Thursday, 11 September 2025

Boom Run 2025 7 September 2025

Alhamdulillah...sis berjaya jugak habiskan 21km Half Marathon event Boom Run 2025 yang berlangsung di Putrajaya pada hari Ahad yang lepas, 7 September.

Mak baraii ye nyahh!! Tapi tetaplah jugak sis dapat habiskan walaupun 10KM terakhir tu sis memang briskwalk je sampai ke finishing line. Kaki krem weii. Tiap kali nak berlari krem tu menangkap kat betis. Sis dah minum air yg secukupnya before berlari tu. Huhuhu. Mungkin tak cukup training kot. Mahu tak nya, boleh dibilang dengan jari berapa kali je training. Weight training tu ada lah. Last training pun last two weeks before event, berlari kat Taman Tasik Shah Alam. Itu pun sis dapat buat 16KM je. Kaki jeng kremm nyahh oii. Hahaha. Sis dah pasrah je. 

Ape-ape pun sis bangga dengan diri sendiri sebab tetap berjaya jugak tamatkan larian dengan masa 3 jam 45 minit. Hahaha. Lagi 15 minit nak habis masa dah tu. 

Boom Run 2025 kali ni ialah percubaan kali ketiga Half Marathon sis. Malangnya sis tak dapat maintain masa sis compare with my 2nd HM. My 1st HM lagi lah, HAUKKK!! Hahaha...

Takpe lah, maybe boleh cube lagi next time. Make sure cukup training dan cukup persiapan.

Pandangan peribadi sis untuk Boom Run Event ni biasa-biasa je nyah. Mungkin sis bukanlah pelari tegar. Laju-laju ye deme. Semuanya mengejar podium. HM boleh buat dalam masa sejam je. Humakaiii, berlari ke terbang ni. Hahaha. Semuanya tu perlukan latihan yang konsisten. Kalau cukup training confirm sis boleh jugak naik podium. Tapi macam jauh lagi gayanya. Ahakss...

Sis join dengan Hazirah. Dia lah orang yang menghasut sis untuk join Boom Run ni. Sebab ape? Sebab racepack die lawa...cool...Tapi mahal namatey eh fee die. HM je around RM110. Pengsan. Itu pun sis bayar installment dua kali dengan Hazirah. Oppss!!!. Hahaha. Tapi okay lah berbaloi lah, medal die super cool. Sebab tu mahal lah kot ek...


Balik tu memang barai memasing. Nak cepat-cepat balik je. Panas leting ehh. Oh ya, by the way kali ni punya flag off pukul 6.30 pagi. Haa korang bayangkan lah berlari tengah panas kat Putrajaya tu. Tu pasal kul 10.15 pagi baru setel. Hahaha. Siap hampir nak bergaduh dengan Hazirah lah. Mujurlah masing-masing tak ambil hati. Kami berdua dah saling bermaaf-maafaan dah lepas tu. Kosong-kosong. Hehehe. Emo memasing kan.

Sorry Hazirahh!!!

Tak banyak ambil gambar pun dengan Hazirah. Nak upload pun tak sampai hati sebab memasing punye muka dah baraai, sememeh. Hahaha..


Amacam!!nampak macam pro dah preparation untuk HM Boom Run kan. Sudahnya baraii. Hahaha. By the way, untuk HM Boom Run kali ni sis pakai kasut baru. ASIC wooo...Hahaha..Vest baru jugak tau. Gigih aku beli kat Shopee. Hahaha.




Ini officiaal masa yang sis ambil time Asean Run 2025 HM. Kire ni my best time lah. Tak sangka time ni boleh buat sub-3 hours. Hebat bukan!! Hahaha..


Ini pulak official time Boom Run 2025 sis hari tu. Hahaha. Memang briskwalk je lah. Janji setel kan. Tak DNF.

So, overall boleh cube lagi next time. Jom usha event ape lagi yang best. Tapi cukuplah untuk dis year. Kita sambung next year pulak k. 

See you soon Half Marathon 2026!!!





Tuesday, 2 September 2025

Selamat Hari Merdeka ke-68, Malaysiaku

Fuhhh!! betul-betul cepat masa berlalu ni. Bulan Ogos baru je berlalu dan kini dah masuk ke bulan September. Makk aii...pejam celik pejam celik kita dah hampir berada di penghujung tahun 2025.

Sempena bulan kemerdekaan yang baru je berlalu, tak terlambat kalau aku nak mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan buat negaraku yang tercinta, Malaysia yang ke-68. 

Merdeka!! Merdeka!!

