Tuesday, 20 February 2018

CRUSH DAH NAK KAHWIN!!!

Apa perasaan kau bila kau dapat tahu yang crush korang bakal mendirikan rumah tangga tak lama lagi?????

Sedih ke??
Kecewa ke??
Redha ke??
Atau pun rasa nak pergi musnahkan majlis crush kau dan pasangannya tu.

Hahaha. Janganlah sampai macam tu sekali nak musnahkan masjid yang bakal dibina. Doakanlah yang terbaik untuk si dia. 

Salah sendiri jugakkan kenapa tak bertindak awal? Kalau dah suka, apa salahnya luahkanlah rasa hati tu. Paling kurang bila kene reject tak ade lah terasa sangat. Ni tidak, bila dapat tahu si dia nak kahwin, kau meroyan tak tentu hala pulak. Memang mendapatlah jawabnya. Hahaha!!

Buat si dia, SELAMAT PENGANTIN BARU!! MOGA KEKAL BAHAGIA HINGGA KE SYURGA!!!

"Semoga Allah memberi berkah kepadamu dan atasmu serta mengumpulkan kamu berdua (pengantin lelaki dan perempuan dalam kebaikan."



Kuala Lumpur Fun & Ride @ Titiwangsa 2018 - 03 Februari 2018 -

Larian ketiga yang aku sertai pulak ialah Fun & Ride @ Titiwangsa 2018 yang bertempat di Kompleks Sukan & Wilayah, Kampung Pandan, KL. Larian itu diadakan pada 03 Feb 2018, hari Sabtu. Bayaran yang dikenakan tak silap aku RM55 jer untuk 5KM. Mujur lah jugak, venue larian ni dekat dengan rumah adik aku kat Pandan Mewah. So, die lah yang tolong amikkan race kit aku, Uji dan Najat hari tu. Hehehe. Oh ya, by the way, kitorang tidur umah adik aku malam tu. Memang tidaklah nak bangun pagi-pagi buta baru nak gerak ke venue larian tu. Hari tu pun kami dah lewat benonye. Flag Off pukul 7.45 pagi. Sampai-sampai jer kami terus berlari tau. Tak sempat nak warm up. Tapi alhamdulillah, berjaya jugak menghabiskan larian selama lebih kurang 1 jam lebih. Hehehe. Banyak berjalan lenggang kangkung je kojenye. 

Banyak aktiviti menarik yang diadakan pada hari itu. Kalau rasa nak naik belon udara panas, boleh lah naik. Bayaran yang dikenakan adalan RM10 seorang. Kitorang tak naiklah sebab rasa sangat tak berbaloi pulak nak bayar sepuluh ringgit tu untuk beberapa minit jer. Baik habiskan duit tu buat beli KFC. Hahaha. 

Selain dari itu, ada juga persembahan dari artis-artis. Antaranya ialah Ezlyn, Cat Farish, Nabila Razali dan juga Khai Bahar. Dapat lah jugak tengok in person dorang ni semua. Dapat tengok persembahan Khai Bahar. hurmm, orangnye biasa-biasa jer. Kalau aku tak kenal die sebagai artis, memang aku tak kenal langsung mamat ni. Hahaha. Pada hari itu, Khai Bahar mendendangkan dua buah lagu dia iaitu Luluh dan Bayang. Aku terhibur masa persembahan Ezlyn. Lagu Hi Bye Bye memang menggamit semula memori masa zaman sekolah-sekolah dulu. Popular kot lagu tu. Ezlyn pun tersangatlah ramahnye. Suka tengok.

Masa tengah-tengah seronok layan lagu Hi Bye Bye tu, tetibe perasan ade sorang artis ni. Rupe-rupenye Serina Redzuan. Apalagi, mintaklah permission die berselfie. Dengan tak sombongnye dia bergambar bersama kitorang bertiga. Siap die buat IG story dengan kitorang lagi. Hahaha. Chef Wan pun ade tau buat demo masakan. Tapi kitorang bertiga tak pergi pun. Kitorang gigihlah menunggu kot kot terkene cabutan bertuah. Banyak jugak hadiah-hadiah yang ada untuk mereka yang bertuah. Antaranya basikal, drone. gopro, phone, motor dan macam-macam lagi lah. Banyak sponsor untuk event hari tu. Nak dijadikan ceritanya, no  1399 cukup bertuah pada hari itu. Hahaha. No aku dipanggil untuk menerima hadiah. Hadiahnya ialah tempat letak botol air kat basikal. Hahaha...Jadilah kan!!


Tu ha belon udara panas yang kalau nak naik kene bayar RM10.


We did it!!!

 
Masa berlari pun sempat selfie.


Gambar kenangan bersama medal masing-masing.
 

Tak dapat naik, dapat bergambar pun jadilah..


Haaa..ni lah no yang sangat bertuah tu. Hehehe


Kakak Serina Redzuan
 



Haa..ni lah rupe budak yang bertuah tu. hahaha




Abang Khai!!!


Kakak Ezlyn!!

Kuala Lumpur International Run 2018 - 01 Januari 2018 -

Hi..aku berjaya access semula blog aku. Hurmm..patutlah aku tak boleh access sebab Google detect ade cubaan untuk sign in account aku guna password yang same. Padahal aku sendiri yang create account tu. Haila...La ni, sama ada aku tukar password baru untuk account google yang baru aku buat hari tu atau pun aku delete jer terus account tu. Huhuhu. Asal dah boleh bukak semula blog aku ni kire orait lah. Hahaha...

Ni entri yang kedua aku post untuk tahun 2018 ni. Haila..dah habis bulan Feb dah baru nak start balik menulis. Macam biasa lah, perlukan keazaman yang kuat, jati diri yang jitu untuk aku kembali menulis. Banyak idea dan cerita yang nak diceritakan tapi seperti biasalah penyakit "M" tu memang payah nak lupus dari dalam diri ini. Waktu bekerja jugaklah yang die nak guna untuk update blog. Hohoho..

Seperti biasa, memang banyak sangat aktiviti menarik yang aku lakukan sepanjang tempoh aku tak mengupdate blog ni. Last entri hari tu pasal larian The Performance Series kat Setia Park Shah Alam. Awal tahun baru hari tu pulak, aku dan Uji join Kuala Lumpur International Fun Run 2018 yang bertempat di Dataran Merdeka. Memang best giler ahh. Kali ni punye larian kitorang amik 5KM. Idak lah teman nak amik 10KM. Aku dan Uji berjaya menghabiskan larian dalam masa sejam je dan oleh itu kami berjaya mendapatkan finisher medal. Hahahaha... Ini larian kedua yang aku sertai untuk pembuka tahun 2018. Sehari sebelum kejadian, aku stay semalam rumah Uji kat Good Year 3, Taipan. Senang sikit esok pagi-pagi nak ke LRT Taipan. Kitorang p Dataran Merdeka ni naik LRT jer. Malaslah bawak kete. Nanti susah nak cari parking. So, better naik public transport ajer. Flag Off bermula pada pukul 7.30 pagi. Alhamdulillah, dan lah jugak nak warm up dulu.

 Finisher Medal


No J5211 tak cukup bertuah untuk menang sebarang hadiah pada hari itu. Kalau bertuah, mungkin aku akan memiliki sebuah kereta Proton Iriz. huhuhu..

Oh ya, macam biasalah lepas larian memang tidaklah aku terus balik Subang kan. Haruslah kami jalan-jalan jelajah KL. Tak silap aku lah, petang tu baru kami berdua balik Subang semula. Memang kitorang pakai jer baju lari tadi. Hahaha..

Antara tempat-tempat yang kitorang pergi ialah Underground Dataran Merdeka, KL Heritage Museum, Textile Museum, KTMB KL, Masjid Negara dan beberape tempat yang lain. Hanya berjalan kaki je nak pergi ke semua tempat ni. Actually, tak der lah jauh sangat benonye. Seronok! rasa ala-ala tourist pulak. Hahaha..Dan semestinya take a picture memang tidak akan dilupakan. 

Masa larian pagi tu jugak, kitorang dah jalan-jalan tengok area KL. Menarik!!!



Gambar kenangan di hadapan Dataran Merdeka selepas majlis penyampaian hadiah


We did it again!! yuhuu!!


Gambar kenangan di hadapan potret beberapa pemimpin Malaysia. Ehh!! mana p potret Tun Abdul Rahman???




Janganlah tarik saya!!


Muzium Tekstil Negara. Masuk adalah percuma.



Di dalam Masjid Negara. Solat zuhur kat sini sat.

Di hadapan bangunan pejabat Keretapi Tanah Melayu Berhad.


KTM Kuala Lumpur




lapar...






Cendol Merdeka!! Sedap gilerrr!!

Thursday, 15 February 2018

Blog Cik CT tak leh nak access..TT

1st entry for a new year 2018. Lame giler x hapdate blog ni sampai aku dah tak leh nak sign in blog aku ni weii..Stress mak nak oiii..

Nasiblah pkai phone ni boleh pulak. Ape lah password blog aku ni ye??? Hishh..stress..Tenang yus. jangan gelabah. leh tu sat lagi.

Oh ya. esok seluruh mereka yang berbangsa cina akan menyambut Tahun Baru Cina. Opismate aku yg chinese pun masing2 dah start cuti. Boss bagi kami balik hari ni pukul 3 petang. Yeehaa...Bonus pun dah masuk. Masyukklahh. Hahaha...

Malam ni aku balik kg johor. mak ayah aku pun dah bising bile nak balik. Hehehe. Aku balik ngan Faz dan Ismail. Camne lab peel ismail dalam bas nnti ek. Harapnye janganlah mengarok. Hehehe..

Arghh...aku masih stress sbb x dpt nak access blog aku kat pC. Banyak bende nak hapdate ni tau...

Chaiyokk yus...!!!

Hi Blog Cik CT 2025 - Cik CT kembali

Hello Blog Cik CT..... Ommoo...ommoo...Lame giler tak bukak blog Cik CT ni. Berhabuk giler dah. Bukan ape cuma tak de masa nak mengupdate. S...