Friday, 2 January 2015

Manu Suka-Suka (part 2)

                                                                         Bab 9


"Dian...kamu tak tidur lagi?" Teguran dari Wan di balik pintu menghentikan seketika pembacaan gadis kecil molek itu.

Wan bergerak mendapatkan Dian yang kini sedang duduk melunjur di atas katil. Dian memandang senyum Wan kesayangannya itu..

"Belum lagi Wan..Dian tengah baca surat terakhir daripada mama ni." jelas Dian sambil tersenyum manis memandang nenek kesayangannya itu. Nenenknya lah tempat dia bermanja dan mengadu kasih setelah kehilangan belaian dan kasih dari seorang ibu.

"Owhh..apa yang mama tulis kali ni Dian? Ceritalah dengan Wan. Wan pun nak dengar jugak." pujuk Wan sambil mengelus-ngelus rambut panjang mengurai milik cucunya itu. Kasihan cucunya..kecil-kecil lagi sudah tidak dapat merasai kasih sayang dan belaian dari seorang ibu. Dialah tempat Dian bermanja..tempat anak kecil itu bergurau dan mengadu tatkala merajuk apabila dimarahi oleh papanya. Tak dapat dibayangkan bila dia sudah tidak ada di dunia ini lagi. Apakah nasib anak kecil ini. 

Moga tidak lama lagi anak ini bisa merasai kasih sayang dari seorang ibu. Adakalanya dia risau melihatkan anak lelakinya, Luq itu. Macam tak ada tanda-tanda untuk mencari isteri setelah kematian arwah Arina. Pernah juga dipadankan dengan anak jirannya di kampung namun ditolak mentah-mentah oleh anaknya. Katanya kasih sayangnya pada arwah Arina tak akan pernah luput. Dia tak mahu berkahwin lagi. Biarlah dia sendiri yang membesarkan Dian. Tapi yang Luq tidak tahu, kasih sayang seorang ayah dengan kasih sayang seorang ibu sangatlah lain..berbeza sama sekali.

Walaupun begitu, dia sebagai seorang ibu menerima keputusan anaknya dengan rela hati. Dia berdoa semoga suatu hari nanti Luq akan terbuka pintu hatinya untuk beristeri.

'Wan!! Wan!!"

Terhenti seketika lamunan Wan dengan sapaan dari Dian. Dia tersenyum manis memandang Dian.

"Ceritalah dengan Wan..Wan pun nak tahu apa yang ditulis oleh mama..."pujuk Wan lagi.

"Mana boleh Wan...ini rahsia antara Dian dengan mama.." petah Dian berkata-kata membalas pertanyaan Wan nya.

"Nanti dah tiba masanya Dian bagitahu Wan ye. Masa tu Wan mesti bantu Dian tau." Kata Dian lagi membuatkan dahi tuanya berkerut-kerut.

"Wan kena bantu Dian? Bantu Dian apa?" soal Wan pula. Pening kepalanya melihatkan kepelikan Dian malam itu.

"Adalah..nanti Dian ceritakan ye.." kata Dian pula tersenyum manis.

"Iya lah Dian oii...Dah lewat malam ni Dian..tidurlah..esok kamu sambung lagi baca surat mama kamu tu ye." kata Wan nya pula. Malas pula dia nak melayan kerenah Dian malam-malam ni. Niatnya tadi nak lihat Dian sama ada sudah tidur ke belum. Rupa-rupanya masih lagi asyik membaca surat daripada arwah mamanya.

"Hehehe..baiklah Wan. Tapi Wan, Dian nak jumpa papa sekejap. Nak wish good night." kata Dian pula sambil melompat turun dari katil dan terus meluru ke luar pintu.

"Baik-baik Dian..jangan lari-lari. nanti kamu jatuh."

Namun teguran Wan tidak lagi didengari kerana kelibat Dian hilang terus dari balik pintu.

"Dian..Dian.."

Wan mengemas kotak-kotak surat cucunya itu dan disimpannya elok-elok di dalam almari di bilik Dian. Dia tidak akan sembunyi-sembunyi membaca surat cucunya itu kerana dia tahu Dian akan menceritakan semua kepadanya nanti.

"Papa..." tegur Dian di sebalik pintu kerja papanya yang sedang tekun menatap laptop. Dia terlihat papanya sedang melihat gambar seorang perempuan. Nak kata macam wajah mamanya bukan...Dian macam perasan sesuatu...

