Monday, 9 January 2017

Misi Menjejak Perak - Part II

Salam 1 Malaysia....

Nak sambung story Misi Menjejak Perak - Part II pulak. Okay..Dalam part I kita bercerita pasal perjalanan kitorang ke kenduri kawen Alin dan rumah Amy di Teluk Birah dan Manjung. Buat photoshoot kat tepi bendang, makan cendol sama-sama, pergi tengok tokong besar  dan macam-macam lagi lah. Malam pertama kami tidur di rumah Amy. Macam rasa balik kampung bila tidur ramai-ramai depan tv. Hehehe...

Esok paginya pulak, hari Ahad 26 Dec 2016, kitorang pergi majlis belah suami Alin. Alin dan suami ajak kitorang sekali sebab dah alang-alang ade kat Perak. Pulak tu rumah Amy dengan rumah Irfan, suami Alin tak berapa jauh sangat. Yeayyy....makan free lagi. Seriously aku cakap kenduri kawen Alin memang makanan yang disajikan terbaik giler. Memang puas hati. Sedap giler bak hang. Aku yang tak makan sangat nasi minyak makan banyak bila pergi kenduri kawen Alin ni. Macam-macam lauk ada.

Kitorang gerak dari rumah Amy dalam pukul 11 pagi. Biasalah liat sikit nak bangun. Tapi takder lah lewat sangat. Tak manis duk rumah orang, tapi tak bangun-bangun lagi. Takkan nak tunggu mak Amy kejut baru nak bangun kan. Hahaha...Dalam perjalanan ke rumah Irfan di Taman Samudera tu kitorang ade sesat sikit. Tapi akhirnya jumpe jugaklah mane rumahnya. Parking memang agak limited. Biasalah kan bila buat kenduri dalam kawasan perumahan.


Sebelum nak bergerak ke rumah Irfan tu, sempatlah kitorang selfie-selfie kat tingkap "ADABI" rumah Amy ni. Time ni sedang menunggu Norma dan Amy bersiap.




Lepas makan, selfie-selfie dengan pengantin kitorang decide untuk next planning. Actually tak plan sangat pun. Kalau sempat, kitorang pergi. Kalau tak sempat tak p lah. Tapi best bila berjalan dengan Amy ni. Nak g mana dibawaknya kitorang. Hahaha..



Yeayyy...Next destination kitorang ialah KELLIE"S CASTLE. Excited giler... Finally, we are here....


Yessszzzaaa... We are here....


Lepas kenduri Alin terus kitorang shoot ke Kellie's Castle. Teringin sangat nak p tempat yang orang duk kate seram tu. Perjalanan ke Kellie's Castle di Batu Gajah dengan Manjung mengambil masa lebih kurang sejam setengah. Alhamdulillah, dalam pukul 3 petang kami selamat sampai ke destinasi. Bayaran masuk yang dikenakan untuk parking ialah RM2. Pasal parking pulak jangan risau. Banyak jer space parking. Kalau tak nak parking kat kawasan castle tu tanpa bayaran boleh jer park di luar kawasan. Tapi, risiko kene tanggung sendrilah yek. Hehehe...Alaaa..RM2 pun nak berkira ker???

Bayaran masuk untuk ke Kellie's Castle pulak RM5. Jangan lupa bawak IC sebab penjaga tempat tu akan mintak IC kita. Mase kitorang pergi orang memang ramai. Tapi tak ramai mana lah. Dah nampak dah susuk badan manusia-manusia kat atas istana dari bawah ni. Tak sabarnya nak masuk. Mulakan exploring dengan lafaz Bismillah. Mestilah...Nak masuk sebuah istana lama pulak tu. Orang kata berhantu. Huhuhu...Wallahualam...Bila terlalu ramai orang yang masuk dah tak terasa sangat keseramannya tu. Tapi kalau pergi time takde orang mahu terkencing jugak ni. Lokasi istana memang agak jauh terpencil dari bandar. Kawasan keliling pun masih ditumbuhi dengan suasana hutan. Kalau lalu tengah-tengah malam ni for sure meremang lah bulu roma. Untuk entri yang ni, aku tak mahu bercerita details pasal istana lama ni. Nanti aku story sejarah istana di posting yang lain. Tapi apa yang boleh aku katakan istana ini dibina demi rasa kasih sayang seorang suami dan ayah kepada isteri dan jugak anak-anaknya. Sedih sangat bile hajat sang suami dan si ayah tak kesampaian.

