Akhirnya, aku telah berjaya memiliki sebuah smart phone berkat rebat 200 yang aku terima dari kerajaan...chewah, skema betul ayat..hahaha.....
Jauh betul aku mencari smart phone ni..SONY EXPERIA E....dekat Setia Walk sane tu...ditolak ditambah smart phone ni aku beli or tambah duit dengan harga 200+. termasuk topup 30 ringgit. harga asal smart phone tu RM499...hehehe..mak ngan ayah tak tahu lagi ni aku beli hanphone lagi...hahaha....
Bile pegang smartphone ni aku betul2 rase kekok...hahaha..handphone yang pernah aku ade, yang paling canggih pun Samsung Champ tu aje...ehh..ehh..
Sambung balik....
Dapat jugalah merasa ade smartphone. Samsung Champ tu bukan tak smartphone..smart juga tapi tahap ke'smart'an die tu agak kurang lah...tapi walau apepun Samsung Champ tu telah bersam dengan aku hampir setahun tau dan Cham itu pemberian ayah aku tau...sayang giler tu..hehehehe...
Barbalik pada Sony Experia yang baru aku beli ni..function yang ade dalam smartphone ni pun okey2 lah...boleh surf internet, boleh whatusp, main game. macam juga smartphone2 yang ade kat luar sane tu. Gambar pun boleh tahan cantik. boleh lah. 3.2 mega pixel..aku kan suka ambil2 gambar ni..hahaha...smartphone ni juga memory dah ade 2G dalam tu. setakat ni aku dah download 4 jenis game..saje..suka2...whatups..wajib tu..jimat kredit..dengan we chat..tapi aku stil merangkak nak gune we chat tu...macam culture shock la pula gune smart phone ni..hahaha...
eh..eh..boss aku dah masuk..sambung nnti...
Tinta Cik CT...apa impian cik CT...apa favorite cik CT...dan segala apa yang cik CT rasa....Diabadikan di dalam laman ini...
Monday, 3 June 2013
Thursday, 21 March 2013
BYDC - BAB 23
Majlis
cukur jambul Syed Aryan Hakim Bin Syed Hakimi Herizal selamat dijalankan di
rumah besar umi dan abi. Ramai tetamu-tetamu yang hadir bagi memeriahkan
majlis. Emak dan ayah juga tidak terkecuali sama-sama memeriahkan lagi majlis
cukur jambul cucu sulung mereka. Adik-adikku; Jannah, Jasrina, Jazril dan
adik-adik iparku; Haikal dan Rina turut hadir bagi menceriakan suasana majlis
anak saudara mereka.
Intan
dan Razlan juga turut hadir ke majlis itu. Mujurlah, Intan sudah habis
berpantang. Bolehlah dia bergerak ke sana dan kemari. Intan melahirkan seorang
anak perempuan comel yang diberi nama Intan Qusyairah Bt Razlan Hakimi. Aku dan
Intan juga sudah berkira-kira untuk menjodohkan anak-anak kami berdua nanti.
Tergelak Razlan dan suamiku mendengarkan perancangan kami berdua itu.
Syed
Aryan Hakim Syed Hakimi Herizal, permata hatiku dan Encik Hakimi ini sudah
berusia lima bulan. Aryan selamat dilahirkan di Hospital Ampang Puteri tepat
jam 12 tengah hari. Encik Hakimi setia berada disisiku disaat aku hendak
melahirkan Aryan. Dorongan dan sokongannya menjadikan aku kuat untuk melahirkan
Aryan. Syukur Alhamdulillah, aku melahirkan Aryan yang comel dan gebu. Semoga
dengan kehadiran Aryan ini membawa seribu kemanisan dalam rumah tangga kami
berdua.
Umi,
abi, emak dan ayah juga asyik tersenyum aje sejak mendapat cucu sulung ni.
Aryan merupakan pengarang hati dan jantung mereka. Aku tersenyum melihat Jannah
dan Rina yang sedang asyik melayan keletah Aryan yang comel itu. Asyik berkepit
je dengan makcik-makciknya itu. Sampaikan berebut-rebut dengan umi dan emak.
“Sayang....”
sapaan dari suamiku mengalihkan tumpuanku daripada Jannah dan Rina yang sedang
mengagah-agah Aryan. Aku tersenyum memandang suamiku.
