Wednesday, 24 May 2017

Banda Aceh Hari Pertama

Itenerari Banda Aceh

11 Feb 2017 - 14 Feb 2017

Hari Pertama - 11 Feb 2017

8 pagi (waktu Malaysia) - Bangun..Mandi..Bersiap nak ke KL Sentral. Mujur jugak ada Norma yang sudi menghantar aku terus ke KL Sentral. Cepat sikit sampai. Hehehe...

9 pagi - Tiba lebih kurang di KL Sentral. Jalan-jalan sekitar mall sambil tunggu kak Dayah tiba. Then, makan sarapan di Food Court situ.


10.30 pagi - Naik bas Air Bus dari KL Sentral ke KLIA 2. Tambang lebih kurang dalam RM14.

12.30 tengah hari - Tiba di KLIA 2. Terus shoot ke kiosk nak redeem tiket flight. Tapi, problem berlaku so terus shoot ke kaunter khidmat pelanggan. Depa suruh pergi ke kaunter U7 untuk penerbangan domestik Indonesia. Kelam kelibut dibuatnya. Mujur sempat check in. Sempat pulak abang kaunter tu gula-gulakan kitorang. Hampehh..Flight dah lah pukul 1.15 petang ni. Larian marathon sekejap kami kat airport tu.


We are here!!! KLIA 2


1.15 petang - Alhamdulillah. Selamat memasuki pesawat. Mengah giler weii. Ada 3 row. Aku duduk tepi tingkap. Kak Dayah tengah dan tepi sekali, kak Cut Mutia yang dalam perjalanan pulang nak balik Acheh. Dapat rakan baru yang pertama.




Ni yang best bile duk tepi tingkap flight. Nampak view cantik!!!

2.40 petang (waktu Banda Aceh) - Tiba di lapangan terbang Sultan Iskandar Muda.


Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda, Aceh
 
2.45 petang - Terkial-kial keluar untuk proses imigresen dan kastam.

3 petang - Solat Jama' Zuhur & Asar di surau airport. Blurr sekejap tak tahu nak buat ape. Hahaha..Mohon ketenangan dulu.

3.30 petang - Ambil supir, namanya Pak Jenol dia bawak Wisata (jalan-jalan) Bandar Aceh. Kenapa Pak Jenol terpilih untuk jadi supir kami? Sebabnya..dia je yang ada kat depan pintu surau bila kami keluar surau airport tu. Nak ke pintu depan, sure kami berdua akan diterjah seperti seorang artis popular yang baru pulang ke tanah air sendiri. Bukan main ramai supir datang keliling kami, sebab tu kami berdua nak amik Pak Jenol jer. Lagipun kami memang kesuntukkan waktu. Since, we have only half of day untuk wisata Banda Aceh ni. Huhuhu...So, memang rezeki Pak Jenol lah waktu tu.

Tempat-tempat yang kami berdua singgah :-

1) Rumah Cut Nyak Djien
2) Muzium Tsunami Aceh
3) PLTD Apung
4) Masjid Raya BaituRahman
5) Jalan-jalan sekitar Banda Aceh cari simkad & makanan malam

Destinasi pertama kami : Rumah Cut Nyak Dhjien. 


Bergambar kenangan di hadapan rumah Cut Nyak Djien. Gigih la hai..tengah panas buta ni duk bergambar. Tukang snap nya tentu sajalah Pak Jenol.


Kat tangga rumah pun boleh bergambar.


Bilik tidur Cut Nyak Djien. Setiap warna pada tirai kamar ini membawa maksudnya yang tersendiri. Nanti aku story kat entri lain.


Bergambar kenangan bersama Pak Zainal, penjaga rumah Cut Nyak Djien.


Perigi lama, sumber air rumah beliau.

Destinasi kedua kami : Muzium Tsunami Aceh.


Tempat pertama kami jumpa bila masuk muzium ni. Sayu je rasa hati. Gelap dan suram.


Gambaran ketika datangnya tsunami. Ni replika kapal PLTD Apung yang ditolak oleh tsunamin terus ke perkampungan.


Motorsikal yang rosak akibat tsunami  26 Disember 2004.


Gambaran Banda Aceh selepas tsunami.


Gambaran Banda Aceh sebelum tsunami


Bayangkanlah...kita sekeluarga tengah duk menjalani rutin harian biasa tapi tiba-tiba satu ombak besar datang menerpa. Bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri masing-masing.


Situasi setelah terjadinya Gempa Bumi yang mengakibat tsunami di Aceh.


Reka bentuk Muzium Tsunami Aceh. Sekali pandang aku rasa macam bentuk sebuah kapal. Tapi ternyata tidak. Setiap reka bentuk binaannya mempunyai maksud dan fungsinya tersendiri. Salah satu tempat yang wajib penduduk tuju jika berlakunya lagi tragedi tsunami. Tempat paling selamat untuk menyelamatkan diri. Wallahulam...
 

 Yus di hadapan muzium. Sangat besar muzium ni sebenarnya.


Muzium Tsunami Aceh checked.

Destinasi ketiga kami : PLTD Apung. 


