Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015

Hurmm..rasenya tak terlalu lambat untuk aku mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua umat Islam yang meraikannya Setelah sebulan berpuasa di Bulan Ramadhan, kita meraikan kejayaan kita kerana telah dapat menahan lapar dan dahaga serta nafsu. Baru Syawal ke-15. Sudah hampir separuh bulan. Tinggal lagi berapa hari je lagi Syawal bakal meninggalkan kita semua. Syawal tempoh hari juga disambut secara bersederhanaan. Seperti biasa sambutan macam tahun-tahun yang sebelumnya. Cuma raya tahun ni adik lelaki aku si Faiz tak ikut sama balik kampung Endau. Tak muat kereta. Adik kedua aku pula, Fazlina menyambut 1 Syawal bersama keluarga mertua dia kat KL. So, memang tak dapatlah nak sambut pagi 1 Syawal macam dulu-dulu. Apa-apa pun nikmatilah Syawal ini dengan penuh rasa gembira. Bersyukurlah selalu atas nikmat yang Allah telah berikan kepada kita. Bak kata TV3, Syukur Selalu Menzahirkan Kebahagian...Hehehe... Kita layan sikit video clip lagu raya...

Hiking Gunung Datok

Lame beno aku tak update entri ke Gunung Datok...Bile ye tarikh aku naik Gunung Datok ni..Hurmm..yaaa...tarikh yang same bila mana kapal terbang MAS, MH370 dikhabarkan hilang dari radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China..Yess..tarikh yg menciptakan sejarah dalam negara Malaysia. Tanggal 08 Mac 2015..Tarikh dimana bermulanya macam-macam masalah dalam negara Malaysia ini. Namun, aku tak nak bercerita panjang pasal apa yang terjadi pada Malaysia ketika ini..walaupun sebenarnya banyak yang ingin aku kongsikan tentang negaraku yang tercinta ni..Hehehe... Berbalik semula pada pendakianku ke Gunung Datok. Macam biasa kita tahu dululah serba sedikit info mengenai Gunung Datok ni, gunung yang terletak di Negeri Sembilan. Gunung ini terletak di kawasan daerah Rembau, mempunyai ketinggian setinggi 885 meter (2,900 kaki). Gunung Datok mempunyai hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas . Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perub...