“Mari
ikut abang kejap.” Katanya lagi sambil menarik tanganku kearah gazebo yang
berada di luar rumah. Tetamu-tetamu yang lain sudah pulang ke rumah
masing-masing. Aku menuruti langkah kaki suamiku.
“Kenapa
ni bang? Banyak lagi kerja kat dalam tu bang. Aryan tu pula belum Jasmin kasi
susu lagi.” Kataku padanya pula.
“Alorh
sayang ni..Sejak ada Aryan ni, abang dilupakan ye. Nak merajuklah kalau macam
ni.” ujar suamiku menarik muncung panjang. Aku ketawa geli hati melihat
wajahnya itu.
“Alololo,
suami Jasmin merajuklah. Dengan anak sendiri pun nak cemburu ke. Janganlah
merajuk lagi bang. Dah tak handsome
dah suami tersayang Jasmin ni.” kataku memujuknya sambil mencubit lembut
pipinya.
Tergelak
suamiku dibuatnya.
“Sayang
ni betullah. Pandai pujuk abang tau.” Kata suamiku pula. Tangannya mencuit pula
hidungku.
“Sayang,
abang nak bagi sayang sesuatu ni. Before
tu, sayang pejam mata tu dulu.” kata suamiku lagi memintaku memejamkan
mata. Aku mengikuti sahaja kehendaknya. Dapat kurasakan seutas rantai leher
dipakaikan di leherku.
“Okey,
sayang dah boleh buka mata sekarang.” Ujar suamiku memintaku untuk membuka
mata.
Mataku
terpana pada sekalung rantai leher bertakhtakan berlian yang terletak elok di
leherku. Mataku terus kuhalakan kepadanya.
“Untuk
isteri tersayang abang ni.” katanya lagi membuatkan aku terus memeluknya erat.
“Abang
ni...Tak payahlah belikan Jasmin barang mahal-mahal macam ni. Kasih sayang yang
dah abang beri ni pun sudah cukup untuk Jasmin. Lebih berharga daripada
barang-barang mahal ni semua.” Kataku sedih. Air mata sudah membasahi pipiku.
Encik Hakimi menyapu lembut air mata yang jatuh ke pipi.
“Eh,
kenapa sayang menangis ni? Jangan menangis lagi. Malu aje kalau Aryan lihat
mamanya menangis macam ni.” katanya membuatku tergelak kecil. Aku mencubit
lembut pinggangnya.
“Abang
ni, memang tau. Aryan tu kecil lagilah. Mana dia faham lagi.” Kataku pula
tersenyum manis.
“Hehehe...Kan
sayang dah tak menangis lagi. Abang kan dah berjanji tak akan buat sayang
menangis lagi. Abang tak mahu lihat sayang sedih-sedih lagi macam ni.” katanya
lagi sambil mengenggam erat jari-jemariku.
“Maafkan
Jasmin bang. Terima kasih bang pada apa yang sudah abang beri pada Jasmin
selama ini. Kasih sayang dan cinta yang sudah abang berikan pada Jasmin. Jasmin
bersyukur sangat-sangat kerana dikurniakan seorang suami yang penyayang seperti
abang.” Kataku jujur padanya.
Sememangnya
itulah yang aku rasakan kini. Bahagia dan gembira dengan suami tersayang. Dan
kini, kehidupan kami diceriakan lagi dengan kehadiran permata hati kami, Aryan
pengikat kasih sayang antara kami berdua.
Di
dalam hati ini, aku berdoa agar rumah tanggaku bersama Encik Hakimi akan terus
berkekalan sehingga ke akhir hayat kami dan juga dikurniakan lagi dengan
anak-anak yang soleh dan solehah.
Untuk
arwah Hisyam, Jenna ucapkan terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup Jenna
dan membahagiakan Jenna walaupun untuk seketika. Hanya doa yang Jenna panjatkan
agar roh Hisyam ditempatkan disamping orang-orang yang beriman.
Untuk
arwah Jojo pula, Jasmin ucapkan juga ribuan terima kasih kerana pernah hadir
juga dalam hidup ini. Menceriakan hari-hari Jasmin. Doa juga Jasmin titipkan
untuk Jojo agar roh Jojo tenang di samping orang-orang yang beriman.
Buat
kalian berdua, Jasmin telah menemui kebahagiaan yang Jasmin cari selama ini.
Buat suamiku Syed Hakimi Herizal Syed Lokman, terima kasih di atas
segala-galanya. Terima kasih di atas kasih sayang yang dicurahkan selama ini.