Terperanjat Luq seketika dengan teguran anaknya yang tiba-tiba itu. Cepat-cepat dia "stand by" kan kondisi laptopnya. Tak mahu anaknya melihat apa yang dilihatnya tadi.

"Dian..kan papa dah pesan before u enter someone room u must do what...?" soalnya manja kepada Dian sambil menarik tangan anaknya kesisi.

"Opps..sorry papa, Dian terlupa. Lain kali Dian tak buat lagi ye..i just want to say good night to you." Kata Dian sambil mencium kedua-dua belah pipi papanya. Sayang sangat dia kepada papanya itu.

Luq hanya tersenyum sahaja.

"Papa, what r you doing? I think your see someone picture. Looks like a woman picture." Petah Dian bertanya kepada papanya. Tiba-tiba rasa ingin tahu membuak-buak pula dalam dirinya. Dia macam merasakan wajah wanita di dalam laptop papanya itu tadi adalah wanita yang sama yang arwah mama ceritakan di dalam suratnya. 

Luq nampaknya kelihatan sedikit terperanjat dengan pertanyaan anaknya itu. Dian nampak ke gambar wanita yang masih lagi segar dalam ingatannya. Wanita yang sudah lama tidak dia temui.

"Eh..Dian ni..mana ada..papa sedang tengok gambar kawan-kawan lama papa. Masa papa kat universiti dulu." helah Luq. Dia berharap sangat Dian tidak bertanya lagi. Namun, Dian bukanlah seorang anak kecil yang mudah putus asa. Dian memandang serius wajah papanya. Sampai berkerut-kerut dahinya. Dian..Dian..tak padan dengan umurnya. Gaya macam orang dewasa.

Luq nampak gelabah dengan reaksi anaknya itu. Pasti akan ada soalan lain yang akan keluar dari bibir si comel itu.

"Dian nak tengoklah juga gambar-gambar papa dan mama masa universiti dulu.." Pinta Dian sambil terus melompat ke atas kerusi kerja papanya..Luq sedikit terperanjat dengan tingkah anaknya malam ini.

Tiba-tiba...

"Dian....kamu tak tidur lagi...apa Wan dah pesan tadi...pergi masuk tidur..dah lewat malam ni." Suara Wan yang tiba-tiba itu membantutkan pergerakan dan tingkah Dian. Luq pula kelihatan sedikit lega. Nasib baik maknya datang.

Dian buat wajah cencurut. Dia tak puas hati selagi tak dapat melihat wajah wanita yang ditatap oleh papanya tadi. Namun, dia tahu dia perlu bersabar. Dia mesti menghabiskan bacaan surat daripada mamanya. Siapakah wanita yang bernama Dian Rindhiana itu pasti akan terjawab tak lama lagi. 

"Okay Wan..I'm sorry papa..tapi nanti papa tunjukkan pada Dian tau." kata Dian pula sambil mencium sekali lagi kedua belah pipi papanya dan seterusnya menyalaminya.

Luq hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Ye, dia pasti akan menunjukkan gambar itu nanti kepada anaknya, Dian.

"Yes..I'm promise sayang..Dian masuk tidur dulu ye." pujuk Luq pula. Setelah menyalam dan mencium juga kedua belah pipi Wannya, Dian meminta diri untuk ke bilik tidurnya.

Puan Shamsiah masih lagi berada di dalam bilik anak lelakinya, Luq. 

"Terima kasih mak..." Itu sahaja perkataan yang keluar dari bibir Luq.

Puan Shamsiah hanya tersenyum memandang wajah anak lelakinya itu. Dalam masa yang sama dia kasihan melihat anaknya.

"Dah lah Luq..pergilah tidur..Besok kamu nak pergi kerja kan." ujar Puan Shamsiah lagi dan menutup pintu bilik anaknya itu.

Luq..mak tahu wajah siapa yang kamu selalu lihat tu nak...mak juga tahu kamu masih lagi ingatkan dia. Dan disebabkan itu jugalah alasan kamu tak mahu menerima wanita lain untuk dijadikan isteri kamu. InshaAllah..satu hari nanti mak pasti akan ketemukan kamu dengan dia Luq. Mak akan sedaya upaya buatkan kamu bahagia nak...

Itulah tekad dan harapan seorang ibu buat anaknya.











No comments:

Post a Comment