Sunday, 24 May 2015

Hiking Broga Hills

Assalamualaikum........

Last Sunday tempoh hari, pada tarikh 17/05/2015, aku dan Cik Nom pergi hiking Bukit Broga tau. Bersama kami juga ade Amy, along;kakak kepada Amy, dan juga Nani, kawan sekuliah Amy...Actually, Amy yang ajak join pergi hiking ni...Lagipun, aku tak pernah lagi mendaki Bukit Broga ni..Orang kata tempatnya cantik..hijau...trek pun senang, mudah bagi individu yang mahu berjinak-jinak dalam aktiviti mendaki bukit dan gunung...

Sebelum itu, macam biasalah aku nak review sikit tentang Bukit Broga dengan berbantukan pertolongan Uncle Google...

Broga atau Beroga sebuah pekan berhampiran dengan Semenyih, Selangor Darul Ehsan. Ia terletak di antara sempadan negeri Selangor dan Negeri Sembilan. Broga terletak 12 km ke Barat bandar Semenyih dan 50 km dari Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Simpang ke Broga di hadapan stesen minyak Petronas Semenyih. Jalan ini boleh menuju ke Ladang Balau, Taman Tasik Semenyih, Universiti Nottingham cawangan Semenyih, Pusat latihan dan ujian memandu kereta, berjumpa dengan Kampung Tarun dan seterusnya Balai Polis Broga sehinggalah masuk ke sempadan Negeri Sembilan.

Jalan menuju ke Broga berliku-liku yang mempunyai likuan maut di mana-mana. Pandulah kereta sekitar 50 km/j sahaja jika berada di sini. Namun begitu di sinilah letakknya projek perumahan berprestij yang dinamakan Taman Tasik Semenyih.

Broga mengambil nama sempena nama Sungai Beroga.
Beroga berasal dari kata Buragas, iaitu rasaksa yang sangat besar dan ganas, hidup di dalam tanah, sesekali keluar mandi di kawasan air terjun. Tanda-tanda Buragas akan keluar ialah apabila hujan panas pada waktu tengah hari. Ketika itu pasti ada darah tumpah akibat pertarungan antara dua jejaka. Buragas akan keluar mencari dua jejaka tersebut memusnahkan kedua-duanya serta kampung halaman.
Sumber boleh didapati di http://ms.wikipedia.org/wiki/Broga

Baiklah, seterusnya aku nak bercerita sikit mengenai perjalanan aku dan Cik Nom ke Bukit Broga ni dulu..Kami berdua berjanji dengan Amy akan berjumpa di Putrajaya, rumah along. Katanya Putrajaya dengan Semenyih dah dekat dah. So, lebih kurang pukul 4 pagi kitorang bangun. Dalam pukul 4.30, kitorang otw ke Putrajaya. Risau jugak sebenarnya takut tak sedar pagi tu. Almaklumlah, kitorang berdua tido dah lewat..sebab apa? sebab malam tu kitorang g round KL tengok busking performance..hahaha...
Dalam lebih kurang pukul 5.30 kitorang sampai ke Putrajaya then terus bergerak follow Amy ke Semenyih. Plan nak solat subuh kat atas tu tapi plan nampaknya tak terlaksana sebab kitorang bergerak agak lewat..so, kitorang solat subuh je dulu di masjid yang berhampiran....
Dalam lebih kurang 15 minit, tak silap masa tu pukul 6 kitorang akhirnya sampai ke kawasan pintu masuk Broga...Seriously, banyak kot kereta...ramai orang...hehehehe...kitorang park kereta kat ladang kelapa sawit ..tak tahu milik siapa dan dikenakan charge RM2. pergh..untong kot...Penuh kot ladang kelapa sawit tu dengan kereta-kereta yang datang nak naik Broga tu.
Berpandukan suluhan lampu dari telefon bimbit masing-masing, kitorang berlima bergerak menuju ke destinasi. Jangan risau, orang ramai....Alhamdulillah, dalam pukul 8 juga kitorang akhirnya sampai kat atas. Kalau tak, sebenarnya boleh sampai lagi awal..tapi disebabkan ada perkara yang tak dapat nak dielakkan sepanjang perjalanan naik tu, kitorang tiba kat puncak tu lewat sikit...tapi apa-apa pun kitorang dah berjaya jugak mendaki Bukit Broga..yesss....
Ya Allah...cantiknya pemandangan Bukit Broga. Tak dapat nak diungkapkan dengan kata-kata. Uolllss...lihatlah sendiri ye....Enjoy ur eyes.....




