Wednesday, 11 May 2016

Testimoni Perlaking Cik CT


10 Perkara Best yang akan dirasai ketika Mengambil Perla King
+ Merangsang pertumbuhan sel2 kulit baru dan menghasilkan collagen penyembuhan
+ meneutralkan radikal bebas & menyingkirkan toksik dlm bdn yg merosakkan kulit
+ Menghapuskan kedutan dan garis halus pada muka
+ Wajah kelihatan muda dari usia sebenar
+ Menyingkirkan ulser kulit, bintik hitam, jeragat & melasma
+ Memulihkan eczema, ruam & melembabkan muka
+ Mencantikkan kulit dgn menjadikannya licin, anjal, sihat & halus secara semulajadi
+ Mencerahkan kulit wajah & seluruh badan secara kekal
+ Mengecut jerawat + menghilangkan kesan parut jerawat
+ Melancarkan peredaran darah dlm tubuh


Kenapa Anda Perlu Mengambil Perla King Serbuk Mutiara Asli?
Senang Diambil, Tak payah Berpantang
Kesan awal sepantas 3-7 hari
100% bahan asli & semulajadi
HALAL JAKIM, ADA GMP & PATUH kelulusan akta makanan!
Dijamin tak mengandungi RACUN berbahaya & Selamat digunakan
30 sachet untuk sebulan
Cara pengambilan Yg SIMPLE > Hanya Koyakkan sachet & boleh terus dimakan. Sehari 1x sahaja sebelum breakfast
Harga Pasaran : RM120

Testimoni sendiri: 
Info mengenai Perlaking di atas aku perolehi dari blog blogger2 yang lain...Aku dah consume lebih kurang 3 minggu. Hurmmm..tak nampak sangat perubahan yang agak ketara. Namun, aku dapat rasakan kulit lebih lembap dan tak berminyak. Ia mungkin jugak dari effect penggunaan Pewiit Skincare. Klik Sini
Glowing????
Mungkin system dalam badan aku sendiri lambat untuk menerima effect dari penggunaan Perlaking ini. Tapi ada lah jugak rakan-rakan sekerja yang noticed aku nampak lebih cerah sedikit. Tapi, bagi aku pulak aku sama je seperti aku yang dahulu. Hahaha...Mungkin kesan nya lambat pada kulit aku kot. In sha Allah, kite lihat nanti effect untuk sebulan dua ni. iyer lah, antibodi kan lain-lain pada setiap individu tu. Ada yang consume baru 2 minggu dah nampak kesan yang menakjubkan. Even sesetengah indvidu yang lain dah nampak perubahan yang ketara seawal 7 hari lagi.
Masalahnya, stok aku dah nak habis. Nak repeat order ke idak yer??? Hurmmm.....RM120 tu bagi aku agak mahal la kot. Skincare aku jer dah berharga RM180. Hurmm...agak tinggi yer maintanance diri Cik Faiross kite ni. Hahaha....Takperlah, kebetulan bulan ni rezeki lebih sikit. So, boleh lah kalau nak repeat order Perlaking....Huwahuwahuwahuwa.......

Dilema Nak Pindah Rumah

La ni tengah dalam dilema nak pindah rumah sewa baru ke idak.....

Sayang lah pulak rasenye nak tinggalkan Tentoobie (USJ12). Banyak kenangan-kenangan indah dan manis yang tercipta sepanjang aku menyewa di situ. Kenangan yang mungkin takkan dilupakan sama sekali. Kenangan bersama rakan-rakan Tentoobie yang sedia ada mahupun alumni Tentoobie. Ukhwah itu masih terus terjalin sehingga sekarang.

Namun, dari sudut yang lain sudah masanya aku perlu beralih angin. Mencari suasana rumah sewa yang baru. Tapi aku tak nak....Aku tak nak tinggalkan rumah sewa yang sekarang. Dah biasa dah duduk kat situ. Sayang nak ditinggalkan. 

Tapi....ada lagi benda yang membuatkan aku rasa nak blah jer dari rumah tu. Rasa geram dan marah tu membuak-buak kadang-kadang. Silap pilih rakan serumah rasanya. Jenis yang buat hal sendiri. Jenis yang agak sukar nak merapatkan diri dengan rakan-rakan serumah yang lain. 

Tentoobie tidak seperti dulu lagi. Aku sebenarnya rindukan Tentoobie yang dahulu. Yang penuh dengan gelak tawa, gurau senda, gaduh-gaduh manja. Rasa itu bagaikan s.Tentoobie tak seceria dulu. Sedihnya....

Entahlah...aku tak bersedia lagi nak berpindah dari rumah sewaku yang sekarang..Mungkin masanya akan tiba jua nanti. Mungkin tahun ini..Mungkin jugak tahun hadapan...