Cuti merdeka tahun ni tak ke mana pun. Tak balik kampung since aku pun baru je balik kampung masa majlis merisik tunang aku tempoh hari. Mahunye rabak koyak poket aku kalau balik tiap minggu. Sis nak guna banyak duit ni oiii...So, cuti merdeka ni duduk rumah je. Dating dengan cik tunang. Oppss..Hahaha.

Sebut pasal merdeka apa tema kemerdekaan untuk tahun ni guys???

Malaysia Madani, Rakyat Disantuni....

Hurmm..disantuni yang macam mana tu. Jom kita tanya chatgpt sat.

“Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”

Tema ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk membangunkan negara secara holistik—seimbang antara kemajuan material dan rohani—serta mengutamakan kebajikan rakyat dalam setiap dasar dan program pembangunan. Pemilihan frasa “Rakyat Disantuni” menekankan pendekatan yang mengutamakan empati, keadilan sosial, dan kesejahteraan rakyat.

Iye ke lebih empati? lebih adil? utamakan kebajikan rakyat?

Macam lebih kepada puji kerajaan yang ada sekarang ni je. Hahaha.


Logo pun nampak macam biasa je nyahhh...Tak habis2 dengan MADANI. Nasib lah lagu temanya sedap. Itu pun sedap sebab Dato Siti Nurhaliza yang nyanyi. Lepas tu hampir semua channel radio dendangkan lagu tema ni. Mahunya aku tak hafal. Hahaha. Bila lama -lama dengar ok lah, nice not bad.

Apa-apa pun aku doakan moga Malaysia akan terus makmur aman sentosa dari sebarang ancama dan bahaya. Sayang weii Malaysia. 

Monday, 25 August 2025

One Step Closer - 23 August 2025 -

Selamat Bertunang 

Alhamdulillah...majlis merisik sis Sabtu yang lepas dipermudahkan. Semuanya berjalan dengan baik dan lancar. Walaupun sekadar kecil-kecilan antara kedua belah keluarga tapi suasananya tetaplah meriah. Sis berdebar-debar ye. Tapi dalam pada berdebar-debar tu tetaplah sis ni asyik tersengih je. Hahahaha.

Pihak lelaki sampai around dalam pukul 3 petang macam tu. Mereka dari Bagan Lalang, Sepang dengan tiga kereta. Mulanya memang dah gerak awal dah, tapi jalan jem pulak kat area Jasin-Pagoh tu. Sampai Rengit around pukul 2 petang, so sis mintaklah pihak lelaki check in dulu homestay. Rehat dulu, bersiap apa yang patut dulu.

Actually tak ramai pun yang tahu sis merisik aka bertunang Sabtu lepas. Memang saje tak nak bagitahu orang. Mak pak sedara sis ramai yang tak tahu pun. Cuma Cik Mas dan Pok De je. Tapi dorang pun tak dapat nak hadir. Kawan-kawan sis pun tak ramai yang tahu. Yang tahu pun As, Ira, Zirah dan Nisa je. Hahaha. Memang tak nak heboh-heboh pun. In Sha Allah, majlis nanti sis jemput dorang.

Plan majlis kami berdua nanti pun memang nak buat simple-simple je. Tak nak pun jemput ramai orang. 200 orang cukup dah. Tapi mak ayah sis nak tambah pax lagi, makanya jadilah 400 orang. Anak perempuan sulung dorang nak kawen kan. Hehehe. Risau jugak ni. Budget kami berdua memang nak buat majlis simple je. Duit banyak nak guna untuk masuk rumah Bangi nanti. Dahlah katanya penyerahan kunci rumah bulan 10 ni. Alahaiii..pening dah sis ni mane nak dicekau duit. Huhuhu. Moga ada rezeki sis dan pasangan lepas ni.

Kami plan majlisnye bulan 12 ni, In sha Allah 13 December 2025 ni. Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar. Huhuhu. debar jugak sebenarnya ni.

Majlis merisik bertunang hari tu pun simple-simple je. Adik-adik sis pun tak balik. Cuma ada Pikah dan Faiz je. Tapi tetaplah meriah. Hehehe.

Sempat lah jugak ada gambar kenangan di port wajib bergambar. Walaupun tak de pelamin tapi sis tak kisah pun. Janji selesai dah satu perkara. One Step Closer....

Ya Allah..mudah-mudahan urusan sis dan pasangan dipermudahkan. Rezeki kawen pun melimpah ruah hendaknya. Amin amin...







Thursday, 24 July 2025

Hi Blog Cik CT 2025 - Cik CT kembali

Hello Blog Cik CT.....

