Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2019

Novel Review: Halusinasi

Novel: Halusinasi Novelis: Jessy Mojuru Rate: 6/10 Tarikh Bacaan: 23/05-27/05/2019 Aku bagai bayang-bayang....Ke mana jua kau pergi aku akan mengekori. Sinopsis Kulit Belakang:  Maya begitu teruja menukilkan karya mistik. Bab demi bab dikarang dengan penuh penghayatan. Kisah misteri melibatkan sebuah kemalangan ngeri tiga buah kereta. Sepanjang menyiapkan karya itu, dia sering disergah lembaga berkelubung. Ada sahaja makhluk yang menakutkan datang mengganggu. Fikirnya, itu cuma halusinasi. Dia juga didatangi suara tanpa wajah yang mahukan dia menyelesaikan sesuatu yang dia tidak tahu. Sedangkan dia menyangka sedang berimaginasi dengan watak-watak dalam karyanya. Tanpa disangka, segala yang tercoret dalam karyanya benar-benar terjadi! Malah rentetan daripada malapetaka itu, seorang demi seorang kenalannya mati. Maya bingung. Dia cuma novelis. Benarkah dia sekadar berhalusinasi? Dan apa sebenarnya yang suara tanpa wajah itu mahu daripadany...

Novel Review: Cinta Kita Sempoi

Novel: Cinta Kita Sempoi Penulis: Ummu Wafa Rate: 7/10 Tarikh Pembacaan: 13 - 20/5/2019 "CINTAKU BARU BERMULA, TAPI TIPUMU SUDAH BERMAHARAJALELA" Sinopsis Kulit Belakang:  SONIA - anak hartawan yang bekerja sebagai cleaner. Bekerja untuk meredakan tekanan dan mencari kebahagiaan yang telah lama hilang. Dalam diam, dia mula mencuri pandang pada bosnya yang berwajah sejuk tapi mahal dengan senyuman. Perasaanya kembali terisi. Tapi ikhlaskah lelaki itu menerima dirinya yang serba kekurangan itu? JOE - lelaki hebat, baik dan prihatin. Dia ada segalanya tapi hatinya kosong tanpa cinta. Tanpa diduga, kehadiran Sonia mula mewarnai hari-harinya. Di saat hatinya berlagu rindu, dia dikejutkan dengan berita yang tak diduga. PENIPU! Akibat terlalu marah dan rasa diri tertipu, Joe menghalau Sonia jauh daripada hidupnya. Tapi lucunya, cakap tak serupa bikin. Bila Sonia menghilang, Joe jadi sasau. Sakit hatinya melilit hingga ke jantung bila Sonia didampingi lel...

Bye Bye Yasirah

Kali ni Yasirah pulak yang meninggalkan Revongen..Uhukuhuk...semua orang dah pergi tinggalkan aku. Why aku masih di sini lagi...??? Why???? Tekad sungguh keputusan Yasirah nak tinggalkan Revongen. Tapi dia tak apelah, kalau x bekerja, ape de hal. Ada abang akak yang boleh support die sementara nak dapatkan kerja baru. Kalau aku, janganlah mencari pasal. Hehehe. Aku rasa akan lagi ramai budak2 Revongen yang keluar lepas ni. Huhuhu. Takper, kita tinggalkan dulu kisah siapa yang akan pergi selepas in...skang aku nak bercerita tentang iftar kitorang dengan Yasirah tadi. Alhamdulillah...dapat jugak together-gether dengan Yas. Dapat jugak berbuka puasa bersama-sama. Tadi kami berlima jer. Aku, Yas,  Izzati, mirrah dan Nabila. Yang lain tak dapat nak join. Takperlah, mungkin next time. Seronok td dpt berbuka puasa Kat kedai makan RM. Dapat jugak kitorang makan kat sini. Ingatkan penuh rupa-rupanya tak ade org langsung. Kihkihkih. Kitorang amik  2 set tadi. Ada siakap stim, ...

Novel Review: Epidemik T

Novel: Epidemik T Novelis: Helmi Effendy Rate: 8/10 Tarikh Pembacaan: 11 -12 Mei 2019 "Mereka bukan manusia, mereka juga bukan binatang, tapi....." Sinopsis Kulit Belakang: Dari alam barzakh, mereka merangkak ke dunia. Itulah perumpamaan yang boleh diberikan untuk sekumpulan survivor yang Cuba hidup dalam neraka dunia. Tiada seorang pun yang boleh hidup dari serangan virus ini. Dan tiada vaksin yang boleh mengubati penyakit in melainkan mati. Adam Harish Dan Amirul Ashraf, Dua hero Malaya ditugaskan menyelamat Pulau Eurasia dari ancaman virus ini di samping menyelamatkan anak perdana menteri, Shila yang diculik Asstrold Pharmacy. Dapatkah Adam Harish dan Amirul Ashraf melakukannya? Dapatkah Shila diselamatkan? Dan mampukah Pulau Eurasia dipulihkan? "Aku tahu betapa bangsatnya dia! Tapi apa bezanya kau dan dia bila kau bunuh dia nanti? Dia perogol dan kau, pembunuh!" - Datuk Hafeez " Memang aku dah hilang akal! Kita akan mati d...

Day 1 Puasa Ramadhan

Alhamdulillah, selesai Ramadhan yang pertama. Berbuka puasa dirumah bersama teman-teman serumah. Masak simple jer. Lauk sardin telur dadar. Syukur...itu je yang ada. Hati tak teringin lagi nak ke Bazar Ramadhan. Risau hati ni tak kuat. Tapi tengoklah esok lusa macam mana. Malam kedua solat sunat tarawih. Tapi buat dirumah jer. Alhamdulillah. Mudah dan ringkas. Yakin moga Allah menerima solat ku itu. Ameen!!!

Novel Review: Marry Me, Senorita

Novel: Marry Me, Senorita Novelis: Suri Ryana Rate: 7/10 Tarikh Pembacaan: Start lupa bila, tapi habis baca semalam. Hohoho... " Nak terima atau nak tolak lamarannya ni? " Sinopsis Kulit Belakang: "Marry me, Senorita." - Isa Alejandro. Tak habis-habis lelaki kacukan Sepanyol itu melamar Sofiy Leia sehingga gadis itu kusut dan serabut dibuatnya! Takkanlah nak terima lamaran lelaki yang baru dikenalinya tak sampai seminggu tu? Sudahlah lepas laku. Pengetahuan agama lelaki itu pulak boleh dikatakan zero! Atuk dan nenda pun susah nak percaya yang cucu mereka mahu memilih gadis Muslimah seperti Sofiy sebagai isteri. "Lain pulak taste dia kali ni, abang......" - Engku Zaharah. "Boleh percaya ke cucu bertuah awak tu nak kahwin dengan gadis begini?" - Engku Aziz. Isa Alejandro hadir saat Sofiy Leia tidak mempunyai siapa-siapa dan berada dalam bahaya. "Tak ke awak rasa pernikahan ini tak akan diberka...

Selamat Menyambut Ramadhan

Alhamdulillah..bertemu kembali Kita di bulan Ramadhan yang mulia ini. Bulan di mana kita berpeluang untuk mendapatkan seberapa banyak pahala. Selesai bersahur lebih kurang setengah jam yang lalu. Alhamdulillah, nasi sepinggan bersama telur mata kicap menjadi juadah bersahur aku. Tak dilupa 3 biji buah kurma sebagai Sunnah. Mudah-mudahan dapat menjalankan ibadah puasa yang pertama ini dengan baik dan lancar. Ameen. Untuk kawan-kawan semua, Yus ucapkan Selamat Berpuasa.