Doa isterimu ini agar kebahagiaan rumah tangga kita akan berkekalan sampai
bila-bila.
Ya
Tuhan, aku bersyukur di atas limpah kurniamu kerana menganugerahkan kepadaku
insan-insan yang mengasihi diri ini. Menganugerahkan aku seorang suami yang
penyayang dan anak lelaki yang comel. Nikmat yang Engkau beri ini tidak
tergambar olehku dengan kata-kata. Semoga Engkau terus memberkati kehidupan
kami sekeluarga kerana Engkau telah memberikan aku kebahagiaan yang aku cari
selama ini. Amin...Amin Ya rabb amin...
''Ayat
terakhir tamat pada hari Ahad, pukul 10.55 malam pada tanggal 11/11/2012
bersamaan dengan 26 Zulhijjah 1434H''
BYDC - BAB 22
Keadaan
akhirnya menjadi kacau-bilau apabila Jasmin mendapat tahu kisah sebenar
mengenai Hakim atau Jojo.
“Kenapa
abang tak beritahu Jasmin langsung selama ini? Kenapa abang rahsiakannya
daripada pengetahuan Jasmin?” bertubi-tubi soalan keluar dari mulutku setelah
selesai suamiku bercerita perkara yang menjadi rahsia selama ini. Hatiku cukup
sedih dan sebal.
“Abang
minta maaf sayang. Bukan niat abang untuk merahsiakannya daripada sayang.
Tetapi, abang tak mahu sedihkan hati sayang.” Balas suamiku pula sambil
mengenggam erat jari-jemariku.
“Jadi,
Jojo dah tak ada ye bang?” tanyaku lagi masih tidak percaya.
“Ye
sayang. Arwah Hakim meninggal kerana sakit kanser hati yang dihadapinya. Kami
tak sempat nak carikan dia penderma hati yang baru. Allah lebih sayangkan
dirinya. Tapi, percayalah Hakim tak ada niat untuk lukakan hati sayang. Nak
tipu sayang. Sebaliknya, dia tak mahu sayang bersedih dengan pemergiannya. Dia
nak sayang bahagia.” Ujar suamiku lagi bersungguh-sungguh.
Tiba-tiba,
terdetik di hatiku adakah suamiku ini mengahwiniku semata-mata untuk memenuhi
permintaan Jojo, adik kembarnya.
“Jadi,
abang kahwin dengan Jasmin semata-mata untuk memenuhi hajat Jojo? Abang
langsung tak....................” Belum sempat aku meneruskan kata-kataku itu,
dua jari Encik Hakimi melekap dibibirku memintaku untuk tidak meneruskan ayat
itu.
“Sayang,
jangan sesekali fikir macam tu. Abang ikhlas mencintai diri sayang. Abang
memang terlalu cintakan sayang. Pertama kali abang pandang sayang, hati abang
berkata yang sayang akan jadi milik abang. Abang akan membahagiakan diri sayang
dan anak kita ni.” kata suamiku lagi sambil mengusap lembut perutku.
Kata-kata
Encik Hakimi itu begitu menyentuh hati naluriku. Aku memeluk erat tubuhnya.
Kini, aku yakin akan cintanya terhadap diriku.
Buat
arwah Hakim, Jasmin telah menemui kebahagiaan yang Jasmin cari selama ini.
Terima kasih Jojo.
“Abang,
maafkan Jasmin ye.” Ujarku memohon ampun dan menyalami tangannya.
“Sayang
tak perlu minta maaf dengan abang. Abang sayang sangat isteri abang ni. Tapi,
abang harap kalau ada sesuatu yang menganggu hati sayang, beritahu dengan
abang. Cerita pada abang.” Ujar suamiku sambil memelukku erat.
“Abang,
nanti bawa Jasmin pergi kubur arwah boleh?” tanyaku tiba-tiba. Teringin rasanya
hendak berjumpa dengan Jojo walaupun sekadar tempat persemadiannya. Aku ingin
membacakan surah yasin untuk dirinya.
Encik
Hakimi menganggukkan kepalanya sambil tersenyum manis memandangku. Aku terus
membalas pelukannya dengan erat.
***************************************************************
Keadaan
akhirnya menjadi kacau-bilau apabila Jasmin mendapat tahu kisah sebenar
mengenai Hakim atau Jojo.
