Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2017

JJKBPP - Kluang RailCoffe Station 25 Feb 2017

Akhirnya...Finally...We are here.... Kitorang di mana ni?? Kitorang pergi makan bekpes di Kluang RailCoffe Station dulu sebelum bergerak menuju ke Hutan Lipur Gunung Lambak. Akhirnya, dapat jugak kami jejakkan kaki  ke sini. Ke salah satu kedai kopi yang tertua di Kluang, Johor. Inilah kedai kopi yang paling femes di daerah Kluang tu. Terletak betul-betul bersebelahan dengan Stesen Keretapi Tanah Melayu Kluang. Keluar-keluar ketapi je dah nampak kedai kopi ni. Actually, dah ade lagi dua cawangan baru kedai kopi ni di sekitar Kluang. Tapi kami pergi yang paling lama dibina di sini. Lagipun ini jer yang bukak time tu. Kedai kopi ni memang dah terkenal sangat lama dah even keluarga di raja Johor jugak penggemar kopi dan roti bakar ini. Katenye roti dan kopi di sini sedap. Itu yang kitorang nak merasa tu. Dah alang-alang sampai ke Kluang kan, rugilah kalau tak menyinggah ke sini dan merasai keenakkan dan kesedapan kopi dan roti bakar yang digembar-gemburkan itu. ...

Prolog Aceh 11 Feb - 14 Feb 2017

Assalamualaikum...Selamat Pagi.. Dah nak dekat sebulan dah aku tinggalkan kenangan travel ke Aceh. Cepat kan masa berlalu. Serasanya, macam baru je touch down airport Sultan Iskandar Muda Banda Aceh semalam.  Alhamdulillah...akhirnya, dapat jugak menjejakkan kaki ke sebuah negara kecil yang tersimpan pelbagai memori suka dan duka, kesan daripada tsunami yang melanda mereka pada 24 Disember 2004. Satu peristiwa yang mungkin tak akan sesekali boleh dilupakan. Akan sentiasa dikenang sampai bila-bila. Pengembaraan aku ke Banda Aceh hanyalah berdua dengan kak Dayah. Boleh tahan berani anak-anak dara ni ye. Mujurlah juga, aku dapat kebenaran daripada mak dan ayah untuk ke sini hanya berdua bersama kak Dayah. Pada mulanya, memang aku risau kalau mak dan ayah tak izinkan aku pergi. Tiket flight pergi dan balik memang dah beli setahun yang lepas. Takkanlah nak dileburkan begitu sahaja kan. Penat aku kumpul duit. Hehehe...Tapi kalau mak dan ayah dah tak izinkan, apa lagi yang ak...