Friday, 24 April 2020

Salam Ramadhan 1441 H / 2020 M

Alhamdulillah...masih diberi kesempatan bertemu dengan bulan yang paling mulia iaitu bulan Ramadhan. Namun, bulan Ramadhan pada tahun ini disambut dengan sedikit kelainan di mana kita semua menyambutnya dalam tempoh kawalan pergerakan (PKP). Sebagaimana semua tahu, tempoh PKP yang kita lalui telah masuk ke fasa 3 minggu depan. Kalau di kira-kira dah 38 hari seluruh rakyat Malaysia berkurung di rumah. Kerja pun buat dari rumah. Kita mengharapkan agar rantain covid-19 ini segera putus seratus peratus. Dapatlah kita semua merayakan Syawal yang kunjung tiba tak lama lagi.

Hari pertama berpuasa di rumah sewa baru di Pangsapuri Seri Intan, Setia Alam. Mujur jugak Uji ada menemani. Hanya Mirrah je yang seronok meraikan bulan Ramadhan ini bersama keluarga. Sedihnya rasa bila tak dapat balik ke kampung menyambut puasa dengan keluarga. Kalau tak mesti meriah time berbuka puasa. Tahun ini jugak no more solat tarawih di surau mahupun masjid. Kita semua solat tarawih di rumah masing-masing. Alhamdulillah, malam ni malam kedua solat tarawih sendirian. Syukur. Tahun ini jugak no more bazar ramadhan. Tiada lagi popia basah. Tiada lagi air mangga royal. Tiada lagi air katira. Tiada lagi murtabak. Tiada lagi roti john. Agak terasa kelainannya Ramadhan 1441H/2020M ini. 

Moga Ramadhan tahun ini membawa keberkatan kepada kite semua seluruhnya. 

Selamat Menyambut Ramadhan Kareem.
Gunakanlah sebaik mungkin mengumpul pahala di bulan yang mulia ini.  

Tuesday, 7 April 2020

Happy Birthday Siti Faiross

Happy Birthday to you...

Happy Birthday to you...

Happy Birthday to Siti Faiross...

Happy Birthday to you....
.
.
.
Selamat Hari Lahir Siti Faiross Shariff yang ke-33. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan, dipercepatkan jodoh dan semoga dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah.

Selalunya kalau time my birthday, aku memang akan balik kampung. Celebrate bersama mak dan ayah. Belanja mereka makan. Tapi tahun ni tak dapat nak meraikan hari kelahiran aku bersama-sama mereka disebabkan tempoh PKP Malaysia. Tak mengapalah. 

Tak sangka dah 33 tahun rupenya aku ya. Rasa macam still muda remaja giteww. Tahun ni ada kelainan sikit sebab orang tersayang yang jadi orang pertama wish birthday aku. Siap nyanyikan lagu birthday lagi. Tapi itupun aku bagitahu si dia esok hari ape. Hahaha. Boleh die lupa. 😂😂 cehh!! Aku bukanlah sejenis yang suka merajuk pada hal yang kecil. So, malas nak merajuk2 kalau si dia lupa birthday aku pun. Tapi kalau lepas kawen pun still lupa, itu baru aku fikir nak merajuk ke tak. Hahaha...

Sempena hari kelahiran aku hari ini, aku berdoa moga dunia kembali normal semula. Kau angkatlah semula musibah corona virus  ini. Kau pulangkanlah kembali kehidupan kami yang dahulu. Kau permudahkanlah urusan kami semua. Kau berikanlah kami peluang untuk kembali ke pangkuan keluarga. Kau berilah kami peluang untuk ke rumah mu Ya Allah. 

Itu yang aku harapkan sangat-sangat. Semoga semuanya akan berakhir. Aminn..

Hadiah untuk diri sendiri??? Hurmm....dah ade baby orange menanti di kampung. Bile lah gamaknya dapat drive baby orange kan. Hehehe...

Hi Blog Cik CT 2025 - Cik CT kembali

Hello Blog Cik CT..... Ommoo...ommoo...Lame giler tak bukak blog Cik CT ni. Berhabuk giler dah. Bukan ape cuma tak de masa nak mengupdate. S...