Thursday, 18 September 2025

Aku Tak Berhak Untuk Bahagia

Aku tak berhak bahagia ke? Aku tahu aku banyak buat kesilapan dulu. Tapi sukar ke aku nak dapatkan kemaafan dan kepercayaan tu semula? Aku pun manusia biasa. Tak lari dari kesilapan dan kesalahan. 

Ye, betul aku tidak berlaku jujur dari awal lagi. Sememangnya aku yang bersalah dalam hal ini. Semua yang terjadi berpunca dari diri ini sendiri. Dan sepatutnya memang aku tak layak pun untuk dapatkan kebahagiaan mahupun kemaafan itu.

Aku sedar siapa diri ini. Sedar akan kekhilafan yang telah aku lakukan dulu. Ye, aku tak layak nak merasai kebahagiaan itu kerna aku sendiri yang telah menghancurkannya.

Memang aku tak berhak untuk bahagia. Nokhtah!!!

Thursday, 11 September 2025

Boom Run 2025 7 September 2025

Alhamdulillah...sis berjaya jugak habiskan 21km Half Marathon event Boom Run 2025 yang berlangsung di Putrajaya pada hari Ahad yang lepas, 7 September.

Mak baraii ye nyahh!! Tapi tetaplah jugak sis dapat habiskan walaupun 10KM terakhir tu sis memang briskwalk je sampai ke finishing line. Kaki krem weii. Tiap kali nak berlari krem tu menangkap kat betis. Sis dah minum air yg secukupnya before berlari tu. Huhuhu. Mungkin tak cukup training kot. Mahu tak nya, boleh dibilang dengan jari berapa kali je training. Weight training tu ada lah. Last training pun last two weeks before event, berlari kat Taman Tasik Shah Alam. Itu pun sis dapat buat 16KM je. Kaki jeng kremm nyahh oii. Hahaha. Sis dah pasrah je. 

Ape-ape pun sis bangga dengan diri sendiri sebab tetap berjaya jugak tamatkan larian dengan masa 3 jam 45 minit. Hahaha. Lagi 15 minit nak habis masa dah tu. 

Boom Run 2025 kali ni ialah percubaan kali ketiga Half Marathon sis. Malangnya sis tak dapat maintain masa sis compare with my 2nd HM. My 1st HM lagi lah, HAUKKK!! Hahaha...

Takpe lah, maybe boleh cube lagi next time. Make sure cukup training dan cukup persiapan.

Pandangan peribadi sis untuk Boom Run Event ni biasa-biasa je nyah. Mungkin sis bukanlah pelari tegar. Laju-laju ye deme. Semuanya mengejar podium. HM boleh buat dalam masa sejam je. Humakaiii, berlari ke terbang ni. Hahaha. Semuanya tu perlukan latihan yang konsisten. Kalau cukup training confirm sis boleh jugak naik podium. Tapi macam jauh lagi gayanya. Ahakss...

Sis join dengan Hazirah. Dia lah orang yang menghasut sis untuk join Boom Run ni. Sebab ape? Sebab racepack die lawa...cool...Tapi mahal namatey eh fee die. HM je around RM110. Pengsan. Itu pun sis bayar installment dua kali dengan Hazirah. Oppss!!!. Hahaha. Tapi okay lah berbaloi lah, medal die super cool. Sebab tu mahal lah kot ek...


Balik tu memang barai memasing. Nak cepat-cepat balik je. Panas leting ehh. Oh ya, by the way kali ni punya flag off pukul 6.30 pagi. Haa korang bayangkan lah berlari tengah panas kat Putrajaya tu. Tu pasal kul 10.15 pagi baru setel. Hahaha. Siap hampir nak bergaduh dengan Hazirah lah. Mujurlah masing-masing tak ambil hati. Kami berdua dah saling bermaaf-maafaan dah lepas tu. Kosong-kosong. Hehehe. Emo memasing kan.

Sorry Hazirahh!!!

Tak banyak ambil gambar pun dengan Hazirah. Nak upload pun tak sampai hati sebab memasing punye muka dah baraai, sememeh. Hahaha..


