Monday, 27 May 2019

Novel Review: Halusinasi

Novel: Halusinasi

Novelis: Jessy Mojuru

Rate: 6/10

Tarikh Bacaan: 23/05-27/05/2019


Aku bagai bayang-bayang....Ke mana jua kau pergi aku akan mengekori.

Sinopsis Kulit Belakang: 

Maya begitu teruja menukilkan karya mistik. Bab demi bab dikarang dengan penuh penghayatan. Kisah misteri melibatkan sebuah kemalangan ngeri tiga buah kereta.

Sepanjang menyiapkan karya itu, dia sering disergah lembaga berkelubung. Ada sahaja makhluk yang menakutkan datang mengganggu. Fikirnya, itu cuma halusinasi.

Dia juga didatangi suara tanpa wajah yang mahukan dia menyelesaikan sesuatu yang dia tidak tahu. Sedangkan dia menyangka sedang berimaginasi dengan watak-watak dalam karyanya.

Tanpa disangka, segala yang tercoret dalam karyanya benar-benar terjadi! Malah rentetan daripada malapetaka itu, seorang demi seorang kenalannya mati.

Maya bingung. Dia cuma novelis. Benarkah dia sekadar berhalusinasi? Dan apa sebenarnya yang suara tanpa wajah itu mahu daripadanya? Selagi dia tak merungkai kemelut ini, selagi itu dia terus dihantui.
.
.
.
.
Komen Cik CT:

Fuhh, sakit kepala gak bace novel seram Halusinasi ni. Mujur aku tak berhalusinasi jer. Hihihi. Novel yang agak berat dan memenatkan minda aku. Aku terkadang pening dengan jalan ceritanya. Complicated sikit nak pahamnya. 

Tapi novel ni agak menariklah sebab aku berjaya habiskannya dalam masa 5 hari jugak lah. Sampai bab nak akhir-akhir tu aku dah tak sabar nak tahu ape sebenarnya yang terjadi pada Maya, Emelda, Zak, Jake, Ardey dan yang lain-lain. Wujudkah mereka sebenarnya??

Actually, aku agak confuse dengan jalan cerita novel ni sebenarnya. Plot twist nye terlalu banyak. Hahahaha. Agak-agak kalau didramakan ni boleh jadi satu drama yang menarik giteww...Buat penonton ternanti-nanti. Siapa dalang yang sebenarnya? Macam Mana semuanya boleh berlaku? Manusia atau hantukah sebenarnya mereka semua? Kalah filem Misteri Dilaila ni. kihkihkih.

Tapi apa-apa pun, aku berjaya menyetelkan naskhah ini. Lepas ni tak nak dah bace novel seram thriller ni. Sakit pale aku membacanya walaupun best dan menarik. Hahahahaha...


Monday, 20 May 2019

Novel Review: Cinta Kita Sempoi

Novel: Cinta Kita Sempoi

Penulis: Ummu Wafa

Rate: 7/10

Tarikh Pembacaan: 13 - 20/5/2019



"CINTAKU BARU BERMULA, TAPI TIPUMU SUDAH BERMAHARAJALELA"

Sinopsis Kulit Belakang: 

SONIA - anak hartawan yang bekerja sebagai cleaner. Bekerja untuk meredakan tekanan dan mencari kebahagiaan yang telah lama hilang. Dalam diam, dia mula mencuri pandang pada bosnya yang berwajah sejuk tapi mahal dengan senyuman. Perasaanya kembali terisi. Tapi ikhlaskah lelaki itu menerima dirinya yang serba kekurangan itu?

JOE - lelaki hebat, baik dan prihatin. Dia ada segalanya tapi hatinya kosong tanpa cinta. Tanpa diduga, kehadiran Sonia mula mewarnai hari-harinya. Di saat hatinya berlagu rindu, dia dikejutkan dengan berita yang tak diduga.

