Hello Blog Cik CT.....
Ommoo...ommoo...Lame giler tak bukak blog Cik CT ni. Berhabuk giler dah. Bukan ape cuma tak de masa nak mengupdate. Semua kenangan-kenangan, aktiviti yang aku buat semua aku upload kat socmed yang lain macam Facebook, Instagram dan Tik Tok.
Tapi la ni semua tu dah tak de dah. Cik CT dah mengundurkan diri dari dunia social media ni. Mungkin ramai yang akan mencari kemana hilangnya cikctfaiross.pursuericious nanti. Lama post Cik CT tak lalu kat feed dorang. Hurmm...ada lah sebabnya kenapa aku terpaksa mengundurkan diri buat seketika. Tak tahu lah sama ada buat seketika atau untuk selama-lamanya.
Kalau dah namanya Siti Faiross mane boleh tak menulis, tak menaip. So, we back to basic lah. We back to old school style. Blogger style. Kat sini boleh lah aku taip ape yang aku nak taip. Cerita lah apa yang aku nak cerita. Kat sini je lah nanti aku update aktiviti aku lepas ni. Huhuhu.
Tipulah kalau aku kata aku tak sedih tinggalkan platform social media aku tu. Banyak kenangan kot yang dah aku abadikan kat sana. Tapi apakan daya, salah aku sendiri. Terpaksalah aku undur diri. Moga satu hari nanti aku dapat access semula semua akaun socmedia aku tu. Huhuhu.
Sedihh tau..tipu kalau aku kata tak sedih. Tapi takpelah. Demi yang tersayang aku sanggup.
So, this is my 1st entry for this year 2025. Moga aku akan terus rajin menaip. Mungkin jugak aku akan kembali berkarya. Rindu nak menulis manuskrip semula.
So, see you in next entry.....