Ramadhan Tiba.. Ramadhan Tiba.. Ramadhan Tiba... Marhaban Ya Ramadhan Marhaban Ya Ramadhan Alhamdulillah... Ramadhan telah tiba lagi.. Hari ini hari pertama berpuasa untuk tahun ini. Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan dan kudrat untuk menunaikan rukun Islam yang ketiga ini..Syukur Ya Allah... Di harap Ramadhan tahun ini akan membawa lebih keberkatan di dalam hidup kita semua seperti mana Ramadhan yang terdahulu. Janganlah kite terlalu berseronok untuk menantikan ketibaan Syawal dan mensia-siakan pahala Ramadhan ini. Kumpullah seberapa banyak pahala pada bulan yang mulia ini. In sha Allah... Alhamdulillah, pagi tadi diberi kekuatan untuk bangun dan bersahur bersama-sama kawan-kawan serumah. Walaupun berpuasa di perantauan namun bila makan bersahur bersama mereka terubat jugak rasa rindu di kampung. In sha Allah, dua minggu lagi aku akan balik ke kampung menyambut Ramadhan bersama keluargaku. Hidangan pagi tadi simple sahaja...sambal ikan...
Tinta Cik CT...apa impian cik CT...apa favorite cik CT...dan segala apa yang cik CT rasa....Diabadikan di dalam laman ini...