Friday, 27 May 2016

Kerna Buah Hati....

Usah lagi dikenang pada yang tak sudi...
Usah lagi dipinta cinta yang takkan menjadi..

Biarlah dia memilih pasangan hidupnya sendiri...
Biarlah dia yang menentukan masa depannya sendiri...

Gembiranya hati ini melihatkan dirinya juga gembira...
Girangnya hati ini melihatkan dirinya tidak lagi berduka...
Cinta yang dicari-cari...
Cinta yang ditunggu-tunggu..
Sudah kunjung tiba...

Melenyapkan semua kisah-kisah duka...
Menghilangkan luka-luka di hati...
Kini, hanya sinar bahagia sahaja yang menerangi...
Senyuman sentiasa tak lekang di bibir...
Kerna sudah ada buah hati yang dicintai...

No comments:

Post a Comment

Selamat Hari Merdeka ke-68, Malaysiaku

Fuhhh!! betul-betul cepat masa berlalu ni. Bulan Ogos baru je berlalu dan kini dah masuk ke bulan September. Makk aii...pejam celik pejam ce...