Skip to main content

Mendaki Bukit Batu Chondong, Kemensah

Pada tarikh 13 Oktober 2017, cuti Deepavali, aku dan Intan mendaki Bukit Batu Chondong di Kemensah. Dekat sangat dengan Zoo Negara. Tepi pintu masuk Zoo Negara tu masuk je terus kedalam sampailah jumpa kawasan ATV Kemensah. Senang rupenye nak cari Bukit Batu Chondong ni. Susah-susah sangat taip je ATV Kemensah kat Google Maps tu atau Waze. Sampailah nanti mike-mike semua.

Actually, plan asalnye nak naik Bukit Broga, tapi sayangnya kan Broga ditutup. So, tu yang kami decide nak ke Bukit Batu Chondong.

Pendakian kami seramai 5 orang jer. Aku, Intan dan tiga orang lagi rakan Intan.

Sejak aku terlibat dengan aktiviti mendaki ni, memang aku ramai kawan-kawan. Semuanya kawan-kawan yang kenal drpd kawan-kawan aku juga. Orang kata kawan atas kawan. Hehehe. Baguslah kan, menambah kenalan baru.

Aku kene tidur rumah Intan kat Ara Damansara malam tu, sebab aku ngan Intan akan bertolak ke Kemensah dari sini. Kawan-kawan Intan satu kereta bergerak dari Bangi. Then, kitorang plan jumpe je kat area Zoo Negara nanti. Nak dijadikan ceritanya, malam tu memang serius aku ngan Intan tak boleh tidur sebab bertalu-talu bunyi mercun depan apartment Intan. Almaklumlah, masyarakan India sambut Deepavali. Yang bestnye dari rumah Intan, boleh nampak bunga api cantik. Oh ya..aku dan Intan singgah dulu Tesco masa balik kerja tu sebab kitorang plan nak bawak pasta carbonara ngan sandwich tuna. Plan nya nak berpiknik kat air terjun nanti lepas turun dari Bukit Batu Chondong.

So, tidur...ZZZzzzzzzz...

Subuhnya tu masing-masing bangun, siapkan apa yang patut then keluar rumah pukul 8 pagi macam tu. Perjalanan mengambil masa selama satu jam untuk sampai ke ATV Kemensah tu. Tepat pukul 9 pagi macam tu kitorang sampai di kawasan pintu masuk Bukit Batu Chondong. Bukanlah pintu masuk sangat pun, just macam laluan kecil untuk semua pendaki yang nak hiking BBC.


Bayaran yang dikenakan adalah RM1 untuk sekepala. Dah ada sorang pakcik yang sedia menunggu kat situ.

Selepas sedikit warm up, kami berlima memulakan pendakian ke puncak Bukit Batu Chondong. Wuishh..boleh tahan mengah lah jugak. Semput denn!!! Kami mengambil masa selama lebih kurang sejam untuk sampai ke puncak. Kalau orang lain setengah jam je dah sampai. Almaklumlah, kami ni kan nubis kubis. Hahaha. Lagi satu, nak sampai ke puncak tu kitorang kene tunggu turn tau, sebab masa kami naik tu semua orang baru nak turun. So, dipendekkan ceritanya pukul 1130 tengah hari jugaklah kami dapat groufie kat papan tanda puncak Bukit Batu Chondong. Panas bak hang!!!!


Lebih kurang sejam lebih duk melepak atas tu, hari pun dah panas terik, orang lain pun dah tak de, kitorang decide untuk turun. Nasib lah ada rakan-rakan yang baru kenal membantu dan mempermudahkan perjalanan turun kami, sebab ada satu part tu kite kena panjat batu untuk naik then nak turun kene turun ikut batu tu jugak. So, bantuan orang lelaki sangat diperlukan. Hahaha...


Laluan ni kitorang lalu masa nak naik ke puncak BBC. Boleh tahan payah jugak lah panjat benda alah ni. Bawah tu macam biasalah curam..gaung..


Nasib lah ada abang-abang, pakcik-pakcik yang sudi membantu melancarkan pendakian kami semua.


Yang ni laluan masa nak turun..kekuatan tangan sangat diperlukan untuk menuruni batu-batu ni. Kesian Intan, sampai terseliuh tapak tangan dia ketika nak sambut beg sandang si Zafa. Mujur bukan bag aku yang disambutnya. Kalau tak mahu berbiru tangan budak tu sambut bebanan 1.5L botol mineral yang penuh. Hahaha...
 