“Kenapa
abang tak beritahu Jasmin langsung selama ini? Kenapa abang rahsiakannya
daripada pengetahuan Jasmin?” bertubi-tubi soalan keluar dari mulutku setelah
selesai suamiku bercerita perkara yang menjadi rahsia selama ini. Hatiku cukup
sedih dan sebal.
“Abang
minta maaf sayang. Bukan niat abang untuk merahsiakannya daripada sayang.
Tetapi, abang tak mahu sedihkan hati sayang.” Balas suamiku pula sambil
mengenggam erat jari-jemariku.
“Jadi,
Jojo dah tak ada ye bang?” tanyaku lagi masih tidak percaya.
“Ye
sayang. Arwah Hakim meninggal kerana sakit kanser hati yang dihadapinya. Kami
tak sempat nak carikan dia penderma hati yang baru. Allah lebih sayangkan
dirinya. Tapi, percayalah Hakim tak ada niat untuk lukakan hati sayang. Nak
tipu sayang. Sebaliknya, dia tak mahu sayang bersedih dengan pemergiannya. Dia
nak sayang bahagia.” Ujar suamiku lagi bersungguh-sungguh.
Tiba-tiba,
terdetik di hatiku adakah suamiku ini mengahwiniku semata-mata untuk memenuhi
permintaan Jojo, adik kembarnya.
“Jadi,
abang kahwin dengan Jasmin semata-mata untuk memenuhi hajat Jojo? Abang
langsung tak....................” Belum sempat aku meneruskan kata-kataku itu,
dua jari Encik Hakimi melekap dibibirku memintaku untuk tidak meneruskan ayat
itu.
“Sayang,
jangan sesekali fikir macam tu. Abang ikhlas mencintai diri sayang. Abang
memang terlalu cintakan sayang. Pertama kali abang pandang sayang, hati abang
berkata yang sayang akan jadi milik abang. Abang akan membahagiakan diri sayang
dan anak kita ni.” kata suamiku lagi sambil mengusap lembut perutku.
Kata-kata
Encik Hakimi itu begitu menyentuh hati naluriku. Aku memeluk erat tubuhnya.
Kini, aku yakin akan cintanya terhadap diriku.
Buat
arwah Hakim, Jasmin telah menemui kebahagiaan yang Jasmin cari selama ini.
Terima kasih Jojo.
“Abang,
maafkan Jasmin ye.” Ujarku memohon ampun dan menyalami tangannya.
“Sayang
tak perlu minta maaf dengan abang. Abang sayang sangat isteri abang ni. Tapi,
abang harap kalau ada sesuatu yang menganggu hati sayang, beritahu dengan
abang. Cerita pada abang.” Ujar suamiku sambil memelukku erat.
“Abang,
nanti bawa Jasmin pergi kubur arwah boleh?” tanyaku tiba-tiba. Teringin rasanya
hendak berjumpa dengan Jojo walaupun sekadar tempat persemadiannya. Aku ingin
membacakan surah yasin untuk dirinya.
Encik
Hakimi menganggukkan kepalanya sambil tersenyum manis memandangku. Aku terus
membalas pelukannya dengan erat.
***************************************************************
Monday, 11 March 2013
BYDC - BAB 21
Pening kepala Hakimi dibuatnya. Berkahwin dengan orang yang tidak dikenalinya langsung. Pulak tu mana nak dicari wanita yang bernama Nur Jenna Jasmin Idris ni. Itulah nama wanita yang diceritakan oleh Hakim. Hakim beria-ia menyuruhnya untuk mencari Jasmin dan mengahwininya. Ini kerja gila namanya.
Namun, demi adik tersayang, Hakim dengan rela hatinya bersetuju untuk memenuhi hajat kembarnya itu. Walaupun, dia bakal memperjudikan masa depannya dengan orang yang tidak dikenali.
Ye, Hakimi berjanji akan memenuhi hajat dan permintaan kembarnya itu. InsyaAllah, dia akan sedaya upaya untuk cuba belajar mencintai wanita yang bernama Nur Jenna Jasmin Idris itu. Bermula saat itulah, Hakimi menutup pintu hatinya untuk mana-mana wanita lain. Kerana hatinya bakal dimiliki oleh wanita itu.
Suasana pagi yang hening dikejutkan dengan esakan suara umi yang sedang menangis di bilik tidur Hakim. Hakimi segera berlari menuju ke bilik adik kembarnya itu. Di dalam bilik, kelihatan umi sedang menangis teresak-esak sambil memangku tubuh Hakim yang kaku. Abi kini berada di belakangnya. Dia nampaknya terkejut dengan situasi yang dilihatnya.
