Friday, 3 June 2016

Hiking Bukit Puchong

Log Bukit Puchong (Air Terjun Hutan Simpan Ayer Hitam)

Plan last minute nak panjat Bukit Puchong last week. Ahad, 29 May 2016 pukul 8 pagi kitorang on the way menuju ke area Puchong. 

Mujur jugak aku bangun lepas Uji call aku pagi tu. Seriously, aku tak sedar langsung. Kalau Uji tak call, makanya plan tak menjadi lah. Cadangnya nak gerak sama-sama pukul 7 pagi. Tapi semuanya kelaut..biler mane Amy pun lewat bangun. So, kirenya Uji lah penyelamat kami pagi tu. Hehehe...Uji mcam biasalah pukul 7 tu dah sampai kat rumah sewa aku...

Cepat-cepat aku masuk bilik air..bersihkan diri...relaksss..Amy pun belum siap lagi tu..Uji aku suruh buat rumah sewa aku tu macam rumah sendiri. Jangan malu-malu. Jangan segan-segan. Nanti kak Amy dah sampai panggil aku.

Sampai la aku dah bersiap, Amy tak sampai-sampai jugak. Tunggu punyer tunggu sambil tengok Tanyalah Ustaz pagi tu kat TV9, pukul 8 tu baru Amy sampai depan rumah aku. Cepat-cepat aku dan Uji keluar terus masuk kereta Amy. So, apa lagi..pecut lah...Relakss..dekat je Puchong ngan Subang tu.

Kitorang singgah sat Petronas USJ20 beli makanan untuk breakfast. Nasi lemak dan sandwich kami capai. Tak lupe jugak air mineral sorang sebotol. Ala..Bukit Puchong je...tak penat mana pun...kuikuikui....

Kitorang bertiga lalu LDP terus keluar ke susur Puchong. Aku tak ingat macam mana nak p sana. Tapi mintak jer lah  tolong Cik Waze atau pun Bro Google Maps tu. Mereka anytime..everywhere sedia membantu...Yang penting cukup data internet. Salah masuk jalan tu memang perkara biasa kalau gune apps-apps ni semua. 

Dalam perjalanan kitorang sesat lah jugak nak menuju ke kaki Bukit Puchong. Depa kata boleh naik ikut Taman Wawasan. Pusing punyer pusing akhirnya sampai jugak ke destinasi. Kereta yang dipark tak usah cakaplah..memang full house. So, mana kitorang nak park ni?? Alhamdulillah...ade sebijik kereta baru keluar so apa lagi..Amy menyusup masuklah sebelum space tu disambar kereta lain. Ohh..kitorang sampai area Taman Wawasan tu dalam pukul 8.45 pagi.

Dun wurry..parking memang banyak..cume kami ni jer yang pergi agak lewat. Huhuhu....

Sedikit sessi memanaskan badan. Al maklumlah, lepas je naik Nuang awal bulan lepas memang aku dah tak buat exercise lain pun. Kejenye asyik melantak je...Huhuhu...

Disebabkan kami ni first time naik..cepat-cepat kitorang follow ade satu family chinese ni yang aku rasa memang nak p hiking bukit ..Memang lah datang situ nak p hiking takkan lah nak p karaoke plakkan...aduhaiii...Hahaha...


Haaa..ni lah pintu masuk trek Bukit Puchong tu....depan tu ade gerai jual ayaq kelapa..so, lepas puas memanjat boleh pekena ayaq kelapa sejukkan anak tekak tu.


Jangan tak tahu...yang ni laluan yang paling dekat trek mendaki Bukit Puchong. Kitorang tak nampak laluan ni masa mula-mula sampai tu sebab dah dihalang oleh kereta yang park kat situ. Lagipun kitorang duk fokus nak follow family Chinese tu. Kitorang perasan ade laluan tu bile time turun. Ehh..ade jalan lain rupenye..lagi dekat...Ya Salam....

