Aiyyaa....Die buat hal lagi dah...
Alahai..penat dah aku membebel. Buat lagi...
Nanti bila dah terkene baru nak terngadah. Time tu memang dah tak berguna lagi dah. Tak ada bende lagi yang nak disesalkan dah. Kalau effect tu bukan pada sesiapa takpelah juga, kalau effect tu kene pada orang lain tak ke nyaya tu. Alahai...
Bende yang same duk diulang-ulang balik. Masing-masing dah besar lah. Kalau kawen dah beranak pinak dah. Masing-masing punye tanggugjawab sendiri. Tak boleh lah nak mengharapkan pada yang sorang.
Tak boleh lah nak serahkan fully responsibility tu pada orang yang terakhir. Iyerlah..contohnya macam kau pakat makan ramai-ramai, berjemaah sekali..tapi orang yang last makan pulak yang kene kemas tak pun kene bayar kan rege yang lain makan. Tak boleh lah gitukan. Masing-masing punye tanggungjawablahkan.
Aduhaiii...Penat lah..Letih dahh tau....
Jangan bile dah terkena baru nak menyesal...
Tinta Cik CT...apa impian cik CT...apa favorite cik CT...dan segala apa yang cik CT rasa....Diabadikan di dalam laman ini...
Tuesday, 21 June 2016
Monday, 13 June 2016
Asal Usul Nama Daerah Di Johor
SEGAMAT
Nama Segamat berasal dari ungkapan kata "segera amat" atau "segar amat". Kata-kata itu lahir dari mulut Bendahara Tepok dalam pelariannya ke hulu Sungai Muar setelah Melaka ditawan Portugis.
Bendahara Tepok yang mengalami penyakit lumpuh terpaksa diusung ke perahu. Ketika sampai ke Lubuk Batu, menurut beliau, segera amat sampainya angkatan pengiring-pengiringnya ke tempat yang selamat, jauh dari ancaman Portugis.
Oleh kerana pada hari itu cuaca agak panas, Bendahara Tepok pun mandilah di situ. Kata Bendahara Tepok setelah mandi, "Segar amat rasa badan ini" kata-kata Bendahara Tepok ini menjadi sebutan ramai pengikutnya hingga kemudiannya menamakan penempatan yang mereka duduki dengan nama Segamat.
PONTIAN
Perkataan Pontian dikatakan berasal dari kata "Perhentian". Perhentian yang dimaksudkan itu ialah Sungai Pontian Besar, tempat berteduh dari gelora Selat Melaka bagi kebanyakan para pelayar yang hendak ke Singapura atau ke Melaka.
Ada yang menyebutnya sebagai tempat perhentian para lanun untuk menunggu mangsa yang melintasi kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, kuala Sungai Pontian Besar adalah tempat perhentian nelayan memunggah tangkapannya, sementara Pontian Kecil menjadi bandar utama bagi daerah Pontian.
KOTA TINGGI
Kota Tinggi mengambil nama daripada kota yang dibina di atas kawasan tinggi di tebing Sungai Johor. Pembinaan kota tersebut untuk menangkis serangan Portugis yang berusaha hendak melenyapkan kuasa Kesultanan Melayu yang telah dialahkannya di Melaka pada tahun 1511.
Oleh kerana Sungai Johor adalah kawasan yang selamat untuk berteduh dari gelora Laut China Selatan, ia telah menjadi tumpuan para pedagang sejak zaman silam lagi. Zaman Ptolemy kawasan tersebut dikenali dengan nama Palanda. Banyak tinggalan lama seperti manik dan permata dari zaman Han (SM200-TM20) dan zaman Empayar Rom pernah ditemui di Kota Tinggi.
MUAR
Muar lahir daripada perkataan 'muara' iaitu kuala sungai. Ini disebabkan oleh penempatan awal di kawasan tersebut terletak di muara Sungai Muar. Sungai Muar terkenal sejak zaman silam kerana sungainya yang lebar membolehkan para pelayar berlindung di musim gelora. Pelarian Raja Iskandar Syah (Parameswara) dari Singapura setelah dialahkan Majapahit pada awal abad ke-15 menggunakan sungai ini. Demikian pula apabila Melaka jatuh ketangan Portugis pada tahun 1511, raja dan para pembesar melarikan diri melalui Sungai Muar.
