Skip to main content

Hampir Menuju Ke Penamatnya

Begitulah entry aku untuk bulan ni..lama beno rasenya aku tak mengupdate blog aku ni. Kali terakhir pada akhir bulan Ogos hari tu. Bercerita pasal hari pertama aku menjadi seorang guru.

Biarpun sebagai guru ganti di Sekolah Kebangsaan Merlong, namun aku cukup puas kerana salah satu cita-cita aku pada waktu kecil untuk menjadi guru akhirnya terlaksana juga.

Aku bangga kerana dapat juga memberikan sedikit ilmu walaupun aku juga serba kekurangan dalam skill mengajar tapi aku tetap berusaha memberikan yang terbaik untuk anak didikku. Sebenarnya memang bukan mudah untuk menjadi seorang pendidik ni. Kalu ilmu belum cukup di dada janganlah berani untuk mendidik. Tapi, aku patut bersyukur kerana dapat diberikan peluang yang cukup berharga ini.

Walaupun sekejap saje, namu aku seronok melayan karenah-karenah anak-anak murid yang banyak cakap, banyak bertanya. ade ajer benda yang ditanyanya. Kadang-kadang naik letih nak menjawab.

Bulan ni dah masuk dua bulan juga aku berkhidmat sebagai cikgu ganti di SK Merlong. Last sekolah pada 9/11 ni. Cepat benar masa berlalu. Maka berakhirlah sudah khidmat aku mendidik mereka semua. Anak-anak muridku semua terperanjat bila aku mengatakan yang aku tidak lagi mengajar mereka pada tahun hadapan. Mereka tanya aku dapt mengajar di sekolah mana. Aku hanya tersenyum saja.

Harap-harap mereka semua gembira dan suka dengan cikgu ganti ni. Sebenarnya, banyak lagi kenangan yang hendak aku kongsikan di sini. namun, masa rasanya tak mengizinkan. InsyaAllah, kalau ade masa yang panjang, aku akan cuba berkongsi lagi pengalaman-pengalaman ku semasa mengajar di Sekolah Merlong. apa aktiviti yang telah ku lakukan bersama mereka.

Rasanya, cukup sampai di sini sahaja untuk entry kali ini. InsyaAllah, untuk masa akan datang aku tulis lagi.
Wassalam....

Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Novel Review : Dia Imamku

Novel: Dia Imamku Novelis: Siti Rosmizah Rate: 9/10 Tarikh Bacaan: 27 - 28 Jun 2020 "Lemah ke seorang lelaki andai dia menitiskan air mata?" Sinopsis Kulit Belakang: Sombong! Berlagak! Itulah diri Cempaka Humairah. Dia benci dengan cucu angkat neneknya. Amiruddin, lelaki kampung yang tak dipandang sebelah mata. "Suka kamu kata Bangla. Budin ni ada kebun pisang." tegur Nenek Bunga. Kebun pisang? Lagilah Humairah tak pandang. Amiruddin itu kekasih Dahlia, sepupu Humairah. Dahlia ni tak adalah baik mana. Mata duitan. Boleh pula jatuh cinta dengan Rafiq, kekasih Humairah. Peranglah jawabnya. Amiruddin dianiaya oleh pak longnya. Nenek Bunga dapatkan dia kerja sebagai pemandu Humairah. Kesian Amiruddin, hari-hari kena marah, kena maki. Sabar aje dia. Kalau orang lain, dah naik pelempang kat muka. Datin Orkid ibu Humairah, kecewa dengan suaminya, Dato' Malik kerana menjadi wali pernikahan Lily, anak sulungnya. Demi cin...

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...