Kami berada di puncak..Yahhhooo...


Ini lah Cik Nom....


Ini pulak Amy....Kawan Cik Nom...


Ini pulak Nani...bukan tuan empunya rusa dalam lagu Anak Rusa Nani tu tau...Nani ni kawan kepada Amy....


Lihatlah Dunia....Indah sungguh ciptaan Yang Maha Esa...


Aku dan Cik Nom.....


Cik Nom dan Amy....


Indahnya.....Best la kalau boleh buat sebijik rumah kat sini...hahaha...


Motipppp...



Krikkk..Kkriikk...


Awan yang membiru....


Ini bukan batu belah batu bertangkup tu tau...ala, yang mak pekan suruh mintak batu tu telan die....motipp sangat....





Puncak Broga yang ketiga...sebenarnya ada lagi dua puncak tinjau...tak sempat nak amik gambo...


Finally..we are here....




Apakah?????


Wow...Amy bertapa di atas langit....








Macam tengah buat iklan.....


Shooting filem hindustan....




Aku suka gile gambar ni....cantik kan....


Dan juga gambar ini..weolllss look gorgeous right??? nampak flawless giteww....

Alhamdulillah, sebuah lagi bukit di Malaysia berjaya diterokai..InshaAllah, kalau ada kelapangan dan keizinan lagi, kitorang nak naik lagi untuk yang kedua kalinya...Melihat dan menghayati anugarah ciptaan Yang Maha Esa. Masing-masing dapat mendengar degupan jantung yang laju semasa mendaki bukit..Dapat menghirup udara pagi yang segar dan melihat kehijauandan pemandangan yang cukup memukau dan indah...Allahu Akbar!!!
Membuatkan kita berfikir sejenak dan insaf dengan nikmat yang diberikan Tuhan kepada kita, hamba-hambaNya. Oleh itu, marilah kita sama-sama bersyukur kepadaNya dengan segala limpahan kurnia yang diberikan kepada kita semua...Alhamdulillah.....


JJCM - Night Circle, Seksyen 11, Shah Alam

Assalamualaikum dan selamat pagi....

Pagi Ahad yang agak mendung dan redup..nampak macam nak hujan...kalau dapat sambung tido ni pun best jugak....Tapi aku tak nak sambung tido lagi..aku nak bagi review sikit tentang restoran bubur lauk yang ada kat Shah Alam....yang aku pergi semalam...

Malam semalam lepas selesai solat maghrib dan isyak, tetiba member sebilik aku, Cik Nom ajak keluar pegi makan..dia craving something yang berair..kirenye die nak makan nasi air...pada mulanya aku tak berapa nak faham apa itu nasi air...last-last die cakap bubur nasi lah yang dimakan dengan sup....errmm...tak pernah plak aku makan nasi air ni..bubur nasi pernah..die ala-ala bubur nasi yang dimakan dengan lauk-pauk...

Mula-mulanya aku ajak yok lah pergi McD..kat situ pun ade bubur nasi..Cik Nom tak nak...Kite buat sendirilah ek...Yang tu lagi lah tak boleh jalan idea tu..masing-masing malas...nak masak bubur pun malas....sesimple masakan di dunia..hahaha

Then, lepas bersiap ala kadar kami masuklah dalam kereta menuju mencari di mana restoran yang ada jual bubur nasi ni....Cik Nom drive, aku plak google tempat-tempat yang ada jual makanan ni...pencarian makanan ni semuanya terarah ke negeri di Pantai Timur iaitu Kelantan sebab bubur nasi berlauk ni adalah salah satu makanan orang-orang Kelantan...Aku cakap dengan Cik Nom, takkanlah kite kene pergi Kelantan semata-mata nak makan bubur nasi berlauk ni....Cik Nom gelak besar,..Kau cari je lah Yus....Google punye Google, jumpe la satu blog KucingTanah review pasal bubur berlauk ni...Yesss....akhirnya dapat jugak...Nama restoran tu Night Circle. Lokasi di Seksyen 11, Shah Alam...dengan berbantuankan Google Maps kitorang menuju ke Seksyen 11, Shah Alam....

