Thursday, 6 December 2018

Jalan-Jalan Penang Part 3 - PBIM 2018 -

Akhirnya, hari yang dinanti sudah pun tiba. Perjuangan untuk menamatkan larian 21KM Penang Bridge International Marathon 2018. Perasaan aku jika ditanya dah bersedia ke nak berlari ni? Jawapannya tentu saja sedia namum masih ragu-ragu. Boleh ke tidak aku habiskan larian ini? Tak cramp ke kaki atau betis aku nanti? Tak ke aku akan menyusahkan orang lain atau menyusahkan diri sendiri? Ternyata banyak benar persoalan yang bermain di fikiran ku sebenarnya. Namun, penyertaan telah dilakukan. Nak nak memang aku dah sampai pun Penang ni. Mahal pulak tu registration fee untuk PBIM 2018 ni. Seorang RM80. Boleh buat makan untuk beberapa minggu tu tau. So, larian harus jugak ditamatkan.

Berbalik semula pada kisah yang tergantung di entri sebelum ini, dah puas food hunting sekitar Georgetown, kami berempat pulang semula ke Desa Bayan Homestay merehatkan badan untuk larian pagi Ahad nanti. Dan aku memang lah payah nak tidur malam tu. Sekejap je aku tidur bagi merehatkan badan dan minda ni. Pukul 10.30 aku terjaga dan terus berjaga hingga ke pukul 1 pagi. Sebenarnya aku lebih rasa nervous. Tu pasal aku tak dapat nak lena. Hahaha.

Aku kejut depa bertiga bangun untuk bersiap. 21KM Half Marathon akan bermula pada pukul 3 pagi. So, selepas bersiap ala kadar, pakai vest yang telah disediakan kitorang pun bergerak keluar rumah menunggu Grab. Mujur jugak ada Grab pagi-pagi buta tu. Iyer lah, banyak kot jalan yang ditutup bagi memberi laluan acara marathon ini. So, perasaan bimbang tak dapat Grab atau teksi sangat menggusarkan hati. Alhamdulillah, permintaan kami berhasil. Ada jugak Grab pagi tu. Tambang Grab pagi itu hanya RM13. Mujur jugak tak mahal. Iyer lah, kalau permintaan ramai tentu saja pihak Grab akan menaikkan harga tambang. Betul tak?? Dalam kereta, kami bersembang lah jugak dengan Grab Driver tu. Rupanya die memang dah hantar beberapa pelari ke PBIM pagi tu. Murah rezeki brother ni. Hehehe. Katanya, gigih kami berempat ni datang dari KL semata-mata nak join PBIM ni. Padahal kat KL tu ade jer larian macam ni. Hahaha. Bro, kami ke sini lebih kepada food hunting dan nak rehatkan minda dan enjoy ourself. Jangan tak tahu okay!!!

Jalan banyak yang telah ditutup. Mujur juga Bro Grab ni mahir selok belok area Penang ni. So, bro ni just drop by kami di tepi jalan. Nak buat macam mana memang tak boleh nak masuk area Queensbay tu. So, kitorang kene berjalan kaki lah. Hohoho. Boleh tahan jauh jugak tau. Ketibas..Hahaha. Tapi okay lah, ade jugak warm up pepagi tu. Iye dok!! By the way, flag off untuk Full Marathon dah bermula pada pukul 1 pagi lagi.

Flag Off untuk 21KM start pada pukul 3 pagi tepat. So, berlarilah aku dengan penuh semangat, mengharapkan tidak ada apa-apa yang buruk berlaku pada diri sendiri. Telinga aku sumbat dengan earphone mendengar lagu bagi menaikkan semangat aku untuk terus berlari. Kata orang, kalau dengar lagu rancak larian kita jugak makin rancak. Nak dijadikan ceritanya, dalam phone aku tu banyak lagu-lagu slow, sedih, jiwang, hindustan bagai. Hahaha. Agak-agak larian aku laju ke tidak?? Hahaha..Mestilah aku berlari dengan penuh semangat dan teruja. Aku nak kot habiskan first half marathon aku ni dengan jayanya.

Namun, apa yang diharapkan tak menjadi kenyataan. Huhuhu. Setelah hampir 12KM aku berlari, tetiba hujan turun dengan sangat lebatnya diiringi dengan bunyi guruh kilat berdentum-dentam. Silap jugak aku sumbat earphone kat telinga ni. Aku tak dengar wei guruh kat luar tu. Alih-alih hujan turun. Habis basah lencun weiii. Memang lebat giler-giler. Sakit sangat mata berlari dalam hujan lebat. Memang pakaian aku basah lencun. Beg yang aku sandang jugak dah basah sebasahnya. Aku sangat risau sebab dalam beg tu aku letak duit, IC, ATM kad. Aduhaiii..aku dah cuak giler. Aku teruskan jugak larian dalam hujan tu. Mengharapkan agar ada lah flyover dihadapan sana untu berteduh. Seriously, aku geram sebab tak jumpe flyover. Nak berlari laju-laju pulak payah sebab memang kasut dah banjir dengan air. Hahaha. Dah tak mampu dengar lagu sebab aku merasakan kocek seluar aku dah basah. Mampuss lah rosak phone aku. Kilat petir sambar menyambar. Ya Allah, kenapa jadi begini. Tadi cuaca sangat elok dan cantik. 

Akhinrya, aku nampak jugak flyover di hadapan sana. Memang penuh dengar pelari wei  bawah flyover tu. Semua berhimpit-himpit nak mengelakkan dari kene hujan. Padahal masing-masing dah memang basah. Kat flyover tu aku jumpa dengan Uji. Oh ya, by the way kitorang berempat memang dah terpisah bila je gun off tadi. Mana yang laju macam Amy terus kehadapan lah. Gembiranya dapat jumpa Uji semula. Aku keluarkan phone aku..Oh maiii...Phone aku masih menyala tapi die dah berkelip-kelip tanda memang nak padam. Tiba-tiba sorang akak yang berada kat situ suruh aku matikan phone tu cepat. Cepat-cepat aku matikan phone. Silap besar aku tak bawak any plastik untuk balut phone or apa-apa barang berharga  kalau ditimpa hujan. Seriously aku tak terpikir langsung dengan faktor turunnya hujan berserta kilat ni. Dan sememangnya poncho jugak tak aku bawak. Bukan aku saja tau. Kami berempat sorang pun tak bawak. Betapa tidak well prepared nye kami. Hohoho. Aku rasa kalau aku bawak poncho pasti aku akan teruskan larian. Tapi, tak boleh jugak sebab aku memang gerun dengan bunyi-bunyi kilat dan guruh ni. Hisshh..tak berani lah pulak nak amik risiko dengan nyawa sendiri. Aku cakap dengan Uji, aku tak nak teruskan larian lagi. Biarlah tak dapat medal pun. Dan aku mengharapkan jugak agar organizer membatalkan larian ini. Namun, itu tak terjadi pada mereka yang menyertai Half Marathon dan Full Marathon. Huhuhu. 10KM jer yang organizer cancel kan. Lama wei kitorang tunggu hujan betul-betul reda. Dekat sejam jugak tau. 

Bila hujan reda lepas sejam tu ade jugak mereka yang teruskan larian. Aku nak jugak teruskan larian tapi bila memikirkan masih ada lagi bunyi kilat, aku jadi tak berani. So, tunggulah kami kat bawah flyover tu sampailah ke pukul 7.30 pagi. 7.30 pagi okay!! Memang dah lepas COT. Hohoho..COT pukul 6.45 pagi yer. Patutnye dah ade shuttle bus untuk sweep mereka yang tak dapat habiskan larian. Tapi sejam setengah tunggu baru lah ada orang angkut kami yang masih tinggal di bawah flyover ni. Itu pun naik ambulance uolss.. Hahaha. By the way, along pun terkandas kat bawah flyover tapi along stuck kat fly over sebelum flyover kami. Dia kata kat situ lagi ramai pelari. Hahaha. Siap ada yang ambil grab tau. Lambat sangat tunggu shuttle bus. Amy memang tak dapat dikesan. Dia tak reply dan tak baca pun wassup group kitorang. Kami agak phone Amy kehabisan bateri, tak pun phone Amy dah dimasuki air. Huhuhu.

Around pukul 7.45 pagi kami diberhentikan di tepi jalan oleh ambulans itu. Kami terus menuju ke finish line. Aku mengharapkan ada lah medal diberikan jugak. Huhuhu. Sedih sebenarnya tak dapat habiskan larian tapi nak buat macam mana kan...Aku sangat yakin aku berjaya habiskan larian dalam masa yang telah ditetapkan kalau semuanya berjalan dengan lancar. Namun, dah memang tak ada rezeki kan.

Sampai finish line tu, kami tengok ramai orang duk beratur nak ambil medal. Tak silap nak amik medal untuk larian 10KM. Kan larian 10KM dibatalkan so mereka just ambil medal jer lah. Kitorang pun turut juga beratur sama kat line 21KM sebab kami nampak orang lain jugak beratur. Panjang jugak beraturnya. Sampai di khemah distribute medal, kami diberi jugak medal 21KM. Huhuhu. Gembira tu gembira lah jugak kan. Tapi lagi gembira kalau dapat habiskan larian. Hehehe..

Akhirnya, kitorang berempat bertemu jua. Masing-masing eksaited bercerita pasal pengalaman dalam hujan lebat tadi. Hahaha. Kami memang dah tak ada hati nak tunggu lucky draw sebab mood masing-masing dah kelaut ditambah pulak dalam kesejukkan ya amat. Hujan pun dah reda. Kitorang nak book Grab nak balik homestay namun permintaan kami tak dilayan. Mungkin sebab hujan, kesesakkan lalu lintas disebabkan jalan masih tutup. Macam mana ni?? Masing-masing pun lapar, perut berbunyi minta diisi, tekak haus dan perit minta dipanaskan dengan milo suam atau pun teh suam. So, dalam kesejukkan kami menuju ke Restoran Kapitan yang ada berdekatan area Queensbay tu. Sampai di restoran, orang telah ramai. Majoritinya mereka yang berlari tadi. Mujur jgak ada meja kosong. Cepat-cepat kitorang duduk. Lega dapat memanaskan tekak dengan teh tarik dan pekena roti telur. Alhamdulillah. Oh ya..iphone Amy memang dah mati. Berdebar Amy takut iphone die rosak. Huhu. Aku masih lagi tak on kan phone aku. Bila aku on kan jer, screen terkeli-kelip. Aku cuak, aku terus off kan balik. Tunggu sampai homestay keringkan dan charge semula.

