Tuesday, 31 July 2018

Teaser Menjejak Bumi Aceh 26-29 Julai 2018

Alhamdulillah...

Berakhir sudah trip Menjejak Sejarah Tanah Rencong, Nanggroe Aceh Darussalam.

Mane lagi kalau bukan Aceh yang sememangnya terkenal dengan kisah duka yang takkan dilupakan walaupun kejadian tsunami itu telah berakhir 14 tahun yang lalu.

Trip kali ni aku rasakan cukup bertuah kerana semuanya berjalan dengan lancar. Dapat pulak dipertemukan dengan mereka-mereka yang sememangnya merupakan fakta saksi kejadian tsunami 14 tahun yang lepas itu.

Perasaan sedih dan sebak sememangnya tidak dapat lari pabila mendengarkan kisah menyayat hati mereka. Betapa mereka menjadi insan pilihan, manusia yang disayangi oleh Allah kerana terpilih untuk menerima dugaan seberat itu. Tak dapat dibayangkan diri ini kehilangan mereka yang tersayang. Ayah ibu, adik beradik, sahabat handai dalam sekelip mata sahaja. Allahu!!!

Ikhlas dan redhanya mereka menerima takdir tuhan ini membuatkan aku rasa sekerdil-kerdilnya. Membuatkan aku rasa sangat bersyukur kerana aku masih lagi diberi peluang menikmati kehidupan yang selesa bersama-sama dengan orang yang aku sayang. Tak dapat dibayangkan jika aku berada di tempat mereka. Mampukah aku jadi setabah dan seredha mereka??? Iklhaskah aku untuk menerima dugaan yang seberat ini? Ya Allah....

Trip kali ni kami dipertemukan dengan Pak Usman, salah seorang penduduk yang terselamat dari kejadian bencana tsunami yang melanda Aceh itu. Pak Usman hingga kini mengalami kesukaran bernafas ekoran dari kecederaan serius pada paru-parunya. Di mana, semasa kejadiannya, beliau hampir lemas tertelan air laut yang dicampuri oleh sisa letusan gunung berapi di dasar laut yang masuk terus ke paru-parunya. Alhamdulillah, beliau diselamatkan oleh seorang doktor dari Malaysia. Kalau tak silap aku, Pak Usman menyebut namanya Dr Jamilah Hamid. Dapat kami rasakan kehangatan badannya pabila dia bercerita tempoh hari. Peluh membasahi dahi dan wajahnya. Walaupun nampak agak sukar untuk beliau meneruskan penceritaan, tapi beliau tetap juga terus bercerita. Sangat ramah dan mudah tersenyum. Harapan dan doaku moga Pak Usman terus diberikan kesihatan yang baik oleh Tuhan Yang Maha Esa. Amiinn...


Pak Usman sedang bercerita kepada kami tentang Kapal PLTD Apung, kapal generator elektrik yang terseret jauh sejauh lebih kurang 5KM dari Pelabuhan Ulu Lhuee ke perkampungan di Punge Blung Cut, Banda Aceh. Bayangkanlah kapal yang seberat 3000 ton ini dibawak oleh arus deras gelombang tsunami pastinya akan menyeret semua benda yang berada disekitarnya jugak. Allahu!!!


Moga Pak Usman sentiasa di bawah lindungan Tuhan Yang Maha Esa.

Di sebuah perkampungan yang diberi nama Lampulo, kami dipertemukan pulak dengan nenek Bundiyah yang juga dikenali sebagai Wak Kolak. Wak Kolak adalah gelaran yang diberikan kepada beliau kerana beliau selalu berjualan pengat (Kolak) di sekitar jeti di kawasan Lampulo itu. Sekali lagi, aku tak dapat menahan rasa sedih dan sebak di dalam hati ini. Penceritaaan beliau yang penuh emosi dan tulus ikhlas itu membuatkan air mata tak mahu berhenti mengalir. Beliau yang pada mulanya redha dengan apa yang bakal terjadi padanya hanya mampu berserah kepada Allah. Ikhlas beliau menerima yang Allah bakal mengambil nyawanya. Namum, ternyata Allah masih sayangkan beliau, masih memanjangkan umur beliau. Beliau berlari ke sebuah rumah besar dua tingkat dan terus naik ke tingkat atas rumah itu. Air sudah berada di paras leher. 