Amacam!!nampak macam pro dah preparation untuk HM Boom Run kan. Sudahnya baraii. Hahaha. By the way, untuk HM Boom Run kali ni sis pakai kasut baru. ASIC wooo...Hahaha..Vest baru jugak tau. Gigih aku beli kat Shopee. Hahaha.




Ini officiaal masa yang sis ambil time Asean Run 2025 HM. Kire ni my best time lah. Tak sangka time ni boleh buat sub-3 hours. Hebat bukan!! Hahaha..


Ini pulak official time Boom Run 2025 sis hari tu. Hahaha. Memang briskwalk je lah. Janji setel kan. Tak DNF.

So, overall boleh cube lagi next time. Jom usha event ape lagi yang best. Tapi cukuplah untuk dis year. Kita sambung next year pulak k. 

See you soon Half Marathon 2026!!!





Tuesday, 2 September 2025

Selamat Hari Merdeka ke-68, Malaysiaku

Fuhhh!! betul-betul cepat masa berlalu ni. Bulan Ogos baru je berlalu dan kini dah masuk ke bulan September. Makk aii...pejam celik pejam celik kita dah hampir berada di penghujung tahun 2025.

Sempena bulan kemerdekaan yang baru je berlalu, tak terlambat kalau aku nak mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan buat negaraku yang tercinta, Malaysia yang ke-68. 

Merdeka!! Merdeka!!

Cuti merdeka tahun ni tak ke mana pun. Tak balik kampung since aku pun baru je balik kampung masa majlis merisik tunang aku tempoh hari. Mahunye rabak koyak poket aku kalau balik tiap minggu. Sis nak guna banyak duit ni oiii...So, cuti merdeka ni duduk rumah je. Dating dengan cik tunang. Oppss..Hahaha.

Sebut pasal merdeka apa tema kemerdekaan untuk tahun ni guys???

Malaysia Madani, Rakyat Disantuni....

Hurmm..disantuni yang macam mana tu. Jom kita tanya chatgpt sat.

“Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”

Tema ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk membangunkan negara secara holistik—seimbang antara kemajuan material dan rohani—serta mengutamakan kebajikan rakyat dalam setiap dasar dan program pembangunan. Pemilihan frasa “Rakyat Disantuni” menekankan pendekatan yang mengutamakan empati, keadilan sosial, dan kesejahteraan rakyat.

Iye ke lebih empati? lebih adil? utamakan kebajikan rakyat?

Macam lebih kepada puji kerajaan yang ada sekarang ni je. Hahaha.


Logo pun nampak macam biasa je nyahhh...Tak habis2 dengan MADANI. Nasib lah lagu temanya sedap. Itu pun sedap sebab Dato Siti Nurhaliza yang nyanyi. Lepas tu hampir semua channel radio dendangkan lagu tema ni. Mahunya aku tak hafal. Hahaha. Bila lama -lama dengar ok lah, nice not bad.

Apa-apa pun aku doakan moga Malaysia akan terus makmur aman sentosa dari sebarang ancama dan bahaya. Sayang weii Malaysia. 

Monday, 25 August 2025

One Step Closer - 23 August 2025 -

Selamat Bertunang 

Alhamdulillah...majlis merisik sis Sabtu yang lepas dipermudahkan. Semuanya berjalan dengan baik dan lancar. Walaupun sekadar kecil-kecilan antara kedua belah keluarga tapi suasananya tetaplah meriah. Sis berdebar-debar ye. Tapi dalam pada berdebar-debar tu tetaplah sis ni asyik tersengih je. Hahahaha.

Pihak lelaki sampai around dalam pukul 3 petang macam tu. Mereka dari Bagan Lalang, Sepang dengan tiga kereta. Mulanya memang dah gerak awal dah, tapi jalan jem pulak kat area Jasin-Pagoh tu. Sampai Rengit around pukul 2 petang, so sis mintaklah pihak lelaki check in dulu homestay. Rehat dulu, bersiap apa yang patut dulu.

