Tuesday, 28 February 2017

JJKBPP - Gunung Lambak 25 Feb 2017

JJKBPP - Adalah singkatan dari perkataan Jalan-Jalan Kluang Batu Pahat Pontian....

Aktiviti kami minggu yang baru ini ialah berliburan di sekitar Johor. Cover 3 daerah jer. Itu pun tak sempat nak pergi semua tempat. Manalah sempat kalau nak explore semua tempat tu dalam masa dua hari jer. Betul tak???

So, kitorang pergi je lah mana yang dan...

Untuk entri yang kali ini, aku nak bercerita dahulu pasal aktiviti kami menawan Puncak Gunung Lambak.

Tujuan utama ke Johor ini memang plan asalnya nak mendaki. Dah tak tahu nak mendaki gunung apa lagi. So, dalam pada kami duk borak-borak tu aku bagilah idea pada kak Dayah dan jugak kak Haiza untuk kitorang merasai pulak trek Gunung Lambak. Dorang berdua pun bersetuju. Memang masing-masing dah lama tak mendaki. Aku bulan Januari yang lepas baru je naik Gunung Baling. So, untuk bulan Februari ni aku naik Gunung Lambak lah pulak. Bulan Mac nanti nak naik gunung apa pulak??? Hikhikhik...

Okay lah..seperti biasa, kita kenal dulu dengan Gunung Lambak.

Gunung Lambak terletak dimana???

Gunung Lambak terletak di Kluang, Johor. Gunung ini berketinggian setinggi 510 meter, lebih kurang 1,673 kaki dari paras laut. Gunung Lambak mempunyai hutan dipterokarp bukit. Terdapat pelbagai flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Pada tahun 1969, sebuah stesen pemancar TV RTM telah siap dibina untuk memberi mutu siaran TV yang baik bagi penonton di daerah Kluang. Sebelum ini, penonton di daerah ini mengikuti siaran TV dari pemancar Gunung Pulai, Johor. Namun demikian, operasi stesen pemancar TV Gunung Lambak hanya bertahan selama 13 tahun sahaja kerana Kementerian Penerangan Malaysia ketika itu mahukan penduduk di Johor supaya lebih menonton siaran TV Malaysia berbanding siaran TV Singapura. Untuk itu, sebuah stesen pemncar TV RTM yang baru telah siap di bina di Gunung Ledang, dekat Tangkak yang kawasan liputannya lebih luas. Oleh itu, stesen pemancar TV di Kluang ditutup secara rasmi pada tahun 1983. Bermula dari tarikh itu, penonton di Kluang perlu menghalakan antena TV ke arah Gunung Ledang, secara tidak langsung siaran TV Singapura menghadapi gangguan kerana talaannya tidak sama dengan siaran TV Malaysia. Kedaan yang sama turut berlaku di Batu Pahat di mana stesen pemancar TV Bukit Soga, Batu Pahat turut ditutup. Sekarang ini stesen pemancar TV di Gunung Lambak dikawal selia oleh pihak Telekom untuk sistem komunikasi sahaja, bukan penyiaran lagi.

Oohhh..begitu kisahnya...Memang stesen pemancar kena didirikan di kawasan gunung ek, baru dapat siaran yang baik. Hurmm..betullah jugak tu. Kalau tidak, mestilah tak ade laluan trek ke Gunung Lambak tu kan. Kalau tak jugak, tak sampai lah jugak aku ke sini. Dan kalau tak jugak, mestilah tak dapat tengok tv...Hahaha..Alhamdulillah... Benarlah..semua yang terjadi, yang berlaku pasti ada hikmah dan kelebihan di sebaliknya. Hisshh...apa aku melalut ni...

Lagi satu, patutlah kat rumah tak dapat siaran TV Singapura dan Indonesia. Serasa aku dululah, masa aku kecik-kecik, aku memang dapat tengok siaran TV Singapura dan Indonesia. Rasa macam best pulak time tu, dapat siaran TV dari 3 buah negara. Tapi siarannya tak cantik mana pun. Tak clear pun. Buat sakit mata adalah...Hahahaha....

 Dan inilah, stesen pemancar TV RTM tu. Masih gah lagi berdiri kat atas ni...
Berbalik semula pada perjalanan pendakian kami ke Gunung Lambak, keluar je dari highway Air Hitam terus kami shoot ke Kluang. Lagipun time tu kitorang sampai pun dah pukul 7 pagi. Kalau nak balik Rengit dulu, takut dah malas pulak nak keluar semula. Lagipun nanti makan masa lagi nak datang ke sini semula. So, bila difikirkan semula baiklah kalau kitorang terus je shoot ke Kluang. Singgah solat subuh sat kat Masjid Jamek Kluang. Seusai solat Subuh, mempersiapakn diri dengan kelengkapan mendaki, kitorang terus pulak ke Kluang RailCoffee. Salah satu kedai kopi yang tertua yang ada di daerah Kluang. Lokasinya pulak betul-betul dengan Stesen Keratapi Kluang. Kiranya, kalau korang turun di stesen ni, keluar-keluar ketapi je dah nampak kedai kopi ni depan mata. Hehehe...