“Abi, anak kita dah tiada bi. Anak kita dah pergi tinggalkan kita bi. Hakimi, adik Kimi dah tiada.” Ujar umi sebak sambil terus memangku jasad kaku Hakim.
Hakimi perlahan-lahan menuju kearah jasad Hakim yang terbujur kaku. Kakinya longlai melangkah. Dia memandang wajah bersih dan tenang Hakim. Hakim pergi tanpa sempat menjalani pemindahan hati. Allah lebih sayangkan dirinya. Air mata tidak lagi keluar dari tubir mata Hakimi. Dia redha diatas pemergian kembarnya kepada yang Pencipta.
Patutlah adiknya itu beria-ia bercerita mengenai hajatnya. Rupa-rupanya itulah hajat terakhir arwah Hakim yang perlu ditunaikan oleh Hakimi. Hakimi berjanji kepada dirinya sendiri akan memenuhi permintaan terakhir arwah. Hakim nampak kelihatan tenang dan ceria semalam apabila mendapat tahu Hakim akan memenuhi permintaannya itu. Rupa-rupanya dia akan pergi untuk selama-lamanya.
Jenazah Hakim sudah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kiara Mont. Ramai sanak saudara yang datang menghadiri majlis tahlil untuk arwah. Haikal dan Rina juga cuti mengejut dari pengajian mereka. Mereka berdua sedih kerana tidak sempat menatap wajah arwah buat kali yang terakhir.
Insan yang paling sedih sekali tentu sahaja umi. Tidak henti-henti air mata mengalir ke pipinya. Sayu dia memandang jasad kaku anaknya dimasukkan ke dalam liang lahad. Hati ibu mana yang tidak sedih, anak yang dikandung, di jaga penuh kasih sayang dijemput Allah sebelum dirinya. Namun, dia redha dengan ketentuanNya.
Seluruh ahli keluarga kecuali umi berkumpul di ruang tamu. Masing-masing kelihatan murung dan bersedih. Sudah hampir sebulan arwah Hakim meninggalkan mereka semua. Namun, rasa sedih dan sebak masih lagi menyelubungi mereka terutama sekali umi.
“Abi ada perkara sedikit yang nak dibincangkan dengan anak-anak abi ni.” ujar abi memulakan bicara.
Hakimi, Haikal dan Rina sudah bersedia untuk mendengar kata-kata daripada ayah mereka.
“Sudah sebulan arwah Hakim meninggalkan kita. Mesti arwah sedih lihat kita bersedih lagi macam ni. Oleh itu, abi nak mulai saat ini jangan sesiapa bangkitkan soal arwah lagi. Biarlah arwah terus kekal dalam hati kita. Bukan bermaksud kita melupakan dia. Tapi, yang hidup ini mesti teruskan hidup. Mesti arwah nak lihat kita gembira. Arwah mesti taknak lihat kita bersedih lagi.” Itulah kata-kata abi kepada Hakimi, Haikal dan juga Rina.
Disebabkan itu jugalah, sampai ke saat ini soal Hakim tidak lagi diceritakan. Umi juga kelihatan sudah beransur pulih dari kemurungannya. Dia sudah nampak lebih ceria. Dia telah dapat menerima hakikat bahawa anaknya telah tiada. Namun, arwah akan sentiasa tetap di hati. Lebih-lebih lagi, dia boleh nampak Hakim dalam diri Hakimi kerana mereka adalah pasangan kembar.
Misi Hakimi mencari Jasmin masih lagi diteruskan. Puas dia mencari wanita yang dipanggil Jasmin oleh kembarnya itu. Info mengenai Jasmin yang diberitahu Hakim terlalu sedikit dan ini menyulitkan pencariannya.
Hanya sekeping gambar yang disimpan arwah. Yang dia tahu, wanita ini berasal dari negeri Johor. Tak diketahui kawasan mana di Johor itu. Masih lagi belajar sewaktu arwah berkenalan dengan wanita itu. Mungkin sekarang masih belajar atau telah menamatkan pengajiannya.
Sudah beberapa bulan Hakimi mencari Jasmin. Namun, masih lagi tidak dijumpai. Puas juga dia bertanyakan pada rakan-rakannya di Shah Alam. Tapi, masing-masing tidak kenal wanita yang bernama Nur Jenna Jasmin Idris itu.