Dengan kekuasaan Allah, tiba-tiba datang sebuah kapal berhenti betul-betul disisi atas rumah dua tingkat tersebut. Mereka yang berada di dalam rumah itu cepat-cepat naik ke atas kapal itu untuk menyelamatkan diri. Fikir mereka itu adalah kapal bantuan, rupa-rupanya itu adalah salah satu kapal nelayan yang hanyut dibawak arus tsunami ke tengah kampung. Lebih memeranjatkan lagi, rupa-rupanya tuan empunya kapal ada didalam kapal sedang tidur. Pabila mendengarkan bunyi riuh rendah, maka keluar lah tuan empunya kapal menanyakan apa yang berlaku dengan perasaan yang terkejut besar. 

Begitulah kekuasaan Allah. Begitulah jugak jenis bentuk pertolongan daripada Allah. Sesungguhnya air mata aku semakin membasahi pipi ini. Malu jugak pada rakan-rakan yang lain. Hehehe..Namun apakan daya, gadis yang bernama Siti Faiross Shariff berhati tisu orangnya. Hehehe.


Gambar kenangan bersama nenek Bundiyah dan dibelakang itu lah kapal yang berhenti di atas rumah dua tingkat ini.


Penuh emosi dan bersungguh nenek Bundiyah bercerita. Kami semua mendengarnya dengan tekun.


Moga nenek Bundiya jugak diberikan kesihatan yang baik dan umur yang panjang. Amiin..

Pengalaman bertemu dengan dua insan yang terpilih ini takkan mungkin aku lupakan sampai bila-bila. Boleh aku katakan trip Aceh kali ini adalah trip yang paling best dan menarik. Semuanya berjalan dengan lancar. Nandar, staff hotel Jelita jugak sangat membantu kami berenam. 

Keindahan Sabang takkan juga aku lupakan. Keindahan alam, birunya air laut di Pulau Rubiah, ikan-ikan yang cantik membuatkan aku kembali rindu kepada negari yang mendapat jolokan Serambi Makkah ini.

Ternyata, banyak lagi pengalaman-pengalaman menarik yang ingin aku kongsikan sepanjang 4H3M kami di Banda Aceh & Sabang. In sha Allah, akan aku ceritakan dengan lebih details mengikut hari kami di sana pada entri yang akan datang.

Boleh aku katakan, Nanggroe Aceh Darussalam ini adalah sebuah negeri yang cantik serta banyak menyimpan sejarah duka yang boleh kita jadikan ikhtibar dan pengajaran. So, tak rugi kalau korang melancong ke sini. 

Friday, 20 July 2018

Lebam derma darah

Awat ehh, tiap kali derma darah jer sekitar lengan tempat bekas kene cucuk jarum tu mesti lebam??
Dah hampir seminggu dah ni. Lebam tu tak surut-surut. Macam ada darah terkumpul kat situ. 


Gambaq belah kiri tu, after lepas derma darah. Belah kanan tu pulak selepas seminggu derma. Nampak macam merebak kan??
Sakit??
Tak ade lah rase sakit sangat pun. Cume kalau dipicit tempat tu memang rasa sakit lah. Huhuhu. Lenguh pun lenguh jugak. Harap-harapnya lebam ni makin surut lah kan.

Masa aku derma hari tu, darah aku tak bergerak dengan lancar. Lame jugak lah aku duk atas katil tu. So, aku perasan lah nurse tu usik-usik aku punye saluran darah tu. Lepas tu die usik-usik jarum tu. Terasa ngilu lah jugak. Ke mungkin disebabkan itu lengan aku jadi lebam teruk??Hehehe..Tak tahulah. Kate orang lepas derma darah jangan lah angkat benda-benda berat. Minum air putih banyak. Makan jugak sebiji asid folik & zat besi yang disediakan masa time derma darah tu. Ader je hari tu aku dapat. Tapi aku tak telan pun. Hahaha...Ada dalam beg kerja aku tu.

Mungkin jugak aku tak tekan kuat kot bekas cucukan jarum lepas dah amik darah tu. Tapi memang wehh, bengkak wei tempat bekas cucukan jarum tu. Aku nak angkat takbir pun payah. Sakit giloss.