PENIPU! Akibat terlalu marah dan rasa diri tertipu, Joe menghalau Sonia jauh daripada hidupnya. Tapi lucunya, cakap tak serupa bikin. Bila Sonia menghilang, Joe jadi sasau. Sakit hatinya melilit hingga ke jantung bila Sonia didampingi lelaki yang lebih handsome dan bergaya. Aduh, apa dia nak buat ni? Walau apa pun yang terjadi, Joe mesti menawan hati Sonia semula. Kalau tak, jiwa kacaulah hidupnya.
.
.
.
.
Komen Cik CT:

Finally, kat kampung juga aku dapat habiskan baca novel ni. Pagi tadi setel. Ini novel kedua Ummu Wafa aku baca. Sebelum ni aku bace novel Awek Abang Poyo. Aku suka gaya penulisan novelis ni. Santai, relaks dan chill. Tak dan nak stress dah terhibur semula. Hahaha. Kalau baca novel-novel lain, memang berkerut dahi aku bila tiba tang konflik tu. Tp novel ni tidak.

Aku suka watak Sonia. Dia sangat positif selepas melalui hari-hari yang sukar buat diri dia. Anak yang dikandung sembilan bulan sepuluh hari tiba-tiba dibawa lari. Dahlah bekas suami menceraikannya tanpa sebab yang kukuh. Kalau aku lah, memang tak tahu lah apa nak jadi. Meroyan teman dibuatnya.

Finally, Sonia sedar dugaan yang dihadapinya tidak seteruk berbanding dengan orang lain. Kalau kita rasa dugaan yang Allah beri sangat berat pada kita tapi ketahuilah ada lagi individu yang dugaannya lagi hebat dan berat. Ujian dan dugaan yang Allah beri pada kita bukanlah tanda Allah tidak sukakan kita tapi sebenarnya Allah sangat sayangkan kita. Itu sebab Dia pilih kita untuk hadapi cabaran dan terima dugaan yang Dia beri.

Dalam novel ini, penulis jugak menceritakan semangat dan perjuangan Sonia dalam mencurahkan khidmat baktinya dalam membantu orang-orang yang memerlukan bantuan terutamanya di Gaza. Dia rasa sangat bahagia bila dapat membantu orang yang diperlukan bahagia. Aku tak tahu lah kalau aku boleh jadi macam si Sonia ni. Sanggup berjuang ke jalan Allah. Wallahualam.

Apa-apa pun aku memang suka dengan gaya bahasa yang digunakan penulis dalam karya beliau ni. Sangat-sangat santai. Kelakar pun iyer. Sempoi je dialog dia. Hahaha...  

So, memang tak rugi lah aku bace novel ni. Hehehehe... 


Tuesday, 14 May 2019

Bye Bye Yasirah

Kali ni Yasirah pulak yang meninggalkan Revongen..Uhukuhuk...semua orang dah pergi tinggalkan aku. Why aku masih di sini lagi...???

Why????

Tekad sungguh keputusan Yasirah nak tinggalkan Revongen. Tapi dia tak apelah, kalau x bekerja, ape de hal. Ada abang akak yang boleh support die sementara nak dapatkan kerja baru. Kalau aku, janganlah mencari pasal. Hehehe.

Aku rasa akan lagi ramai budak2 Revongen yang keluar lepas ni. Huhuhu.

Takper, kita tinggalkan dulu kisah siapa yang akan pergi selepas in...skang aku nak bercerita tentang iftar kitorang dengan Yasirah tadi. Alhamdulillah...dapat jugak together-gether dengan Yas. Dapat jugak berbuka puasa bersama-sama. Tadi kami berlima jer. Aku, Yas,  Izzati, mirrah dan Nabila. Yang lain tak dapat nak join. Takperlah, mungkin next time.

Seronok td dpt berbuka puasa Kat kedai makan RM. Dapat jugak kitorang makan kat sini. Ingatkan penuh rupa-rupanya tak ade org langsung. Kihkihkih. Kitorang amik  2 set tadi. Ada siakap stim, tomyum putih campur, kailan ikan masin, telur dadar dan sambal belacan. Puas hati. Harga pun sangat berpatutan.  5 orang RM72 termasuk air.

Lepas ni boleh lah mai datang berbuka puasa kat sini lagi. Bila dapat kumpul ramai2 ni banyaklah gossip yang terkeluar. Hahaha. Membawang itu harus.