Bandar Kluang pada waktu pagi, sekitar pukul 8 pagi...
Akhirnya, dapat jugak jejakkan kaki ke sini. Alhamdulillah, pagi tu memang ramai orang. Tapi mujur jugak kami dapat tempat duduk. Boleh tahan rasa kopinya. Pekat..Likat...Manis pun iye jugak. Hahaha...Di entri yang lain aku cerita details lagi ye.

After kitorang sarapan kat sini, lebih kurang dalam pukul 8.30 pagi tu kitorang terus on the way ke Hutan Rekreasi Gunung Lambak. Guna Google Maps jer. Taip je Hutan Lipur Rekreasi Gunung Lambak. Sampai lah tu nanti. Alhamdulillah, lebih kurang dalam pukul 8.45 pagi kitorang sampai di kawasan Hutan Rekreasi Gunung Lambak. Memang happening suasana dalam tu. Penuh dengan local yang ingin menikmati keindahan hutan, berjogging, senam robik dan jugak berpoco-poco..ehh..ade ke poco-poco hari tu??? Hahaha...

Kitorang mulakan pendakian pada pukul 9 pagi. Kalau ikut normal, pendakian ke puncak Gunung Lambak hanya mengambil masa lebih kurang sejam setengah jer. Kalau daki non-stop tanpa berhenti yang lama, boleh lah kot dalam masa sejam je takpun setengah jam je. Kitorang hari tu, ambil masa selama lebih kurang satu jam setengah. Biasalah..berhenti minum air sat..berhenti ambil gambar sat..memang lambat lah jadinya...

Dalam pukul 10.30 pagi macam tu, akhirnya sampai jugak kitorang ke puncak Gunung Lambak. Atas puncak tu ada sebuah stesen pemancar TV RTM. Ada juga papan tanda Tahniah! Anda Berada Di Puncak Gunung Lambak. So, dua tempat ni memang penuh lah dengan orang tunggu giliran nak berselfie-selfie, termasuklah kami bertiga...Cuaca masa tu agak panas jugaklah. Tapi berangin dan juga berkabus. Tak nampak view bandar Kluang sebab ditutupi dengan kabus. Tapi sungguh mendamaikan. Oppss...berhati-hati dengan monyet tau. Masa tiba kat atas tu, mak aii..banyak jugak monyet ye. Tapi tak ada lah sampai mengganggu kitorang yang ada kat atas tu. Kalau kitorang tengah duk sibuk mengambil gambar, dia ade lah tu nanti nak enterframe sekali. Hahaha...


Finally, we are here...

Apa yang boleh aku describe kan tentang Gunung Lambak....???

Trek....

Memang banyak laluan masuk nak ke puncak Gunung Lambak. Tapi selalunya, pendaki akan starting dekat Jambatan Gantung dulu. Dari situ akan lalu sebuah air terjun yang comel dan cantik. Kecik jer. Laluan pun landai dan santai. Lebih kurang 15 minit mendaki, akan sampai pulak ke satu kawasan yang luas. Nampak macam base camp. Kat situ ada jugak satu kawasan kedai tea. Tapi nampak terbengkalai. Kawasan lapang ni jugak ada satu papan tanda Selamat Datang Ke Gunung Lambak. Start daripada papan tanda ni dah mula trek mendaki yang mencanak. Mengah jugak kawan dibuatnye. Jangan lupa dari kawasan papan tanda ni, trek ke puncak berada di sebelah kiri korang. Sebelah kanan tu aku tak tahu p mana.

 Starting Point - Jambatan Gantung


Base camp - Satu kawasan yang luas, belakang tu papan tanda Selamat Datang ke Gunung Lambak.. Itulah kedai tea yang aku story tu..

Masih gambar yang same, cuma nak terus ke puncak ikut laluan yang sebelah kiri gambar...

