Skip to main content

Lenovo S850


Assalamualaikum...dan selamat petang...

Waktu tengah hari dalam lebih kurang pukul 12.30 tengah hari, cik Norma ajak aku ngan Tia g keluar makan. Makan dekat SS19 je. Aku ngan Tia ikutkan aje sebab perut masing-masing pun memang lama dah berbunyi tanda minta diisi. Sesampai je di kedai makan, apalagi kitorang beraturlah untuk mendapatkan makanan tengahari masing-masing.

Duduk makan-makan sambil sembang-sembang kosong. Mata aku pulak duk usha smartphone yang cik Norma baru beli. Teringin plak hati ni nak tukar phone baru.

"Cantiklah norma phone norma tu...Nak beli lah..Yok!!!" Kata aku pada Norma.

"Hahaha...Beli lah yus.." Jawab Norma pulak.

"Beli kak Yus..Bila lagi..nanti GST dah apply, harga die dah mahal pulak." Kata Tia pula cube mempengaruhi aku. Walhal, aku memang dah lama terpengaruh dengan phone Norma tu.

Noma beli phone tu kat Direct D, area SS15. Memang tempat ni menjadi tempat tumpuan bagi mereka yang gilakan gadjet-gadjet ni. Macam-macam brand ade. Ade Lenovo, Oppo, Samsung, Iphone dan macam-macam lagi lah. Harganya pun boleh tahan murah. Beza dalam dua ratus jugaklah. Banyak tu.....Tempat ni sentiasa ramai orang. Kene beratur tau untuk dapatkan smart phone yang diingini tu. Norma kata before nak pergi beli tu, kita kene survey awal-awal phone ape yang kita nak. Sampai je kedai, terus mintak kat cashier tu kita nak phone jenis apa. Takda display-display dah ni. Sebab ramai sangat orang.

Address: 64, Jalan SS 15/4b, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor
Hours: Open today · 11:30 am – 10:00 pm



#Gambar ehsan uncle Google...

Berbalik pada plan aku nak beli phone...after makan tu terus kitorang g DirectD. Perjalanan kitorang dipermudahkan...sampai-sampai je terus dapat parking. Orang pun tak ramai sangat waktu tu. Kitorang bertiga bergerak ke kedai-kedai phone tu...Usha-usha jugak phone yang lain tapi hati aku ni dah berkenan sangat ngan phone Norma tu...So, apalagi terus g kaunter tanya ada tak Lenovo S850 Original..Original not AP tau..(Padahal takdelah beza sangat kalau beli yang ori ngan yang AP ni) Hahaha....Warranty kedai jek...Sambung balik cerita tadi...

Cashier cina kat kedai tu kata ada..dia suruh tunggu sekejap coz die kene assist customer yang lain dulu. So, kitorang tunggulah...Lama jugaklah tunggu benonye..Tetiba Norma pergi kat cashier yang lain tanya ade tak Lenovo S850 ni, then tetiba cina cashier tu kata Lenovo S850 ori dah habis stok....Eeeikkk...WTH...Tadi yang sorang tu kata ada..la ni yang sorang lagi kata dah habis stok pulak...Opppss..sabaq2..lama dah tunggu ni...Takpe..kite berbalik pada cashier yang pertama tadi...

"Okay..u mau phone apa? Lenovo S850?" tanya cashier cina tu....(Manis gak mamat cashier ni..macam muka Melayu pun ada...sempat tu cuci-cuci mata..Hahaha)...

"Yes..ada ka?" tanya aku plak penuh pengharapan yang Lenovo S850 tu ada stok lagi..

"Ada..sekejap ya"...

"Yesss......" tersenyum lebar aku sampai ke telinga.

Cashier tu letak phone yang masih lagi cantik berkotak kat atas meja..

"So, macam mana? Jadi ka? Kalau dah open u kene beli..." tanya cashier tu lagi..

"Yes...i beli." jawab aku penuh yakin...Tia dan Norma kat belakang aku dah tersengih-sengih...

Kak Yus...Kak Yus..sangat mudah dipengaruhi...Hahaha....

So, die bukaklah phone tu..Wah..so smart..saya suka..saya suka...

Then, aku mintaklah cashier tu masukkan terus simkad aku...phone ni pkai nano simkad tau..so, aku punye simkad kene potong sikit...Cuak jugak aku bile cashier tu kata dia tak gerenti simkad ni active or tidak bila dah masuk dalam phone baru ni..kalau tak function aku kene pegi Celcom Center....Argghh..sudah!!! Dengan tawakal dan berserahnya aku merelakan simkad aku di potong kepada saiz nano..

Then..Taddaaa...Simkad aku berjaya diaktifkan semula..hahaha...Syukur Alhamdulillah...

Pembayaran dibuat melalui debit card coz aku memang tak keluarkan cash masa tu..lagipun memang on the spot pergi belikan....Kene charge 2% tau...Aduhai...takpelah...demi phone baru...

So, aku balik ke rumah dengan membawa smart phone baru...Lenovo S850...Yeezzzaaa.....

Start xtvt menggodek-godek phone baru...Jadi anti-sosial sekejap aku bila ada phone baru ni...Hahaha...

Kita tengok sikitlah spec Lenovo S850...






Lenovo S850 - Full phone & Specifications.


                                            




                                         












Sepanjang tempoh aku guna phone ni tak ada apa-apa masalah lagi. Tak tahulah pada masa akan datang kan...Tapi tu lah..Kalau kene denga gaya kita guna dan jaga, panjanglah jangka hayat phone tu..kalau jenis yang lasak..suka main campak-campak nampak gaya tak lamalah tu...





So, tepuk dada tanyalah hati...apa kata hati tu???...Aiiikkkk........................



Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak ada sape y

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan