Tuesday, 29 September 2015

How to Keep Work Distractions at Bay

How to Keep Work Distractions at Bay

Why Having Lunch at Your Work Desk Is Bad for You

Why Having Lunch at Your Work Desk Is Bad for You

Hurrmm..menarik artikel yang Cik CT share from jobstreet ni. Topiknya mengenai "Mengapa menikmati waktu makan tengah hari di tempat duduk kita tidak baik dan tidak bagus untuk kita?"

Mengapa??

Point yang dikatakan dalam artikel ni semuanya betol. Mengapa tak digunakan dengan sebaik mungkin waktu lunch untuk makan tengah hari atau pun berehat. Setakat hampir dua tahun tujuh bulan Cik CT bekerja di BSTM, hanya sekali sahaja Cik CT take my lunch at my work desk. Itu pun sebab Cik CT takde kawan nak pergi lunch sesame. Hehehe..Minta tapau member dari department yang lain.

Agak x selesa sebenarnya kalau Cik CT nak makan lunch kat work desk Cik CT ni. Mana taknya, depan Cik CT ni bilik CEO. Belakang Cik CT ni pulak bilik manager Cik CT. Pendek kate tak tenteram lah kalau nak lunch dalam office ni. Hahaha. Sebab terlampau sunyi sangat. Kalau tengah makan tu boleh dengar bunyi suara kite duk kunyah-kunyah makanan tu. Hahahaha....

Selain dari itu jugak, waktu rehat la waktu kite boleh mendekatkan lagi serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kita dengan rakan sekerja yang lain. Dah lah Cik CT ni sorang-sorang je dalam department purchasing ni. Takkanlah waktu lunch pun nak sorang-sorang jugakkan. Adoiiyaiii..."No Life" kate org putih.

So, kesimpulannya...waktu rehat tu gunakanlah ia dengan sebaik mungkin. Keluarlah  lunch ngan kengkawan ke..tido ke..atau pun sembang-sembang kosong dengan mereka di pantri. Jangan bile time office hour baru lah menggatal nak p tido dalam surau lah, nak mengulau ke deparment lain lah atau pun buat hal-hal yang bukan dilakukan ketika bekerja. Hahaha..

UNTUK PERINGATAN KITA BERSAMA....:P

Tuesday, 22 September 2015

TENTOOBIES DI HATI

Tentoobies...

Secara tiba-tiba nama ini sudah melekat di hati kami
Nama yang diberikan sempena nama alamat rumah (USJ12/2B) menjadi lambang kami semua.
Hidup bagaikan di dalam satu keluarga.
Suka duka, tangis tawa kami hadapi bersama.
Kami saling lengkap melengkapi.
Saling bekerjasama dan tolong-menolong.
Bagaikan saudara sendiri tanpa ibu dan ayah yang berada jauh disisi.

Tentoobies...

Yang patah kan tumbuh kembali
Yang jauh sentiasa diingati
Begitulah juga kami
Walaupun penghuninya silih berganti
Namun hubungan yang telah terjalin erat
Tidakkan putus sama sekali
 Biarpun tidak lagi sama-sama mengharungi hidup sendiri
Keakraban itu tetap kukuh di hati kami
Memori-memori indah yang dicipta bersama akan menjadi satu momen yang takkan dilupai

 Tentoobies...

Bermasam muka
Bertikam lidah
Rasanya jarang sekali terjadi
Kita sentiasa saja happy go lucky
Kalaupun ada terkasar bahasa
Tersilap kata
Hal itu takkan lama ia terjadi

Mudah terhibur
Mudah ketawa

Itulah Tentoobies......

Sunday, 20 September 2015

Misi Menyelamat...

Apakah reaksi dan tindakan korang apabila seorang member menelefon korang dan meminta pertolongan korang untuk membantu seorang rakannya yang sedang berada di dalam kesusahan yang ketika itu sedang berseorangan di KL pada waktu tengah malam? Ketika itu korang sedang siap2 nak tido da...

1) Korang inform je pada member korang yang korang x dapat nk tolong kawan tu coz korang x dpt izin parents korang nk keluar malam tu.

2) Korang buat derk je panggilan daripada member korang tu.

3) Korang inform kat die yg korang berada di luar kawasan. Inform je yang korang la ni ade dlm hutan. Tengah bercamping.

4) Korang buat-buat lupe or dah tertido mase tu.

5) Korang dengan ikhlas hatinya pergilah membantu kawan kepada member korang yang berada di dalam kesusahan tu.

So, agak-agak ape pilihan yang korang akan pilih....

Actually, sgt x salah untuk kite menolong orang yang berada di dalam kesusahan. Menolong orang adalah sesuatu perkara yang mulia dan terpuji. Malahan dapat pahala lagi tau. Korang x nak ke pahala tu? Buat bekalan di akhirat nanti...

Tapi kadang kala perlu jugak dilihat siapa dan apa jenis orang yang nak ditolong tu. Jangan main sebarang tolong je. Kita tak tahu ape yang akan terjadi dikemudian hari nanti kan. Dalam dunia sekarang ni macam-macam boleh berlaku. Kes pukau, rogol, rompak, bunuh semacam dah jadi satu benda yang sangat mudah untuk terjadi. Lebih baik mencegah daripada merawat.  Betul tak....

Kita sebagai manusia juga memang dituntut untuk berbuat baik dan menolong orang yang ditimpa kesusahan. Pernah dengar tak kalau kite tolong seseorang itu in sha Allah, kalau kite pula yang berada di dlm kesusahan one day, pertolongan sentiasa cepat hadir. Tak rugi langsung pun kalau kita sudi menolong orang. Kita bagi makan kucing pun dah kira kite menolong dia tau. Kita tolong bagi dia rezeki yang Allah nak bagi pada dia. Kita ni as a perantaraan lah. Lagi satu, kalau kita rajin menolong orang, in sha Allah rezeki kita juga akan sentiasa dipermudahkan dan dilimpahkan.

Tapi yang menjadi masalahnya sekarang bile pertolongan yang dipohon tu mcm x kene dengan situasi. Sebagai contohnye situasi seperti apa yang Cik CT cerita kat atas ni.. Apa pilihan korang?

Yang menelefon tu member korang. Korang memang dah kenal sangat dengan die. Just korang jarang jumpe je. Kalau member korang tu yang dlm kesusahan sah-sah lah korang akan tolong kan. Sebab korang kenal dengan die. Tapi yang menjadi problemnya bila orang yang kita tak kenal tu yang minta pertolongan. Member korang tu sebagai perantaraan je sebab member korang tu x berada dalam situasi untuk die pergi menghulurkan bantuan pada rakan dia tu. So, korang lah orang yang boleh diharapkan untuk membantu member die tu. Agak pening kan situasinya. Taknak ditolong nanti, member korang tu dah beriya-iya. Dah nak mintak tolong sangat-sangat. Kalau ditolong nanti takut plak ade benda buruk yang akan terjadi kat korang. Iye lah, penyebab rakan member korang berada dalam kesusahan tu pun agak mencurigakan dan meragukan. Buat korang rasa was-was nak menolong.

Okay..kite describe sikit ape pilihan yang kite ada tu..

1) Kalau time tu kite memang tinggal dgn family ade reason lah jugak untuk tak dapat nak menolong kawan die tu kan. Gilerr ko..dalam pukul 12 lebih korang kene keluar KL sorang2 nk ambil kawan member korang tu. Sah-sahlah parents korang x izin korang pergi kan. Lebih2 lagi korang tu perempuan. Lagi macam-macam boleh terjadi.

2) Nak buat derk je pun x boleh gak. Member korang tu dah call korang nk minta pertolongan. Takkan lah aftet that nak abaikan panggilan die kan. Ape pulak kate die nanti. Lain pulak jadinya nanti. Tak pasal2 relationship persahabatan tu ade sikit goyang. Hehehe...

3) Pilihan yang ni mcm x leh pkai je. Hahaha. Nampak naw menipunya. Iye lah..x ke pelik tetiba korang kate kat member korang yang korang berada di luar kawasan. Dalam hutan plak tu. Dah tu celah mane korang ade line boleh angkat phone member korang tu. Hahaha....

4) Hahaha...yang ni mungkin akan meretakkan lagi relationship korang dgn member korang tu. Member tu tengah stress nk mintak tolong then korang boleh tetido. Tak pun terlupa. Nampaklah sangat yang korang memang x nak tolong member korang tu.

5) Untuk mereka yang punye hati yang nurani tanpa rasa was- was mungkin akan sedia membantu kawan member korang tu tanpa banyak soal. Tapi kalau nak pergi tu bawaklah member2 korang yang lain sbg langkah berjaga-jaga.

