Thursday, 25 August 2016

Hiking Suka-Suki Ke Bukit Gasing

Tiga minggu yang lepas, aku dan kawan-kawan plan nak hiking Bukit Gasing pulak. Bukit Gasing terletak di Petaling Jaya, Selangor. Antara tempat yang berhampiran kawasan bukit ini ialah Bukit Kerinchi, Jalan Gasing, Jalan Templer, Bandar Baru Petaling Jaya, Kampung Pantai Dalam, Pantai Dalam, Petaling Lama, Taman Bukit Angkasa dan lain-lain lagi.

Berdasarkan pencarian melalui Google dan juga blog individu, terdapat 3 starting point untuk kita start memanjat bukit ini.

1) Melalui Jalan Gasing (Main Entrance) - Landmark: Berhampiran kawasan perumahan golongan elit dan bila masuk ke dalam lagi, korang akan jumpa signboard "Selamat Datang ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing".


Tetapi diingat, parking space teramatlah limited di sini. Bukan sahaja limited, tapi memang tak ada langsung kot proper parking space. Korang kene park jer kereta korang dekat tepi-tepi jalan. Nasib tak baik, turun-turun jer dari mendaki korang dapatlah love letter from MPPJ tersangkut kat wiper kereta tu. Hampas kelapa betullah. Kitorang hari tu dapat lah love letter ni. Spoil betol. RM 100 kot. Perghhh...Tapi, yang tak boleh blah nya tu, line kitorang park je sume kereta yang dapat. Kereta orang yang park dekat seberang jalan tak ada pulak dapat love letter. Keadilan apakah ini????

So, doalah banyak-banyak before nak start naik tu. Moga-moga dipermudahkan perjalanan dah tak ade lah love letter tersangkut kat wiper kereta korang. Hikhikhik...

2) Pantai Hill Park - Tak terpikir pulak nak masuk ikut sini sebab bukak je aplikasi Waze taip Bukit Gasing keluar lokasi yang pertama di atas ni. So, ikut jer lah. Berdasarkan review dari blog-blog lain, kalau korang masuk ikut sini, banyak tempat parking. So, tak payah risau nak kena saman ke. Tambahan pulak ada kawasan taman rekreasi kat situ. Kalau ade peluang lagi nak panjat Bukit Gasing, kitorang nak start naik ikut Pantai Hill Park ni.

3) Jalan Kubur Kg Pasir - Hurmmm..yang ni tak ada apa aku nak describe sebab aku tak tahu kat mane starting point tempat ni. Hahaha....

Berbalik semula kepada aktiviti hujung minggu mendaki hutan bandar, Bukit Gasing, pendakian kami disertai oleh aku, Amy, Ug dan rakan Ug, Ain. Macam biasalah, dalam pukul 8 pagi kitorang dah start keluar dari rumah. Dalam lebih kurang pukul 8.30 macam tu kitorang dah sampai kat pintu masuk Hutan Pendidikan Bukit Gasing. Tak ada lah jauh mane dari Subang ni pun. Dekat ja...

Sessi panaskan badan sikit. Kononnya nak bawak nasi lemak makan kat atas tapi masing-masing tak willing nak bawak nasi tu so, kitorang tinggalkan jer dalam kereta. Turun nanti baru makan. Hahaha....

Masuk-masuk jer, kehadiran kitorang disambut oleh salakan anjing liar disitu. Tak liar mana pun. Just anjing tu menyalak jer bila ada anjing yang bertuan masuk. Anjing tu cemburu kot tengok anjing yang bertuan ni tuan die bawak die pergi jalan-jalan. Kesian pulak rasanya. Kata salah seorang aunty yang turut sama mendaki bukit tu, anjing tu ditinggalkan macam tu jer dekat situ. Tuan punya anjing tu letak depa dalam sangkar kecik. Dahlah anjing tu boleh tahan besar saiznya, diletak pulak dalam kurungan yang kecik. Memang kesianlah. So, ada lah seorang yang baik hati ni tolong keluarkan anjing tu dari dalam kurungan. So, berjagalah anjing tu kawasan hutan pendidikan tersebut. Ada dua ekor. Seriau aku bila masuk-masuk je anjing tu duk menyalak kuat. Mujur ramai pendaki-pendaki yang naik sama masa tu. Huhuhu...