Gigih kami berusah untuk mendapatkan hasil tangkapan yang ohsem sebegini. Hahaha. Tak perlu berdiri atas kerusi.


Yang tengah tu lah orang yang dirai. Si bongsu di apit kiri dan kanannya dengan along-along.


Lepas ni x nampak lagi lah wajah si adik maniss kite no lagi. Uhukuhuk. Sedeynyeee.....

Bye bye Yasirah!!! Kak yus doakan Yas terus maju jaya dalam ape juĂ  yang Yas ceburi. Jangan lupakan kami disini.

Monday, 13 May 2019

Novel Review: Epidemik T

Novel: Epidemik T

Novelis: Helmi Effendy

Rate: 8/10

Tarikh Pembacaan: 11 -12 Mei 2019



"Mereka bukan manusia, mereka juga bukan binatang, tapi....."

Sinopsis Kulit Belakang:

Dari alam barzakh, mereka merangkak ke dunia. Itulah perumpamaan yang boleh diberikan untuk sekumpulan survivor yang Cuba hidup dalam neraka dunia. Tiada seorang pun yang boleh hidup dari serangan virus ini. Dan tiada vaksin yang boleh mengubati penyakit in melainkan mati.

Adam Harish Dan Amirul Ashraf, Dua hero Malaya ditugaskan menyelamat Pulau Eurasia dari ancaman virus ini di samping menyelamatkan anak perdana menteri, Shila yang diculik Asstrold Pharmacy.

Dapatkah Adam Harish dan Amirul Ashraf melakukannya? Dapatkah Shila diselamatkan? Dan mampukah Pulau Eurasia dipulihkan?

"Aku tahu betapa bangsatnya dia! Tapi apa bezanya kau dan dia bila kau bunuh dia nanti? Dia perogol dan kau, pembunuh!" - Datuk Hafeez

" Memang aku dah hilang akal! Kita akan mati dibaham zombi-zombi itu kalau kita tak cabut lari." - Farah

" Ke sebuah tasik. Sumber daripada HQ mengatakan bahawa Shila ada bersembunyi disitu." - Harish
.
.
.
.

Review Cik CT:

Satu lagi novel thriller menjadi pilihan bacaan aku di waktu lapang minggu lalu. Karya novelis yang tak pernah aku baca novelnya. Hehehe. Tak kenal pun siapa novelisnya. Novel ni pun aku grab semasa di Karnival Karangkraf awal tahun yang lalu. Disebabkan cover novelnya yang agak menarik dan ala-ala seram, so novel ini menjadi pilihan aku waktu tu. 

Ala-ala macam Train To Busan chuollss...menerapkan pengkisahan tentang satu virus yang menyerang penduduk Pulau Eurasia, satu pulau, penempatan yang penulis imaginasikan berada di Malaysia. Virus merbahaya ini telah menyerang seluruh penduduk Eurasia dimana mereka akan berkelakuan seperti zombi jika digigit oleh zombi yang lain. Penulis tak menerangkan langsung punca sebenar kenapa Asstrold Pharmacy menyebarkan virus itu. Sepanjang novel ini hanya menceritakan bagaimana sekumpulan manusia terpaksa bertungkus lumus menyelamatkan diri masing-masing dari dibaham makhluk zombi ini. Mereka terpaksa menjadi survivor di neraka dunia itu. 

Plot cerita memang agak menarik. Aku tak sabar-sabar nak habiskan pembacaan. Time aku baca tu aku rasa macam tengah dalam dunia game. Hahaha. Pendek kata, cerita ni macam dalam game lah. Tentu penulisnya suka main game kot. Hahaha...Penggunaan beberapa jenis senjata api pun penulis ceritakan dalam novel ini. Di akhir muka surat, part ilmu, penulis menerangkan setiap jenis senjata api yang digunakan oleh setiap watak.