Sebenarnya..tujuan utama nak ke Bukit Puchong ni adalah nak p air terjun yang tengah hot jadi viral di laman sosial baru-baru ni. Tak baru-baru ni lah..mayb 2 3 bulan yang lepas lah kot. Depa kate air terjun kat situ cantik. Berwarna biru kehijau-hijauan lagi. Tapi dengarnya, susah nak masuk situ sebab ade renjer yang berkawal. Actually, kawasan air terjun Hutan Simpan Ayer Hitam ni dikelolakan oleh dua badan kerajaan iaitu Universiti Putra Malaysia dan Jabata Hutan Selangor. Memang depa jaga sungguh-sungguh lah kawasan air terjun ni dari dicemari oleh tangan-tangan luar. Tapi sayangnya, mungkin dah tak mampu terkawal so ramailah manusia-manusia yang duk p hiking sampai ke sana. Manusia-manusia tu termasuklah aku, Amy dan Uji. Hahaha...eehhh..kami tak kotorkan tau kawasan air terjun tu. Kami baik-baik je perangai kat sane. Hahaha...

Mulanya agak ragu-ragulah nak teruskan pendakian ke kawasan air terjun tu. Sebab dari blog-blog yang aku bace, ade renjer yang mengawal. So, kalau nasib tak baik korang selisih lah dengan renjer tu. Kalau lah renjer tu suruh korang blah je dari situ, kire bertuah lah korang. Tapi kalau dibawanya korang p balai...hurmm..faham-faham sendirilahkan.

Time kitorang pergi tu, ramai uncle chinese yang support kitorang tuk pergi ke waterfall tu. Depa kate pergi je. Jangan takut. Dah ramai orang pergi sana. Renjer pun tak ada. So, aku pandang Amy, Amy pandang Uji, Uji pandang aku..ehh..aku nak pandang sape lagi???? Hahaha..So, kitorang decide jugak nak teruskan pendakian ke waterfall tu. Dah alang-alang sampai kan. Terasa rugi pulak kalau tak singgah terus ke waterfall tu.

Ohh...before nak sampai ke waterfall tu kitorang ambil masa dalam dua jam setengah tuk sampai ke pitstop yang pertama. Ia merupakan kawasan yang agak landai dan boleh aku agak kawasan ini merupakan puncak tertinggi Bukit Puchong. Kawasan ini juga mungkin titik tengah bagi beberapa laluan pendaki. Kiranya..kalau aku masuk ikut trek lain..Uji pulak masuk ikut trek lain...kat pitstop ni lah kitorang akan berjumpa. Cheh...Jejak Kasih sangat tawww...




Antara laluan Bukit Puchong... 


Bersama Ibu dan rakan-rakan beliau, dari Kelab Fitness Shah Alam...Caya lah ibu...
Rehat dalam lebih kurang lima belas minit kat sini. Decide whether nak patah balik turun or terus mendaki ke waterfall...So, jawapannya..PENDAKIAN DITERUSKAN...



Pendakian diteruskan...dalam hati berdoa moga-moga tak terserempak dengan renjer. Ohh ya..ade lagi satu laluan untuk ke waterfall ni. Nak confirm, laluan ke waterfall ditanda dengan cat biru di kedua-dua belah pokok yang ade kat situ.


Yang ni ke??? Bukan...Ini laluan datang kitorang..


Yang ni ke??? Bukan jugak......


 Yang ni mungkin???? Bukannn lahhh.....


Yesss...Yang ni....Betullll....actually, 3 laluan atas tu berada di depan, belakang, kanan dan kiri kitorang jer...Kalau ikut dari posisi kitorang waktu tu, sign kat atas ni berada di sebelah kanan kitorang....

So, bile dah jumpa sign ni..apalagi...masuklah..teruskan pendakian anda. Jangan risau..Disepanjang jalan ada tanda-tanda cat biru ni. Ikut je sampai ke waterfall tu....

Dan akhirnya......We are finally here.....Nampak tak?? Nampak tak??

Rasa teruja tu memang tak dapat nak digambarkanlah. Rasa nak terjun tiruk je dari atas ni. Cepat-cepat nak sampai ke bawah nak merasai kesejukan air terjun dan kecantikkan yang digembar-gemburkan di media sosial.


Dari kejauhan juga memang dah dengar suara-suara orang mandi manda...

I am m so eksaitedddd....

