Skip to main content

GEMS PROGRAM 2013

Lame betul dah masa berlalu..Hampir setahun lebih aku berjaya menamatkan program GEMS ni...GEMS nama singkatan bagi Graduate Employability Management Scheme. Memberi peluang kepada graduan-graduan yang baru menamatkan pelajaran @ yang sudah lama bebeno grad tp still lagi tak dapat kerja untuk meningkatkan tahap self market dalam dunia pekerjaan...

Aku nak ceritalah serba sedikit pengalaman suka dan duka semasa menyertai program ni. Dah lama sangat program tu berlalu, baru la ni nak post en3 pasal ni haaa....Hahaha....Aku start masuk program ni x silap aku pada bulan Disember tahun 2012..Yess..aku ingat lagi..kitorang daftar 07/12/2012...Hanis yang ajak aku join program ni..Masa tu aku tanam anggur kat rumah..Takde kerja..Hahaha...Baru lepas habis jadi guru ganti masa tu..GEMS yang aku ikut ni diadakan dekat Hotel Seri Malaysia, Mersing. Dekatlah sikit kan berbanding dengan tempat2 lain...Buatnye die antar ke Sabah Sarawak..pikir 2 3 kali tu nak pergi ke tidak...hihihi...

Seronok..dapat kenal dengan kawan-kawan baru..sampai sekarang still lagi keep in touch dgn dorang semua......kat sane kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan..x silap ade 7 kot..lepas tu disuruh buat satu company..dalamnye ada lah position-position yg tertentu...macam CEO,COO,setiausaha, bendahari dan juga lain-lain executive...Company yang ade ialah company Diamond, Emerald, Ruby, Aquamarine, Saphire, Pearl, dan juga Topaz..Company aku adalah Aquamarine...Position aku Corporate Responsibility Manager..Handle kerja2 amal yang akan kitorang lakukan sepanjang program kat sini..Kire mcm Group Live Project...Ade Sport Day, English Day, CSR, Dinner and ade lagi satu project..Lupe plak namanye...



Ni lah kawan-kawan yang secompany dengan aku, Company kami diberi nama Aquamarine...

Dalam program ni kami diajar macam mane untuk menjadi seorang graduan yang dicari-cari oleh majikan...macam mane nak increase keyakinan dlm diri tu..nak berhadapan dengan orang..nak jadi team leader dlm sesuatu project..communication yang berjaya..Semua ni diajar dlam modul yang dijalankan setiap hari..Jadual kitorang kat sini sangatlah pack..weekend pun kene masuk opis tau..hihihi...seingat aku lah..aku tak balik kampung tau sepanjang dua bulan kat sini..nak pergi rumah Tok Pah pun tak sempat...


Masa ni tengah program santai pagi kot. Kitorang wat senam robik kat Pantai Mersing...


 Dari kiri: Syita, Aku, Hanis, Zati...yang sorang ni member syita, Khaty...

Yang ni lah budak2 bilik aku..Masa mula-mula masuk dorang lah yang aku jumpe..aku dan Hanis memang mintak satu bilik yang sama..Lepas tu datanglah Zati and then datang plak Syita. Penghuni dalam bilik No. 310 Hotel Seri Malaysia...kitorang memang kamceng..sampailah sekarang...kitorang lain-lain company..Aku dan Zati je yang satu company..Syita dr company Saphire..Hanis plak dari company Topaz...


Dari kiri: Aku, Ummi, Zati, Nisa...

Yang ni plak gambar masa kitorang tengah sibuk2 cari tempat dalam area Mersing yang nak buat program masyarakat...Ni kitorang baru lepas tolak kereta penghulu Kg Makam yang baru masuk lopak mase buat tinjauan...memang rare anak-anak dara ni tolak kereta...Tapi akhirnya berjaya jugak kereta tu terlepas dari lopak tu...

Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...