Macam biasalah, kami ni memang tak lepas dari sesi photoshoot. Bila dah sampai ke sini memang koje bergambar lah. Istana ini juga merupakan salah satu lokasi tepat bagi jurugambar-jurugambar untuk merakamkan momen-momen terindah. Sebab apa aku kata gitu? Sebab view kawasan istana ni memang cantik. Buat photoshoot pre-wedding memang menarik. Hishh..tak boleh lah nak describe cmner. Tengok ajer lah hasil fotografi kitorang ni. Seperti biasa, Cik Norma lah jurugambar terhormat kitorang. Dah die gayat nak naik sampai ke rooftop istana, so amik jer la gambo kitorang. Petang tu cuaca agak mendung dan diiringi dengan hujan-hujan renyai. Suasana sangat gloomy dan boleh aku katakan istana ni agak menyeramkan tapi disebabkan ramai sangat orang time tu hilang pulak keseramannya. Pulak tu sempat lagi kitorang buat video.


Hahaha...inilah video nya..Dalam tengah hujan kitorang sempat berposing lagi tau. Orang duk tengoklah tiga dara pingitan ni  buat ape dalam hujan. Sabo jer lah...

















Di setiap penjuru kitorang akan ambil gambar. Menghayati keindahan dan menghirup udara segar di kawasan tu. Lama jugak kitorang habiskan masa kat istana ni. Lebih kurang dalam puku 5.30 petang kitorang bergerak keluar dari kawasan istana ni. So, hari pun dah lewat sangat. Masing-masing pun dah penat. Moleklah kalau kitorang balik Manjung semula. Bye Bye Kellie's Castle. Jumpa lagi!!

Dalam pukul 7 malam kitorang sampai rumah Amy. Masing-masing berebut nak masuk bilik air. Hehehe...Aktiviti malam di rumah Amy tak buat apa-apa pun. Lepas makan kitorang layan citer hindustan tajuknya "FAN" lakonan Shah Rukh Khan. Best citer tu. Sambil-sambil layan citer hindustan tu, Norma dan Amy duk mengedit video-video yang kitorang ambil tadi.

Done hari kedua...

Hari ketiga pulak nak ke mana? Tak ke mana-mana pun...Dah nak balik Subang semula kan. Tapi ada lagi dua aktiviti yang kitorang buat sebelum balik ke Subang . Nak tahu apa aktivitinya??? Tunggulah di entri Misi Menjejak Perak - Part III pulak yer.......

Daaa....aku dah mengantuk ni. Nak tidur dulu. Hikhikhik...Selamat Malam................

Misi Mencari Calon Suami - BaitulMuslim


Hahaha...Ini kelakar...Weehhh..Desperado sangat ke aku ni wei...
Tidaklah..ini lah salah satu usaha untuk aku bertemu calon jodoh aku. Tak giteww...Tak ada usaha takkanlah jodoh tu nak datang bergolek-golek kan. Kalau lah datang bergolek-golek, dah lama da kot aku kawen. Kihkihkih...Azam tahun baru tahun ni kan nak bersungguh cari calon suami. So, kenelah start dari sekarang. Hahahaha...

Semoga dipermudahkan segala urusan selepas ini. Aminn...

Permohonan sudah di hantar. Tunggu approval dari pihak BaitulMuslim dan buat pembayaran. Selepas itu boleh lah duk usha-usha calon yang sesuai. Kihkihkih...