Okay dah sampai...lets selfie first...Itu yang pentig. Tak complete lah kan kalau tak habiskan bateri phone dengan gambar-gambar sendiri. Hahaha....


 Mula-mula kitorang pasrah dah dapat jumpa air sungai ni jer...Huhuhu...


Sempat pekena nasi lemak kat sini. Orang duk tengok je kami makan...


Biler jumpe kawasan air terjun yang ni, hati mula rasa happy seba dah dekat dengak air terjun yang kami cari-cari..


 Hehehe...akhirnya sampai jugak kaki ku di sini...




Acah-acah berani...ehh..ehh..buaya!!!!! Hahaha...













Secara peribadinya..memang berbaloi rasenye mendaki lebih kurang 3 jam untuk ke air terjun ni. Airnya sejuk bak hang. So, aku yang pada mulanya segan-segan taknak berendam akhirnya terjebak jugak. Huhuhu....Kitorang siap topup air lagi nak buat bekalan masa turun nanti. Moga-moganya tak ada bende yang tak elok la jadi time kitorang minum ayaq ni. Hahaha...

Tapi, satu je aku nak comment...nak luahkan rasa kesal tu sedikit...patutlah renjer tak kasi orang luar masuk dalam kawasan air terjun ni..Biler dah ramai orang masuk dalam kawasan ni, kecantikkan dan kebersihan air terjun ni sedikit dicemari. Boleh lah aku kata airnya tak sebiru seperti yang di viralkan dalam media sosial hari tu.Ya..mungkin saja sebab dah terlalu ramai yang mandi-manda di situ (termasuklah aku..hehehe), kecantikkan dan kebersihan airnya sedikit terjejas. Huhuhu...Moga-moga.kawasan air terjun ni masih lagi dipelihara dan terus terpelihara....Mudah-mudahan...

So, dalam pukul 1.45 petang kitorang sampai ke kaki bukit. Perjalanan balik lebih cepat. Tup-tup dah sampai bawah. Perut masing-masing pun dah berbunyi mintak untuk diisi. 

Akhir kata...tercapai juga hasrat nak p sini...

Air Terjun Hutan Simpan Ayer Hitam Checked.........................

UPDATE TERKINI....

Actually, air terjun yang kitorang jumpe ni bukanlah blue lagoon yang diviralkan di sosial media tempoh hari. Maaf di atas info yang tidak berapa tepat di atas. Hehehe. Katenye, blue lagoon yang dimaksudkan berada di hadapan lagi dari jarak kawasan air terjun yang kitorang pergi tu. Tak aper lah..dapat jejakkan kaki di air terjun yang kitorang pergi hari tu pun kitorang dah rasa cukup teruja. Hahaha...

Sekali lagi..Maaf ya...

8 comments:

  1. Hai sis,nie bukan air terjun yg diviralkan tu.yg satu lagi, nama dia blue lagoon.jauh ke atas sikit tempat nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai sis...aah sis..bile sy review semula, blue lagoon tu atas lagi sebenarnye kan. bukan yang ini. hehehe...
      tapi jumpe yang ni ari tu pun dah rase cukup teruja. hahaha..
      BTW, terima kasih ya di atas infonye...hehehe

      Delete
  2. Hai sis,nie bukan air terjun yg diviralkan tu.yg satu lagi, nama dia blue lagoon.jauh ke atas sikit tempat nya.

    ReplyDelete
  3. Hi, nak tanya. Senang tak track ke sana? Means macam kalau pergi takde guider ok tak? Tq 🙆

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..treknye senang jer..ramai pendaki-pendaki dan local yang naik. so, kalau rasa macam ragu2 dgn trek tu boleh tanya dorang. Hihihi..Tak perlu guider untuk naik..tapi kalau ade rakan-rakan yang pernah naik lagi bagus. Hihihi...

      Delete
  4. Renjer x kasi masuk ada sebabnya...bukan saje2 x kasi...selain masalah kebersihan masalah yg lain mgkn timbul...kene berhati2 dan berjaga2...mencegah sebelum terkena...

    ReplyDelete
  5. Saya dngan member naik naik esok.firstime ni. Hmm,laluan nak masuk Dari mana ???

    ReplyDelete