Akhirmya kitorang sampai ke destinasi walaupun ada sesat sikit time nak cari restoran ni...Terlepas lorong nak masuk ke restoran ni...Google Maps lah ni..Mengong....

Sesampai je di Restoran Night Circle kitorang cari dulu port nak duduk...Ramai jugak orang malam tu..Maybe sebab malam tu ade game final FA, Kelantan vs LionsXXI. Plak tu restoran ni dimiliki oleh orang Kelantan...Lagi lah meriah kedai malan tu...Hehehehe....

Stall bubur nasi terletak di dalam kedai ini...Apa yang ada di stall ini adalah bahan-bahan mentah yang di masak untuk dijadikan lauk untuk dimakan sekali dengan bubur nasi..Banyak pilihan bahan mentah yang ada...Antaranya, ada hirisan ayam, daging, paru, ikan bilis, kacang tanah, sotong, ikan sepat dan juga pelbagai jenis ikan masin dan juga telur asin..Sayur pun ade...like kailan, sawi, cendawan dan lain-lainlah..

Disebabkan kitorang berdua 1st time datang sini, aku dan Cik Nom mintaklah advise from kakak yang assist kitorang tu..apa yang menarik kat situ..yang paling orang ramai order...Kakak tu sendiri pun macam tak tahu nak reccomend ape kat kitorang..Last-last kitorang yang pilih sendiri...Bukan main lagi kitorang order...sotong, kacang tanah, ikan bilis, ikan sembilang, kailan, cendawan,..Then, yang datang ....

TADDAAAA......

Nampak sedap tak..Inilah hasil daripada ordering kitorang berdua tadi...AMEKAWWW...semuanya ada lima lauk...banyak-banyak pulak tu...member serumah lain kate ini makan untuk satu family + family mertua sekali...Tak sangka plak smpai banyak macam ni....hehehe


Apa lagi...xtvt untuk mengenyagkan perut masing-masing bermulalah....Jemput makan semua....Hehehehe.....


Bubur Nasi - RM1.50



Sayur Kailan + Cendawan - RM4.50


Kacang Tanag + Ikan Bilis - RM3.50


 Sotong Goreng - RM5.00


Ikan Sepat Goreng (Masin) - RM4.00


Ikan Sembilang Goreng (Masin) - RM4.00

Teh O Ais Limau - RM1.70

Actually, aku main-main agak je harga bagi setiap satu lauk-lauk ni..Hehehe..Total aku dan Cik Nom makan ialah RM27.90...Okay la tu kan....affordable dan mengenyangkan...itupun kitorang tak larat nak menghabiskan lauk-lauk yang ada tu....sedih sungguh...lepas ni nak bawak satu rumah pergi lah makan kat situ..baru best makan ramai-ramai.....

Apa-apa pun malam tu, craving Cik Nom tehadap sesuatu yang berair akhirnya telah ditunaikan..hehehe...so, kami berdua keluar dari restoran dengan perut yang kenyang dan senyuman yang lebar...hahaha....

Oppss...lagi satu..restorani ni bukan setakat jual bubur nasi berlauk je tau...kalau uollss nak order masakan panas like nasi goreng ke..mee goreng ke...semua ada..pilih aje lah mana yang nak makan..side dish yang lain pun ade like satay, tahu bakar and etc...Western food pun ade jugak..So, marilah kita same-same membahagiakan perut-perut kita....hehehehehe.............

Day & Night Circle, Seksyen 11, Shah Alam,
No 1, Jalan Wau A11/A
Seksyen 11, 40100 Shah Alam
Selangor

Waktu beroperasi: Tak berapa pasti pulak..hehehe...

Assalamualaikum......

