Friday, 25 May 2018

Coretan Mei Cik CT

Alhamdulillah..dah masuk 9 Ramadhan. Diam tak diam kita dah masuk dah bulan yang mulia, bulan Ramadhan. Cepat sungguh masa berlalu pergi meninggalkan kita. Tahun 2018 pun dah sampai ke pertengahannya. Tak lama lagi pulak raya bakal menjelang tiba. Mesti ramai yang teruja nak menyambutnya. 

Aku masih lagi belum boleh berpuasa disebabkan oleh sebab-sebab yang tersangatlah munasabahnya. Tapi sempat lah jugak menyambut 1 Ramadhan minggu lepas. Ramadhan kali ni masih di rumah sewa yang sama. Tahun ke-6 aku menyambutnya di USJ. Masih lagi panjang jodohnya di sini. Tapi kurang sikit keseronokkan berbuka dan bersahur seperti tahun-tahun yang sebelumnya. Masing-masing punya hal sendiri. 

Seperti biasa, juadah berbuka datang terus dari Bazar Ramadhan USJ4. Pada permulaan puasa je hari tu aku bersemangat untuk memasak. Tapi bila dah bercuti, ditambah pulak dengan menikmatinya hanya berseorangan, bazar ramadhan lah menjadi pilihan. Sekadar membeli juadah seperti nasi dan jugak air. Juadah sampingan dikurangkan. Almaklumlah, bila nampak di depan mata semua nak dibelinya. Tapi bila tiba berbuka makan sedikit saja sudah terasa kenyangnya. Dah ditinggalkan makanan yang banyak-banyak di atas meja. Kan membazir namanya tu.

Aktiviti tak banyak dilakukan pada bulan yang mulia ni bagi menghormatinya. Hanya aktiviti iftar bersama teman-teman sepejabat yang akan diadakan pada hari Isnin depan di Murni Discovery Taipan. Tak ramai pun, cukuplah sekadar memuatkan tempat duduk untuk dua buah meja. Hehehe. Pilihan tempat dibuat oleh Lydia dan Hazirah disebabkan mereka berdua teringin nak makan di sana. Katanya tak pernah lagi makan disitu. Aku ikutkan sahaja. Tak kisah dimana-mana pun asalkan dapat beraktiviti bersama mereka.

Tarawih?? masih lagi belum berkesempatan. Mungkin diri ini sudah suci bersih, barulah aku akan mengerjakannya. Dimana? Dimana lagi kalau bukan di surau berdekatan dengan rumah sewa ku ini. Kalau tiada aral boleh juga berterawih di masjid Al-Falah, Taipan. In sha Allah.

Berpuasa di kampung tak? Minggu depan cuti Wesak. Cadangnya nak pulang ke kampung bagi merayakan bulan Ramadhan yang mulia ini. Berbuka puasa dan bersahur bersama mak ayah dan adik-adik. Tapi plan itu nampaknya terpaksa dibatalkan. Makanya, aku akan balik ke kampung pada minggu hadapan. Pada waktu jatuhnya hari Nuzul Al-Quran. Tapi balik weekend sajalah. Tak ambil cuti pun. Disebabkan bulan-bulan yang akan datang aku memang akan banyak apply cuti. Hehehe..
Makanya, minggu ini aku akan berbuka puasa bersama-sama dengan adik dan anak buahku. In sha Allah.

Skema pulak ayat entri aku kali ini. Hahaha..Bila dah lama tak menaip ni, kering pulak ideanya. Yang sebenarnya, banyak entri-entri yang nak aku poskan. Misalnya, trip aku dan rakan-rakan ke Jogjakarta, trip ke Pulau Kapas, Pulau Pangkor dan baru-baru ni trip ke Pulau Perhentian. Tetapi, tahap kemalasan tu sangatlah berganda-ganda. Dengan gambar-gambar masih belum dipindahkan dan diedit. Halangan data internet yang tidak mencukupi jugak membuatkan penulisan entri ku terbantut. Nantilah, aku bakal mencari masa yang sesuai untuk menaip semuanya.

By the way, Malaysia pun sudah bertukar kerajaan tau. Kini, Pakatan Harapan yang berjaya mentadbir Malaysia pulak berikutan dari keputuan PRU-14 yang dijalankan pada 9 Mei yang lalu. Dan mungkin iye dan mungkin jugak tidak aku salah seorang yang terlibat di dalam kemenangan PH itu. Hehehe. Generasi muda inginkan sesuatu pembaharuan. Inginkan sebuah pentadbiran yang baru. Cukuplah selama lebih 60 tahun BN mentadbir Malaysia. Kita bagi pulak wajah-wajah baru yang mentadbirnya. 

Aku tahu orang-orang lama pastinya bersedih sebab bukan BN lagi yang mentadbir negara mereka ini. Tidak terkecualilah ayah ku di kampung tu. Mak kata sedih raut wajahnya. Kecewa bila mendengarkan keputusan PRU-14 tempoh hari. Bersengkang mata sampai ke pagi menunggu keputusan. Tapi bila keputusan keluar, result yang diterima sangat mengecewakannya. Tapi serasanya, ayah sudah boleh terima hakikatnya. Katanya, kita tunggu dan lihat sajalah corak pemerintahan yang baru ini. Kita sebagai rakyat ada kuasa untuk memilih. Kalau tak puas hati, 5 tahun akan datang kita gunakanlah kuasa kita sebagai pengundi.

Bagi diri aku sendiri, bukan aku tak suka BN memerintah. Aku suka, tapi dia jadi tak suka bila yang memerintahnya tidak melaksanakan tanggungjawabnya dengan betul. Selagi pemimpin yang diatas korup, berlagak samseng, cakap main lepas jer, selagi itulah BN bukan pilihan anak-anak muda sekarang. 

Gembira Najib jatuh?? Siapalah aku sebagai insan yang kerdil ini untuk menjatuhkan hukuman pada beliau. Jika beliau memang ternyata bersalah, hukumlah dengan setimpalnya. Kelak mungkin suatu hari nanti beliau sedar atas kesilapan sendiri. Perasaan marah pada mulanya memang ada dengan apa yang telah dilakukan oleh beliau. Tapi buat apa lah nak dimaki hamun orang tu. Biarlah pihak yang sepatutnya menjalankan tugas mereka untuk menentukannya.

Untuk PM yang baru ini, Tun Mahathir. Terima kasih aku ucapkan kepada beliau kerna sudi mentadbir Malaysia ini. Moga Tun M diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan perjuangan mentadbir Malaysia. Membawa nama Malaysia semula ke luar negara. Biarlah Malaysia dikenali dengan kemasyhurannya bukan dengan sisi kegelapannya.

- Coretan Cik CT -


Tuesday, 1 May 2018

Review Movie : Rampage 18 April 2018

RAMPAGE.. Apa itu rampage?? Amukan, mengamuk, pemberontakan, rasukan atau yang seangkatan dengannya. Tapi maybe lebih kepada amukan kot. Amukan siapa? Amukan haiwan-haiwan ganas. Hehehe.

1st time aku tengok movie ni aku rasa nak panggil si Ultraman lah pulak. Sebab apa? Sebab Ultraman kan kerjenye menumpaskan makhluk asing yang besar giler ni. Manusia biasa tak terlarat rasanya nak bunuh. Hehehe. Dalam wayang duk tertanya-tanya awat Ultraman tak ada dalam ini cerita. Wahai si yus oii, diingatkan ye ini bukanlah cerita Ultraman ye.

Serasanya ramai orang diluar sana menyukai movie ini. Lebih-lebih lagi movie ini dilakonkan oleh Dwayne Johnson atau lebih dikenali sebagai The Rock. What's the rock is cooking!!! Selepas kejayaan beliau dalam movie Jumanji, The Rock muncul dengan filem baru beliau yang bertajuk RAMPAGE. Jangan tak tahu ye, aku tengok Jumanji sampai tiga kali okayy.... Hahaha.

Kitorang plan tengok Rampage pada 18 April 2018, hari rabu pukul 7.55 malam. Tengok dengn sape? sape lagi kalau bukan dengan budak2 opis. Nak tengok ngan pakwe, pakwe takde lagi. Huhuhu. Aku tengok Rampage ngan Lydia, Intan, Ug dan Nabila. Dan juga kawan si Nabila, Lina. Kitorang tengok kat GSC Summit USJ. Kitorang masuk pawagam selepas 30 minit filem bermula. Sebab apa? sebab kami melunaskan dahulu tanggungjawab kami kepada Yang Maha Esa dulu. Solat Maghrib lah. Dulukan yang wajib. Barulah dapat tengok dengan hati yang tenang. echewahh...

Aku teruskan kepada pendapat personal aku tentang filem ni. Filem yang berunsurkan fiksyen. Agak ganas dan x banyak unsur humor. Penuh dengan aksi2 yang boleh tahan ganas lah. Hahaha..Tapi tetap menghiburkan. Sebab ape? sebab ade si George. Seekor gorilla albino yang dijaga oleh Darwis Okeye. Betul ke tidak watak si The Rock ni. Hahaha. Nak dijadikan cerita, si George ni berubah karektor. Semakin lama die jadi semakin besar. Membesar bagaikan seekor raksasa. Jadi lebih agresif dan sangat ganas. Nak tahu kenapa? Kene lah tengokkan. Hehehe. Pulak tu ade lagi dua ekor haiwan yang lain yang jadi mangsa eksperimen mutasi ni. Seekor serigala dan seekor aligator. Humakkaii, ganas sungguh depa ni. Habis semua orang nak dibahamnya. Habis bangunan nak dimusnahkan. Kalau x dibanteras habislah satu bandar Chicago tu.

Dan disebabkan itulah, Okoye dan Kate, seorang engineer genetik kene berusaha untuk membanteras dan menghentikan ketiga-tiga ekor haiwan ni dari terus mengganas. Nak tahu, camne depa berjaya menghentikan keganasan haiwan2 ni??? Apalagi, p lah tengok. Hahahàhaha....

Agak-agak berjaya tak dihapuskan serigala dan aligator gergasi ni?? Apa jadi dengan George? George mati tak? Ada part sedih tau. Kesiah George. Kitorang menangis kot kat part George berjaya membunuh serigala dan aligator gergasi tu. Sedih. Berlinang air mata aku. Dorang pun nangis wei. Budak sebelah aku pun wei. Aku rasa pakwe die pun nangis weii. Hahahahaha...

Yang penting, George tak mati okay. Yeayyy...camne George tak mati? Die kembali ke ke sifatnye yang asal ke? Kene lah tengok filem Rampage di pawagam berhampiran korang. Hahaha..

Untuk filem Rampage ni aku bagi 8 bintang. Sebab George comel gilerrr...dan sweettt sangattt.. Hehehe...




Hi Blog Cik CT 2025 - Cik CT kembali

Hello Blog Cik CT..... Ommoo...ommoo...Lame giler tak bukak blog Cik CT ni. Berhabuk giler dah. Bukan ape cuma tak de masa nak mengupdate. S...