Skip to main content

23hb August 2014 - Sabtu. Revongen Corporation

Assalamualaikum dan selamat pagi....

23hb August 2014..Hari Sabtu. Menghabiskan waktu hujung minggu di opis. Tapi bukanlah seharian dari pagi sampai ke petang. Kebetulan hari ni hari bekerja menggantikan waktu bekerja yg sepatutnye kerja pada 30hb August ni. Mujurlah. Dan kebetulan pulak hari ni juga ada sambutan majlis hari raya di opis. Ermm...masing-masing berpakaian baju hari raya. Mengerlip gtew...Termasuklah aku.. berselendang bagai..Hahaha...

Di saat kita gembira menghabiskan hujung minggu bersama keluarga tersayang, janganlah pula kite lupe semalam kite mengalami satu hari yang amat memilukan lagi menyedihkan hati. Di mana penantian seluruh rakyat Malaysia amnya terhadap MH17 akhirnye terlerai jugak. Di mana seramai 20 rakyat Malaysia telah selamat tiba ke tanah air Malaysia. Walaupun hanya sekujur jasad yg kaku, cukup lega dan tenang hati keluarga kerana akhirnya mereka tetap pulang jugak walaupun sudah tidak bernyawa lagi. Paling kurang ahli keluarga ada kuburan yang boleh dilawati dan diziarahi.

Sayu dan sebak hati aku melihat situasi anak kecil yang kehilangan ayahnye. Ibu dan ayah yg kehilangan anaknya. Sedih sangat. Mujurlah jugak aku berada di opis semalam. Kalu aku duduk di rumah menyaksikan istiadat majlis tu maunye banjir rumah sewa aku tu dengan jejeran air mata aku ni. Cukuplah sekadar gambar-gambar yang aku lihat di FB. itu pun boleh membuatkan air mata aku jatuh berlinangan. Yang pergi tetap akan pergi. Yang tinggal ini perlu jua meneruskan hidup. Doakan mereka semua berada di sana dalam keadaan yang tenang dan sentiasa dirahmatiNya. Sentiasalah juga kite mengingati mati kerana kita tahu MATI ITU ADALAH PASTI. Cara apa, keadaan apa kite ketika mati itu kita tidak tahu. Berdoalah kita akan kematian kita nanti didalam keredaan Allah hendaknya..Amin....

Ermmm...lama sebenarnya aku tak mengupdate blog aku ni. Tuntutan kerja dan kekangan masa membuatkan blog aku ni sudah lama benar terbiar. Post aku yang terakhir pun pada tahun lepas. Huhuhuhu....

Tahun ni aku nak kembali aktif mengupdate blog. Banyak sebenarnye benda-benda yang aku lalui sepanjang tahun 2014 ni. Tak terkira rasenye. InshaAllah..akan aku ceritakan untuk tatapan dan bacaan aku sendiri..Hehehe....


Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak ada sape y

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan