Friday, 28 September 2018

Review: Munafik 2 (10 Sept 2018)

Munafik 2 dah keluarkan uolsss ~

Dah tengok ke belum?? Amacam?? Best tak??
Lagi gempak tak dari Munafik yang first dulu??
Lagi deep tak mesej yang cuba di sampaikan??

Iolss dah tengok dah hari tu. Berapa haribulan ek?? Oh ya!!10 September yang lalu. Time cuti Agong. Masa tu pergi dengan Lydia. Kitorang tengok pukul 11 pagi kat GSC Summit USJ. Tengok berdua jer. Iolss tak de gewe lagi nak ajak tengok wayang. So, kawan-kawan opis lah peneman iolss tengok wayang. Hahaha...

Seperti biasa, kalau iolss tengok cerita seram ker, horror ke..(ehh..horror ngan seram tu tak same ke??) iolss confirm tengok diantara jari jemari iolss ni. Bukan apa, iolss cume takut terkejut je kalau tetibe ada makhluk yang buruk keluar dari screen besar cinema tu. Buatnya iolss melatah yang bukan-bukan nanti, jatuhlah saham iolss. Huhuhu. Lagi satu, sound dalam hall cinema kalau tengok cerita seram mesti buat iolss terkezut besar tau. Mula-mula senyap sunyi, tetibe BAMMM!!! terperanjat iolss tau. 

Okay lah, iolss bagi review peribadi mengenai karya Syamsul Yusof ni la ye. Iollss ni tak pandai lah nak buat review yang bombastic macam blogger lain buat tu. Ni apa yang iolss rase sebagai seorang individu yang suka tengok wayang.

Agak berat jugak lah jalan cerita Munafik 2 ni. Lagi confuse dan compilcated pulak. Lagi pening tengok si gelagat Ustaz Adam ni. Persoalan bermain dalam fikiran ~ Siapa yang munafik dalam cerita ni. Uolss pasti akan terkezut siapa yang munafik sebenarnya. Apa perkaitannya Munafik 2 dengan Munafik 1 dulu. Apa sebenarnya yang tersirat di sebalik kematian Maria. Iolss pun tak sangka sebenarnya uolss penyebab si Maria kehilangan nyawanya. Tak disangka-sangka. 

Iolss paling tak boleh blah watak Abuja yang dilakonkan oleh Nasir Bilal Khan dalam filem ni. Selalu tengok dia bawak watak Tok Adi, seorang yang lembut, tenang. Tapi dalam filem ni, mak aii rase geram je dengan watak die tu. Jahat sungguh. Bawak ajaran sesat pada orang-orang kampung. Kononnya dialah wali Allah yang diutuskan untuk membawa mereka ke syurga bertemu Nya. Kononnya dah habis khatam semua hadis-hadis. Hishh!! geram lah haii..Kasihan si Sakinah. Oh ya!! Sakinah watak yang dilakonkan oleh Maya Karin dalam cerita ni. Ayahnya seorang ustaz di sebuah kampung yang telah dihasuti oleh ajaran sesat Abuja. Ayah si Sakinah ni telah disihir sehingga mati oleh si Abuja. Kasihan Sakinah dan anaknya. Punyer lah jahat si Abuja. Dia tak suka bila Ustaz Adam datang ke kampung untuk menyampaikan dakwah Islam seterusnya mengajak penduduk kampung yang lain kembali semula ke jalan Allah.

Kasihan Ustaz Adam difitnah. Betullah..dunia akhir zaman ni fitnah memang berleluasa. Sesuatu yang sangat kejam.

Agak-agak penamatnya camne uolss???
Agak-agak watak Ustaz Adam mati tak??
Dengar cerita ade Munafik 3 nanti. 

So, kita tunggu dan nantikan!!.

Kesimpulannya, utk filem ni iolss bagi 5 bintang.


Friday, 14 September 2018

Celebrating Mr. Law's 50 Years Old Birthday_14.9.2018

Happy Birthday our Big Boss, Mr Law Eng Lim....

Hari ni, 14 September 2018 hari lahir boss besar Revongen Corporation Center. Jangan tak tahu boss kitorang ni dah masuk umur 50 tahun dah. Tapi style, gaya die macam orang muda-muda.
Hahaha..Ber'jean' bagai okay. Memang tak nampak macam orang umur 50 dah.

Moga Mr Law sentiasa terus success dalam apa yang dia nak ceburi. Hopefully, anak-anak syarikat di bawah Revongen juga terus berkembang maju. Dapat lah kitorang merasa bonus lebih sikit next year. Kah!Kah!Kah!.

Kitorang just sambut birthday Mr Law dengan potong-potong kek. Nyanyi beramai-ramai lagu birthday, sedikit ucapan dar Mr Law sehinggalah acara tiup lilin  dan makan kek. Yang paling bestnye, Mr Law belanja kitorang apa yang kitorang nak kat Polownia Cafe tu. Apalagi, janganlah lepaskan peluang, orang dah nak belanja kan..so, order jer lah. Bila lagi...Hahaha...

So, tengok jer lah gambo-gambo yang sempat kak Eza snap sepanjang acara potong kek berlaku tadi.


Antara orang kuat yang menjayakan majlis.


Mr Law agak surprise lah jugak staff-staff die celebrate birthday die. Hehehe


Apa gamaknye yang Mr Law hajatkan tu ek!! Keuntungan yang berlipat ganda untuk Revongen mungkin....Hehehe


Tak sah kalau Mr Law tak bagi sedikit ucapan kalau kitorang ade apa-apa majlis. Pastinya isi ucapan beliau adalah harapan seluruh warga Revongen berusaha memajukan syarikat dengan keuntungan yang berlipat ganda. Hehehe


Antara yang memeriahkan lagi suasana di Powlonia Cafe


Sudah semestinya gadis-gadis ini...




Khusyuk masing-masing dengar ucapan big boss...


Mr Law, potong kek tu duduk..Hahaha


Sedap bhai kek-kek ni...


Hahaha..Kesian Mirrah!! Baru nak enter frame tapi dah kene caras si PY..


Finance Team & PMP Team & HR Team


Team Global Haltech family photo pulak.


Team Halquest & Myhalmart



Team Halvec


Adoiii..budak ni!!





Our Barista, Moon...


Bos-bos Global Haltech

Happy birthday to the most amazing boss, supporter and guide! We wish you wonderfully happy birthday and years of tomorrows filled with prosperity and joy. 

Hi Blog Cik CT 2025 - Cik CT kembali

Hello Blog Cik CT..... Ommoo...ommoo...Lame giler tak bukak blog Cik CT ni. Berhabuk giler dah. Bukan ape cuma tak de masa nak mengupdate. S...