Tuesday, 10 May 2016

Hang Pi Mana - Khalifah (Lirik)

Hang pi mana
Hang pi mana
Hang pi mana
Hang pi mana


(ulang 9x lagi)

Pagi pagi buta
Mak ayah dah tanya
Aku nak kemana


Berseluar yankee
Baju bunga bunga
Duduk atas tangga


Ai malu nak kata
Takkan ku nak auta
Mak ayah tercinta


Cek nak pi kerja
Insyaallah
Bukan nak pi mana


Hang pi mana
Kerja apa
Hang pi mana
Kerja apa
Hang pi mana
Kerja apa
Hang pi mana
Kerja apa
Hang pi mana

Kerja apa
Hang pi mana
Kerja apa
Hang pi mana
 
Pergi sekolah
Bukan cikgu di sana
Baju bunga bunga
Bukan tukang kebun juga


Mak ayah tanya
Cek pi buat kerja apa
Malu nak kata
Nanti ampa tau juga


Anak anak mak ayah bukan tanya saja-saja
Depa tanya p mana bukan mintak duit kita
Malu apa janji kerja janji tidak buat dosa
Memang cek nak habaq tunggu lepas solo gitar


Cek pi sekolah
Memang kerja di sana
Kerja duduk saja
Sambil tengok sini sana


Kerja mulia
Bukan cek buat dosa
Gaji sederhana
Kerja jadi jaga saja


Hang pi mana
Dah tau dah
Hang pi mana
Dah tau dah
Hang pi mana
Dah tau dah
Hang pi mana
Dah tau dah
Hang pi mana

Dah tau dah
Hang pi mana
Dah tau dah
Hang pi mana 

 

Khalifah - Hang Pi Mana (Official Lyric Video)

Sunday, 1 May 2016

Selamat Hari Pekerja

Hari ini hari Ahad, 01 Mei 2016. Public Holiday sempena meraikan sambutan Hari Pekerja. Dan aku seorang pekerja. So, ucapan Selamat Hari Pekerja ditujukan khas buat diri ini sendiri...

Moga aku terus menjadi seorang pekerja yang penuh dengan dedikasi serta rajin dan juga jangan sokmo amik EL. Hahaha...(itukan hobby aku).

Cuti hari pekerja jatuh pada hari Ahad. Makanya, hari Isnin digantikan sebagai public holiday utk cuti hari pekerja hari ni. Yahooo.....esok cuti k. Tak payah datang koje. X der jugak Monday Blue. Hahaha.....

Cuti ni x buat pape pun. Just duduk rumah, rehatkan diri, layan citer Kowiyaa...dan juga layankan mata ni. Hehehe....

So, itu jer la kot posting pasal Hari Pekerja.

Selamat Hari Pekerja @ Hari Buruh untuk semua pekerja2 diluar sana.......

Saturday, 30 April 2016

Sabtu Minggu Ke-Lima

Lalalalalalalalalalala....................................Lalalalalalalalalalala...............

Huarghhhh...Sabtu yang membosankanlah...Tak produktif dan inovatif langsung hari ini. ..Tak tahu dah ni nak buat aper...Bosan lah plak every day buat rutin yang sama..Filing dah setel..Kadang-kadang semak gak mata ni..banyak naww paper dalam opis ni..Huhuhu...

Jarum tu bergerak macam slow sangat lah. La ni baru pukui 11. Ade dua jam lagi nak ke pukui 1. Aduhaii..awat arr?? Kalau weekday tu, cepat benar masa berlalu. Dalam sedar tak sedar dah masuk waktu lunch. Dalam sedar tak sedar dah waktu balik. Dalam sedar tak sedar jugak esok dah masuk keje balik. Hehehe...Tapi bile keje hari Sabtu ni..alahai..jarum jam tu rasa macam x nak bergerak. Rasa dah cepat dah masa berlalu...tapi bile dok pandang jam..ehh..ehh..baru lepas lima belas minit. Ingatkan dah lepas sejam..Hahaha...

Punyerlah tak sukenye kije hari Sabtu..Hihihihi........

Friday, 29 April 2016

Bile esok keje..

Oooohhhh Maii...

Esok guwe keja dong. Waduh..waduh..waduh..lemah sekali sih bila Sabtu guwe digangguin...Nggak sukak sih...

Huhuhu..Kok udah ngapain ngobrol nya tuh..Hahaha....

Ni lah jadinya bila Cik CT lemau esok keje. Merepek je. Belum lagi jumpe hari Sabtu esok. Mati kutu lah esok saya jawabnyerr. Huhu...

Ya..esok, 30 April 2016..Sabtu minggu kelima. So, Revongen mengwajibkan esok waktu bekerja. Aduhhh..tak semangat tol lah. Awat tak tukaq p tarikh lain. Dah lah minggu ni cuti 4 hari coz ade cuti Hari Pekerja. hukhukhuk. Tak dapat nak bermalas-malasan di rumah lama-lama. Psiko kot bile ko p koje tp kilang-kilang, opis-opis sekeliling kau tutup. Kereta pun tak banyak di kiri dan kanan jalan. Tak ke bengang tuh. 

Tapi, nak wat lagu mana..bersyukur lah bukan keje every Saturday. Nak jumpe Saturday minggu ke lima ni pun bukan selalu kan. So, akak redha jer lah Kiah oii...Hahaha...

Okay. sessi luah perasaan cukup sampai di sini. Sambung balik buat keje. Esok pagi kite mengomel lagi na....

Aku Tak Berhak Untuk Bahagia

Aku tak berhak bahagia ke? Aku tahu aku banyak buat kesilapan dulu. Tapi sukar ke aku nak dapatkan kemaafan dan kepercayaan tu semula? Aku p...