Untuk menghilangkan tekanan dan stress mencari Jasmin, Hakimi membawa dirinya menikmati suasana di kompleks membeli-belah Suria KLCC. Geli hatinya apabila terfikir untuk menenangkan diri di pusat membeli-belah ini. Selalunya, kalau dia stress, dia akan menghabiskan masanya di gym. Kali ini lain pula halnya. Apa agaknya mimpi dia.
Kakinya melangkah ke gedung buku, Kinokuniya yang ada di pusat membeli belah itu. Ingin rasanya membelek-belek buku-buku perniagaan yang ada di situ bagi menambahkan pengetahuannya. Sedang dia asyik membelek buku-buku di situ, dia terpandang akan wajah wanita yang dicari-cari selama ini.
Ye, wanita itu persis wanita yang ada di dalam gambar ini. Dia merenung lama wajah ayu wanita yang sedang asyik membelek sebuah novel. Arwah Hakim pernah memberitahunya bahawa Jasmin suka membaca terutamanya novel. Katanya lagi, Jasmin ni kaki novel.
Sedang asyik dia merenung keayuan wajah wanita itu, tidak disangka-sangka wanita mengangkat wajahnya dan memandang dirinya pula. Dia terkesima kerana memang sah itulah wanita yang dicari-cari selama ini. Tiba-tiba hatinya berdegup dengan kencang sekali. Renungan mata wanita itu membuatkan dadanya berdebar-debar. Apa sebenarnya rasa ini. Adakah ianya cinta pada pandangan pertama.
Wanita itu juga kelihatannya amat terperanjat sekali. Sepertinya wanita itu terkejut melihat wajah Hakimi. Wanita itu berdiri kaku memandang Hakimi.
Tiba-tiba...............”Jenna..Jenna...” terdengar suara seorang lelaki menyapa lembut wanita itu. Wanita itu tersentak daripada lamunannya tadi. Wanita itu memandang pula lelaki yang menyapanya tadi. Secepat itu juga, Hakimi meluru keluar dari gedung buku itu.
Siapa agaknya lelaki itu? Memanggil wanita itu Jenna. Benarkah wanita itu yang dicari selama ini. Tapi, siapa pula lelaki itu? Adakah suaminya atau kekasih? Terlalu banyak persoalan bermain di minda Hakimi kini. Kalau benarlah lelaki itu suami kepada wanita itu, maka hancurlah segala hajat arwah adik kembarnya itu.
Kesibukan Hakimi di pejabat membantutkan proses pencarian Jasmin. Bukan dia tidak beria-ia untuk melaksanakan permintaan arwah itu. Namun, kesibukannya di pejabat lebih-lebih lagi sekarang pejabatnya kekurangan staf melambatkan pencarian Hakimi. Namun, dia berjanji kepada dirinya akan menyambung kembali pencariannya.
“Encik Hakimi, ini data-data dan resume calon-calon yang telah kita senarai pendekkan.” Ujar setiausaha Hakimi, kak Wahida. Wanita beranak dua itu memang telah lama berkhidmat di syarikat keluarga Hakimi. Hakimi selesa bekerja dengannya.
“Terima kasih kak Wahida. Letak aje kat situ. Nanti saya semak semula.” Balas Hakimi pula memandang senyum kepada setiausahanya itu. Kak Wahida meminta diri untuk keluar dan Hakimi membenarkan.
Ada lebih kurang tiga resume calon-calon yang telah di saring oleh pegawa-pegawainya yang lain. Dan Hakimi sebagai pengarah urusan perlu memilih salah seorang calon untuk menduduki kerusi jawatan pegawai eksekutif pemasaran. Ada dua orang lelaki dan seorang perempuan.
Hakimi melihat resume calon wanita itu. Terkejut dia apabila membaca resume calon tersebut. Tertera dihadapannya kini nama Nur Jenna Jasmin Bt Idris, wanita yang dicari-cari selama ini. Syukur Alhamdulillah, kerana dipermudahkan pencariannya. Hakimi menyelak lagi resume Jasmin. Nampaknya wanita ini memenuhi kriteria-kriteria yang diperlukan untuk menduduki jawatan tersebut. Nampaknya, keputusan sudah berada di tangan Hakimi. Nur Jenna Jasmin Idris akan bekerja di Megah Maju Holdings. Rancangannya akan diteruskan.