Actually, kitorang tak study pun laluan mendaki bukit ni. Kitorang main redah jer dan ikut kaki kitorang ni melangkah. Ikut kaki punye pasal, kitorang terlepas banyak tempat-tempat menarik yang ada kat dalam Bukit Gasing ni. Antaranya, Menara Pemancar/Kuil, Trek Bungalow Lama, Loji Tadahan Air, Taman Rekreasi dan juga Menara Pandang. Yang kitorang lalu trek terus ke Bukit Abu Bakar seterusnya ke Jambatan Gantung jer. Huhuhu. Sedih lah jugak sebenarnya. Actually ade je kot trek atau laluan yang boleh pergi ke semua tempat ni. Berdasarkan pembacaan yang aku dapat dari blog-blog lain, terdapat dua trek Bukit Gasing ni.

Trek 1 : Main entrance - Menara Pandang - Jambatan Gantung - Bukit Abu Bakar - Main entrance (Laluan Pendek rasenye ni)

Trek 2 : Main entrance - Menara Pencawang/Kuil - Loji Tadahan Air 1/2 - Taman Rekreasi - Trek Bungalow Lama - Jambatan Gantung - Bukit Abu Bakar - Menara Pandang - Main Entrance (Laluan Panjang)

Time kitorang pergi tu, kitorang masuk ikut main entrance, then terus naik ke trek Bukit Abu Bakar, then baru pergi ke Jambatan Gantung. Pelik jugak bila mana orang yang turut sama mendaki bukit tu melawan arus dengan kitorang. Huhuhu. Tak per lah, aim sebenarnya nak pergi tengok Jambatan Gantung yang panjangnya tak silap aku 6.87 meter kot. Dapat sampai situ jadi lah kan. Hahaha...




Lepas je tahu kitorang dah salah trek, memang idak lah nak patah balik kan. Giler lah trek mendaki die. Mencanak kot. Lelah jugak tenaga dibuatnya. Seriously, kitorang tak nak patah balik. So, decide lah keluar ikut jalan taman perumahan kat situ. Jauh jugak lah berjalan tapi tak ape, sepanjang perjalanan kitorang disajikan dengan pemandangan rumah yang besar-besar. Apa orang kata, cuci-cuci mata. Hehehe...










Kitorang decide nak panjat Bukit Gasing lagi sekali. Asyik tertunda je sejak dari minggu lepas. In sha Allah, kalau tak ada aral yang melintang, minggu depan Bukit Gasing sekali lagi kami tawan. Hahahahahaha..............

Tuesday, 23 August 2016

Cinta Perempuan vs Cinta Lelaki....

Sekiranya anak perempuan selalu memuji seseorang, bererti dia sudah jatuh hati???

Ya...kerana cinta perempuan untuk dibanggakan. Sedangkan cinta lelaki untuk dimilikinya.

Jika orang perempuan berkumpul, mereka sibuk memperkatakan kelebihan suami masing-masing. Cinta perempuan ibarat hiasan yang selalu dipakai untuk dibanggakan dan diperlihatkan kepada orang lain. Tapi, lelaki yang baik tidak menyebut kelebihan isterinya kepada orang lain. Sebab cinta lelaki adalah harga diri dan maruahnya. Lelaki yang baik tidak memperlihatkan ataupun menceritakan kebaikan isterinya kepada orang lain, kerana itu adalah auratnya....

Happy Birthday Lagi....

Selamat Hari Lahir buat Mazni dan UG..
Untuk Miza pulak, semoga terus success dalam apa jua bidang yang Miza ceburi.

Hari ni kitorang sambut birthday UG dan Mazni. Sekali dengan farewell Miza. Hurmmm..macam biasalah...makan-makan sikit kat bilik depan auditorium tu. Plan nak buat surprise tuk Maz, alih-alih kitorang yang kene surprise sebab Maz keluar makan dengan kawannya merangkap staf baru Revongen. Lagipun, makanan memang kitorang beli cukup-cukup untuk sepuluh orang. Hahaha..Menu macam biasalah, Nasi Ayam didatangkan khas dari Restoran Anjung Warisan. Konon-konon nak order kat cafe Proton, tapi kak Naz kate tak ada siapa yang respon. Nak order kat Zatulicious, aku pulak lupe nak order semalam. Last-last, Fatihah order kat Anjung Warisan jer lah....Kek pulak Arina dan Ina yang handle.

Waduh-waduh...kek nya colourful bangat. Penuh dengan warna-warni. Hehehe. Tak terlarat nak makan. Banyak sangat krim. Setiap layer ade krim. Tapi apa-apa pun kek pelangi tu memang sedap. Hehehe...






Nyum..nyum...


Happy Birthday UG & Maz....Babai Miza....


Inilah adik manis yang di raikannya tu. Mazni jer yang tak ada..Huhuhu...

Sunday, 21 August 2016

Tiba-tiba....

Tiba-tiba hati rasa sedih lah....
Kenapa ye??
Tiba-tiba rasa sangat sunyi...
Tiba-tiba rasa sendiri...
Tiba-tiba juga rasa kehilangan...
Tiba-tiba rasa nak menangis.....
Kenapa??
Dan, tiba-tiba rasa rindu datang menyerbu..
Tapi rindu pada siapa??

Silaturrahim...


Seburuk-buruk sikap manusia....
Bila dia tidak menyukai seseorang,
Dia akan mengajak orang lain untuk membenci sama,
Dengan menonjolkan keburukan insan yang dimusuhinya......

Sesungguhnya Allah benci kepada MANUSIA yang memutuskan SILATURRAHIM....

MASHAALLAH....moga dijauhkan diri ini dari sifat seperti itu. Tak terlintas rasanya untuk memutuskan perhubungan yang telah terjalin. Namun apakan daya, jika insan itu sendiri yang memutuskannya.

Mungkin ya, aku yang bersalah. Mungkin ya, aku yang terlanjur kata. Namun, apa yang aku katakan aku rasa tiada apa yang salahnya pun. Mungkin dirinya tak selesa. Mungkin dirinya rasa terhina. Maafkan aku, jika aku menyinggung perasaannya. Tak terniat di hati ini ingin menyakiti hatinya.

Doaku untuknya, moga dia sentiasa ceria dengan jalan yang dipilihnya. Moga satu hari nanti perhubungan ini akan kembali pulih..

Usah

Usah di kenang pada yang tak sudi....
Usah di sayang pada yang membenci....
Usah di rayu pada yang tidak memahami....
Usah di kejar pada yang tidak mencari....
Usah di marah pada yang tidak disukai.....

Usah...usah....usah...

Usah...ayat lainnya jangan....
La'....

Ayat yang menafikan atau menidakkan sesuatu itu dilakukan....

Hahaha....ape motif nak describe kata "usah" ni....

"Usah" lagi di describe, jika engkau sendiri confuse dengan maksud "usah" itu sendiri...

Hahaha.....

Terima Kasih DLCW....

Terima kasih Dato' Lee Chong Wei...

Jasamu terlalu berharga dan bernilai bagi kami seluruh rakyat Malaysia. Biarpun kau gagal memberikan emas pertama kepada skuad kebangsaan, namun itu sudah cukup memadai bagi kami. Dan engkau lah hero kami.

Kecewa kami kerna kita gagal meraih pingat emas untuk Olimpik Rio 2016, tapi sedih dan kecewa lagi engkau kerna harapan dan keinginan engkau untuk menggapai emas peribadi di Olimpik tidak kesampaian.

Engkau sudah buat yang terbaik. Sehabis mungkin. Namun, nasib dan tuah tidak menyebelahi kita. Janganlah engkau bersedih wahai DLCW, engkaulah wira dah hero di hati kami. Engkau lah legend badminton yang disegani. Yang bakal menjadi ingatan dan contoh kepada generasi yang akan datang.

Terima kasih Dato' Lee Chong Wei....Engkau akan sentiasa diingati dan dikenang oleh seluruh dunia khasnya seluruh rakyat Malaysia.....

Malaysia Boleh......

Thursday, 4 August 2016

REVONGEN RAYA 2016

Hehehe...Tak sangka ye..Dah tahun ke-empat aku beraya dengan Revongen Corp ni. Huhuhu. Bila nak berpisah ni....Mungkin rezeki ku masih di sini lagi. Tak mengapalah kan. Usah bersedih. Teruskan usaha. Majukan prestasi sendiri. Mana tahu bertambah tinggi gajinya nanti. Kihkihkih...

Okay lah...Berbalik kepada tajuk entri di atas, pada hari Selasa tanggal 02 Ogos 2016, Revongen mengadakan jamuan hari raya untuk tahun ini. Jamuan diadakan di Auditorium. Macam biasa seperti tahun-tahun yang terdahulu, banyak hidangan-hidangan menarik yang disajikan. Antaranya; satay, kuah kacang, nasi impit, nasi tomato as a main menu dan ada juga beberapa jenis kuih muih iaitu roti jala, popia goreng dan jugak puteri ayu. Tak terkecuali jugak kek. Seperti biasa, acara dimulakan pada pukul 12.00 tengah hari dan berakhir pada pukul 1.00 petang. Tapi masuknya tak berapa nak on time lah. Hahaha..sebab banyak sangat makanan yang perlu dihabiskan. Tahun ini punya sambutan ditaja sepenuhnya oleh our Big Boss, Mr Law. So, tak perlu contribute duit or bawak makanan sendiri. Just contribute perut masing-masing jer. Pastikan jangan dipenuhkan.



Roti jala, puteri ayu dan popia goreng...


Air kedondong didatangkan khas dari rumah Kak Siti Finance..


Tiap tahun ade je kek kan...Memang wajib kot kek ni dalam setiap jamuan...Coklat Banana Cake...Sedap..

Sambutan kali ini agak meriah walaupun tak ramai yang dapat menghadirinya oleh kerana ada schedule yang tight last minute. Ada yang kene pergi seminar lah. Ada yang kene pergi meeting lah. Tapi, itu tak memberikan apa-apa kesan pada aku pun. Hahaha....



Main Menu : Nasi Tomato dan Satay Kajang..




Bila dah berkumpul sekali ni barulah terperasan wajah-wajah baru. Tahun ini ramai sungguh pelajar intern yang Mr Law ambil untuk membantu company. Baguslah tu. Dapat jugak dorang semua experience dan belajar benda yang baru. Tak ada sesi suai kenal untuk mereka ni. So, pandai-pandailah kenalkan diri sendiri. Hahaha....Geng Anjung Merah tak cukup korum tahun ni, so tak ada lah gambar yang dapat di ambil. Tak berapa nak meriah sangatlah sebenarnya. Tapi untuk aku pulak, aku sangatlah kekenyangan pada hari itu. Semua jenis hidangan aku ambil. Rugi beb kalau tak jamah semua. Makanan free kan, boss belanja..so, makan jer lah. Makan-makan jugak, tapi jangan lupe Bismillah. Hehehe...

Dalam pukul 1 tepat tu, tiba-tiba jer Hakim duk mai kat aku..ade orang tanya mana aku letak air cond. Hishh..kacau jer lah. Baru nak berlama-lamaan kat bawah ni sambil layan lagu raya. Huhu..Ni mesti auditor. Depa dah datang lah tu. So, aku naiklah atas semula. Bila dah naik tu memang tak lah aku nak turun balik kan. So, teruskan lah rutin harian aku menyambung kerja. Depa semua kata makanan banyak lebih lagi. Ada yang tapau bawak balik.  Hishh, ruginya..Kalau aku tahu, aku tapau sekali. Nak buat lagu mana, dah memang bukan rezeki aku. Huhuhu....

So, itu jer la kot story tentang Jamuan Raya Revongen 2016...Ayat aku seperti biasa...Mungkinkah aku akan menyambut semula jamuan raya di Revongen untuk kali kelimanya??? Hehehehe...kita nantikan sahaja pada tahun hadapan ya. STAY TUNE.......................



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2016

Monday, 1 August 2016

Raya Oh Raya Part II

Okay..kite sambung semula cerita Raya Oh Raya..

Raya tahun ni balik Endau konvoi dua kereta. Satu kereta Pak Sarip dan satu lagi kereta Angah Fazlina. Aku macam biasalah memang akan naik bersama mak dan ayah yang tercinta. Ibab pun ade sekali. Adik aku nombor tiga, Ateh Fatihah pun naik sekali dengan Pak Sarip. So, kereta Faz just die sekeluarga dan adik bongsu aku, Fiqah. Bile ade Ateh ni boleh lah die gilir-gilir drive dengan ayah. Nak harapkan aku bawak memang depa tak nak lah. Silap-silap lambat sampainye. Hikhik....Faiz pulak tinggal rumah. Die mane nak ikut dah balik kampung Endau. Katenye nak beraya dengan kawan-kawan kat sini. Baguslah tu, takder lah macam sardin kereta tu nanti. Dan ader lah orang boleh jaga rumah dan tengok-tengokkan arwah Mak Unggal.