Okaylah..bagi Cik CT nak tolong orang tu sangat x salah. In sha Allah, Cik CT akan pilih pilihan yang terakhir tu. (Ceh..budget punye hati yang nurani lagi suci murni lah ni...Hahaha) Rasa curiga dan was-was sememangnya ada. So, kite perlulah pandai mengambil langkah berjaga-jaga.

Cik CT ceritalah sikit pengalaman Cik CT dan rakan-rakan dalam misi menyelamatkan seseorang semalam. Begini ceritanya around pukul 12.00 tengah malam member Cik CT, amy terima satu panggilan dari rakannya meminta tolong dia untuk mengambil seorang rakannya yang ditinggalkan suami di Stadium Merdeka, KL. Amy berbelah bagi lah jugak sama ada nak tolong ke tidak. Iye lah, kami x kenal pun sape orang yang akan kami tolong tu. Yang kenal hanyalah member amy yang mintak tolong tu. Dalam rasa berbelah bagi nak tolong tu, noma advise untuk kitorang buat cover report. Iye lah, kitorang tak tahu apa yang akan terjadi selepas itu. Boleh je jadi sebenarnya semua ini adalah satu penipuan. Mane lah tahu, dalam kami on the way nak pickup akak tu kat Stadium Merdeka rupe-rupenye akak tu ade perancangan nak merompak kitorang. Hish...selisih..minta dijauhkan.

Buatnye kami dipukau ke. Diculik ke. Tak ke naya tu. Buatnye memang dah ade group gengster tunggu nak tangkap kami kat sane, acaner tu. Tak pasal2 tak dapat nak balik kg sambut raya haji same2 dengan family minggu depan. (Jauh beno pikioqnye) hehehehehe. Negative sangatkan. Actually, bagus jugak bile kite berfikiran negative. Takder lah sokmo positive je. Di sebabkan, rase negative tu ade dalam diri kitorang, kitorang decide pergi balai polis buat cover report. Dalam setengah jam jugak Amy bg keterangan pada cik polis USJ8 tu. Then, kitorang otw gerak p KL. Di dalam kereta, rase negative still ader lagi dlm diri masing-masing. Mana taknya, bila kitorang call dan dengar sore akak tu macam xde bende yang berlaku pada die. Relaks dan cool je. Macam bukan gaya kene tinggal dek laki.

Cik CT pendekkan cerita la ye. Kakak tu mintak kitorang hantar die p KLIA malam tu. Katenye die akan gerak balik penang naik penerbangan keesokkan harinye. Yang menjadi kemusykilan di hati kitorang, akak tu sehelai sepinggang. Katenye, beg tangan berisi barang2 like purse dan ic berada di dalam kereta husband die. Dah tu celah mane plak die ade duit nak beli tiket flight kan.

Kitorang assume akak ni saje je kot minta kitorang hantar die ke KLIA tu. Mayb itu je tempat yang dirasakan selamat untuk die bermalam di sana. (Malam tu, KLIA penuh dengan orang..So, memang rase secure lah bila berada kat sana.) Tanggugjawab kitorang bertiga berakhir di KLIA itu sahaja. Actually, banyak yang kitorang x tahu pasal akak ni. Akak ni pun nampak macam tak sudi nak berkongsi cerita dengan kitorang. Takkanlah plak kitorang nak tanya lebih-lebihkan. Tak pasal2 nanti dimintanye kitorang bawak balik die ke rumah. Hish, lagi panjang pulak storynye nanti. Hahaha.

Dalam kereta pun masing-masing agak senyap. Ade bunyi krikk..krikk..di situ. Nasiblah sepanjang perjalanan, kami ditemankan dengan dendangan lagu Dengarlah Rindu nyanyian Farhan. Lagu favorite Amy dan Noma ni. Hahahaha...Amy pulak bawak kereta boleh tahan laju sebab nak cepat sampai KLIA katenye. Tak betah akak tu berlama-lamaan dengan kitorang bertiga. Hikhikhik.

Kesimpulannya, misi menyelamat berakhir dengan jayanya. Tanggungjawab akak tu plak untuk jaga diri dia sendiri. Kitorang harap akak tu selamat dan dah berbaik-baik semula dengan lakinye. Hissh, pelik betollah pasal baju pun boleh jadi gaduh. Plak tu sanggup ek si suami tinggalkan si isteri sorang-sorang kat tengah bandar. Aduhai...suami jenis apekah itu????

