Thursday, 11 September 2025

Boom Run 2025 7 September 2025

Alhamdulillah...sis berjaya jugak habiskan 21km Half Marathon event Boom Run 2025 yang berlangsung di Putrajaya pada hari Ahad yang lepas, 7 September.

Mak baraii ye nyahh!! Tapi tetaplah jugak sis dapat habiskan walaupun 10KM terakhir tu sis memang briskwalk je sampai ke finishing line. Kaki krem weii. Tiap kali nak berlari krem tu menangkap kat betis. Sis dah minum air yg secukupnya before berlari tu. Huhuhu. Mungkin tak cukup training kot. Mahu tak nya, boleh dibilang dengan jari berapa kali je training. Weight training tu ada lah. Last training pun last two weeks before event, berlari kat Taman Tasik Shah Alam. Itu pun sis dapat buat 16KM je. Kaki jeng kremm nyahh oii. Hahaha. Sis dah pasrah je. 

Ape-ape pun sis bangga dengan diri sendiri sebab tetap berjaya jugak tamatkan larian dengan masa 3 jam 45 minit. Hahaha. Lagi 15 minit nak habis masa dah tu. 

Boom Run 2025 kali ni ialah percubaan kali ketiga Half Marathon sis. Malangnya sis tak dapat maintain masa sis compare with my 2nd HM. My 1st HM lagi lah, HAUKKK!! Hahaha...

Takpe lah, maybe boleh cube lagi next time. Make sure cukup training dan cukup persiapan.

Pandangan peribadi sis untuk Boom Run Event ni biasa-biasa je nyah. Mungkin sis bukanlah pelari tegar. Laju-laju ye deme. Semuanya mengejar podium. HM boleh buat dalam masa sejam je. Humakaiii, berlari ke terbang ni. Hahaha. Semuanya tu perlukan latihan yang konsisten. Kalau cukup training confirm sis boleh jugak naik podium. Tapi macam jauh lagi gayanya. Ahakss...

Sis join dengan Hazirah. Dia lah orang yang menghasut sis untuk join Boom Run ni. Sebab ape? Sebab racepack die lawa...cool...Tapi mahal namatey eh fee die. HM je around RM110. Pengsan. Itu pun sis bayar installment dua kali dengan Hazirah. Oppss!!!. Hahaha. Tapi okay lah berbaloi lah, medal die super cool. Sebab tu mahal lah kot ek...


Balik tu memang barai memasing. Nak cepat-cepat balik je. Panas leting ehh. Oh ya, by the way kali ni punya flag off pukul 6.30 pagi. Haa korang bayangkan lah berlari tengah panas kat Putrajaya tu. Tu pasal kul 10.15 pagi baru setel. Hahaha. Siap hampir nak bergaduh dengan Hazirah lah. Mujurlah masing-masing tak ambil hati. Kami berdua dah saling bermaaf-maafaan dah lepas tu. Kosong-kosong. Hehehe. Emo memasing kan.

Sorry Hazirahh!!!

Tak banyak ambil gambar pun dengan Hazirah. Nak upload pun tak sampai hati sebab memasing punye muka dah baraai, sememeh. Hahaha..


Amacam!!nampak macam pro dah preparation untuk HM Boom Run kan. Sudahnya baraii. Hahaha. By the way, untuk HM Boom Run kali ni sis pakai kasut baru. ASIC wooo...Hahaha..Vest baru jugak tau. Gigih aku beli kat Shopee. Hahaha.




Ini officiaal masa yang sis ambil time Asean Run 2025 HM. Kire ni my best time lah. Tak sangka time ni boleh buat sub-3 hours. Hebat bukan!! Hahaha..


Ini pulak official time Boom Run 2025 sis hari tu. Hahaha. Memang briskwalk je lah. Janji setel kan. Tak DNF.

So, overall boleh cube lagi next time. Jom usha event ape lagi yang best. Tapi cukuplah untuk dis year. Kita sambung next year pulak k. 

See you soon Half Marathon 2026!!!





No comments:

Post a Comment

Boom Run 2025 7 September 2025

Alhamdulillah...sis berjaya jugak habiskan 21km Half Marathon event Boom Run 2025 yang berlangsung di Putrajaya pada hari Ahad yang lepas, 7...