Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

The Performance Series Run 2017 - Setia Alam 19 Nov 2017

Pertama kali aku join aktiviti running ni. Bila dah join rase seronok pulak. Amekkaw..terus 10KM diambilnya. Nak buat lagu mana, dah 5KM punye registration dah closed. Nak berlari punya pasal, 10KM pun 10KM lah. So, bayaran yang dikenakan untuk larian TPS ni adalah RM70 untuk 10KM. Kalau 5 KM fee nya RM50, kalau 21KM pulak fee nya RM90. Beza setiap larian dalam RM20. Agak mahal jugakkan!! Pada mulanya, memang aku sangat tidak berkeyakinan untuk menghabiskan larian yang sepanjang 10KM ini. Dah kalau kat trek MPSJ tu, bukan main payah nak capai ke 5KM. 5KM jer dah amik masa sejam setengah. Tapi, pada hari kejadian aku tak sangka dengan keupayaan diri sendiri ini. Aku berjaya menghabiskan larian 10KM selama 1jam 37 minit. Satu pencapaian yang sangat dibanggakan bagi aku yang baru pertama kali menyertai aktiviti larian ini. Pada 5KM yang pertama, aku mengambil masa selama 1 jam untuk berlari, jadinya aku mengambil masa selamat setengah jam sahaja untuk menghabiskan baki larian 5KM...

Gunung Ledang Via Asahan 28 Oktober 2017

Hajat nak panjat Gunung Ledang tercapai jua akhirnya. Sokmo ajak kawan-kawan yang lain naik, tapi dan dan tu jugaklah masing-masing sibuk. Bila Vajidah free je nak naik Ledang tanggal 28hb Oktober hari tu, aku on jer tanpa banyak soal.  Bila kau rase kau memang nak pergi, tak kira lah apa halangannya pasti kau akan tunaikan jugak hajat dan impian kau tu. Macam aku lah. Gigih tau cari tiket nak balik kampung. Sanggup tau apply cuti Jumaat tu. Hahaha..Yang penting aku dapat daki Gunung Ledang yang penuh dengan cerita lagenda yang tersendiri. Aku pendekkan ceritanya je la ye... Jumaat aku apply cuti, so petang khamis tu lepas keje terus on the way ke TBS. Bas pukul 830 malam, bas Mayang Sari. Plan asalnya memang nak gerak hari Jumaat malam je tapi risau penatlah, letihlah. Kang pewai je nanti. So, dalam pukul 1 pagi sampai kampung. Yeszaa..borak-borak dengan mak dan ayah then terus masuk tidur. Plan asalnya jugak nak gerak ke Melaka pada pagi hari Jumaat tu. Konon-kon...

Mendaki Bukit Batu Chondong, Kemensah

Pada tarikh 13 Oktober 2017, cuti Deepavali, aku dan Intan mendaki Bukit Batu Chondong di Kemensah. Dekat sangat dengan Zoo Negara. Tepi pintu masuk Zoo Negara tu masuk je terus kedalam sampailah jumpa kawasan ATV Kemensah. Senang rupenye nak cari Bukit Batu Chondong ni. Susah-susah sangat taip je ATV Kemensah kat Google Maps tu atau Waze. Sampailah nanti mike-mike semua. Actually, plan asalnye nak naik Bukit Broga, tapi sayangnya kan Broga ditutup. So, tu yang kami decide nak ke Bukit Batu Chondong. Pendakian kami seramai 5 orang jer. Aku, Intan dan tiga orang lagi rakan Intan. Sejak aku terlibat dengan aktiviti mendaki ni, memang aku ramai kawan-kawan. Semuanya kawan-kawan yang kenal drpd kawan-kawan aku juga. Orang kata kawan atas kawan. Hehehe. Baguslah kan, menambah kenalan baru. Aku kene tidur rumah Intan kat Ara Damansara malam tu, sebab aku ngan Intan akan bertolak ke Kemensah dari sini. Kawan-kawan Intan satu kereta bergerak dari Bangi. Then, kitorang plan jum...