Skip to main content

Bila bos tak ade....

Huhuhu...Bosan jugak ye bila bos tak ade ni....Nak kata semua kerja dah siap, ade je yang belum siap...Barang dah sampai da tapi tak boleh pulak nak buat DO Invoice. Sistem QnE plak buat hal. Tetiba je user tak di allow buat transaction more than 1000 transaction. Gile ke hapa vendor ni. Ingat untuk 5-6 hari punye transaksi ke..

So, tergendalalah seketika task nak DO Invoice kan semua sales order. Sorry ye GBMM..Tak dapat nak keluarkan DO untuk hang. Insphiro pulak selamat dah Shyang release kan barang. Boleh lah plak tetiba Cheryl dah tercongok kat warehaouse kate nak amik goods die. Angin tak de ribut tak de tup..tup..datang da.. Kelam kabut lah aku. Dari situ lah baru dapat tau QnE ade bug. Aduhai...

Berbalik pada tajuk entri, bila bos tak ade ni apalagi sempatlah berselfie kat opis ni. Pastu upload kat Insta. Uoollss, iiiooolss dah ade insta ya...haha..bakal roomate iioollss lah ajar iioollss...hahaha..gedikss sangat tau..Bile dah start ade insta ni sokmo lah nak berselfie then upload..aduhai....

Melalut dah ni...Tinggallah aku keseorangan di purchase department ni..The whole this week Ms Yau cuti..Aku kurang pasti pulak sebab apa..Dia kata hari tu kene jaga anak kat rumah. Tak tahu lah aku kalau terms kene jaga anak tu refer to bawak anak-anak die pergi bercuti..Hehehe....Takpelah..biarlah Ms Yau tu on leave. Bukan selalu pun die amik cuti..Sokmo kerja je...

Mr Law pun takde.. Dia ade business trip kat US. Biasalah orang berniaga katakan. Dia tak ade ni, semua payment kene hold dulu...macam ade problem je finance company ni..Alamak...dapat ke idak gaji ngan half bonus bulan ni..Aduhai..menakutkan sungguhlah...bercakap pasal gaji ni nampak gayanya lepas cuti ni lah kot baru dapat gaji..Hahaha..silap-silap minggu ke dua bulan lima ni..Mak aii, dah lah banyak bil nak kene bayar ni..Sewa rumah plak..aduhai..Sabaq je lah..

Beginilah nasib bile bekerja denga orang..
So, marilah kita berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. Berniaga sendiri...Bebas nak buat apa aja...

Eh..itu ke main point entri ni?????

Hahaha.................

Comments

  1. Salam cikct..saya nk tanye ni.awk keje kt biosyntec malaysia grup tu ke?sy dpt ofer keje ctu.tp sy ada terbaca kt satu blog ckp cmpany tu cheater.btl ke?sy cume nk cnfimation jek.harap awk dpt bntu.time kasih sgt2!

    ReplyDelete
  2. wsalam.....errmm..cheater in terms of ape tu???Hosnestly, sy dah hampir 2 tahun kerje situ..alhamdulillah, setakat ini kerja okay..yang paling sy suke kat sini environment kerje die...tp tu lah..just top management agak messy sikit...biasalah kan semua company macam tu..tapi itu je la yg sy nk ty cheater interms of ape tu??boleh awk explain sikit..btw, awk dapat ofer post ape ye??

    ReplyDelete
  3. awk boleh PM sy..ni no sy 0177285801

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Novel Review : Dia Imamku

Novel: Dia Imamku Novelis: Siti Rosmizah Rate: 9/10 Tarikh Bacaan: 27 - 28 Jun 2020 "Lemah ke seorang lelaki andai dia menitiskan air mata?" Sinopsis Kulit Belakang: Sombong! Berlagak! Itulah diri Cempaka Humairah. Dia benci dengan cucu angkat neneknya. Amiruddin, lelaki kampung yang tak dipandang sebelah mata. "Suka kamu kata Bangla. Budin ni ada kebun pisang." tegur Nenek Bunga. Kebun pisang? Lagilah Humairah tak pandang. Amiruddin itu kekasih Dahlia, sepupu Humairah. Dahlia ni tak adalah baik mana. Mata duitan. Boleh pula jatuh cinta dengan Rafiq, kekasih Humairah. Peranglah jawabnya. Amiruddin dianiaya oleh pak longnya. Nenek Bunga dapatkan dia kerja sebagai pemandu Humairah. Kesian Amiruddin, hari-hari kena marah, kena maki. Sabar aje dia. Kalau orang lain, dah naik pelempang kat muka. Datin Orkid ibu Humairah, kecewa dengan suaminya, Dato' Malik kerana menjadi wali pernikahan Lily, anak sulungnya. Demi cin...

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...