Skip to main content

Mahasisiwi Bijak....

Errmm.....Now, tengah havoc FB, blog pasal seorang mahasiswi UTM berjaya mendapatkan PHD dalam umur 24 tahu. Pergh..DAEBAK!!!! Aku umur 24 tahun tu buat ape ye????(Memikir sat...)
Aaaaa...ingat dah..terkial-kial nak menghabiskan degree...Hihihi...

Hebat gile budak perempuan tu. Bijak..Pandai die membahagikan masa. Lagi satu die dipermudahkan jalan untuk belajar. Budak Fast Track tu. Bukan senang nak dapat. Kene yang betul-betul hati kering dan jiwa yang kental untuk mengharunginya. Takpelah..rezeki setiap orang tu kan berbeza...

Kite tinjaulah sikit perihal dan biodata mahasiswi ni...

Ni aku copy paste dari Melvister.com. Gambar mahasiswi taknaklah aku attachkan kat sini....


Biodata Hazzirah Izzati Mat Hassim pelajar UTM dapat PHD (Doktor Falsafah) pada
usia muda. Nama Hazzirah Izzati kini trending dilaman sosial apabila telah dapat gelaran PHD atau Doktor Falsafah pada usia paling muda iaitu seawal 24 Tahun. Untuk pengetahuan, bukanlah mudah untuk seseorang dapat gelaran anugerah PHD pada masa yang singkat kerana individu secara normalnya perlu lalui beberapa tahap seperti SPM, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Master dan seterusnya PHD. Untuk info, punca utama Hazzirah Izzati mendapat PHD pada masa yang singkat adalah kerana mengikuti program PTS (Kelas Lompat), kemasukan program Pra Ijazah selama 6 bulan tanpa perlu mengambil Diploma disamping berjaya melangkau dari Ijazah Sarjana Muda terus kepada PHD tanpa perlu mengambil Master.
 
Biodata Hazzirah Izzati Mat Hassim Pelajar UTM Dapat PHD
Nama Penuh: Hazzirah Izzati Binti Mat Hassim
Tarikh Lahir: 18 Mei 1990
Umur: 24 Tahun
Asal: Kota Bharu, Kelantan
Pendidikan Terkini: UTM (Phd)
Bidang: Matematik Tulen
Tajuk Tesis Phd: “The Homological Functors of Bieberbach Groups with Cyclic Point Groups of Order Two, Three and Five”
Faktor Utama Hazzirah Izzati Dapat PHD Pada Usia Muda
  • Pada tahun 1999, beliau menduduki peperiksaan Penilaian Tahap Satu (PTS) yang membolehkannya melangkau ke Tahun 5 pada usia 10 tahun.
  • Setelah mendapat keputusan SPM cemerlang, terus mengikuti program pra ijazah selama 6 bulan tanpa perlu memasuki Diploma
  • Setelah mendapat keputusan cemerlang dalam Ijazah Sarjana Muda, terus melangkau ke Phd tanpa perlu melalui atau mengambil Master.
Kronologi Sejarah Pendidikan Hazzirah Izzati Mat Hassim
  • Hazzirah memulakan pengajian  di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian (1) pada tahun 1997. Pada tahun 1999, beliau menduduki peperiksaan Penilaian Tahap Satu (PTS) yang membolehkannya melangkau ke Tahun 5 pada usia 10 tahun.
  • Kelulusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah melayakkannya untuk diterima masuk bagi meneruskan pengajian di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai pada tahun 2002 selama 3 tahun.
  • Selepas tamat Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dengan keputusan 8A, beliau memohon untuk ke MRSM Bitara Pengkalan Chepa bagi meneruskan pengajian tingkatan 4 dan 5. Tamat SPM pada usia 16 tahun dengan cemerlang (7A1, 3A2) dan ditawarkan Pra-Ijazah selama 6 bulan dibawah Program Ekspress UTM-MARA di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru pada tahun 2007.
  • Keputusan peperiksaan akhir Program Ekspress UTM-MARA melayakkan beliau untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dengan mendapat pinjaman boleh ubah dari MARA.
  • Selepas tiga (3) tahun mengharungi pengajian, beliau berjaya menamatkan pengajian dan bergraduasi pada Oktober 2010 dan telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dengan Kepujian Kelas Pertama dalam usia 20 tahun. Oleh itu, pihak MARA telah menukarkan pinjaman boleh ubah kepada biasiswa penuh.
  • Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian terus ke peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) di bawah program Ph.D Fast Track UTM. Beliau menerima tawaran dan memilih untuk menjalankan kajian dalam bidang Matematik Tulen di Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains, UTM.

  • Pada 1 April 2014, Hazzirah telah menjalani Peperiksaan Lisan bagi pengajian Doktor Falsafahnya dan tesis Ph.D beliau telah diluluskan dengan pembetulan kecil. Setelah menyiap dan menghantar pembetulan tesis, beliau telah diperakukan oleh Jawatankuasa Senat UTM dan lulus Ijazah Doktor Falsafah pada usia 24 tahun 2 bulan.

Secara jujurnya, aku boleh katakan adik ni sangat bijak. Time dari kecil lagi. Budak PTS tu. Kat situ die dah jimat 1 tahun coz dia masuk darjah 5 pada usia 10 tahun. Pencapaian die dalam setiap peperiksaan besar seperti UPSR, PMR dan SPM yang sangat membanggakan memang melayakkan dia dapat apa yang dia terima sekarang. Bukan mudah tau nak buat research dlm matematik ni. Lagi2 matematik pure. Aku sendiri graduan Matematik, tapi bukan lah math pure. Botak kepala aku ngadap differentiate (pembezaan) yang sampai 3 kali beza. Itu baru 3 kali. adik ni aku tengok dah beza kali ke-5. Itu belum masuk integration lagi (pengamiran). Kene derive sendiri formula..huhuhu..memang mencabar minda betul..Subject pe ye masa degre ri tu..???Nama lecture subject tu pun aku dah tak ingat da..Nampak beno stressnye dengan subject tu..Hahaha...Tapi dapat B+ okay...terer gak tu..Hahaha....

Diharapkan kejayaan adik ini boleh menjadi satu inspirasi kepada anak-anak muda kita di luar sana agar terus berusaha mencari ilmu setinggi yang boleh. Bagi menjamin masa hadapan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Malaysia boleh. Anak Malaysia memang sentiasa BOLEH...

Ecececeh...Over tau...

Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...