Macam biasa, perjalanan turun sememangnya sangat cepat. Tak sampai setegah jam kitorang dah sampai di laluan masuk BBC tu. Laju kan kitorang. Hahaha..Benonye nak cepat turun nak mandi air terjun. Oh ya..by the way, dalam perjalan ke BBC tu ada satu laluan untuk ke Air Terjun Batu Asah. Tapi kami tak singgah lah sebab kami ingat kami akan jumpa air terjun kat bawah nanti. Hoho. Rupenye tidak...Oh no!!!


By the way, view BBC sangat ohsem. Cantik giler. Boleh lah nampak kawasan-kawasan sekitarnya dan kehijauan hutannya sangat mengujakan.



Mari kite ke seberang sana...



Antara view-view yang boleh dilihat kat atas tu.


Geng daki bukit gunung yang baru..INTAN


Wow.... Gambar kami berempat berlatar belakangkan view KL. Time ni Iqa tak ade.
 

Kawan-kawan baru yang sempat berkenalan kat atas tu. Masing-masing memang sporting dan sempoi. Siap bertukar-tukar phone lagi. Mungkin jodoh pasti bertemu nanti. Hahaha


Gambar ni gambar paling aku suka...Bajet berani je kat situ tu. Hahaha...

Okay..lepas je turun dari BBC, kami sepakat nak p mandi air terjun. So, air terjun kemesah kami tuju. Perghh, ramainye orang. Macam tak best je ni. So, decide p air terjun lain. Google punye google kami decide nak p Air Terjun Sungai Congkak. Perjalanan mengambil masa selamat 50 minit dari Kemensah. Lebih kurang dalam pukul 2 petang kami tiba di Air Terjun Sungai Congkak. Sesuatu yang sangat memeranjatkan bila nak masuk air terjun ni kene bayar uolss...

Kami yang baru pertama kali pergi ni, masuk lah dengan dua kereta. Nak tahu berapa kitorang kene charge??? Untuk dua kereta total kesemua sekali adalah lebih kurang RM31.80 termasuk GST. Yang mana satu kereta di charge sebanyak RM15.90. Bukan itu saja tau, bayaran untuk seorang kene jugak. Kami berlima so, seorang dicharge sebanyak 1.06 sekepala termasuk GST. So, total kesemuanya ialah RM37.10

Yang lebih membengangkan kami semua tu....Harga RM15.90 itu adalah untuk parking RM5 dan jugal campsite RM10. So, bila mana kami bawak masuk dua kereta so kami ada dua campsite right?? Tapi masuk kawasan air terjun tu memang tidaklah nak jumpa campsite atau gazebo yang available. So, nak tak nak kami merempat jer lah dibawah pokok yang berakar tu. Huhuhu..Sabo jer lah. Bayar mahal kot. Rasanya ini lah kali pertama dan terakhir ke sini. 

Disebabkan masing-masing lapar dan teringin sangat nak mandi air terjun, semua tu kami reda kan jer. Hehehe..Yang penting hari ni masa kami terisi. Apalagi...bentang tikar, makanan then melantaklah...Bila lapar semua benda rase sedap. Hahaha..


Muka masing-masing yang sangat kelaparan.
 

Yeayyy..mandi...





Puas mandi dalam pukul 5 kami siap-siap untuk pulang pulak. Bukan pulang ke rumah masing-masing tau. Apalagi...selagi belum sampai ke malam, kita berjalanlah. So, next destination kami ialah tengok Tombiruo....

Entri lain aku review pasal movie Tombiruo ni. By the way, kitorang tengok Tombiruo kat MyTown, Cheras. Dalam pukul 12 lebih jugak lah aku sampai rumah. Penat giler..esok nak keje. Nasib aku bangun pagi tu. Hahaha.

Apa-apa pun cuti Deepavali aku dan rakan-rakan sangat terisi. Memang best giler dapat hang out dengan kawan-kawan baru ni. Nanti masing-masing dah kawen susah pulak nak hang out sesame. So, bila bujang ni lah kite ENJOYYY!!!!

:)

Comments

  1. Seronok ye aktiviti hiking ni.. ada kawan pernah ajak tapi saya takut pancit la pulak hahahaa... ada tips untuk newbies yang tak pernah hiking ni tak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try tengok tahap kesusahan dia. Kalau beginner carilah bukit or try trekking dulu. Try yg rendah rendah. So kat situ nanti kita boleh tahu tahap kemampuan kita di mana. Then boleh train harder

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...