Skip to main content

Review - Krim Ibu Putih Janna Lawwa

Assalamualaikum....

Ermmm...lama pulak aku tinggalkan blog ni...Sebab apa lama tinggal? Sebab tak ada idea nak tulis ape...huhuhu...

Baiklah.. En3 kali ni just nk review sikit pasal krim ibu putih janna lawwa yang aku beli dari member aku, Zaty 4 bulan yang lepas...Ermm..lame kan..dan krim tu pun dah habis aku pakai...Tapi tak berkesempatan plak nk re-order balik..ade je duit yang short..so, aku tangguhkan dulu beli krim tu.






Inilah rupa bentuk krim ibu putih yang aku beli tu. Harganya aku beli RM85.00. Standard harga pasaran. Cara penggunaannya juga mudah. Just applykan sedikit kat bahagiang muka. Boleh di pakai di bahagian anggota badan yang lain seperti badan, tangan dan leher. Kalu pakai kat muka actually boleh disapukan sekali dengan krim kecantikan. Tapi aku tak buat pun. Aku just apply ibu putih tu shj semata-mata. Dan aku pakai tiap-tiap malam sebelum tidur. Aku pakai dulu Advancer Bio-essence pastu baru aku sapu dengan krim ibu putih ni. Aku tak pakai waktu siang sebab krim ni agak oily. Rimas aku kalau berminyak2 muka aku waktu siang.


Ini pula Advancer Bio-essence bird nest yang aku apply bersama-sama dengan krim ibu putih janna lawwa. Aku pakai jugak product lain bird nest ni tapi nanti aku review di en3 lain pasal bio-essence plak.



Dan hasilnya boleh dikatakan memuaskan hati aku sebenarnya. Kulit aku nampak lagi lembab. Bangun pagi kulit wajah nampak lembab. tak kering dan tak jugak berminyak. Before aku pakai krim ibu putih, bangun pagi je kulit aku mak aiii...OILY...berminyak..geli plak kadang2 tengok muka sndiri masa bangun tidur..Hahaha... Tapi lepas guna krim ni kulit dah tak berminyak dah...Parut-parut jeragat kat wajah aku juga makin hilang..Errmm...sukanya hati aku...Kawan2 serumah pun nampak perubahan pada wajah aku. Dorang kata kulit yus dah tak nampak berminyaklah..Dah hilang sikit bekas jerawat tu... Biarpun ade word 'sikit' tu, dah cukup menggembirakan hati ini..Hahahaha...






Tapi lepas ni aku nak beli yang krim kecantikan ibu putih plak. Hari tu tanya toko jamu die cakap yang ni bertindak sebagai whitening. Yang krim ibu putih janna lawwa tu just sebagai pati shj, kene apply dengan krim kecantikan yang lain. Ini bentuk krim kecantikan ibu putih tu. Warna biru plak....





Harga pun hampir sama dengan yang pink tu. Tapi mungkin lagi murah kot. Hehehe..Lupe plak harganya.. So, gaji bulan ni aku kene dapatkan krim ni di toko-toko jamu berdekatan..hahaha..Selalunya kat Mydin Subang ni banyak toko-toko jamu ni..macam2 ada...cakap je la nk product apa. semuanya ada.

Ade orang cakap ibu putih tak elok pakai. merosakkan kulit muka. tapi tak tahu plak aku tahap kesahihannya. sebab setakat yang aku pakai ni ok je kulit muka aku.. tak ade ape2 effect yang tak elok pun..tapi mintaklah dijauhkan semua tu kan...Hihihi...

Okaylah..rasenye itu aje la review tentang krim pati ibu putih janna lawwa ni. Lain en3 aku review pasal bende lain plak...waktu lunch..nak keluar makan...LAPAQQQQ....




Comments

  1. Masalah jerawat timbul kembali...STRESS...

    ReplyDelete
  2. saya ada jual dear warna pink hanya rm65 sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sis...sy memang pakai krim ni tp sy beli dgn harga rm95. macam mane kalau sy nk beli dengan sis?

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. assalamualaikum. hi sis saya ada jual produk jannalawwa rm60 inc postage. boleh whatsapp saya 0172802181 atau visit ig saya produkkecantikanmurahh :)

      Delete
  3. sudah tau belum cara mencerahkan wajah aman ? intips yuk cara mencerahkan wajah alami :)

    ReplyDelete
  4. iya apalagi putih terbebas dari <a href="http://www.mitrakosmetik.com/mau-waxing-tapi-takut-bahan-kimia-pakai-obat-perontok-bulu-ini-yuk.html>bulu</a> :3

    ReplyDelete
  5. Janna lawwa memang bes. Saya pakai dan jual. Dah dkat srtahun pakai. Muka putih bersih. Berminat blh wasapp ye 0126148131. Harga berpatutan. 😄

    ReplyDelete
  6. tengah mencari2 kelebihan JL ni....terjumpa blog ni...lps ni kena cari JL kot...hehehhe

    ReplyDelete
  7. tengah mencari2 kelebihan JL ni....terjumpa blog ni...lps ni kena cari JL kot...hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe...cer lah try..saya berpuas hati pakai JL ni...

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...