Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2012

di sekolah..

Dah waktu rehat dah. Jam menunjukkan sudah pukul 9.54. Waktu rehat murid-murid. Cikgu-cikgu lain juga sudah g rehat. Tinggal aku ajer kat dalam bilik guru ni. Tak nak la g makan. Nak diet. Hehehe... Hari ni menu aper ek agaknya? Kalau nasi biasanya aku tak makan. kalau perut aku ni dah menyanyikan lagu keroncong buat Ana baru aku betul-betul pergi makan. Kalau menu ari tu mee atau meehun may b aku pergi. Bukan apa, balik nanti makan lagi. Asyik kije makan jer. Bila pula nak kurus ni. Hahaha... Kelas aku lepas rehat ni. Kelas Bahasa Melayu Tahun 2 dan Matematik Tahun 3. Sebelum rehat takder kelas. Tu yang duk melanguksurf internert ni. Kalau tak memang takder lah. Ni nasib baik ader internet. Hahaha.... Lagipun sekarang ni murid-murid baru lepas exam. Bukan main lagi enjoy lah dorang. Aku pun tak tahu dah nak mengajar apa kat dorang. Lagipun buku-buku teks pun dah dihantar. opps..nanti sambung balik lah..nak masuk kelas..

Hampir Menuju Ke Penamatnya

Begitulah entry aku untuk bulan ni..lama beno rasenya aku tak mengupdate blog aku ni. Kali terakhir pada akhir bulan Ogos hari tu. Bercerita pasal hari pertama aku menjadi seorang guru. Biarpun sebagai guru ganti di Sekolah Kebangsaan Merlong, namun aku cukup puas kerana salah satu cita-cita aku pada waktu kecil untuk menjadi guru akhirnya terlaksana juga. Aku bangga kerana dapat juga memberikan sedikit ilmu walaupun aku juga serba kekurangan dalam skill mengajar tapi aku tetap berusaha memberikan yang terbaik untuk anak didikku. Sebenarnya memang bukan mudah untuk menjadi seorang pendidik ni. Kalu ilmu belum cukup di dada janganlah berani untuk mendidik. Tapi, aku patut bersyukur kerana dapat diberikan peluang yang cukup berharga ini. Walaupun sekejap saje, namu aku seronok melayan karenah-karenah anak-anak murid yang banyak cakap, banyak bertanya. ade ajer benda yang ditanyanya. Kadang-kadang naik letih nak menjawab. Bulan ni dah masuk dua bulan juga aku berkhidmat sebagai ci...