Dalam pukul 10 pagi kitorang ambil grab pulang ke homestay. Tambang dikenakan RM17. Mahal pulak. Kaki betis mula terasa senga-sengal. Amy lah yang paling nampak kesakitannya. By the way, Amy berjaya tamatkan half marathonnya. Dah aku katakan, Amy ni power okay. Kata je tak training, tak larat nak berlari, alih-alih die yang kehadapan tinggalkan kitorang ni ha. Hahaha. Kata Amy lagi, masa hujan dah turun dengan lebatnya ,die memang dah sampai ke Penang Bridge. Dengan tak ada flyover untuk berteduh, Amy dan mereka yang lain terpaksa jugak berlari meredah hujan ditemani dengan kilat memetir. Ya Allah, tak dapat dibayangkan kalau aku yang berada di atas Penang Bridge tu. Pastinya aku sangat takut dan silap-silap aku menangis weii. Aku memang tak boleh lah dengan kilat petir guruh ni semua. Mungkin ada hikmahnya aku terkandas dan tak teruskan larian tu. Weii, seriously aku seriau weii...

Sampai-sampai jer homestay, kitorang terus merehatkan diri. Kaki habis kecut semuanya. Pakaian kasut usah dicakaplah memang habis lencun. Serba salah rasanya masa naik kereta uncle grab tadi, Hehehe. Aku memang terus mandi. Kang tak pasal-pasal demam pulak. Lagipun aku memang tak selesa dengan basahnya air hujan tadi. Melengas satu badan. Masing-masing dah mandi bersihkan diri, apalagi tidurlah. By the way, kami check out homestay ni pukul 12.30 tengah hari. Lagipun Encik Ikram, owner homestay ni tak kisah nak keluar pukul berapa sebenarnya. Hehehe. Dalam pukul 1.30 petang macam tu baru kitorang check out sebab kitorang akan check in pulak Hotel Muzium. Kitorang just letakkan kunci homestay dalam mailbox Encik Ikram dan say thank you so much dalam whatsapp.

Book grab ke Hotel Muzium dengan tambang RM23. Tak sabar rasanya nak landing atas katil lagi. Lepas urusan check in Hotel Muzium kami masuk ke dalam bilik. Oh maii, dengan kaki dah mula rasa sakit-sakit, bilik hotel kami ada tangga pula untuk ke tingkat atas. Aduhaiii...Tapi best tau Hotel Muzium ni. Sangat selesa dan classy. Landing time...tak landing time ye. Kami mulakan semula aktiviti food hunting kami. Kali ni bersama ayah dan ibu Amy. 

Ehh..kenapa mak ayah Amy dan along ade kat Penang ni??

Nak tahu????

Aku sambung story di next entri. So, kite layan jer lah gambo-gambo yang sempat aku snap.


Vest PBIM untuk semua peserta wanita. Mujur jugak aku memang bawak baju lengan panjang. Giler ko nak pakai vest gitu je. Mahu kene hambat Pak Sarip kalau die tahu. Hahaha. Apasal tak bagi jer t-shirt ek???


Yeayy.. dapat jugak medal 21KM walaupun tak habis lari. Mahu kene kecam ni nanti. Hehehe


Sedang tunggu yang lain bersiap..




Butterfly in our stomach..Betul tak tu ejaanya?? Hahaha..Nak terkucil rasanya before lari ni. Masuk sat Queensbay Mall cari toilet. Dan lagi tu bergambo..



Sebelum flag off 21KM




Mungkin saja ada yang bertuah no bib di kalangan kami ni kalau kami tunggu lucky draw. Namun nak buat macam mana. Rasa penat dan letih lebih menguasai segala-galanya. Hahaha


Tahniah Along!!!


Tahniah jugak Faiross.. 13KM tu kira satu pencapaian yang terbaiklah untuk aku sebenarnya. Hahahaha. 


Tahniah untuk kami berempat jugak 




Tahniah untuk Amy kerana habiskan larian Half Marathon beliau walaupun iphone Amy habis rosak masuk air. Huhuhu. Kasihan Amy..


Walaupun aku tak berjaya untuk menamatkan larian 21KM aku yang pertama kali ini, itu tidak akan mematahkan semangat aku untuk terus berlari lagi. Mungkin aku tak berjaya untuk PBIM 2018 kali ini, target aku untuk berlari 21KM pada Standard Chartered KL Marathon yang akan diadakan pada 29 September 2019 nanti. In sha Allah..

No comments:

Post a Comment