagi golongan yang berusia 40 tahun ke atas, pemeriksaan usus adalah digalakkan.

Elakkan ubat laksatif; penggunaan ubat sepanjang masa tidak boleh membaiki masalah sembelit. Malah ia akan mengakibatkan seseorang ketagihan ubat, dan seterusnya mengurangkan pergerakan usus (peristalsis)!

Apakah keburukan sembelit?

- bahan-bahan toksid dan kuman yang jahat akan berkumpul dalam usus kita
- imunisasi seseorang akan menjadi lemah
- kadar metabolisma menurun dan boleh mengakibatkan penuaan kulit
- mengakibatkan buasir
- meningkatkan risiko kanser usus besar

Bagi golongan sibuk zaman kini, apakah cara untuk memastikan usus sentiasa sihat?

Minum air yang mencukupi
- minum sekurang-kurangnya 1.6-1.8L (lebih kurang 8 gelas) air setiap hari. Kita tidak harus minum air ketika berasa haus sahaja. Ini kerana perasaan haus itu bermaksud badan kita sudah kekurangan air. Kekurangan air merupakan salah satu faktor utama masalah sembelit dan buasir.

Makan makanan yang kaya dengan serat
- pengambilan serat yang mencukupi daripada sayur-sayuran, buah-buahan dan bijiran penuh setiap hari adalah penting untuk menggalakkan pergerakan usus yang normal. Ini dapat mencegah sembelit dan kanser usus besar.

Menambahkan kuman baik (probiotik) dalam usus.
- cara pemakanan yang tidak seimbang boleh menyebabkan kuman jahat membiak dalam usus kita dan mengakibatkan masalah penghadaman seperti sembelit, banyak gas dan cirit-birit. Pengambilan kuman baik daripada makanan seperti yogurt ataupun suplemen probiotik membantu menentang kuman jahat dan mengekalkan keadaan usus yang sihat.

Tambahkan enzim pencernaan dalam usus
- badan manusia bergantung kepada enzim pencernaan untuk menjalankan fungsi penghadaman dan penyerapan khasiat yang lengkap. Jumlah enzim dalam badan kita semakin berkurangan seiring dengan peningkatan umur. Dengan penambahan pengambilan enzim pencernaan, kita dapat mencegah masalah penghadaman seperti kembung perut.

Hidup Dalam Kebahagiaan dan Kegembiraan

Assalamualaikum dan selamat malam.....

Dalam diri setiap manusia pasti mahukan kebahagiaan dan kegembiraan. Pasti mahukan rasa diri ini disayangi dan juga disenangi oleh semua orang yang ada disekeliling.

Pastinya kita tidak mahu dibenci..tidak mahu dipandang hina oleh orang lain..pastinya juga kita tidak mahu hidup dalam keadaan yang tidak tenteram. Dalam keadaan resah dan gelisah. Pastinya tidak mahu bukan...

So, ape yang kita perlu lakukan untuk berada dalam keadaan gembira dan bahagia?

Pastinya kita perlu sentiasa mendekatkan diri pada yang satu. Pada yang menciptakan kita. Kerana Dialah yang bisa memberikan kita kebahagiaan dan kenikmatan hidup. Hidup sentiasa dibawah lindungan dan rahmatNya. Pastinya hidup kita senantiasa bahagia.

Cuba kalau kita jauh dariNya..kita lupa untuk sujud padaNya..kita lupa untuk meminta padaNya...pastinya Dia juga akan melupakan kita..pastinya hidup kita dalam keadaan yang tidak gembira serta tidak diberkati olehNya.

Oleh itu, senantiasalah kita ingat padaNya..lakukan apa yang diperintahkanNya dan meninggalkan apa yang ditegahNya. Kelak hidup kita kan bahagia..

Lagi satu, sebelum tidur hendaklah kita memaafkan orang lain..in sha Allah, hidup kita akan terus bahagia dan gembira....

Wallahualam bissawab.....

Hi Blog Cik CT 2025 - Cik CT kembali

Hello Blog Cik CT..... Ommoo...ommoo...Lame giler tak bukak blog Cik CT ni. Berhabuk giler dah. Bukan ape cuma tak de masa nak mengupdate. S...