Versi lain mengenai kewujudan nama tersebut ialah daripada perkataan 'muak' (jemu dan 'mu-aru' (Bahasa Tamil)) bermasuk tiga sungai.
Bandar Maharani yang menjadi pusat bandar utama daerah Muar mendapat nama sempena nama Permaisuri Maharaja Abu Bakar pada 12 Ogos 1887. Oleh kerana pada masa itu Sultan Abu Bakar masih memakai gelaran Maharaja, permaisuri baginda memakai gelaran Maharani. Bandar itu dinamakan atas nama permaisuri yang mengiringi baginda dalam upacara perasmian bandar itu, Maharani Fatimah.
MERSING
Mersing mendapat nama daripada peristiwa penahanan buang daerah seorang Pesuruh Sultan Pahang berbangsa Sikh, kerana melakukan kesalahan yang berat. Penahanan ini berlaku sewaktu Mersing belum ramai penduduk. Pekerja tersebut bernama Amer Singh, dan namanya menjadi terkenal di kawasan tersebut hingga menyebabkan tempat itu dikenali dengan nama Mersing.
Cerita lain yang membawa munculnya nama Mersing ialah dari peristiwa seorang dara bernama Mersing yang mencintai teruna perantau dari Pahang bernama Awang. Oleh kerana Mersing diminati oleh anak penghulu, bapa Mersing memilih anak penghulu sebagai bakal menantunya.
Untuk memisahkan diantara Mersing dengan Awang, timbullah fitnah. Tetapi Awang berjaya membuktikan kesuciannya dengan menghapuskan fitnah tersebut. Akhirnya bapa Mersing bersetuju menerima Awang menjadi suami anaknya. Namun, Awang tetap keras hati lalu meninggalkan keluarga Mersing dan penduduk disitu dalam keadaan menyesal. Dari itu lahirnya nama Mersing dan didendangkan kisahnya dalam lagu Seri Mersing.
KLUANG
Bandar Kluang mengambil nama Keluang Kampung. Keluang sejenis kelawar besar pemakan buah. Ia memakan bunga durian dan buah-buahan seperti rambutan, rambai dan lain-lain. Penduduk kampung tersebut berjaya membunuh tupai yang datang ke dusun mereka, tetapi gagal menakutkan keluang yang begitu banyak setiap petang datang ke situ.
Keluang yang banyak itu dikatakan datang dari sebuah bukit di belakang kampung mereka (bukit yang dimaksudka mungkin Gunung Lambak). Akhirnya seorang pawang terpaksa mengadakan suatu upacara di bukit tersebut untuk memujuk keluang-keluang itu agar tidak datang ke dusun penduduk kampung tersebut.
BATU PAHAT
Nama Batu Pahat dikatakan dari peristiwa memahat batu untuk mendapatkan air tawar di Pantai Minyak Beku yang terletak di Kuala Sungai Batu, Batu Pahat.
Kerja ini dilakukan oleh angkatan tentera Siam (orang-orang Muslim Pattani Siam) di bawah pimpinan Awi Dicu dalam abad ke-15 sewaktu hendak menyerang Melaka.
Kesan pahatan tersebut masih terdapat sehingga sekarang. Kesan ini dikenali sebagai Perigi Siam atau Perigi Batu Pahat. Pusat bandar bagi daerah Batu Pahat ialah Bandar Penggaram. Nama Penggaram itu dikatakan berasal daripada 'pangkal jeram', kerana terdapat jeram di sebuah sungai kecil yang mengalir dari bukit belakang bandar tersebut.
Saya Bangga Menjadi Anak Jati Johor.......
Artikel sumber dari page FB The Power Of Southern
Ilustrasi bendera dari Google
Monday, 6 June 2016
Ramadhan al-Mubarak
Ramadhan Tiba...
Ramadhan Tiba...
Ramadhan Tiba....