Actually tak ramai pun yang tahu sis merisik aka bertunang Sabtu lepas. Memang saje tak nak bagitahu orang. Mak pak sedara sis ramai yang tak tahu pun. Cuma Cik Mas dan Pok De je. Tapi dorang pun tak dapat nak hadir. Kawan-kawan sis pun tak ramai yang tahu. Yang tahu pun As, Ira, Zirah dan Nisa je. Hahaha. Memang tak nak heboh-heboh pun. In Sha Allah, majlis nanti sis jemput dorang.

Plan majlis kami berdua nanti pun memang nak buat simple-simple je. Tak nak pun jemput ramai orang. 200 orang cukup dah. Tapi mak ayah sis nak tambah pax lagi, makanya jadilah 400 orang. Anak perempuan sulung dorang nak kawen kan. Hehehe. Risau jugak ni. Budget kami berdua memang nak buat majlis simple je. Duit banyak nak guna untuk masuk rumah Bangi nanti. Dahlah katanya penyerahan kunci rumah bulan 10 ni. Alahaiii..pening dah sis ni mane nak dicekau duit. Huhuhu. Moga ada rezeki sis dan pasangan lepas ni.

Kami plan majlisnye bulan 12 ni, In sha Allah 13 December 2025 ni. Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar. Huhuhu. debar jugak sebenarnya ni.

Majlis merisik bertunang hari tu pun simple-simple je. Adik-adik sis pun tak balik. Cuma ada Pikah dan Faiz je. Tapi tetaplah meriah. Hehehe.

Sempat lah jugak ada gambar kenangan di port wajib bergambar. Walaupun tak de pelamin tapi sis tak kisah pun. Janji selesai dah satu perkara. One Step Closer....

Ya Allah..mudah-mudahan urusan sis dan pasangan dipermudahkan. Rezeki kawen pun melimpah ruah hendaknya. Amin amin...







Thursday, 24 July 2025

Hi Blog Cik CT 2025 - Cik CT kembali

Hello Blog Cik CT.....

Ommoo...ommoo...Lame giler tak bukak blog Cik CT ni. Berhabuk giler dah. Bukan ape cuma tak de masa nak mengupdate. Semua kenangan-kenangan, aktiviti yang aku buat semua aku upload kat socmed yang lain macam Facebook, Instagram dan Tik Tok. 

Tapi la ni semua tu dah tak de dah. Cik CT dah mengundurkan diri dari dunia social media ni. Mungkin ramai yang akan mencari kemana hilangnya cikctfaiross.pursuericious nanti. Lama post Cik CT tak lalu kat feed dorang. Hurmm...ada lah sebabnya kenapa aku terpaksa mengundurkan diri buat seketika. Tak tahu lah sama ada buat seketika atau untuk selama-lamanya.

Kalau dah namanya Siti Faiross mane boleh tak menulis, tak menaip. So, we back to basic lah. We back to old school style. Blogger style. Kat sini boleh lah aku taip ape yang aku nak taip. Cerita lah apa yang aku nak cerita. Kat sini je lah nanti aku update aktiviti aku lepas ni. Huhuhu.

Tipulah kalau aku kata aku tak sedih tinggalkan platform social media aku tu. Banyak kenangan kot yang dah aku abadikan kat sana. Tapi apakan daya, salah aku sendiri. Terpaksalah aku undur diri. Moga satu hari nanti aku dapat access semula semua akaun socmedia aku tu. Huhuhu.

Sedihh tau..tipu kalau aku kata tak sedih. Tapi takpelah. Demi yang tersayang aku sanggup.

So, this is my 1st entry for this year 2025. Moga aku akan terus rajin menaip. Mungkin jugak aku akan kembali berkarya. Rindu nak menulis manuskrip semula. 

So, see you in next entry.....

Aku Tak Berhak Untuk Bahagia

Aku tak berhak bahagia ke? Aku tahu aku banyak buat kesilapan dulu. Tapi sukar ke aku nak dapatkan kemaafan dan kepercayaan tu semula? Aku p...