Skip to main content

September Menjelang Tiba

Wah...Da masuk bulan September...Lagi tiga bulan je da nak habis tahun 2014. Ya Allah..cepat sungguh la hai masa berlalu..Tup..Tap..Tup Tap..da masuk tahun baru, tahun 2015.

Alhamdulillah, masih lagi di beri nafas untuk terus hidup di bumi ciptaan Allah ini...

Nak story ape ye...yaa..nak story pasal majlis kahwin adik aku yg dah berlangsung pada 31 Ogos tempoh hari. Hari Ahad. Alhamdulillah...segalanya berjalan dengan lancar. Perjalanan aku dengan akak-akak rumah pun berjalan dengan lancarnya. Walaupun sebenarnye delay beberapa jam, tapi kami selamat tiba di rumah aku pada petang sabtu tu. Yang best dan tak tahannya tu...semua benda dah settle. Aku datang tak de pape yang nak dibuat lagi..Goodies bag dah diisi...Pelamin dah siap pasang...meja makan untuk tetamu pun semuanya sudah siap...Makanan pun dah tersedia. Aku sampai tinggal makan je...Hahahha...indahnya hidup...

Sebenarnya ada gambar2 yang nak dipost kat sini..Gambar2 aku bersama akak2 serumah dalam perjalanan. Gambar kitorang berselfie yefie kat pelamin..Gambar masa majlis akad dan juga sanding.
After aku dah upload semua gambar2, aku post lagi entry baru.

Ermmm...sekarang di opis..depan pc. Jam menunjukkan sudah pukul 02.55..Lagi satu jam lagi aku kene buat ordering Santa Cruz dan Bethyl...Relaks plak aku ari ni...DO and Invoice semua da settle...Opppsss...aku belum buat DO Invoice tuk Spore dan jugak GBMM..sekejap lagi aku buat...Ishh..banyak lagi la kije yang belum siap lagi..Hahaha..payment tak submit lagi..aiyooo...

Okay lah...nak sambung buat kerja...LALLALALALLAA....................

Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Novel Review : Dia Imamku

Novel: Dia Imamku Novelis: Siti Rosmizah Rate: 9/10 Tarikh Bacaan: 27 - 28 Jun 2020 "Lemah ke seorang lelaki andai dia menitiskan air mata?" Sinopsis Kulit Belakang: Sombong! Berlagak! Itulah diri Cempaka Humairah. Dia benci dengan cucu angkat neneknya. Amiruddin, lelaki kampung yang tak dipandang sebelah mata. "Suka kamu kata Bangla. Budin ni ada kebun pisang." tegur Nenek Bunga. Kebun pisang? Lagilah Humairah tak pandang. Amiruddin itu kekasih Dahlia, sepupu Humairah. Dahlia ni tak adalah baik mana. Mata duitan. Boleh pula jatuh cinta dengan Rafiq, kekasih Humairah. Peranglah jawabnya. Amiruddin dianiaya oleh pak longnya. Nenek Bunga dapatkan dia kerja sebagai pemandu Humairah. Kesian Amiruddin, hari-hari kena marah, kena maki. Sabar aje dia. Kalau orang lain, dah naik pelempang kat muka. Datin Orkid ibu Humairah, kecewa dengan suaminya, Dato' Malik kerana menjadi wali pernikahan Lily, anak sulungnya. Demi cin...

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...