Ya..Alhamdulillah...Ramadhan tiba lagi. Hari ini, Isnin tanggal 06.06.2016 seluruh umat Islam di seluruh dunia menunaikan salah satu rukun Islam yg lima iaitu berpuasa pada Bulan Ramadhan...
Moga-moga Ramadhan tahun ini memberikan kita semua satu keberkatan dan rahmat di dalam kehidupan kita semua.
Moga-moga jugak segala amal jariah kita diterima olehNya...
Ramadhan ini lah masanya untuk kite bekejar-kejaran mencari pahala. Banyakkan bersedekah. Sentiasa membasahkan lidah dengan zikrullah. Solat sunat Tarawih serta banyak lagi perkara-perkara baik yang boleh kita lakukan di bulan yang mulia ini.
In Sha Allah...
Friday, 3 June 2016
Hiking Bukit Puchong
Log Bukit Puchong (Air Terjun Hutan Simpan Ayer Hitam)
Plan last minute nak panjat Bukit Puchong last week. Ahad, 29 May 2016 pukul 8 pagi kitorang on the way menuju ke area Puchong.
Mujur jugak aku bangun lepas Uji call aku pagi tu. Seriously, aku tak sedar langsung. Kalau Uji tak call, makanya plan tak menjadi lah. Cadangnya nak gerak sama-sama pukul 7 pagi. Tapi semuanya kelaut..biler mane Amy pun lewat bangun. So, kirenya Uji lah penyelamat kami pagi tu. Hehehe...Uji mcam biasalah pukul 7 tu dah sampai kat rumah sewa aku...
Cepat-cepat aku masuk bilik air..bersihkan diri...relaksss..Amy pun belum siap lagi tu..Uji aku suruh buat rumah sewa aku tu macam rumah sendiri. Jangan malu-malu. Jangan segan-segan. Nanti kak Amy dah sampai panggil aku.
Sampai la aku dah bersiap, Amy tak sampai-sampai jugak. Tunggu punyer tunggu sambil tengok Tanyalah Ustaz pagi tu kat TV9, pukul 8 tu baru Amy sampai depan rumah aku. Cepat-cepat aku dan Uji keluar terus masuk kereta Amy. So, apa lagi..pecut lah...Relakss..dekat je Puchong ngan Subang tu.
Kitorang singgah sat Petronas USJ20 beli makanan untuk breakfast. Nasi lemak dan sandwich kami capai. Tak lupe jugak air mineral sorang sebotol. Ala..Bukit Puchong je...tak penat mana pun...kuikuikui....
Kitorang bertiga lalu LDP terus keluar ke susur Puchong. Aku tak ingat macam mana nak p sana. Tapi mintak jer lah tolong Cik Waze atau pun Bro Google Maps tu. Mereka anytime..everywhere sedia membantu...Yang penting cukup data internet. Salah masuk jalan tu memang perkara biasa kalau gune apps-apps ni semua.
Dalam perjalanan kitorang sesat lah jugak nak menuju ke kaki Bukit Puchong. Depa kata boleh naik ikut Taman Wawasan. Pusing punyer pusing akhirnya sampai jugak ke destinasi. Kereta yang dipark tak usah cakaplah..memang full house. So, mana kitorang nak park ni?? Alhamdulillah...ade sebijik kereta baru keluar so apa lagi..Amy menyusup masuklah sebelum space tu disambar kereta lain. Ohh..kitorang sampai area Taman Wawasan tu dalam pukul 8.45 pagi.
Dun wurry..parking memang banyak..cume kami ni jer yang pergi agak lewat. Huhuhu....
Sedikit sessi memanaskan badan. Al maklumlah, lepas je naik Nuang awal bulan lepas memang aku dah tak buat exercise lain pun. Kejenye asyik melantak je...Huhuhu...
Disebabkan kami ni first time naik..cepat-cepat kitorang follow ade satu family chinese ni yang aku rasa memang nak p hiking bukit ..Memang lah datang situ nak p hiking takkan lah nak p karaoke plakkan...aduhaiii...Hahaha...