Tapi itu tak akan menghalang keinginan aku untuk terus menderma darah pada mereka yang memerlukan. Hehehe...

So, doakan lengan aku kembali pulih ya...

Tuesday, 17 July 2018

Saya berdarah AB

Hari Sabtu yang lepas aku dan Lydia pergi Mid Valley. Aku cadangnya nak tukar duit. Kan next week aku akan travel ke Aceh. So, nak tukar lah duit awal-awal. Lagipun, dah alang-alang sampai Mid Valley menyinggahlah pulak ke booth Myhalmart yang time tu join event Star Health Expo. Kire bagi support lah pada team Myhalmart. Siap pakai baju Myhalmart okayy...Hahaha


Memang banyaklah aktiviti-aktiviti menarik hari tu. Antaranya pemeriksaan kesihatan percuma dan juga derma darah yang dijalankan oleh PDN. 

Okay..memang lame giler aku tak menderma darah. Last derma darah hari tu tak silap masa aku intern kat UPM. Aku berdarah jenis AB. Ketegori penerima universal. Menerima semua jenis darah tapi kedekut naw nak derma kat orang lain. Individu darah jenis AB hanya boleh menderma pada mereka yang berdarah AB sahaja. Ni kite tak explain detail pasal darah minus or plus ye. Tapi apa yang aku harapkan, darah yang aku dermakan hari tu dapat membantu mereka yang memerlukan nanti. 

Alhamdulillah, tak ada ape-apa kejadian yang tidak diingini berlaku terhadap aku. Tapi sesuatu terjadi kepada Lydia. Lydia hampir pitam selepas menderma darah hari tu. Mujur jugak, nurse yang ada di situ perasan wajah Lydia yang nampak pucat time tu. Dan-dan je nak iring die ke kerusi orang duk derma darah tu, tibe-tibe badan Lydia longlai. Jatuh terjelopok. Kelam kelibut jugak lah. Mujur lah ada doktor kat situ. Tunggu Lydia stabil dulu. Tu lah, mula-mula tu Lydia ngadu loya tekak, nak muntah. Aku bagi la die minum air. Nasib jugaklah kitorang x ke tandas. Buatnya time nak ke tandas tu die pengsan, lagi nyaya dibuatnya.

Dan kebetulanlah pulak, tetibe ade sorang auntie ni datang kat aku dan Lydia yang tengah baring tu. Dia macam tak suka kitorang derma darah. Katanya, PDN ni tahu amik darah orang jer. Tak di check nya betul-betul orang tu boleh ke tidak derma darah. Hello auntie!! Mestilah pegawai perubatan dah check betul2 kemampuan kita sama ada boleh menderma ke tak. Tapi yang penting masa isi borang tu mestilah isi betul-betul. Kalau pernah masuk wad, tick lah pernah masuk wad. Kalau pernah buat operation, cakaplah pernah buat operation. Individu tu sendiri kene jujur lah. Nanti kalau jadi apa-apa disalahkan pulak PDN. Tak nak lah terjadi perkara yang macam tu kan.

Berbalik pada auntie tu semula, katanya sorang kawan dia lepas derma darah balik rumah tu terus jatuh pengsan tak sedarkan diri. Alih-alih disahkan meninggal dunia. Seperti apa yang aku tuliskan kat atas tu, kene lah berterus-terang kalau kau ade sebarang masalah kesihatan yang boleh memudaratkan diri kalau kau derma darah. Dalam hati aku, mungkin dah sampai ajal kawan auntie tu. Derma darah tu mungkin asbab kepada kematian individu tersebut. Aku dah Lydia hanya mampu tersenyum je waktu tu. Malas nak ambil port sangat apa yang auntie tu cakap. Pada aku, kita nak buat benda baik, nak tolong orang yang memerlukan. Salah satu jihad tu. Kalau ditakdirkan meninggal dunia, in sha Allah mati syahid.

Ni kali ke tiga aku menderma darah. Tiap kali aku derma je mesti tempat kene cucuk jarum tu bengkak. La ni pun masih bengkak. Lydia punye okay jer. Hurmm...Harapnya bengkak tu surut lah kan. So, in sha Allah, kita jumpa 3 bulan lagi untuk kembali menderma. Hehehe..