So, sesiapa yang sedang berusaha untuk mencari calon jodoh, boleh lah try kat website BaitulMuslim.com ni..

In sha Allah, mudah-mudahan dipermudahkan urusannya nanti.

Wednesday, 4 January 2017

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat

Bisakah kau tempuh ranjau ini
Yang pastinya jurang menghalang
Sanggupkah engkau
Susah payah bersamaku
Janganlah pula nanti
Kau menyesali
Setelah melalui

Ku sekadar mawar di jalanan
Tak bererti duri yang dipandang
Rupa adalah diangankan setiap insan
Betapa jauh jarak kita berdua
Janggal digandingkan

Pernahkah kau fikir satu masa nanti 
Sayangku apa kan terjadi
Pasti gelora yang akan melanda
Kita berdua akan karam

Ohh kasihh......
Sungguhku mengerti
Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan
Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini

Ohh sayangku.....
Lupakanlah semua hajat untuk memiliki
diriku ini
Tak sanggup rasanya dirimu dicerca 
Maka retak kasih saudara

Kita saling kasihi
Jadikanlah itu memori
Sayangku moga engkau tahu
Tidak semua cinta bersatu


Misi Menjejak Perak - Part 1

Assalamualaikum...

Tak sangka tercapai jugak Misi Menjejak Perak pada minggu terakhir tahun lepas. Kiranye misi ni penamat bagi tahun 2016 la ye. Kebetulan pulak pergi kenduri kawen teman serumah, Alin kat sana. So, dah alang-alang jalan-jalan jugaklah area Perak nun. Actually, mujur jugak ada Amy. Jimat sikit duit penginapan sebab sepanjang misi tu kami bermalam di rumah Amy kat area Manjung. Tak jauh pun dari rumah Alin tu. Lebih kurang sejam perjalanan jer. Rumah Amy memang kampung style. Jenis rumah lama-lama dulu. Yang tiang rumah tinggi bukan main tu. Hahahaha...

Trip bajet kali ini adalah kesinambungan kepada trip bajet menjejak JDT dua tahun yang lepas. Tahun ini kalau tak ada aral kitorang nak plan trip bajet Menjejak Penang pulak. In sha Allah..


Bismillah...semoga dipermudahkan perjalanan kami...


Yeayy...kami dah sampai rumah Alin..Lapo...


Alhamdulillah...Muka kekenyangan...

Trip Misi Menjejak Perak@Wedding Alin diwakili hanya aku, Amy, Norma dan kak Dayah jer. Rakan-rakan yang lain tak dapat pergi. Masing-masing punya suami. So, yang bujang-bujang ni jer la yang available untuk pergi. Perjalanan bermula pada pukul 9 pagi hari Sabtu, 24.12.2016. Plan asalnya nak bergerak dalam pukul 8 pagi tapi alih-alih pukul 9.30 pagi jugak kitorang gerak. Biasalah..orang perempuan bila bersiap. Faham-faham ajer la kan. Hahaha...Takper lah..sempat lagi sampai rumah Alin ni, nengok dia bersanding di pelaminan. In fact, kitorang x dan pun tengok Alin atas pelamin sebab kitorang sampai rumah Alin pun masa tu dah pukul 12 lebih. Tapi mujur jugak Alin dan suami ada lagi kat rumah. Dorang berdua belum keluar buat photoshoot wedding outdoor lagi. Giler ko panas-panas buta nak p shooting gambo kawen. Agak-agaklah Faiross oiii..Hahaha...

Sampai-sampai je rumah Alin, kitorang disapa oleh mak dan ayah Alin. Lepas tu mestilah kitorang diminta untuk menjamu selera kan. Perut masing-masing ni pun memang dah kelaparan tahap zombie ni. Iyerlah..sarap pun nasi lemak je pagi tu. Perghhh...lauk kenduri kawen Alin memang mabeles wa cakap lu. Sedap giler bai. Macam bukan lauk kenduri kawen pulak. Tak dan lah pulak nak mengambil gambonya sebab dah amik makanan tu, cari tempat duduk then terus 'ngap'. Tak pandang dah kiri kanan. Hahaha...