Haaa..ni lah pintu masuk trek Bukit Puchong tu....depan tu ade gerai jual ayaq kelapa..so, lepas puas memanjat boleh pekena ayaq kelapa sejukkan anak tekak tu.
Jangan tak tahu...yang ni laluan yang paling dekat trek mendaki Bukit Puchong. Kitorang tak nampak laluan ni masa mula-mula sampai tu sebab dah dihalang oleh kereta yang park kat situ. Lagipun kitorang duk fokus nak follow family Chinese tu. Kitorang perasan ade laluan tu bile time turun. Ehh..ade jalan lain rupenye..lagi dekat...Ya Salam....
Sebenarnya..tujuan utama nak ke Bukit Puchong ni adalah nak p air terjun yang tengah hot jadi viral di laman sosial baru-baru ni. Tak baru-baru ni lah..mayb 2 3 bulan yang lepas lah kot. Depa kate air terjun kat situ cantik. Berwarna biru kehijau-hijauan lagi. Tapi dengarnya, susah nak masuk situ sebab ade renjer yang berkawal. Actually, kawasan air terjun Hutan Simpan Ayer Hitam ni dikelolakan oleh dua badan kerajaan iaitu Universiti Putra Malaysia dan Jabata Hutan Selangor. Memang depa jaga sungguh-sungguh lah kawasan air terjun ni dari dicemari oleh tangan-tangan luar. Tapi sayangnya, mungkin dah tak mampu terkawal so ramailah manusia-manusia yang duk p hiking sampai ke sana. Manusia-manusia tu termasuklah aku, Amy dan Uji. Hahaha...eehhh..kami tak kotorkan tau kawasan air terjun tu. Kami baik-baik je perangai kat sane. Hahaha...
Mulanya agak ragu-ragulah nak teruskan pendakian ke kawasan air terjun tu. Sebab dari blog-blog yang aku bace, ade renjer yang mengawal. So, kalau nasib tak baik korang selisih lah dengan renjer tu. Kalau lah renjer tu suruh korang blah je dari situ, kire bertuah lah korang. Tapi kalau dibawanya korang p balai...hurmm..faham-faham sendirilahkan.
Time kitorang pergi tu, ramai uncle chinese yang support kitorang tuk pergi ke waterfall tu. Depa kate pergi je. Jangan takut. Dah ramai orang pergi sana. Renjer pun tak ada. So, aku pandang Amy, Amy pandang Uji, Uji pandang aku..ehh..aku nak pandang sape lagi???? Hahaha..So, kitorang decide jugak nak teruskan pendakian ke waterfall tu. Dah alang-alang sampai kan. Terasa rugi pulak kalau tak singgah terus ke waterfall tu.
Ohh...before nak sampai ke waterfall tu kitorang ambil masa dalam dua jam setengah tuk sampai ke pitstop yang pertama. Ia merupakan kawasan yang agak landai dan boleh aku agak kawasan ini merupakan puncak tertinggi Bukit Puchong. Kawasan ini juga mungkin titik tengah bagi beberapa laluan pendaki. Kiranya..kalau aku masuk ikut trek lain..Uji pulak masuk ikut trek lain...kat pitstop ni lah kitorang akan berjumpa. Cheh...Jejak Kasih sangat tawww...
Antara laluan Bukit Puchong...
Bersama Ibu dan rakan-rakan beliau, dari Kelab Fitness Shah Alam...Caya lah ibu...
Rehat dalam lebih kurang lima belas minit kat sini. Decide whether nak patah balik turun or terus mendaki ke waterfall...So, jawapannya..PENDAKIAN DITERUSKAN...
Pendakian diteruskan...dalam hati berdoa moga-moga tak terserempak dengan renjer. Ohh ya..ade lagi satu laluan untuk ke waterfall ni. Nak confirm, laluan ke waterfall ditanda dengan cat biru di kedua-dua belah pokok yang ade kat situ.
Yang ni ke??? Bukan...Ini laluan datang kitorang..
Yang ni ke??? Bukan jugak......
Yang ni mungkin???? Bukannn lahhh.....