Alhamdulillah, dalam pukul 7 malam kami selamat sampai ke Kampung Semaloi, Endau. Cik Ani selalu sebut balik kampung sepanyol...kan bunyinye dah nak dekat same tu. Hahaha.....raya tahun ni pun x berapa ramai yang balik rumah tok Pah. Yang ade just poksu Razi sekeluarga, mak Mok sekeluarga dan pak long Limat sekeluarga. Itu pun anak-anak pak long ramai yang tak balik. Pojie beraya rumah mertua die kat Kelantan. Kak Ija pulak sibuk lagi dengan businessnye. Tapi kak Ija balik pagi raya kedua tu dengan Ayin dan Haris. Pak ngah Jamidi dan mak ngah Nori x balik Endau tahun ni disebabkan mak ngah diserang denggi pulak. Huhuhu. So, tak ramai orang lah kat rumah tok Pah. Dan tak payah nak berebut tempat tido dah. Hahahaha...

Sampai-sampai jer bersalam-salaman dengan tok pah dan mak cik-mak cik. Mandi dan solat maghrib. So, malam pertama raya tu tak buat ape pun. Just duduk rumah tengok tv dan layan tetamu yang datang. Raya kedua pun x buat ape pun. Just duduk rumah jer. Alahai bosannya. Disebabkan kebosanan yang agak melampau, petang tu kitorang adik beradik pergi la berjalan ke Mersing. Plan asal nak pi Pantai Penyabung dan cari kopok lekor. Tapi disebabkan tak tahu jalan ke Pantai Penyabung, kitorang terus bergerak menuju ke Pantai Air Papan jer. Mak aiii..best giler bila sampai Air Papan tu. Cantiknya warna laut. Angin pulak mak aii bestnye. Rasa nak bawak balik rumah. Ramai jugak orang yang datang kalau nak dibandingkan dengan Pantai Penyabung. Mungkin Penyabung tak berapa nak femes kot. Kesian ibab tak dapat nak mandi laut sebab tak bawak baju lebih. So, kitorang just jalan-jalan ambil angin laut je petang tu. Lebih kurang dalam pukul 5.30 petang kitorang keluar dari Air Papan dan terus ke destinasi seterusnya, mencari kopok lekor. Kitorang singgah dua kedai kopok lekor. Banyak gak lah adik aku memborong kopok lekor. Katanya nak bawak balik KL. Dalam pukul 6 lebih kitorang selamat sampai rumah tok Pah semula. Mandi, solat, malam ni nak pi beraya rumah arwah tok Bak pulak. Hehehe....







Tak lame pun beraya kat rumah arwah tok Bak tu. Mak borak-borak dengan sepupu die semua. Mujur jugak ade Abdullah borak-borak dengan pakngah Za dan paksu Azman. Ayah tak ikut sekali sebab dah terbaring kepeningan disebabkan air ketum yang diminum petang tadi. Boleh lah pulak pak Sarip pergi minum air ketum yang dibuat paksu Razi aku. Hurmm, memang ting tong seharianlah pak Sarip. Hahaha...

Actually, arwah tok Bak ni adalah atuk sedara aku yang telah menjaga cik Ani dari kecik lagi. Disebabkan itulah cik Ani memang rapat dengan sepupu sepapat die yang sebelah sini. Hihihi.

Balik dari rumah tok Bak terus balik rumah tok Pah. Tak beraya mana-mana pun. Lembaga pun tak pergi sebab tak ade sape yang boleh tunjuk jalan. Selalunya akan pergi dengan pakngah Jamidi. Tahun ni pendek kate x pergi beraya sangat. Balik-balik tu, kitorg kene kemas baju masing-masing sebab esok subuh-subuh kitorang akan bergerak balik ke Merlong pulak. Biasalah, pak Sarip bukannya suka jalan dalam jammed. Mau die membebel plak nnti. Hahaha.... Esoknye, awal-awal pagi lagi aku dan adik beradik aku dah bangun. Selepas kemas-kemas apa yang patut, bersalam-salaman dengan tuk Pah kitorang bergerak balik Merlong. Sebenarnya ayah aku nak kejar solat Jumaat kat Merlong je. Kebetulan pulak raya ketiga jatuh pada hari Jumaat, so nak tak nak kene lah bertolak awal

Alhamdulillah, dalam pukul 10 pagi kitorang semua selamat sampai ke rumah. Dalam perjalanan ada sesuatu perkara yang menggelikan hati kitorang sekeluarga berlaku. Nak tahu apa yang berlaku?????