So, pendek kata tak ade salahnya nak menolong orang. Tapi kita harus kene lebih berhati-hati.

Penatlah Cik CT membebel malam-malam ni. So, Cik CT end of the story la ye...

Daaa.....selamat malam...

Oppss....before tu ni lirik lagu yang menemankan kami sepanjang dalam perjalanan semalam...

Kau curi hatiku dengan senyum manjamu
Membuat hatiku yang lara
Tak perlu mencuba hanya biasa saja
Bagiku kau sunggu mempesona

Tak usah ditanya dari mana datang cinta
Hadirnya tidak pernah paksa
Dirimu itulah mana cintaku berada
Akan jadi milikmu selamanya

Sayang engkau dengarlah rinduku
Yang selalu dekat untukmu
Cintaku tercipta pada dirimu saja
Tak akan berubah percayalah

Merekan kan tahu kisah ini akhirnya
Tentang cinta kita berdua
Bersama menempuh semua dugaannya
Ku akan disisimu selamanya.....



K ...good nite..

Thursday, 17 September 2015

Coretan Tengah Hari

Hari ni Cik CT tak keluar makan...Cik CT puasa ganti..Cik CT stay lepak-lepak dalam surau jer sementara tunggu waktu lunch habis. Cik CT usha-usha la FB, ig, google ape yang patut..

Cuaca pada hari ni jugak amatlah best. Alhamdulillah, dah hujan. So, jerebu mungkin akan berkurangan selepas ini.

Terdetik jugak di hati tadi, awat lah bukan semalam ye hujan...mesti syiokk tido kalau smlm hujan. Hahaha...bertambah- tambah lena lah Cik CT  tido...itu lah yang dikatakan Allah lah yang menentukan segala-galaNya. Kalau Dia berkehendakkan esok hujan, maka hujan lah esoknye. Jika sebaliknya, maka tidak hujan lah hari itu...

Berpegang pada konsep qadar dan qadar....semua yang terjadi telah ditetapkan olehNya..mungkin apa yang berlaku pada hari ini telah ditentukan olehNya...dan kita sebagai hambaNya, perlulah sentiasa muhasabah diri..sentiasa memperbaiki diri ini supaya menjadi lebih baik.....
Sentiasa dekatkan diri padaNya..

Allah tidak sesekali akan menurunkan dan memberikan kita dugaan dan cabaran sesuai dengan kemampuan kita....dugaan yang Dia turunkan pada kita adalah satu petanda bahawa Dia menyayangi dan mengingati kita. Ketahuilah, Allah sayang kepada hamba-hambaNya yang sentiasa mengingatinya, yang mengerjakan apa yang diperintahkanNya dan meninggalkan apa yang dilarangNya.....

Ya Allah, sepatutnya masa yang ade ni Cik CT patut melakukan perkara yang lebih berfaedah...misalnye berselawat, berzikir ataupun membaca al-quran. Terkhilaf Cik CT buat seketika....

Nmpaknya Cik CT harus kembali kepada pekerjaan Cik CT...

Assalamualaikum...

Coretan Tengah Hari,
Cik CT

Wednesday, 9 September 2015

Adik Cik CT Nak Masuk Tentera

Alhamdulillah...

Akhirnya, adik Cik CT yang lelaki tu dah berjaya dan layak untuk menghadiri Pemilihan Akhir Perajurit Muda Lelaki 1709/2015. Pemilihan akhir ini akan diadakan di pusat pemilihan Kem Mahkota, Kluang pada 30 September ini. Dekat sangat dah tu dengan rumah Cik CT. Ayah Cik CT juga pernah bertugas di situ dulu. So, situ tempat bermain ayah Cik CT lah masa dalam tentera dulu.

Harap-harapnya, adik Cik CT yang ni berjayalah dalam pemilihan kali ni. Nak sangat tengok die ni jadi orang yang berguna sikit. Hehehe...Tak der la duk melanguk je kat rumah tu. Biar dia tahan lasak sikit. Berdisiplin macam jugak pak Sarip tu. Jangan tak tahu, pak Sarip dulu sangatlah tegas dan berdisiplin orangnya. Kami adik beradik gerun dengan pak Sarip ni tau. Dengan misai nya yang melentik tu. (Bayangkan A.Galak dalam cerita Gerak Khas tu, yaaa, macam tulah misai ayah tersayang Cik CT), dia memang dihormati dikalangan anak-anak buahnya dulu. Bangga kami sebagai anak-anaknya. Kalau tak, tak jadi lah Cik CT seperti Cik CT yang sekarang ni. Hahaha...

