Thursday, 18 July 2019

Review Novel: KOC 13

Novel: KOC 13

Novelis: Naim Tamdjis

Rate: 7/10

Tarikh Pembacaan: 10 - 18/7/2019

"Aku harap biarlah ini yang terakhir"


Sinopsis Kulit Belakang:

Raiqal, pengembara mistik berada di Stesen Keretapi Dabong yang terbiar sejak pembinaan rel baru pada tahun 2030. Tujuannya hanyalah satu, menaiki Koc 13 yang akan membawa dia ke dunia lain. Pertemuan dengan Aiman Aklaken, penulis seram bestseller antarabangsa di stesen yang sama membawa mereka mengembara ke dunia penuh misteri. Bermula dengan tiket bertulisan jawi yang datangnya entah dari mana hinggalah kemunculan Koc 13 tepat pada waktunya menyebabkan Urban Legend yang dianggap khayalan kini berada di hadapan mata mereka. Koc 13 yang tiada pemandu membawa mereka ke dunia khayalan seperti Pengkalan Kubur, menentang kerasukan zombie, menghadapi ahli sihir tua, menghadapi perang robotik dan tinggal semalaman di dunia hospital berpuaka. Mereka harus melepasi cabaran itu atau tetap terperangkap di dunia berpuaka itu selama-lamanya.

"Takkan dunia sudah kiamat? Takkan aku saja yang tinggal sebab baru balik dari dunia Koc 13?"
.
.
.
.
Review Cik CT

Penat dah baca novel cinta. So, aku berjinak-jinak pulak dengan novel seram. Nak tunggu karya Tuan RAM keluar lambat lagi. Orang kata karya Naim Tamdjis pun menarik. Tapi aku tak pernah baca karya beliau. So, Koc 13 ialah karya pertama beliau yang aku baca. Cover depan nampak menarik dan menyeramkan. Tapi, ikhlas aku katakan novel ni x cukup menyeramkan untuk aku. Aku rasa lebih kepasa novel fantasi gitew. Terperangkap di dunia yang misteri.

Tak silap ada 6 hentian yang watak perlu selesaikan cabaran mereka untuk lepas dari dunia Koc 13 tu. Antaranya, Pangkalan Kubur. Insaf weii bile scene Aiman Aklaken dalam kubur yang die dengar malaikat Munkar Nakir bertanyakan soalan dalam kubur tu. Meresap masuk dalam hati ini. Fuh!!! 

Cabaran mengatasi rasukan zombi kat Pulau Eurasia pun menarik. Sedih sangat bila part kawan Raiqal yang dah jadi zombie pun sanggup menyelamatkan nyawa mereka dari dibaham zombi yang lain. Pulau Eurasia mengingatkan aku pada novel Epidemik yang aku pernah baca. Juga mengenai kerasukan zombi durjana. Part Ci Novvy pun sedih.

Antara lain cabaran dalam hospital gila, melawan nenek tua ahli sihir yang menjadikan darah manusia sebagai ramuan khas membuat coklat. 

Cabaran lain yang aku rasa sangat fantasi ialah cabaran memusnahkan robot pemusnah pada zaman robotik. Dasat imaginasi penulis. Hahaha...Cabaran pada zaman 70-an New York, melakukan jenayah. 

Cabaran yang aku rasa mencabar ialah cabaran dalam membantu kerajaan Pattani menentang Kerajaan Ayuthayya dan Lanun Langka. Teringat pada novel Sunan. Cabaran di dunia ini buat aku sedih sebab Raihan mati. Uhukuhuk...

Novel ini tak terlalu berat. Gaya bahasa yang sangat santai dan chill. Karekter Raiqal dan Aiman sangat serasi. Raiqal seorang lelaki sejati, kental dan berani dalam mengharungi semua cabaran dan Aiman, seorang yang sengal, penakut dan kelakar. Watak dorang berdua sangat berkait rapat dan saling tolong menolong each other.

Bagi aku novel ini menarik. Tak rugi jugak aku beli. Takde lah seram yang sangat melampau sampai ko baca pun meremang bulu roma. Hahaha...

Kalau nak rasa meremang, KOC 13 bukan bukunya. Mungkin novel JOHORROR.. 

Wednesday, 10 July 2019

Review Novel: Mak Datin, Isteri Cikgu

Novel: Mak Datin, Isteri Cikgu

Novelis: Dannie Sofea

Rate: 5/10

Tarikh Pembacaan: Hampir sebulan


"Hadirmu menghancurkan hidupku, hadirmu jua mengembalikan kebahagiaanku.."