Pengalaman jawab exam Pen Pendaftar-N41

Fuhhh..finally!! Jawab jugak exam Pen Pendaftar UiTM N41 yang berlangsung pada hari Ahad yang lalu. Punyer lah jauh UiTM kampus Puncak Alam tu dari rumah adik aku kat Ampang. Sampai sesat-sesat lah kitorang. Ingatkan pergi je sesat, rupenye balik pun sesat jugak. Adoiii...

Kitorang bertolak awal pagi, dalam pukul 9.30 pagi dah gerak keluar. Mujur lah memang gerak awal. Kitorang sampai sejam awal. Memang cuak jugaklah kalau lambat sampai dewan exam.

Seperti kebiasaan menjawab exam time blaja dulu-dulu, alat tulis memang wajib bawak. Tapi, masalahnya aku, aku lupa lah pulak bawak pemadam. Adoiiyaii...Memang aku dah bulatkan jawapan, aku dah x check balik dah. Hahaha. 

Exam bermula tepat pada pukul 12.00 tengah hari. Ada 80 soalan semuanya dan dijawab dalam masa sejam. Soalan memang lah susah kalau kau jenis x membaca, study. Soalan pasal perlembagaan banyak ditanya. Pasal penjawat awam pun ada. Soalan mengenai UiTM wajiblah akan ditanya. Untuk soalan berkaitan UiTM, memang aku yakinlah jawab sebab aku study pasal UiTM dan sejarahnya. Tapi pasal perlembagaan, penyata pendidikan, penjawat awam..aghh!! memang ternganga aku baca soalan-soalan tu. Soalan kira-kira pun ade jugak ditanya. Mujur jugak bawak kalkulator. Kalau tak memang jenuh lah aku nak mengira. Hohoho...


Aku selesai menjawab tepat pada pukul 12.45 petang. Plannye memang nak keluar awal, tapi macam segan lah pulak. Hahaha..Kalau candidate lain x cukup masa nak menjawab, aku pulak boleh baling dadu lagi lah kalau nak check jawapan semula. Tapi disebabkan aku x bawak pemadam, so aku x nak  check lah. Tawakkal jer lah. Mudah-mudahan jawapan yang aku hitamkan tu betul. Hiks Hiks Hiks... 😜


Oh ya...tak silap hari tu, candidate yang menghadiri ujian bertulis untuk jawatan ini ialah lebih kurang 360 orang. Mudah-mudahan aku ade rezeki ke peringkat yang seterusnya. Walaupun, perjuangan aku terhenti setakat di sini, aku redha sebab aku dapat gain experience jawab exam Pen Pendaftar ni. In sha Allah, kalau next time aku dipanggil, pasti aku akan buat yang terbaik.


Memang rindulah zaman jawab exam dulu. Kirenye terubat jugaklah rindu aku bila dapat jawab exam Pen Pendaftar UiTM ni. La ni kalau dapat exam SPA semua pakat jawab thru online. Kalau line internet kau laju selaju harimau bintang, kire bertuah lah tu. Kalau line internet macam siput oink..oink..memang sajalah nak kene hamun. Lagi-lagi kalau tak boleh access server tu. Adoiyaii..Menguji kesabaran betul. Aku sampai pernah lah x jawab beberapa kali panggilan exam untuk PTD. Hohoho..Rugi kan!!!



Bukan main seronok Ismail yer. Thanks Ismail teman cik long jawab exam hari tu..Hehehe

Friday, 13 July 2018

Ke Banda Aceh lagi ke kita???


Okay Faiross..Mane lagi kau nak travel lagi ni. Adoiyaaiii, minah ni. Hahaha..

Yus akan kembali ke Banda Aceh. 

Pada tanggal 26 hingga 29 Julai ni, aku dan rakan-rakan yang lain bakal bercuti ke Banda Aceh. Kenapa Banda Aceh?? Sebab tiket murah masa beli tempoh hari. Return hanya RM70 hinggit jer. Apalagi, rembat lah teruskan. Tiker flight ni kitorang beli setahun yang lepas. Memulanya macam tak menjadi tau plan nak ke Aceh ni, namun jadi jugak akhirnya. Nantilah aku story nape hampir tak menjadi trip kitorang ni. Hehehe..