Tidak disangka semasa sedang bekejar-kejar untuk ke mesyuarat ahli lembaga pengarah di Pelabuhan Klang, Hakimi berlanggar dengan seorang wanita. Habis semua fail-fail yang dipegang wanita itu jatuh ke lantai. Apalagi, membebellah wanita itu sambil tangannya memungut kembali fail-fail yang jatuh tadi. Hakimi hanya memandang perilaku wanita dihadapannya ini. Terperanjat dia tadi apabila memandang wajah wanita itu. Nur Jenna Jasmin Idris. Jantungnya berdegup kencang.
“Ishh.....Kurang asam betullah. Pagi-pagi lagi dah ada orang buat hal dengan kita. Mata letak kat mana entah. Jalan bukan main besar lagi boleh pula dilanggarnya kita. Menyampah betullah aku. Buta apa?” wanita itu masih lagi membebel sendirian sambil tangannya lincah memungut fail-failnya.
“Habis dah membebel tu? Kalau tak habis lagi bolehlah awak teruskan sampai petang nanti.” kata Hakimi pula tiba-tiba. Dalam hatinya bagai nak terkeluar ketawanya. Dia tersenyum geli hati melihat wanita itu bangun dan memandangnya dengan pandangan tidak percaya. Nampak sangat seperti dia ternampak hantu.
“Aikk, tadi bukan main lagi mulut tu terkumat-kamit membebel. Sekarang dah hilang pula suara. Cik adik oii, bawa tutuplah mulut tu. Tak elok ternganga sampai macam tu sekali. Nanti masuk lalat pula.” Kata Hakimi lagi sambil tersenyum sinis. Saja je dia berkata begitu, ingin melihat reaksi wanita di hadapannya itu.
Wanita itu tersedar dari lamunannya. Tanpa memandang Hakimi dengan muka yang merah padam, wanita itu terus meluru masuk ke dalam lif tanpa menoleh ke belakang lagi. Betul cakap arwah Hakim, wanita ni memang comel bila marah.
Akhirnya, Hakimi dipertemukan juga dengan Nur Jenna Jasmin Idris setelah dia terlalu sibuk dengan kerjanya. Wanita itu kelihatan amat terperanjat apabila memandang dirinya. Seperti dirinya mengingatkan wanita itu kepada seseorang. Dan Hakimi tahu siapa orang itu.
Mula-mula wanita itu kelihatan tidak berapa selesa dengan dirinya. Namun lama-kelamaan, dia sudah dapat menyesuaikan diri dengan diri Hakimi. Mereka juga sudah boleh berbual mesra dan berkongsi cerita.
Hakimi ketawa kecil mengenangkan kembali saat dia membantu Jasmin yang pengsan di pantri tempoh hari. Kaget juga dia bila Jasmin tidak sedarkan diri walaupun telah dikejutkan beberapa kali. Dalam diam, Hakimi memandang wajah wanita yang dipuja-puja arwah kembarnya itu. Jasmin memang seorang gadis yang cantik. Walaupun, tidak sejelita mana tapi sesiapa yang memandangnya akan hadir satu perasaan yang tenang dan damai. Hati Hakimi kembali berdegup kencang.
Dia pelik apabila melihat ada air jernih menitis keluar dari tubir mata wanita itu. Apakah mimpi yang sedang di alami wanita itu agaknya. Tanpa disedarinya, tangannya menyapu lembut air mata yang mengalir di pipi wanita itu. Terperanjat apabila wanita itu tiba-tiba membuka matanya. Wanita itu juga terperanjat memandang wajahnya. Hakimi menghulurkan segelas air masak menyuruh wanita itu minum.
Dia masuk ke biliknya, apabila staf-stafnya yang lain sudah memasuki pejabat. Seterusnya, Jasmin dibantu oleh stafnya yang lain.
Projek di JB tempoh hari mendekatkan dan merapatkan lagi hubungan Hakimi dan juga Jasmin. Walaupun, Jasmin masih lagi nampak segan akan dirinya, tapi itu tidak ditunjukkan sangat keseganannya itu.
Malam itu, Hakimi terperanjat apabila Jasmin mengatakan yang dia ingin berbual-bual dengannya di perkarangan hotel. Hakimi menerima pelawaan itu. Dia nampak Jasmin agak terganggu malam itu. Akhirnya, Jasmin membuka cerita mengenai Jojo iaitu Hakim, adik kembarnya.
