Wednesday, 29 April 2015

Pendakian Bukit Kutu yang tidak berjaya...:(

Lame gile tak update blog...last hari tu pasal phone Lenovo...smart phone baru aku...hehehe...La ni baru ade kesempatan nak mengupdate xtvt hiking aku ke Bukit Kutu bulan lepas. Satu pendakian yang boleh dikatakan tak berjaya. Aku gagal sampai ke puncak. Sebabnya  kitorang salah masuk laluan trek. Mula-mula masuk je dah confuse coz ade dua laluan... Hahaha...Lawak..lawak....

Berpandukan rujukan daripada uncle wikepedia, mari kita kenal dulu serba ringkas info mengenai Bukit Kutu....

Gunung Kutu juga dikenali sebagai Bukit Kutu, kedudukannya berada dalam daerah Hulu Selangor iaitu di Kuala Kubu Baru yang terletak berhampiran Kampung Pertak, Selangor, Malaysia. Bukit Kutu atau dahulunya dikenali sebagai Trecher's Hill yang terletak pada ketinggian 3456 kaki atau 1090 meter daripada aras laut. Dahulunya ketika zaman kolonial British puncak Bukit Kutu adalah stesen pemantauan tentera British. Namun ia terbengkalai setelah dibom oleh tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua.

Perjalanan atau pendakian untuk sampai ke puncak Bukit Kutu mengambil masa lebih kurang kira-kira empat jam perjalanan yang bermula melalui kawasan perkampungan orang Asli peretak penempatan baharu Kampung Orang Asli Simpang, tidak jauh dari Empangan Hulu Selangor. Bukit Kutu juga banyak menyimpan seribu satu khazanah alam semulajadi yang belum diterokai.
Selain kaya dengan kepelbagaian spesies flora dan fauna,terdapat juga beberapa kesan peninggalan sejarah semasa era pemerintahan British suatu ketika dahulu yang belum diketahui umum. Perjalanan ke Bukit Kutu agak mudah pada permulaannya, tetapi selepas melintasi dua buah jambatan besi, kesukaran yang dilalui hanyalah merentasi bekas laluan balak. Terdapat juga dua buah gua yang dikenali sebagai Gua Air dan Gua Kambing. Bukit kutu ini juga adalah merupakan tempat peranginan bangsawan-bangsawan British suatu ketika dahulu.

Serba ringkas info mengenai Bukit Kutu. Niat di hati memang nak tengok hasil peninggalan sejarah semasa era zaman pemerintahan British dulu. Namun, apakan daya takdir tidak mengizinkannya kerana sepanjang perjalanan kitorang kehilangan jejak arah. Kalu ikut review dari blog2 individu lain yang pernah hike Bukit Kutu ni, memang betul kita akan masuk melalui Perkampungan Orang Asli Pertak. Yup..Kitorang berjaya jugak jumpa kampung orang asli tu. Itu pun kitorang kene buat U-turn sebab Waze bengong bagi sign berhenti kat Bukit Kutu..memang betullah Bukit Kutu..Tapi sebelah highway..Bukit Kutu tu sebelah highway kau....Hampeh punye Waze...hahahaha....

Sebelum sampai ke perkampungan orang asli tu, kitorang singgah sat kat Empangan Hulu Selangor. Aku tak pasti pula sama ada ini ke empangan yang sokmo terkena pencemaran yang menyebabkan orang Selangor termasuklah aku dikenakan catuan air...Tapi bile tengok empangan tu pun memang air alahai...macam cetek je...Hahaha..


Lupe nak bgtau..pendakian kitorang seramai lima orang je..Aku, kak Hanis, kak Dayah, kak Haiza dan juga kak Ami...


Belakang tu la Empangan Hulu Selangor...Kami naik dua kereta..aku naik dengan kak Hanis. Kitorang jumpa kat Dataran Kuala Kubu Baru..sempatlah jugak wefie2 dengan kak Hanis sementara tunggu kak Dayah n the geng sampai..


Okay..kite teruskan kepada cerita pendakian ke Bukit Kutu...From review, kitorang akan masuk from perkampungan pertak kan..OK..done..dah masuk...Cantik kawasannya..ramai orang berkhemah...oppss..teruskan lagi..

So, kitorang akan melalui tiga buah sungai sebelum sampai ke trek ke Bukit Kutu..Ya, memang kitorang dah lalu ketiga-tiga sungai itu..dah jumpe pun sign Bukit Kutu. Tapi mengapa setelah hampir 2 jam kitorang daki dah mula tak jumpa sebarang sign..Trek kitorang pun makin lama makin sukar dan hilang...Argghh..sudah...dan kebetulan semasa naik tu kitorang selisih dengan satu lagi kumpulan yang bergerak turun. Dorang pun tak berjaya jumpa puncak...WTH...Apa sudah jadi ni...Hati aku mula tak sedap...akak-akak yang lain decide untuk teruskan jugak pendakian...so, kitorang teruskan juga...Setengah jam naik memang kitorang dah hilang arah..Tak boleh jadi ni...aku pun mula rasa tak sedap hati..so, ikut kata majaroti semua decide nak turun..

Jam pun dah tunjuk pukul 2 petang..So, dengan perasaan sedih, kecewa bercampur bimbang dan risau, akhirnya kitorang bergerak jugak turun. Kak Haiza dan kak Dayah nampak agak kecewa sebab mereka tak berjaya tawan puncak Bukit Kutu.

Nak dijadikan cerita, cuaca memang tak berapa baik..Kilat mula sabung menyabung...Pergerakan kitorang semakin laju sebab kalau boleh taknaklah turun dalam keadaan cuaca hujan. Agak bahaya sebenarnya. Alhamdulillah, akhirnya kitorang sampai jugak kat kaki bukit. Masa tu hujan dah start turun dengan lebatnya...Mujurlah sempat sampai ke kai bukit.

Sedih..pendakian kali ni tak berjaya..Takpe lah...Kita akan cube hiking Bukit Kutu lagi next time. Dorang kata view Bukit Kutu sangat cantik. Next hiking bukit ni memang kena bawak orang yang tahu selok belok trek ke Bukit Kutu ni...

Apa-apa pun, sempatlah juga aku abadikan gambar-gambar kitorang sepanjang pendakian...

Gambar bawah ni gambar kat jambatan besi...Ade dua jambatan besi kita kena lalu. Yang ni yang kedua...


Yang atas ni plak jambatan besi yang pertama..Tengoklah tu..dah rosak jambatan tu. tak tahulah sebab apa..mayb sebab aliran air sungai deras sangat kot. Maybe................:)




Trek mendaki yang agak mudah...








No comments:

Post a Comment