Yesss...Yang ni....Betullll....actually, 3 laluan atas tu berada di depan, belakang, kanan dan kiri kitorang jer...Kalau ikut dari posisi kitorang waktu tu, sign kat atas ni berada di sebelah kanan kitorang....
So, bile dah jumpa sign ni..apalagi...masuklah..teruskan pendakian anda. Jangan risau..Disepanjang jalan ada tanda-tanda cat biru ni. Ikut je sampai ke waterfall tu....
Dan akhirnya......We are finally here.....Nampak tak?? Nampak tak??
Rasa teruja tu memang tak dapat nak digambarkanlah. Rasa nak terjun tiruk je dari atas ni. Cepat-cepat nak sampai ke bawah nak merasai kesejukan air terjun dan kecantikkan yang digembar-gemburkan di media sosial.
Dari kejauhan juga memang dah dengar suara-suara orang mandi manda...
I am m so eksaitedddd....
Okay dah sampai...lets selfie first...Itu yang pentig. Tak complete lah kan kalau tak habiskan bateri phone dengan gambar-gambar sendiri. Hahaha....
Mula-mula kitorang pasrah dah dapat jumpa air sungai ni jer...Huhuhu...
Sempat pekena nasi lemak kat sini. Orang duk tengok je kami makan...
Biler jumpe kawasan air terjun yang ni, hati mula rasa happy seba dah dekat dengak air terjun yang kami cari-cari..
Hehehe...akhirnya sampai jugak kaki ku di sini...
Acah-acah berani...ehh..ehh..buaya!!!!! Hahaha...
Secara peribadinya..memang berbaloi rasenye mendaki lebih kurang 3 jam untuk ke air terjun ni. Airnya sejuk bak hang. So, aku yang pada mulanya segan-segan taknak berendam akhirnya terjebak jugak. Huhuhu....Kitorang siap topup air lagi nak buat bekalan masa turun nanti. Moga-moganya tak ada bende yang tak elok la jadi time kitorang minum ayaq ni. Hahaha...
Tapi, satu je aku nak comment...nak luahkan rasa kesal tu sedikit...patutlah renjer tak kasi orang luar masuk dalam kawasan air terjun ni..Biler dah ramai orang masuk dalam kawasan ni, kecantikkan dan kebersihan air terjun ni sedikit dicemari. Boleh lah aku kata airnya tak sebiru seperti yang di viralkan dalam media sosial hari tu.Ya..mungkin saja sebab dah terlalu ramai yang mandi-manda di situ (termasuklah aku..hehehe), kecantikkan dan kebersihan airnya sedikit terjejas. Huhuhu...Moga-moga.kawasan air terjun ni masih lagi dipelihara dan terus terpelihara....Mudah-mudahan...
So, dalam pukul 1.45 petang kitorang sampai ke kaki bukit. Perjalanan balik lebih cepat. Tup-tup dah sampai bawah. Perut masing-masing pun dah berbunyi mintak untuk diisi.
Akhir kata...tercapai juga hasrat nak p sini...
Air Terjun Hutan Simpan Ayer Hitam Checked.........................
UPDATE TERKINI....
Actually, air terjun yang kitorang jumpe ni bukanlah blue lagoon yang diviralkan di sosial media tempoh hari. Maaf di atas info yang tidak berapa tepat di atas. Hehehe. Katenye, blue lagoon yang dimaksudkan berada di hadapan lagi dari jarak kawasan air terjun yang kitorang pergi tu. Tak aper lah..dapat jejakkan kaki di air terjun yang kitorang pergi hari tu pun kitorang dah rasa cukup teruja. Hahaha...
Sekali lagi..Maaf ya...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Hi Blog Cik CT 2025 - Cik CT kembali
Hello Blog Cik CT..... Ommoo...ommoo...Lame giler tak bukak blog Cik CT ni. Berhabuk giler dah. Bukan ape cuma tak de masa nak mengupdate. S...
-
Novel: Dia Imamku Novelis: Siti Rosmizah Rate: 9/10 Tarikh Bacaan: 27 - 28 Jun 2020 "Lemah ke seorang lelaki an...
-
Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah p...
-
Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit t...