Alhamdulillah... Berakhir sudah trip Menjejak Sejarah Tanah Rencong, Nanggroe Aceh Darussalam. Mane lagi kalau bukan Aceh yang sememangnya terkenal dengan kisah duka yang takkan dilupakan walaupun kejadian tsunami itu telah berakhir 14 tahun yang lalu. Trip kali ni aku rasakan cukup bertuah kerana semuanya berjalan dengan lancar. Dapat pulak dipertemukan dengan mereka-mereka yang sememangnya merupakan fakta saksi kejadian tsunami 14 tahun yang lepas itu. Perasaan sedih dan sebak sememangnya tidak dapat lari pabila mendengarkan kisah menyayat hati mereka. Betapa mereka menjadi insan pilihan, manusia yang disayangi oleh Allah kerana terpilih untuk menerima dugaan seberat itu. Tak dapat dibayangkan diri ini kehilangan mereka yang tersayang. Ayah ibu, adik beradik, sahabat handai dalam sekelip mata sahaja. Allahu!!! Ikhlas dan redhanya mereka menerima takdir tuhan ini membuatkan aku rasa sekerdil-kerdilnya. Membuatkan aku rasa sangat bersyukur kerana aku masih lagi dib...
Tinta Cik CT...apa impian cik CT...apa favorite cik CT...dan segala apa yang cik CT rasa....Diabadikan di dalam laman ini...