Seriously..masa time aku naik tu ada dua laluan. Korang pilih jer lah yang mana satu. Nanti jumpa balik laluan yang sama. Tahap kesukaran je yang membezakannya. Nak panjat dari batu ke batu or guna tali. Depends on diri masing-masing. Masa aku dan yang lain naik memang boleh tahan jugaklah panjatnya. Tapi sangat menyeronokkan. Kali ni tahap kecergasan aku berada di paras yang sangat baik. Semput tu ade lah jugak. Tapi aku seronok dan gembira. Seperti trek-trek yang ada di setiap gunung yang aku pernah daki, tak sah kalau tak panjat guna tali..melangkah akar-akar yang berselirat..berhati-hati dengan lopak-lopak air...Pendek kata, same je tahap kesukaran trek Lambak dengan gunung-gunung yang lain. Cume Lambak lebih pendek. Pendek tak pendek jugak, macam aku katakan waktu mula-mula entri, bertemu jugak lutut dengan dahi. Mujur tak koyak je seluar. Hahaha....


Antara view2 trek... 

Lagi...




 
 Inilah air terjun comel tu...


Wow...cantik sungguh panahan sinar matahari itu. Seperti mana panahan cintaku padamu...Cia..Cia..Cia..


Alhamdulillah...masih diberikan lagi nafas untuk menghirup udara segar hutan ini...

View Puncak...

Dah katenye kerajaan telah mendirikan sebuah pemancar stesen TV kat atas puncak tu, so sudah tentulah sampai-sampai puncak je kitorang dah nampak pemancar kat atas tu. Hahaha...Bukanlah, view apa yang kita boleh lihat dari atas puncak Gunung Lambak ni lah...Adoiii...

Dari puncak ni kitorang boleh lihat seluruh kawasan daerah Kluang. Time kitorang sampai atas tu, cuaca agak berkabus so tak nampak jelaslah view Kluang. Takperlah...Asal dah jejak kaki atas tu pun dah cukup baik dah. Kawasan puncak tak berapa luas. Tapi kalau tak silap aku lah, ada sebuah gazebo or macam pondok disediakan kat atas tu. Disebabkan teruja sangat nak ambil gambar sampai tak perasan keberadaan pondok tu. Huhuhu. Oh ya..sampai puncak jangan terperanjat kalau tengok monyet duk bergayut-gayut kat pemancar tu. Biarlah mereka dengan perangai mereka. Bukan dikacaunye kita pun. Hihihi..

Pemandangan bandar Kluang yang dilitupi kabus...


Masa Pendakian...

Tempoh pendakian kitorang ke Puncak Gunung Lambak hari tu lebih kurang dalam 3 jam turun dan naik. Start naik pukul 9.00 pagi, tiba di puncak pukul 10.30 pagi..Then, rest kat atas tengok view lebih kurang setengah jam..Pukul 11.00 pagi start turun. So, sampai bawah dalam pukul 12.00 tengah hari.

Kawasan Sekitar...

Hutan Rekreasi Gunung Lambak memang agak popular di kalangan penduduk negeri Johor, khususnya Kluang untuk menikmati hujung minggu bersama keluarga. Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Boleh bersenam robik, boleh berjogging, boleh mendaki dan boleh mandi manda tau. Sebab, kat kaki gunung disediakan jugak satu taman tema air untuk kanak-kanak. Bayaran masuk yang dikenakan cuma RM3 untuk kanak-kanak dan RM5 untuk orang dewasa. So, bolehlah bawak anak-anak datang sini main air. Kat sini jugak ada disediakan banyak chalet, dewan kalau nak buat kursus tapi sayangnya aku tengok macam dah tak digunakan lagi pun. Macam dah dibiarkan macam tu jer. Sayangkan...

Pendek kata, Hutan Rekreasi Gunung Lambak ni still hidup. Baguslah tu..sekurang-kurangnya ada jugak tempat nak beriadah dihujung minggu. Ikutkan, ini kali kedua aku pergi ke sini. Seingat aku dulu, masa aku masih belajar kat UiTM Segamat, cuti semester waktu tu, aku ikut ayah aku dan adik-adik Sekolah Merlong mandi-manda kat sini. Time tu tak hiking. Just naik sampai ke papan tanda Selamat Datang Ke Puncak Gunung Lambak tu jer..Disuruh pakai kasut getah lagi. Kasut yang orang duk bawak pi menoreh tu. Hahaha...

So, lepas ni bolehlah kalau aku ajak family aku mai sini. Bukannya jauh mana pun dari Rengit tu. Lebih kurang sejam jer lah. Hihihi...

So, kira berjaya juga misi hari pertama kami JJKBPP hiking Gunung Lambak.

Gunung Belumut Checked...
Gunung Lambak Checked...



 Sempat lagi tu mempromosikan cookies Pijoyl...Pijoy!! CMW panjat gunung weiii...Hahaha


So, lepas ni gunung kat Johor yang manakah yang aku akan naik pulak??

Kita decide kemudian jer nanti yer.. Hahaha...

Bye..Assalamualaikum....


No comments:

Post a Comment