Wednesday, 13 May 2015

Sakinya Tuh Di Sini!!!!

Sedihnya rasa hati ini
Salam perkenalan yang dihulur
Disambut dengan kehambaran dan kedinginan

Teramat pedih rasanya hati ini
Bagaikan kesakitan yang sudah lama tidak di rasai
Kini kembali menyebakkan ulu hati

Rasa sakitnya sama seperti yang dirasakan
Pabila bersama seorang insan yang pernah dikenali dulu

Mengapa rasa itu perlu hadir lagi
Diri ini bukan sesiapa pada dirinya
Dan dia juga bukan sesiapa pada diri ini

Bukannya meminta lebih
Hanya ikatan persahabatan yang diinginkan

Tidak mengapalah...
Jika huluran perkenalan
Bagaikan dipandag seperti angin lalu
Diri ini redha
Diri ini pasrah
Cukuplah setakat ini
Tiada lagi selepas ini........

Sakitnya tuh disini.....




Hahahhaha....

Apa yang ko mengarut ni Yus.....(suara hati berkata-kata)

Hahaha...Tak lah uoollss..saje iiooollsss ni gediks2 kat opis ni...Bos kat belakang half day katenye...padahal bos kat depan ade ni ha...Kalau die tahu ape staff die buat ni, mahu geleng kepala dia...silap2 dapat warning letter...Hahaha...

Eh..eh..ni Yus tau..iiooollss akan siapkan kerje dulu sebelum ioolllss buat kerje2 melagho seperti di atas ni...Hahaha...

Okay lah...penatlah pulak nak beriioollss ..beruuoollss ni...

Sakinya tuh disini...Best tak lagu yang didendangkan oleh penyanyi yang berasal dari Indonesia ni??
Asik kan...Hahaha...

Woii..ape motip entri ni skang...(suara hati bersuara nyaring..suara hati dah mula panas tu...)

Actually, 3 minggu yang lalu..hati ini terasa amat lah pedih sekali..bagaikan orang putus cinta rasanya...padahal bukan putus cinta pun tapi salam persahabatan yang dihulur tak diterima...salam perkenalan kene reject...direct pulak tu....kasihan kan...huhuhu...sedihnya bila orang yang disana tu macam tak sudi je nak berkawan dengan orang yang disini...Bukanlah orang disini minta lebih pun...tak minta pun nak jadi pakwe ke...suami ke..just nak berkawan je pun...Poyo gile lah orang yang di sana tu...eeeeee...sakit plak hati orang yang disini....

Tapi apa-apa pun orang yang disini dah boleh move on dah...Takpelah kalau orang yang di sana tu tak mahu berkawan dengan orang yang disini....Orang yang disini carilah kawan-kawan yang lain....huhuhu..Sedih dan pasrah bunyinye kan...Hahaha...

Adoiiyaii...

Motip entri ni..lagi sekali..(suara hati still lagi tak paham-paham)
Just nak luahkan dan tulis apa yang dirasa aje...Hahahaha.....

Bubye..bubye...Assalamualaikum...:)

Krreeekk..Krreeekkk.....

Tuesday, 5 May 2015

Aku tidak sendiri......

Sendiri....
Aku sendiri......

Tidak...
Aku tidak bersendirian....
Aku punya ibu dan ayah...
Adik-adik....
Kawan-kawan....
Yang sentiasa ada disisiku...

Dan apa yang penting...
Aku punye tuhan...
Tuhan yang sentiasa berada disisiku...
Yang sentiasa menjaga diriku....
Melainkan aku lupe padaNya..
Aku leka dan abai dengan suruhanNya....
Maka, Dia juga akan melupakanku...
Dan juga tidak menjagaku....

Aku yakin..
Dengan takdir yang ditetapkan olehNya....
Jodoh,ajal,maut,rezeki semuanya terletak di tanganNya....

Sentiasalah rajin untuk menadah tangan...
Meminta dariNya...
Jika berkenankan kehidupan yang diberkati olehNya....maka mintaklah..
Jika  berkenankan jodoh yang baik-baik...maka mintaklah....

Janganglah berlagak sombong untuk meminta darinya....
Dialah yang maha pemberi.....
Dialah yang maha pemurah....

