Tuesday, 14 March 2017

JJKBPP - Kluang RailCoffe Station 25 Feb 2017

Akhirnya...Finally...We are here....

Kitorang di mana ni??

Kitorang pergi makan bekpes di Kluang RailCoffe Station dulu sebelum bergerak menuju ke Hutan Lipur Gunung Lambak. Akhirnya, dapat jugak kami jejakkan kaki  ke sini. Ke salah satu kedai kopi yang tertua di Kluang, Johor.


Inilah kedai kopi yang paling femes di daerah Kluang tu. Terletak betul-betul bersebelahan dengan Stesen Keretapi Tanah Melayu Kluang. Keluar-keluar ketapi je dah nampak kedai kopi ni. Actually, dah ade lagi dua cawangan baru kedai kopi ni di sekitar Kluang. Tapi kami pergi yang paling lama dibina di sini. Lagipun ini jer yang bukak time tu. Kedai kopi ni memang dah terkenal sangat lama dah even keluarga di raja Johor jugak penggemar kopi dan roti bakar ini.

Katenye roti dan kopi di sini sedap. Itu yang kitorang nak merasa tu. Dah alang-alang sampai ke Kluang kan, rugilah kalau tak menyinggah ke sini dan merasai keenakkan dan kesedapan kopi dan roti bakar yang digembar-gemburkan itu.

Lepas je mempersiapkan diri dan solat subuh di Masjid Jamek Kluang, kami bertiga terus shoot ke sini. Tak susah pun nak cari kedai kopi ni. Taip je name kedai kat Waze @  Google Maps. Jumpe lah tu nanti.


Yeszza...jumpe jugak kami. Sesampai je kami di kedai kopi tu mak aii orang dah ramai dah. Menurut blog-blog yang aku review, memang kalau hari minggu beraturlah kome-kome nak dapatkan tempat duduk dalam ni. Mujur jugak rezeki kami ada pagi itu, ade tempat kosong di dalam ruangan kedai. Femes ye tempat ni. Ade seorang pelayan datang kepada kami nak ambil order. Kami order seorang satu nasi lemak, seorang satu gelas kopi dan jugak sepinggan roti bun bakar. Cepat jugak order kami disediakan. Tak sampai beberapa minit order kami telah sampai.

Okay..mula-mula kami rasa dulu kopinya...mak aii..bagi aku memang sedap..aku suka dengan kopinya. Pekat, likat dan juga manis. Hishh..masih lagi terbayang keenakkan rasa kopi ni. Pastu kami cube pulak nasi lemak. Hurmm..macam jugak nasi lemak yang ada dijual di kedai-kedai yang lain. Same je rasenye. Cume portionnya agak sedikit. Kene dua bungkus baru kenyang kot. Last sekali roti bun bakarnya...alahai..sedapnye roti bun bakar Kluang RaiCoffe Station ni..Melting di dalam mulut rasanye. Aku suka lah dengan rasa kaya di dalamnya. Ditambah pulak ade rase butter kat dalam tu. Katenye jugak kaya yang disediakan adalah homemade. Memang sedap dan membuka selera. Hishh..rugi tak beli lebih masa tu. Harga pun berpatutan tau. So, total kami makan bertiga pagi tu adalah lebih kurang RM13.00 jer,,,Murah kan...

So, sempat lah jugak kami mengabadikan sedikit gambar sebagai tanda kenang-kenangan petanda kami telah sampai ke sini....


Memang akan ada perancangan untuk ke sini lagi satu hari nanti. Mungkin nak merasa naik ketapi pulak. Turun-turun ketapi lepak kat sini dengan kengkawan then balik semula ke KL Sentral lepas tu. Hahaha..Memang tak ade koje kan...

Takper lah..Kluang RailCoffe punye pasalkan....Hehehe....

Next destinasi??? Sup Kambing Gunung Lambak..

Friday, 3 March 2017

Prolog Aceh 11 Feb - 14 Feb 2017

Assalamualaikum...Selamat Pagi..

Dah nak dekat sebulan dah aku tinggalkan kenangan travel ke Aceh. Cepat kan masa berlalu. Serasanya, macam baru je touch down airport Sultan Iskandar Muda Banda Aceh semalam. 

Alhamdulillah...akhirnya, dapat jugak menjejakkan kaki ke sebuah negara kecil yang tersimpan pelbagai memori suka dan duka, kesan daripada tsunami yang melanda mereka pada 24 Disember 2004. Satu peristiwa yang mungkin tak akan sesekali boleh dilupakan. Akan sentiasa dikenang sampai bila-bila.

Pengembaraan aku ke Banda Aceh hanyalah berdua dengan kak Dayah. Boleh tahan berani anak-anak dara ni ye. Mujurlah juga, aku dapat kebenaran daripada mak dan ayah untuk ke sini hanya berdua bersama kak Dayah. Pada mulanya, memang aku risau kalau mak dan ayah tak izinkan aku pergi. Tiket flight pergi dan balik memang dah beli setahun yang lepas. Takkanlah nak dileburkan begitu sahaja kan. Penat aku kumpul duit. Hehehe...Tapi kalau mak dan ayah dah tak izinkan, apa lagi yang aku nak kata. Restu mak ayah ni penting. Buatnya degil..pergi jugak then jadi apa-apa kat sana tak ke nyaya nanti. Kasihan mak dan ayah kan. So, nak jadi anak yang solehah kenalah sentiasa ikut apa kata mereka berdua. 