Bila aku baca novel ini, dapat aku simpulkan bila kita semua berada di dalam keadaan yang sangat terdesak kita menjadi seorang yang sangat pentingkan diri sendiri. Kita hanya memikirkan keselamatan diri kita sendiri. Kita jadi selfish. Kita dah tak hirau dah orang sekeliling. Apa yang kita tahu kita selamat. Kebergantungan kepada Allah sangat-sangat penting. Bilamana kita berada di dalam keadaan yang sangat mengancam nyawa kita, tak ada orang lain yang boleh membantu kita, yakinlah bahawa Allah itu senantiasa berada bersama kita. Bersungguh-sungguh meminta pertolongan daripadaNya kerana Dia lah sebaik-baik pertolongan.

Seramm?? Aku tak nak kata novel ini sebagai novel seram. Novel ini lebih kepada unsur suspen thriller. Korang tengok movie zombi kat pawagam tu korang rasa seram tak?? Takkan...same lah macam bace novel ini. Aku lebih kepada rasa suspen. Apa akan jadi pada dorang lepas tu? Dapat ke dorang survive dari ratusan zombi yang tunggu masa je nak mengokak otak dorang dan makan daging dorang? Disebabkan rasa ingin tahu yang melampau tu, semalam jugak aku habiskan novel ini. Hahaha. So, endingnya??? Sangat memuaskan hati. Aku simpulkan, Pulau Eurasia dilenyapkan terus bagi mengelakkan virus itu merebak ke Kuala Lumpur. Walaupun ramai yang tak terselamat dari kokakkan zombi tu, namun mereka yang lain (watak penting) dalam novel ini finally survive. Hero...mana boleh mati. Hahaha...

P/S: Ha Ji Won dan Izreen Azminda pun ade dalam novel ni chuolss...Hahaha. Nak tergelak aku baca.

Monday, 6 May 2019

Day 1 Puasa Ramadhan

Alhamdulillah, selesai Ramadhan yang pertama. Berbuka puasa dirumah bersama teman-teman serumah. Masak simple jer. Lauk sardin telur dadar. Syukur...itu je yang ada. Hati tak teringin lagi nak ke Bazar Ramadhan. Risau hati ni tak kuat. Tapi tengoklah esok lusa macam mana.

Malam kedua solat sunat tarawih. Tapi buat dirumah jer. Alhamdulillah. Mudah dan ringkas. Yakin moga Allah menerima solat ku itu. Ameen!!!


Novel Review: Marry Me, Senorita

Novel: Marry Me, Senorita

Novelis: Suri Ryana

Rate: 7/10

Tarikh Pembacaan: Start lupa bila, tapi habis baca semalam. Hohoho...


" Nak terima atau nak tolak lamarannya ni? "

Sinopsis Kulit Belakang:

"Marry me, Senorita." - Isa Alejandro.

Tak habis-habis lelaki kacukan Sepanyol itu melamar Sofiy Leia sehingga gadis itu kusut dan serabut dibuatnya! Takkanlah nak terima lamaran lelaki yang baru dikenalinya tak sampai seminggu tu? Sudahlah lepas laku. Pengetahuan agama lelaki itu pulak boleh dikatakan zero! Atuk dan nenda pun susah nak percaya yang cucu mereka mahu memilih gadis Muslimah seperti Sofiy sebagai isteri.

"Lain pulak taste dia kali ni, abang......"- Engku Zaharah.

"Boleh percaya ke cucu bertuah awak tu nak kahwin dengan gadis begini?"- Engku Aziz.

Isa Alejandro hadir saat Sofiy Leia tidak mempunyai siapa-siapa dan berada dalam bahaya.

"Tak ke awak rasa pernikahan ini tak akan diberkati? Satu masa nanti awak akan tinggalkan saya, kan? Sebab awak tak cintakan saya. Perkahwinan sepatutnya menjadi satu ibadah. Kita harus ikhlas bernikah kerana Allah."- Sofiy Leia.

"Berkat? Well, terus terang aku tak arif tentang itu. What I know, we'll make a good pair and this is a win-win situation. Kau tolong aku dan aku tolong kau."- Isa Alejandro.