Lepas makan tu, kitorang jumpa Alin dan suami. Apalagi, sesi selfie-selfie bermulalah. Lagipun tetamu yang lain dah puas tengok pengantin kan, so bagilah pulak kami rakan-rakan pengantin nak merasai momen-momen terindah dan turut sama berkongsi kebahagiaan dan kegembiraan di hari bahagia raja sehari ni. Tak giteewww...Ayattt...hahaha...


SELAMAT PENGANTIN BARU ALIN & IRFAN....



Dan bakal-bakal jadi pengantin...


Destinasi pertama checked.

Destinasi seterusnya ialah rumah Amy. Rumah Amy terletak lebih kurang sejam perjalanan dari rumah Alin di Teluk Birah, Teluk Intan. Di sepanjang perjalanan, kami disajikan dengan pemandangan sawah bendang yang kekuningan dan jugak kehijauan. Subhanallah. Cantik sangat-sangat. Melihatkan keterujaan kami, Amy akhirnya memberhentikan keretanya berdekatan sebuah warung menjual cendol dan ABC di tepi jalan. Bagus sangat tu. Tekak masing-masing pun mula haus ni.


Sawah padi yang kehijauan...



Teruja giler bila dapat tengok sawah padi. Luas mata memandang. Dan tak sah jugak kalau tak ade sessi forografi. Hehehe..Photographer kami yang diimportkan khas dari Subang tentu sekali Cik Norma kita. Yeayyy...Gigih dalam tengah teriknya matahari mengarahkan kami itu dan ini bagi memberikan pose gambar yang menarik. Hahaha...Dalam asyik-asyik bergambar tu, kami order lah sorang satu mangkuk abc dan cendol untuk pembasah tekak. Nikmatnya rasa..Alhamdulillah....


Lega tekak teman dan kawan-kawan...




Alorhh...spoil betul...tertutup plak matanya...


Curlasss ko jahh!!!..siapalah yang tolong pegangkan kain Amy tu ye??


Ehh..apasal kak Dayah nampak slim ni????

Lepas masing-masing dah puas bergambar di tepi bendang, perjalanan kami diteruskan. Lebih kurang dalam pukul 2 petang macam tu kitorang berempat sampai area Manjung. Sempat lagi tu melencong ke tempat lain. Amy bawak kitorang ke sebuah tokong besar yang ada di area Manjung tu. Nama tokong tu ialah Tokong Tua Pek Kong. Amy kata ramai pelawat berbangsa cina dari dalam dan luar datang ke sini. Kalau tiba musim perayaan dema ataupun apa-apa yang berkaitan dengan agama mereka, memang penuh lah kawasan tempat letak kereta dengan bas-bas persiaran. Memang besar giler kawasan tokong tu. Patung-patung buddha pulak mak aiii..memang besar betollah. Kitorang keluar sekejap dari kereta untuk mengambil dua tiga keping gambar untuk diabadikan sebagai tanda kenang-kenangan.


Di hadapan pintu depan Tokong Tua Pek Kong...


Okay..Hari bertambah panas dan terik ni. Moleklah kalau diteruskan perjalanan tu. Ehh..melencong lagi ke tempat lain. Kali ini tujuan ke arah Teluk Rubiah. Amy bawak tengok-tengok je kawasan tu. Tak boleh masuk pun tempat ni. Kata Amy, Teluk Rubiah telah diambil alih oleh sebuah syarikat besi dari Brazil iaitu Vale. Tiada lagi Pantai Teluk Rubiah dan padang golf. Tempat ini telah ditutup untuk selama-lamanya. Kiranya tempat ini telah bertukar menjadi sebuah kilang. Sayang sekali kan...

Oooo..ini lah Teluk Rubiah... Norma suruh aku cari maklumat mengenai Teluk Rubiah ni.

Dan ni dia info yang aku jumpa....