Kalaulah adik Cik CT berjaya dalam pemilihan ni, in sha Allah dia layak ke pemilihan seterusnya. Berharap sangat ade dalam kalangan adik beradik Cik CT yang dapat meneruskan bakti ayah dalam tentera. Cik CT dulu memang bercita-cita tinggi nak masuk tentera tau. Tapi apakan daya, Cik CT ni rabun. Rabun bukan yang sebarang rabun pulak tu. Rabun yang tahap kalau bukak spec tu dah x nampak ape-ape dah. Sebab tu lah temuduga kemasukan pegawai imegresen tahun lepas Cik CT tak berjaya. Cik CT fail dalam ujian penglihatan. Hahaha....Dah nasib badan. Nak buat lagu mana. Tak ditakdirkan untuk jadi seorang tentera atau pun yang bersangkut paut dengan badan beruniform ni. Silap-silap jadi polis bantuan pun x lepas ni. Biarlah adik Cik CT yang meneruskan cita-cita Cik CT ni. Amiiin....

Proses pemilihan nanti bakal melibatkan beberapa perkara. Antaranya:

1) Pemeriksaan Kesihatan dan Pergigian - Cik CT tak tahulah tahap mana kesihatan adik Cik CT ni. Kalau nak diikutkan, dia tak ader lah sebarang penyakit yang merbahaya. Rabun tu ader la kot. Tapi tak teruk mane lah. Tapi masalahnya dia ni rabun silau. Huhuhu. Pulak tu, adik Cik CT ni sokmo dah keluar masuk hospital. Bukan sebab sakit. Tapi sebab eksiden kereta, eksiden motor. Dua tahun lepas kalau Cik CT tak silap, dia masuk ICU coz eksiden motor. Dilanggar kereta dari belakang. Teruk jugak kecederaan dia tu. Berparut muka tu sampai sekarang. Sekali tengok dah macam mafia dah. Hahaha...Tang gigi tu okay kot. Tak ade pape masalah. Setahu Cik CT, adik Cik CT ni merokok. Tapi tahap mane addicted merokok die Cik CT tak tahu pulak. Huhuhu. Tapi apa-apa pun, harapnya die luluslah dalam pemeriksaan kesihatan dan pergigian tu nanti.

2) Ujian IQ dan Psikologi - Yang ni Cik CT tak tahu lah sama ada adik Cik CT tu lepas ke idak. Tahap IQ die tu pun bukannya tinggi sangat. Hahaha..(kutuk adik sendiri pulak). Test komputer ujian memandu pun gagal sampai lima kali. Ace ner tu??? Kita tunggu dan lihat lah cmne nnti ye.

3) Ujian Jasmani - Mungkin ujian jasmani mudah dan kacang sebab adik Cik CT ni jenis yang memang lasak orangnya. Mungkin setakat lari 2.4KM, tekan tubi, lompat jauh tak menjadi masalah bagi dia kot. Hahaha..

4) Pemeriksaan Dokumen - Hurmmm, bab untuk menyediakan salinan copy IC, transkrip dan sijil-sijil ni memang adik Cik CT yang lelaki tak akan buat lah. So, kerja-kerja ni akan diambil alih oleh adik Cik CT yang bongsu tu. Takpun, makcik Cik CT. Dialah antara orang yang rajin fotokopi sijil-sijil adik Cik CT yang lelaki ni. Kalau harap adik Cik CT yang lelaki ni buat, memang tak lerrr...Sebelum ni pun adik Cik CT yang nombor tiga yang tolong uruskan semuanya. La ni die dah balik Kedah (habis cuti semester, student UUM), adik bongsu Cik CT pulaklah yang kene. Sabo jer lah ye. Kami-kami pulak yang over eksaited. Hahaha.

Kesimpulannya, harap sangat pemilihan nanti akan berjalan dengan lancarnya. Bersyukur sangat kalau adik lelaki Cik CT ni berjaya ke peringkat seterusnya.

Mudah-mudahan..Amiinn...



Hampir tiap-tiap hari, Cik CT cek status adik Cik CT ni. Baru tadi dapat resultnye. Belum inform depa kat kampung lagi ni. Hehehehe....

Cik CT Dapat Anak Buah

Alhamdulillah......