Ternyata, benarlah inilah wanita yang dikasihi oleh kembarnya. Hakimi hanya mendengar luahan hati Jasmin. Dia tidak memberikan sebarang komen. Lidahnya kelu untuk berkata-kata saat itu. Yang terkeluar dibibirnya pula ialah mungkin Jojo mempunyai alasannya tersendiri kenapa dia bertindak sebegitu kepada Jasmin.
Hakimi nampaknya masih belum bersedia untuk bercerita mengenai arwah Hakim kepada Jasmin. Jasmin nampaknya sudah beransur tenang apabila meluahkan apa yang dirasanya kepada Hakimi.
Lawatan ke rumah Jasmin benar-benar membuatkan dirinya bahagia. Ibu bapa Jasmin menyambut dirinya dengan senang hati. Layanan yang mereka sekeluarga berikan membuatkan dia gembira sekali. Banyak cerita-cerita mengenai Jasmin diceritakan oleh adik bongsu Jasmin iaitu Jazril.
Lucu dibuatnya mendengar karenah Jasmin yang agak lasak waktu kecilnya. Hakimi juga ada berkias-kias menyuarakan isi hatinya kepada Jasmin. Tapi nampaknya Jasmin tidak mengambil serius dengan kata-katanya itu. Mungkin dia ingat Hakimi melawak agaknya. Tapi tidak bagi Hakimi. Kali pertama dia memandang wajah Jasmin di Kinokuniya tempoh hari, hatinya berdegup kencang. Dia berjanji pada dirinya juga akan membahagiakan Jasmin dan mencintai wanita sepenuh hatinya.
Namun, harapannya musnah apabila dia mendapat tahu bahawa Jasmin sudah mempunyai seorang kekasih, lelaki yang dilihat tempoh hari. Hancur luluh hatinya kerana hajat kembarnya dan juga hajat dirinya tidak tercapai. Namun, dia bahagia jika Jasmin telah berjaya menemui kebahagiaannya sendiri.
Jodonhya sememangnya untuk Nur Jenna Jasmin Idris kerana wanita itu ditakdirkan kehilangan insan yang disayanginya. Hisyam terlibat di dalam kemalangan jalan raya dan telah mengorbankan nyawanya.
Bukan niat dia untuk mengambil kesempatan atas apa yang berlaku. Namun, dia tidak tega untuk melepaskan Jasmin lagi. Kini, dia bukan sekadar akan memenuhi hajat arwah kembarnya, tetapi hatinya telah berjaya dicuri oleh Jasmin. Dia menjadi sahabat dan teman kepada Jasmin. Dia mengembalikan semula keceriaan dan senyuman Jasmin selepas ketiadaan Hisyam.
Dia tahu Hisyam akan terus di hati Jasmin. Dia tidak kisah semua itu. Dia mahu Jasmin memulakan hidup yang baru. Disebabkan itulah, dia dalam senyap meminta umi dan abi menghantar rombongan meminang Jasmin. Umi dan abi begitu terkejut dengan keputusannya. Akhirnya, mereka berdua gembira dengan keputusan yang dibuat Hakimi. Dan mereka juga sangat menyenangi Jasmin.
Jasmin pada mulanya agak keberatan untuk menerima lamaran Hakimi. Namun, Hakimi menyatakan yang dia selama ini memang menyimpan perasaan dan cinta terhadap Jasmin. Hakimi akan terus menunggu Jasmin bersedia menerima dirinya.
Lama-kelamaan, keazaman dan kesabaran yang ditunjukkan oleh Hakimi telah berjaya melembutkan hati Jasmin. Hakimi berasa sangat gembira dan bersyukur ke hadrat ilahi kerana Jasmin dapat menerimanya walaupun tidak sepenuhnya lagi. Janjinya dia akan memberikan sepenuh kasih dan sayang kepada isterinya yang telah selamat dinikahi. Akan membahagiakan Jasmin selagi dia masih hidup lagi di dunia ini. Hajat arwah kembarnya juga telah dipenuhi.
********************************************************************
Subscribe to:
Posts (Atom)
Hi Blog Cik CT 2025 - Cik CT kembali
Hello Blog Cik CT..... Ommoo...ommoo...Lame giler tak bukak blog Cik CT ni. Berhabuk giler dah. Bukan ape cuma tak de masa nak mengupdate. S...
-
Novel: Dia Imamku Novelis: Siti Rosmizah Rate: 9/10 Tarikh Bacaan: 27 - 28 Jun 2020 "Lemah ke seorang lelaki an...
-
Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah p...
-
Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit t...