Sinopsis Kulit Belakang:

Ayra, seorang gadis yang ceria mula berubah sikap dengan kehadiran SMS daripada seseorang yang tidak dikenalinya. SMS yang diterimanya itu jelas menunjukkan bahawa si pengirim itu mengetahui kisah silamnya yang cuba dilenyapkan dari kotak ingatan. Dia bukan pembunuh! Itu hanyalah satu kemalangan! Dia tidak akan membiarkan lelaki itu berlumuran darah dan menanggung kesakitan jika lelaki itu tidak melayannya bak seorang tawanan. Segalanya sudah terlambat. Jalan penyelesaiannya ialah dengan melarikan diri dan cuba membina hidup baru di perantauan. Kehadiran seorang lelaki seiras wajah insan yang paling dibencinya suatu ketika dulu mengeruhkan lagi keadaan. Sudikah Ayra menerima Shahin Adiy kembali setelah segala kekusutan dileraikan? Sanggupkah dia melukakan hati Nadira, teman yang telah banyak membantunya?

"Aku tak kisahlah kau kenal aku ke tidak. Yang penting aku dah jumpa kau. Dan aku tak akan lepaskan kau kali ini. Dan kau jangan harap dapat lepaskan diri dari aku kali ini." - Shahin Adiy

"Bila dah jumpa lelaki yang memenuhi citarasanya, dia terus berusaha mendapatkannya walaupun terpaksa melukakan hati kawan baik sendiri." - Nadira

"Aku dan Adiy jumpa semula kerana Dira. Aku ingatkan Adiy dah lupakan aku. Jadi aku diam saja, buat-buat tak kenal dia. Ake memang tak harapkan apa-apa. Aku sendiri sudah memulakan hidup baru sebaik sahaja aku melangkahkan kaki ke semenanjung."- Ayra
.
.
.
.
.
Review Peribadi Cik CT:

Bagi aku novel ni quite membosankan. Tapi aku tetap gigih habiskan jugak. Seperti yang pernah aku ceritakan di entri yang terdahulu, aku tak suka kalau aku tak habiskan pembacaan novel yang aku dah beli melainkan novel itu buatkan aku rasa stress dan sakit kepala. Barulah aku stop bace dan carik novel lain.

Bagi aku, novel ini kurang santainya. Ayat boleh kata agak skema. Hahaha. Aku tak pernah baca hasil naskhah novelis ini. Ini yang pertama. Tapi banyak jugak info yang aku dapat dari novel ini. Antaranya, info mengenai latihan kursus perguruan di IPG. La ni dah x de dah kan..?? Aku dulu pun sempatlah jadi cikgu sandaran tapi x dapat diserap masuk.

Aku suka dengan karekter yang diterapkan dalam setiap watak dalam novel ini. Contohnya, watak Nadira, seorang yang gemar menolong orang lain tapi disebabkan rasa obsesnya pada seorang lelaki, dia sanggup mencederakan kawannya sendiri, memburuk-burukkan kawan sendiri pada kawan yang lain.

Watak Aisyah seorang yang suka menjaga tepi kain orang lain. Suka bergossip. Dengar cerita satu belah pihak je tapi dah buat kesimpulan akhir.

Watak Syafiqah, seorang yang lemah lembut tapi aku agak keliru bila Shahin Adiy kata Syafiqah cuba menggodanya dan karekter Syafiqah yang sentiasa berkurung dibilik. Tak diperincikan pulak oleh novelis dalam karya beliau. Macam agak tergantung.

Aku suka dengan watak Suhaila. Seorang kawan yang lebih rasional dan matang. Tak terburu-buru membuat kesimpulan dari sebelah pihak saje. 

Watak Dean pun menarik. Tapi bila di part akhir die buat perangai jugak. Mujur jugak sedar. Tapi iyelah kan, kite ni manusia takkan lepas dari rasa marah, sakit hati dan dendam. Huhuhu...

Watak utama lelaki, Shahin Adiy pulak pada mulanya seorang yang terburu-buru dalam membuat keputusan. Berdendam kerna dengar hasutan sebelah pihak sahaja. Tapi sedar bila dah tahu kebenarannya dan menjadi seorang lelaki yang lebih matang dan tidak bertindak terburu-buru.

Watak utama heroin, Ayra pulak sanggup meninggalkan keluarganya jauh kerna rasa takut. Tapi kalau aku jadi Ayra pun maybe aku akan bertindak seperti itu.  Mujur jugak kebahagiaan yang dikecapi akhirnya walaupun dia kehilangan seorang kawan. Disebabkan rasa sabarnya jugak, die beroleh rasa sayang ibu mertuanya, Datin Fadillah dan kakak iparnya, Syamila Aqilah.

Ending cerita tentu sahaja happy.....😍

Hi Blog Cik CT 2025 - Cik CT kembali

Hello Blog Cik CT..... Ommoo...ommoo...Lame giler tak bukak blog Cik CT ni. Berhabuk giler dah. Bukan ape cuma tak de masa nak mengupdate. S...