Terpaksa atau rela? Itu bukan soalnya. Persoalannya sekarang, dapatkah perkahwinan ini bertahan sehingga ke akhirnya? Sudahlah mereka berasal dari dunia yang terlalu jauh berbeza. Si perempuan Sepanyol celup, Rosa Arabella a.k.a Rosmina Sukardi pun turut sama menagih cinta Isa Alejandro. Belum lagi bercakap tentang mama dan papa Isa Alejandro yang sukakan pelakon sendu itu. Dalam kekusutan, ada gelora cinta yang semakin membahang. Namun, bahagianya cuma sementara. Badai yang melanda memisahkan dua jiwa yang sedang asyik dilamun asmara.

Namun, benarkah apa yang telah ditakdirkan untuk kita, akan tetap menjadi milik kita akhirnya?

"Now, pandang sini dan bagitau abang yang Sofiy tak cintakan abang."- Isa Alejandro.

"Benarlah garis waktu tak akan mampu menghapuskan rasa itu."- Sofiy Leia.

Masihkah ada harapan untuk cinta mereka mekar semula?

.
.
.
.
Review Cik CT:

Banyak benarnye dugaan nak menghabiskan novel terbaru Suri Ryana ni tau. Seingat aku sebelum aku bertolak ke Silipat sampailah dah seminggu lepas tu x habis-habis baca jugak. Semalam baru dapat habiskan bacaan.

Eksaited aku nak dapatkan novel terbaru karya novelis Suri Ryana yang popular dengan Playboy Itu Suami Aku!, M.A.I.D, Isteri Separuh Masa, Klik Pengantin Musim Salju, Panahan Cinta, Mr Agrophobia dan  yang paling latest, Marry Me, Senorita. Novel2 beliau kebanyakkannya dah ditayangkan di kaca tv dalam bentuk drama.

Novel terbaru beliau membawakan kisah seorang lelaki@anak yang jauh ketinggalan meninggalkan agamanya disebabkan didikan ala Barat yang diterapkan oleh kedua ibu bapanya. Desperado mencari calon isteri yang muslimah dan solehah bagi mengaburi mata atuk dan nenda yang bakal melenyapkan namanya di antara senarai pewaris kalau tak berubah perangainya.

Plot cerita tersangatlah romantis. Bergula-gula bak gula dihurung semut yang banyak sekali. Hahaha. Tersenyum-senyum dibuatnye. Tapi, adakalanya, geli-geliman jugak nokkss...Novel ~ sekadar fantasi dan imaginasi sang penulis. Ada ke tidak realitinya di dunia sebenar.

Banyak pengajaran yang boleh diambil dari novel ini. Jika tak tahu, carilah ilmu itu. Jangan mudah putus asa untuk mendalami agama. Konsisten dan tetapkan niat untuk berubah kerana Allah. Kalau berubah disebabkan seseorang, maka sekerat jalanlah hijrahnya itu.

Tak banyak yang aku nak komen. Bagi aku novel ni boleh lah ~ so so orang kata ~>Tapi citarasa setiap orang tentunya berlainankan. Ada orang kata novel ni best gilerr, ada orang kata novel ni biasa biasa aje. So, pilihan ditangan masing2 untuk tentukan. Tak gitewww!!!! Hehehe...

Next novel review aku ~ Tak Cinta Tak Apa ~





Selamat Menyambut Ramadhan

Alhamdulillah..bertemu kembali Kita di bulan Ramadhan yang mulia ini. Bulan di mana kita berpeluang untuk mendapatkan seberapa banyak pahala.

Selesai bersahur lebih kurang setengah jam yang lalu. Alhamdulillah, nasi sepinggan bersama telur mata kicap menjadi juadah bersahur aku. Tak dilupa 3 biji buah kurma sebagai Sunnah.

Mudah-mudahan dapat menjalankan ibadah puasa yang pertama ini dengan baik dan lancar. Ameen.

Untuk kawan-kawan semua, Yus ucapkan Selamat Berpuasa. 


Hi Blog Cik CT 2025 - Cik CT kembali

Hello Blog Cik CT..... Ommoo...ommoo...Lame giler tak bukak blog Cik CT ni. Berhabuk giler dah. Bukan ape cuma tak de masa nak mengupdate. S...