Skip to main content

My Wedding's Sister - 20140831

Hampir 3 bulan sudah adik aku mendirikan rumah tangganya...Majlis berlangsung pada bulan Ogos tempoh hari...tanggal 31 Ogos 2014..same dengan tarikh lahir adik aku yang ke-3, Siti Fatihah...Adik aku berkahwin dengan pilihan hatinya yang dikenali dekat BaitulMuslim. Adik ipar aku namenya Abdullah...Muda setahun je dari adik aku tu...Tapi wajah die nampak lah sangat matured..Abdullah ni asal KL ni je..duduk dekat Pandan Indah. So, adik aku la ni duk ikut suami dielah...Orang dah ade laki katakan..Hahaha...

Masa majlis ri tu..akk2 bilik aku pun turun Johor tau...kak Haiza, kak Hanis dan juga kak Dayah..wpun kak Dayah time tu tengah ade problem sebab die baru lepas accident tapi die still datang jugak..Terharu rasanye..hihihi...Yang lain x dapat datang..ade kekangan waktu...Takpelah...Time kenduri aku nanti mesti datang semua..Amboiii...

Aku gerak sekali dengan akk2 ni balik Johor..Kitorang gerak hari Sabtu tu dalam pukul 10 lebih...Lepas hantar kereta Kak Dayah masuk bengkel...Sampai umah lebih kurang dalam pukul 7 petang..Mak aii..punye lah lame..hihihi...jalan jammed mase kat area Nilai Bangi..lepas tu banyak no berhentinya...kitorang bawak slow2 je....keluar je susur Air Hitam, aku bawak akk2 ni singgah sat kat pekan Air Hitam..jalan2 survey barang..ade jugak lah barang2 yang akk2 ni beli...sempat jugak merase otak-otak Johor..dorang kate sedap..memang sedap pun...Lepas habis sopping tu sempat lagi singgah kat Pantai Punggor..bawak dorang hirup udara pantai..tapi mak aiii..panas...Dalam kul 6 lebih tu baru gerak balik..nanti membebel plak orang2 kat umah tu..Dahlah balik lewat..keje pun x menolong..hahhaa...

Ni lah otak-otak..Lain tempat lain rasenye tau...

 

 Ni plak Pantai Punggor..tempat yang kitorang singgah sebelum sampai umah aku..Ni aku copy paste dari internet..ade ek..popular jugak tempat ni kat internet ni ha..hahaha

Sampai2 je umah..Mak Long dah duk tercongok kat depan umah aku tu..die lah tukang masak kami masa majlis ni..die masak untuk makan masa kenduri tahlil malam tu dan juga masak untuk makan beradab nanti..makan lauk kenduri Pak Su Anas yang masakkan nanti..gotong-royong..hahaha..Dorang takde lah marah pun aku smpai lewat pun..kan ade kawan2 aku tu..hahaha...sampai-sampai je kitorang terus makan..sebab sepanjang perjalanan kitorang x singgah makan pun..makan otak-otak je la...Tapi Mak Long masak memang sedap lah..akk2 bilik aku tu semua puji..Aku memang sure banyak lauk Mak Long masak nnti...

Agak meriah majlis adik aku ni..tak menang tangan dibuatnye..Wpun takde diiringi muzik-muzik band yang membingitkan telinga..aku x suka betullah bunyi bising2 time majlis kawen ni..tak dengar orang nak bercapak...nasib baik juga ade ramai pakcik makcik dan juga sepupu sepapat waktu kenduri ri tu...ringan lah sikit kerjenye..Mak dan ayah pengantin biaselah duk kat depan rumah je sambut tetamu yang datang..dorang pun busy jugakbenonye..nampaklah ayah ngan mak aku sangat penat..Penat tau buat kerja kahwin ni..Turn aku ni x tau lah cmner gamaknya...orang yang paling sibuk dalam adik beradik aku ialah adik aku yang no 3 tu..Siti Fatihah..dah la time majlis tu hari jadi die..tapi busy buat kerja...kesana kesini..orang yang paling relaks mestilah aku...tapi kadang2 bz gak tau...hahaha...

Alhamdulillah..majlis berjalan dengan sangat lancar..cuaca pun sangat okay waktu tu....kak Haiza, kak Hanis dan kak Dayah balik juga petang tu..dorang singgah sat dekat Melaka..jalan2 kat situ..aku balik hari Selasa..kesian plak mak ayah nk kemas semua barang2 tu semula...Kang aku balik ikut dorang membebel plak makcik-makcik aku tu..hahahaha....

Yok kite tengok sikit gambar2 kawen adik aku...





Cantik pelaminya..aku suka sebenarnya gabungan warna ni..tapi dah ramai sangat orang gune warna pink biru ni..Time aku nnti nk warna yang lain lah..tapi warna purple mesti ada..sebab aku suka sangat warna purple..hahaha...Tapi bilenye majlis aku tu nanti??? Opppsss.....

Okay...cukup lah tu gambar2 yang boleh aku post..Nanti mengamuk plak adik aku tu kalu tau aku duk upload gambo kawen dia dalam blog aku ni..hahaha...Tapi lepas ni aku nak story plak pasal majlis bertunang die yang berlangsung pada tahun lepas...tarikh 31 Ogos jugak..kirenye dorang ikat tali pertunangan selama setahun je..lame jugak tu...hihiihi...

Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Novel Review : Dia Imamku

Novel: Dia Imamku Novelis: Siti Rosmizah Rate: 9/10 Tarikh Bacaan: 27 - 28 Jun 2020 "Lemah ke seorang lelaki andai dia menitiskan air mata?" Sinopsis Kulit Belakang: Sombong! Berlagak! Itulah diri Cempaka Humairah. Dia benci dengan cucu angkat neneknya. Amiruddin, lelaki kampung yang tak dipandang sebelah mata. "Suka kamu kata Bangla. Budin ni ada kebun pisang." tegur Nenek Bunga. Kebun pisang? Lagilah Humairah tak pandang. Amiruddin itu kekasih Dahlia, sepupu Humairah. Dahlia ni tak adalah baik mana. Mata duitan. Boleh pula jatuh cinta dengan Rafiq, kekasih Humairah. Peranglah jawabnya. Amiruddin dianiaya oleh pak longnya. Nenek Bunga dapatkan dia kerja sebagai pemandu Humairah. Kesian Amiruddin, hari-hari kena marah, kena maki. Sabar aje dia. Kalau orang lain, dah naik pelempang kat muka. Datin Orkid ibu Humairah, kecewa dengan suaminya, Dato' Malik kerana menjadi wali pernikahan Lily, anak sulungnya. Demi cin...

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...