Ommoo...ommoo...Lame giler tak bukak blog Cik CT ni. Berhabuk giler dah. Bukan ape cuma tak de masa nak mengupdate. Semua kenangan-kenangan, aktiviti yang aku buat semua aku upload kat socmed yang lain macam Facebook, Instagram dan Tik Tok. 

Tapi la ni semua tu dah tak de dah. Cik CT dah mengundurkan diri dari dunia social media ni. Mungkin ramai yang akan mencari kemana hilangnya cikctfaiross.pursuericious nanti. Lama post Cik CT tak lalu kat feed dorang. Hurmm...ada lah sebabnya kenapa aku terpaksa mengundurkan diri buat seketika. Tak tahu lah sama ada buat seketika atau untuk selama-lamanya.

Kalau dah namanya Siti Faiross mane boleh tak menulis, tak menaip. So, we back to basic lah. We back to old school style. Blogger style. Kat sini boleh lah aku taip ape yang aku nak taip. Cerita lah apa yang aku nak cerita. Kat sini je lah nanti aku update aktiviti aku lepas ni. Huhuhu.

Tipulah kalau aku kata aku tak sedih tinggalkan platform social media aku tu. Banyak kenangan kot yang dah aku abadikan kat sana. Tapi apakan daya, salah aku sendiri. Terpaksalah aku undur diri. Moga satu hari nanti aku dapat access semula semua akaun socmedia aku tu. Huhuhu.

Sedihh tau..tipu kalau aku kata tak sedih. Tapi takpelah. Demi yang tersayang aku sanggup.

So, this is my 1st entry for this year 2025. Moga aku akan terus rajin menaip. Mungkin jugak aku akan kembali berkarya. Rindu nak menulis manuskrip semula. 

So, see you in next entry.....

Wednesday, 3 January 2024

2024 - Tahun happy kan diri sendiri

Happy New Year 2024.....

Cepat betul masa berlalu kan..Hari ni hari ketiga kita di tahun baru..Blog Cik CT ni pun dah hampir 2 tahun ditinggalkan. Last entri January tahun lepas. Lepas tu aku dah tak cara dah dengan Blog Cik CT ni.

So, azam tahun baru ni aku nak start semula menulis. Mengabadikan kenangan yang berlaku di sepanjang tahun 2024 nanti. Memori di tahun 2023 biarlah terkubur sebagai kenangan. Terlalu banyak kenangan-kenangan manis dan jugak pahit ditinggalkan di tahun 2023. Tahun yang sangat menyedihkan untuk aku sebenarnya. Apa yang dirancangkan semuanya tak menjadi.

Tipulah kalau hati ni rasa tak sedih, terkilan, tapi nak buat camne bukan jodoh yang terbaik untuk aku agaknye. Tahun yang aku impikan untuk bakal menamatkan zaman bujang tp ternyatanya bukan. Bukan tahun 2023 rupenya. Huhuhu...

Tahun 2024? Hurmm...aku dah malas nak berharap lagi sebenarnya. Target aku sekarang bukan itu lagi. Hati rasa dah kosong. Kalau ada ye ada. Kalau tak ada pun aku redha. Biarlah aku lalui hari2 yang mendatang dengan keceriaan dan kegembiraan bersama dengan orang yang betul-betul sayangkan aku.

Target untuk tahun 2024 ni aku nak dapatkan berat idaman aku. Road to 53kg in progress. Before ni tak de kesedaran. Tapi lepas berat dah nak menginjak ke angka 70 kg, aku dah tak boleh lengah lagi. Mujur ada insan istimewa yang tak jemu membantu dan memberikan nasihat dan tips2 kesihatan. Pencetus semangat aku untuk hidup sihat dan kurus. 

Raya tahun ni walaupun masih team raya single akan aku pastikan aku berbaju kebaya di pagi hari raya. Hagiteww!!! No partner di pagi raya?? Who care?? Hahahaha...

Tahun ni jugak aku nak kembali aktif berhiking dan jugak berlari. Tahun ni in sha Allah, kalau tak ada aral kaki ini bakal memijak puncak Gunung Kinabalu dan Rinjani. Tak dilupa jugak nak kumpul duit nak bayar komitmen yang ada dan kumpul duit nak pergi dua gunung ni ye. Hehehe...Pengsann!!!!

Tahun 2024 tahun bahagiakan hati sendiri......Tahun cari duit banyak....Hahaha....

 


Friday, 27 January 2023

Draft Hiking Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan, PD - New entry 2023 -

                                                          Tarikh: 04 Dec 2021

                                                Tempat: Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan

                                       Google Maps: Tanjung Tuan Recreational Forest

 Tahap Kesukaran: Easy

 Tempoh perjalanan: Less than 1 hour


Hi guys!! 