Syukur ke hadrat ilahi...

Adik Cik CT yang nombor dua, Angah selamat melahirkan bayi sulungnya pada pukul 9.36 mlm, 08/09/2015..baby boy...masih belum tau lagi ape name yang angah dan suaminya nak letak untuk bayi mereka tu....angah selamat melahirkan bayinya di Hospital Ampang...katenye akan berpantang di kg nnti...tapi tak tau lagi bile dorang akn balik ke kg...eee...x sabarnya Cik CT nak tengok anak sedara baru Cik CT. Teruja sangat dah ni. First time dapat anak sedara...Hahahaha..

Friday, 4 September 2015

Kak Dayah & Kak Haiza Journey to Korea

Assalamualaikum....

Ape gamaknya yang dilakukan oleh kak Dayah, kak Haiza dan rakan-rakannya kat Korea sekarang ni ek? Kat sane sekarang dah pukul berape ye? Dorang berdua dah sampai Seoul ke belum ni? Macam mane perjalanan dorang semalam ek? Nyenyak ke dorang tido? Berhemah ke idok pilot Air Asia mengemudi pesawat tu semalam?

Wah...pelbagai persoalan bermain di kepala ketika ini. Jawapannya akan aku perolehi bila kak Dayah dan kak Haiza selamat kembali ke Malaysia minggu depan.

Ya..pengembaraan mereka berdua ke Korea bermula semalam. Mati-matilah aku ingat malam ni flight depa berdua. Hehehe..Rupa-rupanya pagi tadi. Pukul 1 pagi. Dan oleh itu, aku, Aisyah dan Norma lepas balik kerja terus kami bergerak ke KLIA2 untuk sama-sama mengucapkan kata-kata selamat tinggal dan selamat mengembara kepada dorang berdua. Hehehe...Gigihkan kami bertiga??Demi akak-akak tersayang, sanggup kami jajahi jua diri ini untuk menempuh perjalanan ke KLIA2. Sampai sesat-sesat kitorang dibuatnya sebelum nak sampai airport tu. Kesian ngan Norma. Balik-balik kerja je dah kene gerak p KLIA2.

Dapatlah jugak kami semua lepak-lepak  sama-sama sat kat HOMETOWN CAFE yang ade kat situ sementara nak tunggu flight depa. Bapaklah aii harga makanan kat situ. Mahal giler. Dua kali ganda dari harga kat luar. Makanya, sharing is caring lah. Meriah dibuat kitorang dalam restoran tu. Dah tak hirau dah orang keliling. Suara kami je yang bising. Teruja tengok kak Dayah ngan kak Haiza nak p Korea. Macam2 yang dipesannya. Kirim kimchilah. Kirim salam Lee Min Ho lah. Kirim salam Rain lah. Jenuhlah akak-akan tu nak cari dorang nak sampaikan salam kitorang ni. Tapi xder lah betul-betul pun. Saje main-main.

Before tunggu kak Dayah dan kak Haiza sampai sempatlah kitorang bertiga jalan-jalan cuci mata dalam mall KLIA2 tu. First time aku datang airport baru ni. Takde lah best mane pun. Macam biasa je. Huhuhu. Takder lah nampak gah sangat pun. Hahaha....Dapat lah tengok orang sekeliling. Macam-macam ragam ada. Duk usha pramugari dan pramugara yang lalu lalang. Encik pilot pun ader. Pendek cerita, niat p sana nak cuci mata nak tengok pilot-pilot handsome benonye. Tapi takde lah handsome mana pun. Dah tua-tua dah pun. Berumur dah. Hahahaha..

Actually, Linda patutnya ada dalam trip ke Korea ni. Tapi last minute die cancell flight. Katenya, mak ayah dia tak izinkan. Lagipun, la ni die tengah berhempas pulas dengan Master die. Dia nak fokus dulu dengan study die. Korea tu nanti-nanti. Tapi sayanglah, tiket burn macam tu jer. Mane leh refund balik. Aku pun kalau diikutkan join sekali trip ni. Tapi kekangan wang pulak menjadi penghalang. Kalau tak kerana kes hari tu, memang aku dah g kot. Aku gune je tiket flight si Linda tu. Hehehe...Takper lah, tak ade rezeki nak pergi Korea lagi lah tu. In sha Allah, one day nanti...

Keylah..kita usha-usha sikit gambar yang sempat di'snap' semalam. Kami kan giler berselfie. Kalau tak berselfie tu bukanlah namanya warga Tentoobee. Ye dak!!!