Sayang seribu kali sayang. Tempat peranginan yang sangat berpotensi besar untuk ke depan serta menjadi salah satu tarikan pelancongan di negeri Perak akhirnya diserahkan dan dijual kepada sebuah syarikat asing demi satu kepentingan. Dan mungkin jugak untuk wang. Wallahualam...

Memetik sedikit dari petikan blog di atas...

"Teluk Rubiah dijual atas nama "pembangunan". Dan alasan ianya dijual? Teluk Rubiah Beach & Golf Resort tidak mendatangkan keuntungan yang cukup.

Sebenarnya resort tersebut membuat keuntungan tetapi penyelenggaraan golf course melebihi keuntungan yang di buat.

Dengan kurangnya promosi yang baik sudah tentu tidak dapat menarik pelaburan yang cukup untuk menyelenggara resort itu dari segi kualitinya."

Hurmm..tiada sebarang komen nak diberikan. Tapi, kalau melihat dari sudut positifnya apabila kilang besi Vale itu dibuka, ia sebenarnya memberikan satu peluang pekerjaan kepada anak-anak muda kawasan itu. Contohya, adik Amy sekarang bekerja di situ. Nahh..dekat sangat dengan rumah. Iya, mungkin ada pro dan kontranya bila sesuatu itu dilakukan atau ditubuhkan. Just harapan aku, kekalkanlah keindahan dan kelebihan yang negara kita ada sekarang. Jangan diserahkan sewenang-wenangnya kepada orang asing.

Amu jugak bawak kitorang ke tempat janakuasa TNB yang terbesar di Perak. Perghh..memang besar. Dari belakang rumah Amy pun memang nampak stesen janakuasa Sultan Azlan Shah ini. Kata Amy lagi, dulunya rumah dia memang dekat sangat dah dengan laut. Tapi bila stesen janakuasa elektrik tu dibina memang jauhlah pantai dari rumah dia. Iyer lah, dah pihak TNB duk tambak laut tu. Huhuhu...Stesen janakuasa dengan kilang besi Vale (Teluk Rubiah) ni sebelah-sebelah jer. 

Badan masing-masing pun dah penat sangat. Mata pun dah kuyu. Yoklah kitorang bergerak ke destinasi asal, iaitu rumah Amy. Malam nanti kita jalan-jalan Perak lagi k...Sesampai saja dirumah Amy, kami disambut oleh mak Amy. Mak Amy suruh kitorang naik ke tingkat atas rumah. Kitorang akan bermalam di sini. Tinggi mak aii tangga rumah Amy ni. Mencanak beno. Dah macam panjat gunung dah. Hahaha..So, kitorang kene sentiasa berhati-hati semasa nak naik dan turun. Kang tak pasal-pasal jatuh tergolek dok nanti. Amy lainlah..Dah biasa dengan rumahnya sendiri. Tempat dia bermain dari kecik. Tangga tu pun dia boleh dah pakat berlari je naik turun. Hahaha....

Selesai solat jamak zuhur, kitorang merehatkan diri. Mengantuk betul ni bai...Tidur dulu ya....

Haish..melengas betul badan ni. Nak kene mandi dulu ni. Aku memang tak boleh nak tidur. Tidur pun tidur-tidur ayam jer. Disebabkan aku pun tak boleh tidur, badan pun rasa tak selesa, aku ambil keputusan nak mandi dulu bagi menyegarkan badan. Pulak tu aku tengah uzur lagi merimaskan aku.