Jumpa lagi di Blog Cik CT. Kali ni aku nak story pulak next hiking aku after Bukit Melati. Since hari masih awal so tak nak lah lagi balik Setia Alam, we decided to hiking Bukit Batu Putih pulak. Kali ni Keyrol tak dapat nak follow since petang tu die kene keja pulak. So, Lydia dan Adda transfer ke kereta aku dan kitorang meneruskan perjalanan ke Port Dickson. Ehh, tak lagi since trip ni  kitorang gerak dengan Afiq pulak. Afiq ada kerja sikit so, die free around pukul 3 petang. Hmmm...ke mana kami sementara nak tunggu Afiq ni?? Kitorang menyinggah main air kat Hutan Lipur Ulu Bendul. Gigihkan weolss, dari Nilai terus ke Kuala Pilah. Hahaha. Perjalanan ke sana pun ambil masa lebih kurang sejam. But its okay, nak mendaki BBP punye pasal kan. Hehehe.

Rugi pulak tak bawak extra baju. Actually tak plan ape2 pun. Ni kes gamble je, main terjah. So, ke Ulu Bendul tu just main-main air gitew je lah. Celup2 kaki. Gila nak berendam dengan tak de baju sparenye. Kalau hari panas dan lah jugak baju kitorang tu kering. Tapi, cuaca petang tu pun redup je, mendung je. So, batalkan niat nak berendam. Maybe next time. Tak lama pun kat sana, after lunch kat food court yang ada kat situ kami terus gerak ke Seremban pulak. Nak pick up Afiq kat rumah. Kat sini hujan dah start lebat. Lebat selebat-lebatnya. Kitorang dah rase kecewa. Iye lah, camno nak mendaki kalau dah hujan. Huhuhu. Sampai rumah Afiq pun hujan masih turun. Tak tahan nak terkucil kitorang masuk sat rumah Afiq. Usha-usha pokok-pokok yang ada. Hailaa..kawan aku sorang ni memang suka bab-bab pokok. Serupa taman dah rumah die. Hehehe.
Afiq dah inform kalau still hujan ni kitorang lepak Starbuck je lah main Uno kot. Hahaha. 

Tapi, takpe, kitorang terus je gerak. Mana tahu langit kembali cerah. Hujan still lebat kat Seremban. 


.
.
.
.
.
27 Jan 2023

Tak berkesempatan nak post entri ni. Huhuhu. Setahun rupenye aku tinggalkan dunia blog. Last entry Hiking Bukit Nilai setahun yg lepas. Apasal aku dah lame tak update ek?? Hahaha. Busy bebeno.
Sepanjang tempoh setahun ni actually banyak benda yg berlaku dalam hidup aku. Tak sempat aku nak bercerita dalam ni. Tapi apa-apa pun tahun 2022 banyak meninggalkan kenangan manis dan jugak pahit buat diri aku personally. Moga tahun 2023 akan beri aku kenangan yang lebih indah lagi. 

So untuk tahun 2023 ni aku nak start balik menulis. nak start balik mengabadikan kenangan manis dan pahit dalam blog ni. Moga-moga aku terus rajin dan konsisten.

Sekarang aku memang lebih banyak aktif kat IG dan Facebook. Semua aku ceritakan dalam tu dalam bentuk reels video. Tapi blog ni lain sikit sebab kite kene menaip. merangka ayat yang terbaik and best untuk bacaan sendiri dan mungkin jugak bacaan reader kat luar sane yg kebetulan singgah di blog aku ni. 

Hopefully aku terus konsisten kan. Hurmmm...untuk bulan pertaman 2023 tak banyak benda nak aku ceritakan lagi. Aku pun dah lama tak hiking dan dah lame jugak tak buat Shaklee. In sha Allah tahun ni aku nak kembali aktif semula.

Doakan aku ye guyss!!!

Tuesday, 14 December 2021

Hiking Bukit Melati, Nilai

                                                            Tarikh: 04 Dec 2021

                                                     Tempat: Bukit Melati, Nilai, Negeri Sembilan

Starting Point: Putra Nilai

Ketinggian: 350 meter - 370 meter

Tahap Kesukaran: Easy

Distance: 5.1 km

Tempoh perjalanan: 1 Jam 38 Minit



Alhamdulillah, merasa jugak akhirnya mendaki Bukit Melati kat Nilai, Negeri Sembilan pada 04 Dec yang lalu. Plan asalnya nak mendaki Gunung Datuk tapi plan terpaksa di cancel last minute atas sebab2 yang tertentu. 

Nak tahu sebab apa? 