Pintu hadapan muzium.


Kawasan dalam kapal.






Luar kapal.




8.30 malam - Check in Hotel Diana. Kemas-kemas apa yang patut. Makan malam dan mandi. Telefon mak dan ayah inform keberadaan kami berdua.



 11 malam - Masuk tidur. Esok kena bangun awal pagi. 

Budget Hari Pertama

Hotel Diana - Rp276K
Kartu - Rp80K
Pak Jenol Depo - Rp310K
Parking - Rp7K
Makan Malam - Rp44K
Jajan - Rp15K

Jumlah = Rp732K (plus minus RM245.22)


Saturday, 6 May 2017

Broga New Trail - 20170430

Alhamdulillah...


 Yus made it to the top again...Yuhuu...

Untuk kali keempatnya, aku naik lagi Broga Hill. Kali ini kitorang naik ikut laluan baru. Nak merasa lah jugak naik trail baru kan. Aku sendiri pun tak tahu bilenye kewujudan trail baru ni. Nak rasalah jugak mencabar ke idak trail baru ni. Same ke level die dengan trail yang lame.

Kata orang lagi, trail yang baru ni kita akan terus menuju ke puncak tinjau yang kedua. Kiranye kite skip puncak tinjau yang pertama lah.

Plan bermula dari Amy yang katanye dah lame tak panaskan badan. Last kitorang hiking ialah hiking Lata Charok. Join Amy reunion kelab gunung UTM die kat Janda Baik. Lepas tu dah tak de dah kitorang naik mane2 gunung or bukit. Actually..ade je plan lain. Nak naik Gunung Ledang tapi tak ada masa lah pulak. Huhuhu...

So, aku suggest naik bukit area dekat-dekat KL ni je. Dekat tak dekat jugaklah Semenyih tu dari Subang. Sejam jugaklah perjalanannya. Then, Broga Hill destinasi kami Ahad tu. Kebetulan pulak esoknye Isnin cuti hari pekerja. Molek sangatlah kan. Isnin tu boleh bantai tidur. Hahaha. Recover balik energy tu.

So, perjalanan kami dari Subang pada pukul 8 pagi. Aku memang dah cukup eksaited nk naik Broga ni. Mana taknya pukul 6 pagi lagi aku dah bangun wei. Punyer lah eksaited. Bajet nak tengok matahari naik lah. Tapi nan hado. Hahaha...Actually, line up Broga kali ni aku, Amy dan tiga lagi rakan seuniversiti Amy. Ni yang bestnye berkawan dengan Amy ni..Ramai dah kawan Amy jadi kawan aku. Hahaha...Trip Broga kali ni aku dapat kenal Aisyah dan juga Feerah. Dorang berdua masih lagi study. Pertama kali naik Broga. So, Amy bawak join sekali.


 Line Up Broga Trail Baru...Aisyah, Yus, Amy, Feerah 
Tu yang gerak pukul 8 pagi sebab tunggu kedatangan dorang berdua dari Shah Alam. Bila Amy kata gerak lambat lagi dalam pukul 8 lebih, aku apalagi duklah santai-santai dulu kan. Lepak-lepak tengok Tanyalah Ustaz dulu. Jangan ditanya ke mana Norma. Norma duk membuta lagi dalam bilik tu. Tiba-tiba aku sakit perut pulak. Aku p lah naik atas nak memerut. Lepas habis je memerut, tetiba aku dengar bunyi hon kereta bertalu-talu bunyinye. Mak Aii..Amy dah ade kat bawah. Kauuu..kelam kabut aku pakai tudung. Tak dan aku nak melaram ke..pakai bedak ke..aku main sarung je shawl tu. Hahaha...Tali kasut aku pun tak berpasang lagi. Dalam kereta Amy la aku ikat tali kasut tu. Hahaha....

Perjalanan kami bermula. Kitorang memang tak dan nak sarap. Memang terus shoot ke Semenyih. Just beli air mineral kat Petronas area Semenyih tu je. Bajet nak p beli nasi lemak yang ade dijual di kaki bukit tu tapi nan hado..sampai-sampai je nasi dah habis. Apa nak dikato lagi...terus naik je lah.

Ohh..by the way, kali ni nak park kereta kene bayar by kepala. Satu kepala singgit. So, kami 4 orang  jadinya 4 ringgit lah. Memang buat duit betul owner kebun sawit ni. Dulu satu kereta per entry RM5 je. La ni kalau ikut kepala, lagi untunglah..Cube dalam kereta tu ada 6 ke 7 orang?? Dah lah memang penuh dengan kereta yang di park waktu tu. Haiii..Kayo makcik...

Menurut info yang aku dengar dari Amy, katanya trail lame ke puncak Broga dah di claim oleh tuan tanah. Alahh..pendek kate tuan tanah tak izinkan naik melalu tanah die lah. Kalau nak naik kene bayar RM1 seorang. Sebab tu trail baru dibina untuk laluan ke puncak Broga. Trail baru tak dikenakan sebarang bayaran. Free of charge. Ikut je laluan yang telah disediakan. Trail baru ni kitorang akan melalui kawasan kebuh getah. So, korang nampaklah pokok getah dikiri kanan korang.