Hahaha...Boleh lah pulak cik Ani diserang sakit perut yang luar biasa. Memang betul sakit perut ni sampai dah tak boleh nak tahan. Kesian cik Ani..aperlah yang cik Ani makan kat rumah tok Pah semalam yer. Nak dijadikan ceritanya, susahlah pulak nak jumpa tandas kat area Felda Nitar tu. Kiri kanan semua ladang kelapa sawit. Pekan terdekat iaitu pekan Kahang lebih kurang 35KM lagi. Memang tak lah kalau cik Ani nak menahan kan. Kalau ditahan jugak mahunya cik Ani melepas kat kereta pak Sarip nanti. Hahaha...Pak Sarip dah start membebel dah. Sebelum gerak tadi tak nak pi tandas, berak. Dah sampai tengah jalan baru lah nak cari tandas. Seperti biasalah, kalau dah pak Sarip start membebel haruslah kene senyap kan. Tapi cik Ani dah tak tahan sangat dah. Aku, Ateh dan ibab dah gelak-gelakkan cik Ani. (Kureng asam punyer anakkan) Hahaha...

Last-last, pak Sarip masuk ke area kampung Felda Nitar II. Faz dan suaminya yang mengekori dari belakang mula rasa pelik. Fiqah whatsupp aku. So, aku reply lah tengah cari tandas masjid, mak nak berak. Hahaha...

Aduss..mane pulak masjid kampung ni??

Cik Ani dah tak tahan sangat dah ni. Dah nak terkeluar da ni. Tiba-tiba nampak satu bangunan macam dewan orang ramai. Kalau dah dewan mestilah ada tandas kan. Pak Sarip park kereta kat tepi jalan. Then, cik Ani cepat-cepat meluru kedalam bangunan mencari tandas. Aku dan Ateh mengekori dari belakang sambil ketawa geli hati. Hehehe. Okay..Cik Ani jumpa tandas dah tapi...tapi...tapi air tak ada. Masya Allah. Dugaan apakah ini...Cik Ani dah tak tahan sangat dah. Tak kisah lah air ade ke takder,  yang penting dia nak melepaskan semua sisa kumbahan yang dah tak sabar-sabar nak keluar tu. Kitorang yang kat luar ni dah pening kepala nak cari air kat maner. Dah lah mane ada bawak botol mineral. Dipendekkan ceritalah yer, Fiqah duk pusing-pusinglah keliling bangunan dewan tu. Last-last dia jumpa meter utama air. So, apa lagi dipulasnya lah. Alhamdulillah, air keluar dan cik Ani boleh membuang dan membasuhnya dengan senang hati. Lepas jer keluar dari tandas, pak Sarip hanya menggelengkan kepala melihatkan gelagat isterinya itu. Anak-anaknya pulak dari tadi asyik nak gelak jer. Hahaha...Kelakar lah hai mak aku ni tau...

So, perjalanan diteruskan dengan gembiranya.

Kat kampung pun still tak beraya mana pun. Duduk rumah jer tunggu orang  datang beraya. Itupun tak ada orang nak datang beraya. Haha..Just duduk rumah tengok tv, main dengan Ismail. Angah Faz dan suami balik hari Sabtu tu. Aku pulak balik hari Ahadnya. Ateh Fatihah pulak cuti semester sampai bulan 9. Waktu nak balik Subang memang waktu yang paling memalaskan. Rasa tak nak balik jer. Tapi, mana mungkin kan. Di Subang inilah tempat aku mencari rezeki. Takkan lah tak nak balik. Cukuplah cuti raya seminggu tu. 

Rasanya cukup lah kot Raya Oh Raya post kali ni. Dah tak ada benda nak diceritakan dah. So, harapnya raya yang akan datang akan disambut dengan lebih kemeriahan, Dan hendaknya jugaklah, raya tahun depan dapat lah aku beraya berdua bersama insan yang tercinta. Echewaahhhh...Hahahaha.

Babai....

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2016


Hi Blog Cik CT 2025 - Cik CT kembali

Hello Blog Cik CT..... Ommoo...ommoo...Lame giler tak bukak blog Cik CT ni. Berhabuk giler dah. Bukan ape cuma tak de masa nak mengupdate. S...