Wefie-wefie dulu sementara tunggu kak Dayah ngan kak Haiza sampai. Tempat duduk ni rupanya tempat penumpang tunggu depa punye flight. Time kitorang nak balik tu punyelah ramai orang duk tido atas kerusi ni. Bersepah-sepah. Kesian pulak nengoknya. Memang gini ke gambarannya bila transit kat airport ekk??? Tidur merata-rata. Huhuhu...


Hahahaa...Nampak kelakar gile gambo ni. Kononnya naklah nampak macam Aisyah bergambar kat depan kedai tu. Tapi nampak Aisyah lagi besar dari kedai tu pulak. Kantoi di situ..Hahahahaha...




Time ni dorang dah sampai. Masing-masing lapaq, Then p lah lepak kat HOMETOWN CAFE ni. Tapi tengok menu, mak aii. Mahal nokss. Harga semua above RM20. Cuba bayangkan nasi lemak yang kat luar kita boleh dapat dalam RM10 kat sini harganya RM20 plus-plus. Baik lah g Opah. RM1 satu je nasi lemak dia. Hahahahaha.


Pemberian jam tangan MAS pada kak Dayah oleh Norma. Hahaha. Suruh kak Dayah pakai sepanjang dia berada kat Korea tu. Aku ngan Aisyah pun bagi something kat kak Dayah jugak tau. Hahaha..


So, disebabkan makanan situ mahal-mahal belaka, kitorang decide nak kongsi je. Inilah makanan yang kami beli. Kongsi berlima. Hahahahaha. Mee Suah nama diberi. Sedap gak tapi tak makan sampai habis pun. Banyak sangat. Nasiblah kongsi.



Time tunggu kak Dayah ngan kak Haiza sampai, kitorang bertiga masuk Toy r Us sat. Jalan punye jalan terjumpalah keychain yang cantik ini. Bulan lepas ri tu kan birthday kak Dayah. Tak sempat lagi nak bagi hadiah kat dia. So, aku belikanlah keychain ni tuk dia. Surprise!!! Terkejut dia. Aku suruh dia bawak sepanjang dia berada kat Korea tu. Kiranya sebagai wakil diri aku yang tak dapat nak join sekali ni lah. Huhuhu...Norma pun belikan untuk kak Haiza satu. Hehehe...


Bila tengok aku ngan Norma bagi something pada kak Dayah dan kak Haiza, si Aisyah pun nak bagi jugak. Alih-alih dia tanggalkan cincin yang tengah dipakai. Bagi pada kak Dayah. Sweet sangat kan...Katanya, cincin tu cincin favorite Aisyah. Jaga cincin tu baik-baik. Pergh...lagi tak tahan si Aisyah ni. Hahaha....


Ni plak Norma bagi kak Dayah pakai. Jam MAS yang rare. Tak ada di mana-mana ni. (Kata cik Norma kita lah). Jam ni tunjuk dua waktu. So, gigihlah depa set waktu Korea ngan Malaysia malam tu. Hahahaha...

Actually, Norma request kak Dayah berselfie dengan barang-barang yang kitorang bagi ni dekat tempat-tempat menarik yang ada kat Korea tu. So, 1st task kak Dayah malam tu ialah berselfie dekat airport KLIA2. Hahaha...Boleh lah kak.. Tapi tertunggu gak ni task kedua dan seterusnya. Tak sampai-sampai lagi gambonye. Tengan busy meneroka Korea lah kot. Hehehe....


Apa-apapun diharapkan pengembaraan kak Dayah, kak Haiza dan rakan-rakannya berjalan dengan lancar serta dipermudahkan Yang Maha Esa. Moga mereka selamat pulang ke Malaysia. Banyak bende nak tanya ni bila depa dah balik sini nanti. Hahahahaha.....

Tetiba teringat quote daripada Qie Razali, pengacara program The Streets. Quote nya berbunyi begini:

"Jangan jadi seorang pelancong tetapi jadilah seorang pengembara"

So, akak-akakku sekalian...Selamatlah Mengembara Ya!!!!

Hi Blog Cik CT 2025 - Cik CT kembali

Hello Blog Cik CT..... Ommoo...ommoo...Lame giler tak bukak blog Cik CT ni. Berhabuk giler dah. Bukan ape cuma tak de masa nak mengupdate. S...