Aku ringkaskan je lah story trail baru ni ye....

Mungkin disebabkan aku tak makan sarap pagi tu...Perut aku pulak kosong...Stamina aku tak berapa nak fit. Aku mengah weii...Yus naik Broga mengah wei...Budak-budak pun boleh naik weii..Ape ni Yus...

Iyer...aku hampir putus asa kot. Dah lah panas kot sepanjang pendakian tu. Pokok pun jarang jumpe. Lagi lah buat aku berpusing kepala. Tapi aku naik slow-slow jer. Memang sangat lambat lah. Bagi aku trail baru Broga ni tak best sangat. Terlalu landai dan luas...dan banyak gak tangga..bukan tangga apa pun..tanah tu je dilekuk macam bentuk tangga. Trail agak licin. Kalau hujan tu memang ko pakat gelongsor je lah dari atas tu. Hahaha...Tak pun golek-golek lah. Pastu tak banyak pokok. Sebab tu panas sangat kot.


Aku kuatkan juga semangat untuk sampai ke atas. Dan akhirnya, aku berjaya jugak. Hahaha. Bila dah sampai atas tu memang puncak tu ko yang punye lah. Iyelah...orang sume dah turun wei..ko baru sampai atas. Tak silap pukul 11 lebih kot kitorang sampai atas tu. Pendakian tak ada lah lama sangat sebenarnye. Tapi dah kepala aku ni pusing-pusing, memang jadi lambat lah kan. Tapi berbaloi jugaklah dapat naik atas tu dengan trail baru. Hahaha..

Lepak lebih kurang setengah jam atas tu then kitorang turun. Oh ya...yang bestnye bile hiking ni, kita akan jumpe dengan kawan-kawan baru. Time sampai tu kami sampai sekali dengan 3 orang budak lelaki yang datang dari Jelebu. Masih belajar lagi di Pahang. Jalan-jalan rumah kawan yang kat Jelebu tu. Then kawan yg kat Jelebu tu, Ujang bawak Eppy dan Abe naik Broga.


 Jumpe kawan baru...Ujang, Eppy dan Abe

Ujang...awatlah ko bawak kawan ko naik Broga panas-panas buta ni ha. Hahaha....Sempatlah kami beramah mesra..wefie-wefie atas tu sebelum kami bergerak turun. Cuaca pun macam dah nak gelap. Lagipun ada sorang abang yang baru keluar dari trail Gunung Tok Wan suggest kami turun cepat. Takut tiba-tiba ada petir. Alamak..seriau pulak dia cakap lagu tu. Iye lah..time tu pun awan macam nak gelap je. So, kitorang bertujuh pun bergerak turun. Budak lelaki 3 orang tu memang laju turunnya. Kami ni la hai terkial-kial lagi. Sempat amik gambo lagi.

Ade satu scene tu, tetibe Aisyah menjerit. Terkejut gak aku apasal si Aisyah ni tetibe menjerit dan patah balik ke belakang. Rupa-rupanya, Amy yang berada kat depan terserempak dengan ular daun. Mane tak melompatnya dorang berdua. Tetiba ular daun melintas depan mata. Amy kata betul-betul ular tu melintas depan dia. Aku ngan Feerah kat belakang ni seriau lah jugak tapi teruskan jugak perjalanan. Hahaha..

Dalam pukul 12 lebih jugaklah kami sampai bawah. Apa lagi pekena la sat air kelapa legakan tekak masing-masing. Lapaq giler ni. Nak p cari makan lah..Kami makan tengah hari kat area Kajang. Sodap..makan masakan orang Pahang. Tapi harga ikannya boleh tahan gak la. Aisyah amik ikan baung kene RM17 lebih. Mak aii..


Lepas balik tu kitorang terus shoot balik Subang. Before tu hantar Aisyah dan Feerah kat Seksyen 7 dulu. Dalam pukul 3 petang jugaklah aku dan Amy sampai Subang. Noma ade kat umah. Kitorang lepak-lepak sat sebelum masing2 masuk bilik air bersihkan diri sebab dalam kul 5 nak p Aeon Mall Shah Alam...aku nak p jumpe norzha, nak amik roti sourdough yang aku beli dengan die. Amekkaaww....lepas naik Broga, keluar peluh semua, tetibe sampai mall terus masuk food court Aeon Mall..Seriously...banyak giler choice makanan kat mall ni. Aduss...naik balik semula lemak yang dah terbuang tadi. Hahaha....Macam-macam kitorang makan..Sushi, takoyaki, sotong goreng dan macam2 lagi lah.

Weekend yang sangat best lah kirenye...So, layan je la gambo2 kenangan yang sempat aku snap mase naik Broga tu...










After dis, bukit mane pulak nak naik before puase ni?????


Laluan masuk trail baru...






Aku Tak Berhak Untuk Bahagia

Aku tak berhak bahagia ke? Aku tahu aku banyak buat kesilapan dulu. Tapi sukar ke aku nak dapatkan kemaafan dan kepercayaan tu semula? Aku p...