Seronok bersembang dengan mak Amy ni. Ramah orangnya. Petang tu kitorang minum petang sat kat halaman belakang rumah. Seriously, tetiba aku rindu kampung aku waktu tu. Sebijik macam kat rumah Johor. Amy sediakan kitorang air teh, ade keropok dan juga apam manis. Best giler. Rancak sungguh kitorang berborak sampai tak sedar hari dah masuk ke senja. Aktiviti malam ini Amy nak bawak kitorang jalan-jalan bandar Manjung dan Lumut. Kitorang gerak dari rumah Amy lepas Isyak selepas makan malam. Tak berhenti pun. Just Amy round-round sekitar bandar. Lagipun time tu Norma dan kak Dayah penat sangat. Tak cukup tidur kot. So, Amy just tunjukkan kitorang kat mana Waterfront, Marina Bay, Pengkalan TLDM Lumut dan Jeti nak ke Pulau Pangkor. Pastu kitorang balik rumah semula. Lagipun jalan nak masuk ke bandar jammed. Ramai kot anak-anak balik bercuti. Iyer la nokkss, cuti krismas kan. Malam tu kitorang tidur depan TV ramai-ramai. Bentang tilam dan toto. Seronok giler. Sambil layan cerita Chappy..Sudahnya, kitorang tidur dalam pukul 3 pagi. Hahaha...Kata badan penat tapi bila depan TV, terus lupa nak tidur. Segar bijik mata.



ZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz................

Hari kedua pulak hari yang paling menyeronokkan. Makan kenduri kawen belah suami Alin pulak. Lepas tu kitorang pergi Kellie's Castle..

Nak tahu cerita yang selanjutnya???

Jumpa di entri "Misi Menjejak Perak - Part II".....

Daaaa......................



Monday, 2 January 2017

SkyTrex Shah Alam - 01.01.2017

Pembuka tahun 2017 aku dah start buat aktivit lasak. Pemanas badan untuk aktiviti-aktiviti yang seterusnya. Akhirnya, tercapai jugak nak ber'skytrex'. Hehehe..




Destinasinya tentu sekali Taman Botani Shah Alam. Plan asalnya dari Amy dan Nani. Dah kebetulan dorang nak pegi skytrex lagi sekali, so aku nak join lah jugak. Tak pernah lagi buat benda-benda alah ni semua.

Bayaran masuk untuk package intermediate adventure ialah RM47.00 including GST. Amy yang belikan tiket secara online.

Ternyata, aktiviti lasak ini memang menyeronokkan. Aku sangat-sangat teruja. Aku memang bukan jenis takut dengan ketinggian. So, alhamdulillah...aku boleh buat semua halangan-halangan yang telah disediakan. Ceh...masuk bakul angkat sendiri tu. Eksen ye!! Hahaha... Tapi sayangnya, ada satu part tu aku memang lemah betul. Kitorang panggil halangan tu "Kompang". Sebab apa? Sebab bentuk halangan tu macam bentuk kompang. Kat sini keseimbangan badan diperlukan untuk menstabilkan diri. Tangan aku dah tak kuat dah masa tu. Berkat kata-kata semangat dari Amy, aku akhirnya berjaya jugak habiskan halangan kompang tu.

Kitorang start aktiviti lebih kurang dalam pukul 10 pagi selepas sesi pendaftran dan juga sedikit briefing daripada instructor. Aku memang berdebar giler. Masa diberikan taklimat pasal ciri-ciri keselamatan dan cara bagaimana menggunakan alatan-alatan memanjat memang aku blur giler. Aku tak nampak lagi. Tapi bile aku dah praktikal kan apa yang di'briefing'kan tu, barulah aku yakin dengan diri sendiri. Mulanya agak payah aku nak buat sendiri dengan equipment2 tu semua. Mujurlah ada Amy, Nani dan Azza yang banyak membantu. Thanks korang....Seriously, aku ingatkan di setiap platform tu akan ada instructor yang memantau pergerakan kitorang. Tapi rupa-rupanya tidak. Kitorang kene independent sendiri kat atas tu. Camna nak pasang tuil pada tali. Camna nak move dari satu platform ke platform yang lain. Ternyata, semuanya satu pengalaman yang baru untuk aku. Dan, aku memang sangat-sangat teruja. Tak dapat nak dibayangkan keterujaannya itu bila mana di setiap platform, senyuman tak pernah lekang dari bibir. Hahaha....