Harapnye pergi kali kedua ni, persiapan dilakukan dengan lebih details lagi. Jangan lupa bawak duit yang secukupnya Faiross...Active kan kad ATM kau tu untuk pengeluaran antarabangsa. Jangan jadi seperti trip Aceh yang lepas tu. Haha..

Kitorang akan menginap 2 malam di Jelita Bungalow House dan MyHome Hotel semalam di Banda Aceh nanti. Semua dah diuruskan. Driver, van, motor dan juga hotel sudah diuruskan. Trip kali ni ade otai travel yang akan mengiringi. Member aku, Syita. Bab-bab buat iti, bajet memang bagi pada dia. Aku uruskan booking hotel di Jelita, van berserta supir dan jugak motor. Harapnye trip kali ni berjalan dengan baik dan lancar. Aminn...

So, nanti aku update lagi trip Aceh kitorang ye...


Secara kasarnya, bajet kami di sana nanti.

Ujian Bertulis Penolong Pendaftar N41 UiTM

Assalamualaikum...

Hai...Lama sangat dah aku tak update blog Cik CT ni. Dah berhabuk dah. Last update bulan May tempoh hari. Ramadhan & Syawal pun dah berakhir. Takper lah..Bak kata orang barang yang lepas jangan dikenang. Hahaha...

Entri kali ni nak bercerita pasal aku dipanggil untuk menghadiri ujian bertulis untuk jawatan Penolong Pendaftar N41 UiTM yang akan dijalankan pada hari Ahad ini, 15 Julai 2018 di UiTM Kampus Puncak Alam. Awat lah nama aku dicampak kat sane? Kan best kalau dapat kat Shah Alam jer. Huhuhu.

1st experience nak jawab ujian bertulis untuk jawatan UiTM ni. Mulanya, Ilani yang dorong aku untuk apply UiTM sebab hari tu die resign kerja sebab dapat panggilan bekerja di UiTM. So, bila Ilani bagitahu yang UiTM ada bukak pengambilan staf baru hari tu terus aku & Intan gigih pergi BSN beli no pin time waktu rehat. Aku apply untuk jawatan Pen Pendaftar, Intan pulak apply jawatan Pen Akauntan. Tapi, aku sorang jer yang isi borang-borang hari tu. Intan tak dan nak isi sebab due dah hampir tamat waktu tu. So, aku sorang jer lah yang dipanggil untuk ujian yang seterusnya. Alhamdulillah. 

 Surat Jemputan

Tak ada apa-apa persedian sebenarnya nak jawab exam ni. Aku dapat tahu pun bila dapat SMS dari UiTM pada 07 July hari tu. Bukak portal staff UiTM upload surat tawaran exam. Surat ni nanti kene bawak sekali masa nak jawab exam Ahad ni. Baru hari ni jugaklah aku nak google-google bentuk2 soalan yang akan ditanya nanti. Tapi macam tak ade yang membantu pun. Tapi ade lah jugak blog2 yang bagi tips2 dan cerita experience dorang jawab exam ni. Mereka pesan jangan lupa study banyak pasal UiTM, pasal skop kerja penjawat awam dan isu-isu semasa. Soalan nanti berbentuk objektif dan akan dijawab dalam masa sejam. Huhuhu. Pendek kata macam jawab exam PTD kot. Soalan pun maybe lebih kurang sama jugak. 

So, nanti bila dah selesai jawab exam Ahad ni aku share experience aku di entri yang lain. Eksaited, nervous, cuak sume ade ni. Eksaited camne nak jawab semua soalan dan juga nervous camner nak p UiTM Puncak Alam tu nanti. Setakat ni, plannye adik aku yang kat Ampang tu yang akan hantar aku. Aku boleh jer pergi sendiri benonye tapi naik motor jer lah. Hehehe..Tengoklah dulu camne esok. 

Doakan aku ye...!!!

Hi Blog Cik CT 2025 - Cik CT kembali

Hello Blog Cik CT..... Ommoo...ommoo...Lame giler tak bukak blog Cik CT ni. Berhabuk giler dah. Bukan ape cuma tak de masa nak mengupdate. S...