Fuhhh!! betul-betul cepat masa berlalu ni. Bulan Ogos baru je berlalu dan kini dah masuk ke bulan September. Makk aii...pejam celik pejam celik kita dah hampir berada di penghujung tahun 2025.
Sempena bulan kemerdekaan yang baru je berlalu, tak terlambat kalau aku nak mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan buat negaraku yang tercinta, Malaysia yang ke-68.
Merdeka!! Merdeka!!
Cuti merdeka tahun ni tak ke mana pun. Tak balik kampung since aku pun baru je balik kampung masa majlis merisik tunang aku tempoh hari. Mahunye rabak koyak poket aku kalau balik tiap minggu. Sis nak guna banyak duit ni oiii...So, cuti merdeka ni duduk rumah je. Dating dengan cik tunang. Oppss..Hahaha.
Sebut pasal merdeka apa tema kemerdekaan untuk tahun ni guys???
Malaysia Madani, Rakyat Disantuni....
Hurmm..disantuni yang macam mana tu. Jom kita tanya chatgpt sat.
“Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”
Tema ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk membangunkan negara secara holistik—seimbang antara kemajuan material dan rohani—serta mengutamakan kebajikan rakyat dalam setiap dasar dan program pembangunan. Pemilihan frasa “Rakyat Disantuni” menekankan pendekatan yang mengutamakan empati, keadilan sosial, dan kesejahteraan rakyat.
Iye ke lebih empati? lebih adil? utamakan kebajikan rakyat?
Macam lebih kepada puji kerajaan yang ada sekarang ni je. Hahaha.