Dalam pukul 12 lebih kitorang selesai harungi semua halangan-halangan tu. Penat memang tak usah dikatalah. Ditambah pulak dengan perut masing-masing yang kelaparan.Gambar-gambar memang tak usah dikata banyaknya. Penuh dah memori phone. Di setiap platform pasti kitorang berhenti untuk mengambil gambar sebagai tanda kenang-kenangan. Serasanya, orang dibelakang kami mesti bosan dengan gelagat kami berempat ni. Hahaha...Iyerlah, maksimum untuk setiap platform cuma tiga orang je pada satu masa. Dah kalau seorang stuck kat depan, yang belakang x bergeraklah. Tapi, mujur lah time kitorang buat tu tak ramai orang. So, uncle tu kene bersabarlah dengan kami-kami ni yer. We want enjoy every the moment....



Titian Zig Zag...

Tinggi giler bila pandang bawah. Salah satu cara nak hilangkan rasa gugup dan gayat kat tempat tinggi. Tapi, kalau dah tahap extreme die punyer gayat tak dapeklah nak menolongnyerr...


Tengok tu..Sengih jer minah ni.. Nani dan Azza pulak sedang siap sedia menunggu giliran...Uncle yang baju warna kuning tu lah yang sedang banyak bersabar dengan kerenah kitorang berempat kat atas ni. Hahaha...

Teringat aku satu part tu, mungkin the third last halangan kot..time tu Amy nak turun. Boleh lah pulak dia tersangkut kat tangga turun. Kesianlah dia stuck kat situ. Dengan badan yang tengah letih. Tangan lagi dah fully utilize digunakan. Pulak tu nak kene tampung badan masa tengah stuck tu. Mujurlah ada abang instructor cepat-cepat datang membantu. Yang tak tahannya tu, boleh abang tu cakap "kawan awak terjun ke tadi". Ade ke itu yang die cakap. Adoiyaiii...


Titian Ala-ala Tarzan. Tapi tak larat teman nak hayun badan guna tali tu. Upper body tak kuat lah. Huhuhu..


Hazabedah betul part ni. Ni lah part kompang tu. Terhuyung-hayang nak imbangkan badan. Sudahnya aku lalu jer kat tali tepi tu. Hahaha...


View dari atas


Last halangan..Selfie...





Sedikit taklimat dari instructor skytrex.



Kitorang siap buat video lagi tu uollss...Hahaha...Dan cik Noma lah video editor nya. Tenkayu lah yer.

Aktiviti yang sangat-sangat best. In sha Allah, lepas ni kalau ada kelapangan nak buat pulak yang expert adventure. Hehehe...

Selain dari dapat menyihatkan badan, aktiviti sebegini jugak dapat meningkatkan lagi keyakinan diri dan stamina diri. Keyakinan kita terhadap tempat yang tinggi. Keyakinan kita terhadap equipment2 yang digunakan. Yang penting safety first. Tak boleh terlampau berani sehingga mengabaikan keselamatan diri sendiri. Seperti apa yang berlaku kepada sekumpulan remaja yang memanjat mercu tanda "IPOH" tanpa sebarang peralatan keselamatan. Tak payah lah buat benda-benda yang macam tu. Buatlah aktiviti sebegitu ditempat yang sepatutnya. Kalau nak ekstrem sangat  p lah apply training komando tu. Baru tahu ekstrem tak ekstrem nya...Hahaha...

So, layan jer lah video ni yer...






SELAMAT TAHUN BARU 2017

Selamat Tahun Baru 2017...
Happy New Year 2017....

Moga tahun baru ini akan membawa kita semua ke arah yang lebih positif, lebih baik dan lebih bersemangat....

Mulakan tahun 2017 dengan senyuman....

Aku Tak Berhak Untuk Bahagia

Aku tak berhak bahagia ke? Aku tahu aku banyak buat kesilapan dulu. Tapi sukar ke aku nak dapatkan kemaafan dan kepercayaan tu semula? Aku p...