Nukilan ringkasku,

Selasa; 3:48pm
05/05/2015

Monday, 4 May 2015

ibab oh ibab....

Now, dalam bas S&S menuju balik ke Kuala Lumpur, di mana tempatku mencari rezeki untuk terus melalui kehidupan ini....

Ayah dan ibab yang menghantar pemergianku tadi...ibab yg berada dlm dukungan ayah meminta untuk ikut sama dgn aku naik ke atas bas....hehehe...ibab..ibab...comel sungguh keletah si budak kecik ni....along..along...nak naik bus...nak salam...hehehe....mesti aku akn merindui adik ibab ku itu...bulan depan kita jumpe lagi ye ibab...mesti makin debab dan semakin nakal...

Ya ampun...ibab memang nakal la ni..nakalnya satu...mulut tu sokmo nk bercakap je..riuh dibuatnya....

Manja betul ibab dgn ayah tau...di tanya ibab anak sape...jawapan yg diberi..anak ayah..ayah sarip....hehehe....manja sangat2..,.

Ari sabtu malam ri tu ayah accident motor...terperanjat aku dan mak...awat sekejap sangat ayah g solat maghrib..rupe2nya ayah accident....terlanggar lembu cik atan yang terlepas...bahaya sungguh dilepaskan lembu tu begitu saja...buatnye adik budak2 kampung yang bwk moto laju dan terlanggar lembu tu x ke naya....cedera parah kot..ayah yg bwk moto slow tu cedera ringan, jatuh motor..inikan plak bile bwk laju....mau ade yg terkorban tu...

Apa2pun sangat bersyukur ayah x apa2....lembu tu pun dah ditambat balik oleh cik atan da...ibab lah yg paling comel...bila ditanya..ibab,ayah sakit lah...die jwb plak...minyak...minyak mana....alolo...sayang betul die ngan ayah sarip die tu...hehehehe....

Okay lah...bas yg aku naik ni pun dah terhuyung hayang....pening plak rasenye...duk belakang skali...single seat...ni x tau la pukul berapa plak sampai tbs...cuaca pun mcm nk hujan...harap2 x jammed la jalan yek...hehehe....

Saturday, 2 May 2015

Hujung minggu yang ceria....

Now, ade kat pengkalan balak, melaka..ikut ayah ngan mak menghadiri perjumpaan veteran tentera...buat kat muara biara pengkalan balak, melaka.....

Dari duk umah x buat pape kan, baik aku ikut mak ngan ayah kan..dapat jugak berjalan-jalan..hahaha....opss..lupe plak...aku nk ucapkan selamat hari buruh buat pekerja-pekerja di seluruh malaysia.

Cantik jugak pantai pengkalan balak ni..ramai orang..air nye pun bersih...boleh mandi..rugi plak x bawak baju lebih..kalau x memang aku dah terjun da...hahaha...kalau bwk adik ira mesti lagi best ni..suke beno die main air....hahaha..

Bosan lah plak kan...cuaca agak panas...tp angin laut lembut membelah pipi....ecewah....kalau bentang tikar,baring...pergh..indahnya....syiok tido ni...hahaha....

Okay...aku akhiri entri ini dengan dua rangkap puisi....

Alhamdulillah...
Ku bersyukur atas nikmat mu
Memberikan aku nafas untuk ku hirup bagi ku meneruskan hidup ini

Deruan ombak pantai...
Lambaian lembut angin pantai
Mendamaikan hariku....

Kanak-kanak riang bermain air...
Membina istana pasir...
Moga situasi akan sentiasa berkekalan hendaknya....

Insaf diri ku...
Allah memberikan diri ini peluang
Peluang untuk merasai nikmat yang engkau limpahkan...

Nikmat mana yang engkau mahu dustakan lagi........


11:15, pengkalan balak, melaka...



Hi Blog Cik CT 2025 - Cik CT kembali

Hello Blog Cik CT..... Ommoo...ommoo...Lame giler tak bukak blog Cik CT ni. Berhabuk giler dah. Bukan ape cuma tak de masa nak mengupdate. S...