Semua sedia maklum yang hutan simpan area Selangor kan dah tutup till 31 January, so of course lah hikers2 akan tuju ke area lain pulak untuk meneruskan aktiviti mereka tu. Sah-sah lah Datuk, Angsi dan bukit-bukit yang berdekatan dengan Selangor akan full house. Member pun ada cakap even pukul 1 pagi parking Datuk dah penuh. Huhuhu. So, akhirnya kitorang decided untuk hike Bukit Melati je. Line up hari tu, kami berlima je iaitu aku, Izni, Lydia, Adda dan guider tersohor Bukit Melati, Keyrol. Nasib baik lah Keyrol ada, so memang kitorang buat full loop lah.

Trek mendaki Bukit Melati ni memang banyak route. So, better lah kot pergi dengan orang yang dah biasa naik. Kang yang kuban-kuban kitorang lalu. Silap-silap tak dapat nak cover semua peak. Hahaha. Tapi, kalau pergi lagi sekali boleh try route lain pulak kan. Hehehe.

Bukit Melati ni tak de lah sesukar mana pun. Even kanak-kanak pun boleh daki. Bukit ini sesuai untuk mereka yang ingin berjinak-jinak dalam dunia pendakian ataupun beginner. Bukit ini jugak sangat sesuai untuk dijadikan sebagai satu lokasi latihan dan persediaan bagi korang yang ingin mendaki gunung-ganang. Kalau korang pergi sana, memang ramai hiker2 mahupun trail runners sedang buat training. Tak tahu lah berapa loop dorang pusing satu Bukit Melati tu. Bukan main laju. Kitorang tak habis lagi, dorang dan buat loop ke dua. 

Pada hujung minggu, kebiasaannya bukit ini memang dipenuhi oleh pengunjung. Kat bawah tu pun memang banyak gerai-gerai yang disediakan. So, before start mendaki tu boleh sarapan dulu. Dah turun pun boleh terus makan lunch. Hahaha.

By the way, dalam bukit ni terdapat beberapa buah bukit yang lain, denga kata lain puncak kecil seperti Centipede Hill, Monkey Hill, Cobra Hill, Eagle Hill, Rope Hill dan Mosquito Hill. Tempoh hari kitorang start dari Eagle Hill dan akan turun dekat Centipede Hill

Laluan : Eagle Hill ----> Monkey Hill ----> Rope Hill ----> Cobra Hill ----> Mosquito Hill ----> Centipede Hill

Trek laluan turun naik. Tiba tang landai memang landai, tiba tang pacak memang pacak. Bagi kawasan yang bercuram, dun wurry akan ada tali keselamatan disediakan bagi memudahkan para pendaki.

Hari tu kitorang berjaya tamatkan ke semua peak dalam tempoh 1 jam 38 minit. Santai-santai je. Tak rushing2 pun. Nak laju-laju nak ke mana kan. Hahaha. Bukit ini masih terjaga dan terpelihara oleh pihak berwajib dan jugak masyarakat sekitarnya. Even ada peti sumbangan diletakkan di bawah bagi sesiapa yang ingin menyumbangkan sumbangan. Baguslah cam tu kan. Paling tidak, kawasan ini akan terus dipelihara dengan baik. So, pastikan kalau korang nak hike sini jagalah kebersihan kawasan. Sampah jangan dibuang merata-rata. Jangan buat bising dan terlalu galak sangat. Kita masuk rumah orang kan, so adab kenalah sentiasa jaga.

Around pukul 9 lebih camtu kami selamat turun di kaki Bukit Melati. Tengah on trek lagi dah excited nak pekena Roti Telur Goyang kat gerai yang ada kat bawah tu, tapi sedihnya gerai tu tutup pulak. Sudahnya kami lepak kat mamak yang berdekatan. Maybe next time kite try. Keyrol kate roti telur goyang die padu. Ishh!! wajib cuba ni.

Terlalu awal pulak kalau nak balik Setia Alam semula kan. So, dengan gamblenya kami decide untuk hiking lagi. Next entri aku cerita pulak next bukit kitorang pergi hari tu. 

Layankan je laah gambar kenangan yang sempat diambil tempoh hari.



Peak 1 - Eagle Hill


Peak 2 - Monkey Hill


Peak 3 - Rope Hill


Peak 4 - Cobra Hill


Peak 5 - Mosquito Hill


Peak 6 - Centipede Hill


Melati Hill












Boom Run 2025 7 September 2025

Alhamdulillah...sis berjaya jugak habiskan 21km Half Marathon event Boom Run 2025 yang berlangsung di Putrajaya pada hari Ahad yang lepas, 7...