Pengembaraan kami ke Banda Aceh hanyalah selamat 4 hari 3 malam. Kami bertolak dari KLIA pada hari Sabtu pukul 1.15 petang dan tiba di Bandara pada pukul 3.00 petang waktu Indonesia. Waktu di Aceh lambat sejam dari waktu di Malaysia.

Perjalanan kami sangat dipermudahkan di sana. Ketemu dengan local yang baik-baik, yang sudi membantu kami di dalam kepayahan. Kalau nak tahu hari terakhir di Sabang, memang betul-betul menguji kami berdua. Rasa sayu pulak waktu tu. Inilah rasanye bila kita ketandusan duit. Rasa macam sedih giler ahh..Nak menangis kat situ je. Hahaha...Kenapa kitorang kalut sangat...?? Kenapa aku sedih sangat?? Nanti aku ceritakan dengan lebih detail di entri yang lain.

Bila berada di Banda Aceh, kita akan turut sama merasai apa yang mereka lalui ketika mereka berhadapan dengan tsunami lebih kurang 13 tahun yang lalu. Di sini, aku dan kak Dayah dibawa oleh Pak Zainol, supir kami sepanjang berada di Aceh ke tempat-tempat tinggalan tsunami. Contohnya, kami dibawa ke Muzium Tsunami Aceh, Kapal Apung PLTD, Masjid Raya Baiturrahman, Rumah Cut Nyak Djein dan jalan-jalan sekitar Banda Aceh.

Teringat kembali aku ketika mula-mula masuk ke Muzium Tsunami Aceh, kami disajikan dengan deruan bunyi ombak yang kuat dan gamat, melalui lorong-lorong gelap di mana dikiri dan kanannya terdengar deruan air laut. Di sini, kitorang diberikan pengalaman macam mana situasinya bila tsunami itu datang melanda. Serius aku seriau giler kot. Aku pegang kuat lengan kak Dayah. Hahaha...

Macam-macam tinggalan tsunami yang boleh kita lihat di Muzium Tsunami Aceh. Di entri yang lain aku akan bercerita dengan lebih details mengenai tempat-tempat yang aku dan kak Dayah pergi.

Hari kedua kami terus shoot ke Pulau Sabang. Kalau nak ke Pulau Sabang kene naik feri. Ya, ini kali pertama aku naik feri. Masha Allah, time kitorang nak ke Sabang ombak sangat kuat. Seriously, mula-mula aku berlagak cool, tapi lepas beberapa minit kemudian aku dah mula cuak. Ombak yang kuat membuatkan feri tu teroleng-oleng macam nak terbalik. Orang-orang dalam feri pun dah mula cuak dan bising. Aku dah pegang erat lengan seorang budak perempuan local kat sebelah aku. Kak Dayah dah pening kepala. Rasa takutnya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Perjalanan yang selama 40 minit tu aku rasakan macam berjam-jam lamanya. Dalam hati tak sabar-sabar nak sampai ke pulau. Alhamdulillah, kami masih lagi dipanjangkan umur. Selamat jugak sampai ke Pulau Sabang. Pulau Sabang memang cantik giler. Masha Allah, aku sangat-sangat teruja dengan keindahan pulau ini. Airnya mak aii...biru giler. Aku jadi jakun sekejap. Hahaha..Untuk dua hari kami di Sabang, kami menginap di Freddie's Hotel. Antara hotel yang cukup popular di Sabang ini. 

Seriously aku memang berpuas hati dengan hotel ni. Di Sabang, kami berkenalan dengan sahabat baru. Sahabat yang aku pegang lengannya dalam feri tu. Namanya Nisa. Dia dan kakaknyalah yang bawa kami jalan-jalan petang tu ke sekitar Kota Sabang. Kitorang dibawa melawat Benteng Jepang, menikmati sunset di Pulau Weh, dibawa merasai Mee Aceh. Memang seronok sangat-sangat. Terima kasih Nisa dan Eli!!!

Oh ya..Di Sabang aku merempit naik motor dengan kak Dayah tau. Hahaha...

Esoknya pulak, untuk pertama kalinya aku beraktiviti snorkelling. Seriously, tahap fobia aku terhadap air masih tak berkurang. Perasaan nak lemas bila mana kaki tak jejak ke pasir membuatkan aku cuak giler. Last-last, aku biarkan kak Dayah seorang je yang meneruskan aktiviti snorkelling tu. Huhuhu. Sabar jer lah Cik CT oiii...

Itu antara pengalaman menarik yang aku perolehi dari pengembaraan aku ke Banda Aceh dan Sabang. Pengalaman yang mungkin tak akan dilupakan. Sebenarnya, panjang lagi benda yang nak diceritakan ni. Tapi dah namanya prolog so, kita bercerita dengan serba ringkas je lah ea. Entri yang lain akan menyusul kemudian.

So, bilanya aku nak menaip entri pengembaraan aku ke Banda Aceh??? Tunggu mood itu datang kepadaku dahulu. Hahaha...

Sekian sampai disini sahaja Prolog Aceh Cik CT..Jumpe di entri yang seterusnya..Daaaa...


Hi Blog Cik CT 2025 - Cik CT kembali

Hello Blog Cik CT..... Ommoo...ommoo...Lame giler tak bukak blog Cik CT ni. Berhabuk giler dah. Bukan ape cuma tak de masa nak mengupdate. S...